You are on page 1of 23

Nota

Definisi :

Pendidikan - mengajar dan membimbing ke arah perolehan pengetahuan.


Keselamatan - kata akar selamat, situasi yang bebas dari sebarang

keadaan bahaya.
Pendidikan keselamatan - proses mendidika masyarakat untuk menghindari
kemalangan dalam pelbagai situasi.

Keperluan program:

Menyedarkan ahli masyarakat tentang pentingnya keselamatan.

Memberi kefahaman tentang tanggungjawab bersama.

Menyediakan

langkah-langkah

dan

persediaan

tentang

pencegahan

kemalangan dan bahaya.

Menyediakan sifat kepekaan dalam apa jua situasi terutama dalam ketika
berada dalam zon selesa.

Keselamatan di sekolah:

Matlamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara


berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

Rasional

Kerap diabaikan.

Terdedah kepada bahaya.

Kurang kerjasama keluarga.

Keupayaan sekolah terbatas.

Objektif sekolah selamat:

Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang


isu keselamatan,kecemasan, kemalangan dan malapetaka.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan


dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti sekolah.

Mewujudkan

persekiataran

sekolah

yang

sihat,selamat

dan

menyeronokkan.

Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.

Definisi sekolah selamat:

Persekitaran sekolah yang selamat dimana warga sekolah merasa selamat


tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun
luar.

Elemen perancangan sekolah:

Kesedaran awam

Penghayatan nilai murni

Peraturan sekolah

Pengurusan Kecemasan

Kehadiran

Basmi Ponteng

Pencegahan Dadah Rokok dan Arak

Perkongsian bijak

Kawalan keselamatan

Khidmat masyarakat

Pengangkutan

Kesedaran sosial dan budaya.

Kepimpinan Pelajar

Penglibatan keluarga

Program khas

Pencegahan jenayah

Aktiviti Kokurikulum

Latar belakang ahli

Pembangunan staf

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Perundangan

Penilaian danPemantauan

Perancangan sekolah selamat:

Peluang untuk sekolah dan komuniti membentuk dan mengkaji strategi untuk
mengatasi isu keselamatan setempat.

Langkah Perancangan

Menubuhkan jawatan kuasa.

Peranan

Sekolah

Komuniti

Keluarga

Harapan sekolah selamat:

Bebas dari sebarang gangguan sama adadlm tutur kata atau fizikal.

Keselamatan harta benda terjamin

Sikap positif semua pihak

Kerjasama pelbagai pihak

Tiada diskriminasi kaum, agama,sosioekonomi dan jantina.

Layanan adil dan saksama

Dihormati dan dihargai

Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.

Tanggungjawab sekolah selamat:

Bebas dari sentimen perkauman dan diskriminasi jantina

Bersikap positif terhadap orang lain

Menghargai perbezaaan yang wujud.

Bersikap dan bertindak adil

Kerjasama dan saling membntu.

Mengamal kesopanan dan kesusilaan

Elak sebarang kekerasan,perkauman, perbuatansumbang.

Niat yang betul dan ikhlas

Tiada penderaan fizikal, mental dan emosi.

Melaporkan setiap kes.

Polisi sekolah selamat:

Prinsip

Ambil serius setiap aduan

Tindakan semerta bagi setiap aduan

Ambil kira perasaan

Layanan yang adil dan saksama

Selesaikan kes dengan sempurna

Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.

Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Tatacara Aduan

Berbincang terus dengan pihak yang terlibat

Khidmat orang tengah yang sesuai.

Berjumpa dengan guru besar/pengetua atau wakilnya.

Perlu ditingkatkan Keadaan Sekolah Selamat jika jenayah, dadah dan


keganasan mula menular.

Pastikan sekolah adalah tempat menimba ilmu tanpa gangguan fizikal,


mental danemosi.

Mewujudkan perasaan selesa dan selamat di kalangan murid, ibu bapa dan
komuniti.

Keselamatan bangunan

Bangunan merujuk kepada mana-mana struktur binaan manusia yang


digunakan atau diduduki manusia sehari-hari

Definisi penyenggaraan bangunan:

Takrifan BS 3811 : 1974 , penyenggaraan bangunan ialah kerja yang


dilakukan untuk memelihara atau membaik pulih keadaan

semua

kemudahan

Ia termasuk setiap bahagian tapak,bangunan dan kandungannya supaya


berada dalam tahap yang boleh diterima

Tahap yang boleh diterima : tahap yang mesti dicapai mengikut kehendak
peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

Tujuan pemeriksaan banggunan:

Adalah untuk mengekalkan keadaan asal bangunan dan fungsinya secara


berkesan mengikut tujuan pembinaan.

Menurut R.Anderson,matlamat pemeriksaan bangunan ialah :


Memanjangkan jangka hayat bangunan
Mengekalkan nilai pelaburan bangunan tersebut
Mengekalkan keadaan keberkesanan fungsi

bangunan

secara

berterusan
Memelihara wajah bangunan dengan baik
Mengesan masalah supaya tindakan awal dapat diambil untuk
memulihkan bangunan

Kekerapan pemeriksaan:

Mengikut piawaian standard antarabangsa, pendawaian dalam bangunan


yang melebihi 15 tahun perlu diperiksa atau dibuat semula.

kerana ia berisiko tinggi untuk berlaku lintar pintas yang boleh mengakibatkan
kebakaran

Setiap 10 tahun pemeriksaan bangunan haruslah dilakukan berdasarkan


garis panduan pemeriksaan

Garis panduan pemeriksaan:

Perancangan strategi perlu memahami dan mengetahui keadaan bangunan


dan seterusnya kenal pasti punca kerosakan timbul serta kesan mudarat
kecacatan tersebut dan diakhiri dengan kerja baik pulih yang sesuai

Pemeriksaan berkala adalah kehendak mandatori berpanduan seksyen 85A


Akta Jlan Parit dan Bnagunan (Pindaan)1994,atau Akta A903

12 bahagian pemeriksaan bangunan:

JENIS BANGUNAN
Semua jenis bangunan yang melebihi 5 tingkat

TEMPOH MASA
Diperiksa setiap selang tempoh masa tidak melebihi 10 tahun
Tempoh masa bermula dari tarikh Sijil Kelayakan Menduduki yang
pertama atau dari tarikh pemeriksaan terakhir dijalankan

NOTIS PEMBERITAHUAN

PELANTIKAN JURUTERA
Selepas menerima notis,lantik jurutera untuk memeriksa bangunan dalam
tempoh 60 hari

KEBEBASAN JURUTERA

TANGGUNGJAWAB JURUTERA YANG DILANTIK

KAEDAH PEMERIKSAAN
Pemeriksaan visual
Penyiasatan penuh struktur

LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN


Perlu sediakan laopran untuk dihantar kepada pihak berkuasa tempatan

MAKLUM BALAS PIHAK BERKUASA TEMPATAN


Akan mengeluarkan komen sama ada diterima

atau mengeluarkan

perintah kepada pemilik bangunan

3 peringkat pemeriksaan:

PERINGKAT 1 : DIAGNOSIS
Iaitu usaha untuk mengesan kerosakan atau tanda kecacatan struktur
iaitu megenali keadaan bangunan

PERINGKAT 2 : ANALYSIS
Kajian dan analisis terhadap kesan kerosakan
Kenal pasti punca kerosakan dan maslaah tersebut

PERINGKAT 3 :THERAPI
Menentukan tahap keperluan pemulihan
Menentukan kaedah yang sesuai untuk kerja pemulihan

Pengurusan keselamatan bangunan:

Pengurusan keselamatan bangunan merangkumi aktiviti bagi menyediakan


satu ruang kerja yang selesa dan selamat. Keselamatan bangunan menuntut
semua majikan untuk mengenalpasti dan membangunkan pelan lantai bagi
laluan kecemasan

Penyelenggaraan secara berkala amat penting untuk memastikan bangunan


sekolah dan kuarters kediaman guru sentiasa selamat untuk diduduki.

aspek penyelenggaraan yang lebih penting dan perlu diberi perhatian ialah
pendawaian wayar elektrik dan kawalan serangga perosak.

Serangga kecil ini boleh menyebabkan bumbung dan siling runtuh.

PAPAN TANDA

Papan tanda keselamatan perlu diselaraskan bagi memastikan staf, pelajar


dan pelawat yang berada dalam sekolah tidak keliru antara satu peraturan di
sesebuah sekolah

AKAUNTABILITI?

konsep 'Akauntabiliti' dirumuskan

bahawa 'Akauntabiliti' merupakan

kerbertanggungjawaban amanah kepada seseorang yang menerima amanah


oleh seseorang yang telah memberikan amanah.

Kamus Istilah Pentadbiran Perniagaan Pengajian Tinggi dan Kamus Dwi


Bahasa

(DBP) yang

mendefinisikan'Akauntabiliti' sebagai "Kepertanggungjawaban" dan"Bertang


gungjawab kepada seseorang mengenai sesuatu".

AKAUNTABILITI KESELAMATAN BANGUNAN

Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan,


pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan oleh para professional
sangat penting kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para professional
sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan
dan kelayakan menduduki bangunan.

Pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil perakuan bangunan oleh para


profesional juga dianggap satu langkah wajar.

Kerana

mereka

terlibat

secara

langsung

dalam

keseluruhan

fasa

pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya


hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek

Keselamatan diri
KONSEP KESELAMATAN DIRI
ASPEK EMOSI
Keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang yang berasa selesa dan
mesra terhadap gerak blas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan
dan masyarakat sekelilingnya.
ASPEK FIZIKAL
Ia melibatkan seseorang itu bebas daripada sebarang ancaman penderitaan
atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan dan kemalangan.
Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan tanpa niat (unintentional)
seperti kemalangan dan dengan niat (intentional) seperti penderaan dan
penculikan.
Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan makanan
dipenuhi, seseorang itu perlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan
keselamatan dipenuhi, seseorang itu akan melangkah ke tahap keperluan
sosial iaitu keperluan berkawan dan berhubung dengan orang lain ( Saccuzo,
1987).
Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara untuk
menjamin tahap dan standard aspek keselamatan diri sentiasa dipenuhi,
dihormati dan dijamin.
DEFINISI KESELAMATAN DIRI
Ia boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kebolehan seseorang untuk
melindungi diri daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan emosi
sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam
dirinya dan di sekitarnya.
Keupayaan menjaga keselamatan diri ini melibatkan adanya usaha dan
tindakan awal seseorang untuk mengelak sesuatu kemudaratan seperti
kemalangan dan kecederaan daripada berlaku.
Manusia memberi respon kepada perkara-perkara yang mengancam
keselamatan dirinya. Misalnya, lari menyelamatkan diri apabila dikejar anjing.

KONSEP KESELAMATAN DI TEMPAT-TEMPAT TERTENTU

Bangunan pejabat
Rumah
Jalan raya
Sekolah
Taman permainan

KONSEP KESELAMATAN DI PEJABAT (BANGUNAN)

Keselamatan Bangunan mengisitiharkan sebagai kawasan larangan /


tempat larangan / terperingkat.

Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta mengehadkan pintu ekses.

Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa khas atau


tidak di bawah undang-undang.

-Semua cadangan penggunaan perkhidmatan awam atau swasta perlu


merujuk kepada KPKK.

Mengadakan

papan

kenyataan

di

tempat-tempat

yang

sesuai

bagi

menunjukkan kawasan atau tempat itu sebagai tempat larangan atau


kawasan larangan.

Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.

KONSEP KESELAMATAN DI RUMAH


Peranan ibu bapa
Pastikan lantai sentiasa kering
dan tidak licin
Pasang jeriji pada tingkap atau
jauhkan kerusi dari tingkap
Jauhi dari benda yang boleh
menyebabkan lemas dan

Peranan kanak-kanak
Susun dan kemas barang
mainan yang berbentuk objek
selepas bermain
Tidak berlari-lari di dalam rumah
Memaklumkan kepada ibubapa
setiap kali melakukan sesuatu

tercekik

KONSEP KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN

ibu bapa
Mereka haruslah sentiasa

kanak-kanak
Kanak-kanak mestilah

memantau dan mengawasi

memaklumkan setiap

pergerakan anak mereka.

pergerakan mereka ketika di

Sentiasa

memberi

panduan

tentang keselamatan di tempat


tersebut.

taman permainan.
Menjaga sikap dan tidak
mengganggu orang lain

KONSEP KESELAMATAN DI SEKOLAH


Pihak sekolah
Membentuk Jawatankuasa

Murid
Sentiasa mengingati pesanan

Menentukan bidang tugas

guru dan pihak pentadbir supaya

Melaksanakan Pemantauan

menjauhi kawasan tersebut.

Membuat Penilaian
Merangka semula perlaksanaan

Melarang rakan yang cuba


memasuki kawasan tersebut
dan melaporkan kepada guru
jika rakannya tidak
mengendahkan larangannya

KONSEP KESELAMATAN DI JALAN RAYA


Pihak berkuasa
Menguatkuasakan undangundang jalan raya
Mengenakan denda atau
kompaun kepada pengguna

Pengguna jalan raya


Memandu dengan selamat dan
memakai tali pinggang dan topi
keledar
Pejalan kaki haruslah

yabg melanggar undang-undang

memastikan jalan selamat

memastikan jalan raya selamat

sebelum melintas.

digunakan

KEPENTINGAN PENGAWALAN KESELAMATAN


Tahap pengawalan keselamatan berbeza mengikut situasi persekitaran dan
tahap umur seseorang.

Kanak-kanak tidak dapat menjaga keselamatan diri mereka dan memerlukan


sokongan

khas

terutamanya

daripada

ibubapa,

penjaga,

guru

dan

sebagainya.
Pengawalan keselamatan amat berguna dalam memupuk sikap sentiasa
berwaspada terhadap keadaan persekitaran.
Ia juga harus dilihat dari aspek peraturan dan undang-undang kerana konsep
penjagaan keselamatan diri tidak dilakukan dengan menggugat keselamatan
orang lain.

PERALATAN PERLINDUNGAN KESELAMATAN


INDIVIDU/PERSONAL
Penggunaan topi keledar keselamatan bagi penunggang dan pembonceng
motosikal merupakan salah satu alat perlindungan yang amat penting bagi
mengurangkan kesan kecederaan akibnat kemalangan jalan raya.
Panduan berkaitan pemilihan dan penggunaan topi keledar :
Topi keledar diluluskan oleh pihak berkuasa khasnya SIRIM.
Ia mestilah digunakan dengan betul. Ia mestilah padan dan boleh diikat
dengan selesa di bawah dagu pengguna
Ia mesti berwarna terang dengan penggunaan pelekat yang memantulkan
cahaya pada waktu malam
Jenis topi keledar mengikut tahap umur seseirang khasnya untuk orang
dewasa dan kanak-kanak
Penggunaan topi keledar sebagai suatu amalan keselamatan semasa
menunggang motosikal.
RUMAH
Aspek keselamtan di rumah tidak boleh diambil mudah.
Golongan seperti bayi, kanak-kanak, orang dewasa serta individu
berkeperluan khas juga memerlukan peralatan keselamatan yang berbeza.
Kepatuhan kepada aspek keselamatan di rumah berbeza mengikut keperluan
golongan.
TEMPAT KERJA

Antara tanggungjawab majikan yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerja ialah menyediakan peralatan perlindungan diri kepada
pekerjanya.
Majikan juga harus mendidik pekerja dan memastikan segala peraturan
penggunaan peralatan diri ini sentiasa dipatuhi di tempat kerja.
Peralatan keselamatan diri yang digunakan di tempat kerja
Topi Keselamatan mengurangkan kesan hentakan benda berat dan
kecederaan di atas kepala
Kasut Keselamatan menahan hentakan objek berat, renjatan lektrik, haba
panas dan tercucuk benda tajam.
Sarung Tangan Keselamatan ada beberapa jensi sarung tangan
berdasarkan bidang kerja sarung tangan pelapik aluminium, sarung tangan
pelapik besi dan sebagainya.
Cermin Mata Keselamatan untuk melindungi mata dari habuk,asap dan
cahaya yang terang.
Palam Telinga dan Peranti Telinga diguna di tempat pembinaan,
lapangan terbang, kilang yang mengeluarkan bunyi bising.

Prosedur kecemasan
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira
bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak
hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

Menyelamatkan nyawa

Mengurangkan kesakitan

Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

Mendapat

bantuan

doktor

atau

menghantar

pesakit

ke

hospital
PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya


pernafasan pesakit itu

Jangan

sekali-kali

menanggalkan

pakaian

mangsa

hanya

sekadar

melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa


dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:


1. Menentukan pernafasan mangsa berkenaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memperhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya
dengannya jika mangsa sedar. [R]
7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada
keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation
[B]
9. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak
lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan
ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan
tangan atau kaki serta lutut.
Rawatan : RICE

Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]

Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]

Balut tempat yang cedera [Compression]

Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

Hantar ke hospital

OBJEKTIF KESELAMATAN KEBAKARAN


-

Memastikan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga dipatuhi

berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL 1984)


Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian
Pencegah

dan

Keselamatan

telah

dipertanggungjawabkan

untuk

mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh


itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah
komprehensif yang diambil termasuk:
o Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru
dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan
o

kebombaan.
Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali

yang digunapakai.
Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran

surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.


Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan
awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat
umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran

Keselamatan perkhidmatan
KESELAMATAN DI PADANG DAN GELANGGANG

Padang dan gelanggang adalah tempat melaksanakan kebanyakan aktiviti


pendidikan jasmani dan juga tempat mengadakan tempat latihan dan acaraacara sukan yang lain.

Keselamatan di padang sering diambil mudah kerana murid hanya ingin


berseronok sahaja di padang.

Guru pula mengambil sambil lewa kerana menganggap aktiviti di padang


tidak membawa sebarang kepentingan.

Oleh kerana kecuaian dan sifat ambil mudah ini, pelbagai kecelakaan boleh
berlaku. Guru dan murid sendiri mem punyai peranan untuk memastikan
aktiviti berjalan lancar dn selamat.

PERANAN GURU

Memastikan keselamatan anak murid

Memastikan setiap alatan yang digunakan berada dalam keadaan baik

Memakai pakaian yang sesuai [pakaian sukan]

Memastikan anak murid memakai pakaian yang sesuai

Memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan teratur

Mengawasi setiap pergerakan anak murid

Jangan sesekali meninggalkan anak murid di padang atau gelanggang

Tahu mengenai murid yang menagalami masalah kesihatan

Melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan


murid itu sendiri

Mengarahkan murid untuk beratur dan tidak berlari-lari

PERANAN MURID

Memakai pakaian yang sesuai

Mendengar arahan daripada guru

Jangan bermain atau bergurau dengan alatan sukan yang merbahaya

Jangan memasuki stor sukan tanpa pengawasan guru

Beratur ketika keluar dan masuk daripada bilik persalinan

Memberitahu guru jika terdapat sebarang kecederaan

Memakai kasut sukan

Jangan berada jauh dari pengawasan guru

KESELAMATAN DI KANTIN SEKOLAH

Sudah menjadi lumrah di alam persekolahan pelajar akan berebut sewaktu


waktu rehat di kantin untuk membeli makanan. Ini adalah suatu keadaan

yang

merbahaya

kerana

pelbagai

kecelakaan

boleh

berlaku

dan

mengakibatkan kecederaan.

Selain pihak guru dan murid itu sendiri, pihak kantin juga memikul
tanggungjawab untuk memastikan keselamatan-akhir . Pihak kantin akhir ini
gemar menjual makanan-makanan ringan yang boleh membahayakan
kesihatan pelajar.

PERANAN GURU

Melantik pengawas bertugas untuk menjaga keselesaan semasa waktu rehat

Menasihati murid tentang bahaya jika mereka bermain di kantin

Mengawasi murid di kantin

Membuat jadual guru bertugas untuk memantau keadaan di kantin semasa


waktu rehat

PERANAN MURID

Beratur ketika hendak membeli makanan

Jangan bergurau atau bermain semasa membeli makanan dan semasa


makan

Membeli makanan yang berkhasiat

Jangan bermain di kawasan kantin

Meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan di tempat yang


sepatutnya

Jangan buang sampah bersepah-sepah

Menjaga kebersihan kawasan kantin

PERANAN PIHAK KANTIN

Menyediakan makanan yang secukupnya

Menyediakan makanan yang berkhasiat untuk tumbesaran murid

Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan

Memastikan kebersihan kawasan kantin

Elakkan daripada menjual makanan yang menjejaskan kesihatan murid

KESELAMATAN DI MAKMAL SEKOLAH

Makmal adalah salah satu tempat di mana situasi pembelajaran dan


pengajaran sering berlaku. Makmal juga boleh menjadi satu tempat yang
bahaya kerana tempat tersebut penuh dengan bahan-bahan yang berbahaya.

Kelekaan dan kecuaian boleh mengakibatkan kecelakaan berlaku pada bilabila masa.

PERANAN GURU

Memastikan murid dalam keadaan terkawal

Jangan sesekali meninggalkan murid tanpa pengawasan

Memberi arahan dengan jelas supaya pelajar benar-benar faham

Elakkan pelajar daripada mendekati atau bermain berhampiran kawasankawasan yang merbahaya.

Jangan benarkan pelajar mengendalikan peralatan yang merbahaya


sendirian

PERANAN MURID

Jangan memasuki makmal tanpa pengawasan dan kebenaran guru

Jangan bergurau dan bermain di dalam kawasan makmal

Jangan membawa pulang apa-apa peralatan makmal

Melaporkan pada guru jika berlaku apa-apa masalah

Mengikut setiap arahan yang diberikan daripada guru

PERANAN PEMBANTU MAKMAL

Meletakkan tanda-tanda amaran pada tempat yang sepatutnya

Memastikan semua peralatan makmal berada dalam keadaan baik

Menyelenggara peralatan makmal yang memerlukan penyelenggaraan

Memaklumkan pada guru jika ada sebarang masalah supaya guru sedia
maklum

Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan makmal

KESELAMATAN DI BILIK DARJAH

Keselamatan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik darjah oleh pihak


sekolah perlulah dititikberatkan kerana bilik darjah merupakan tempat dimana
aktiviti pembelajaran berlaku.

Jika pihak sekolah tidak peka terhadap tahap keselamatan perkhidmatan


yang diberikan, mungkin suasana pembelajaran menjadi tidak kondusif serta
proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.

Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa mengambil perhatian diatas semua
perkhidmatan yang tersedia.

PERANAN GURU

Memang tidak dinafikan peranan guru dalam menjaga keselamatan murid


amatlah besar. Ini kerana keselamatan kesemua murid didalam kelas adalah
dibawah tanggungjawab guru itu sendiri.

Malah guru juga boleh didakwa diatas kecuaiannya jika berlaku sesuatu
kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada murid dibawah
tanggungjawabnya.

Guru tersebut juga adalah satu perkhidmatan yang diberi oleh pihak sekolah
untuk membimbing dan mengawal aktiviti murid semasa berada didalam
kelas. Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru dalam
memastikan keselamatan perkhidmatan didalam kelas terjamin ialah :

1. Memastikan bilangan murid mencukupi semasa memulakan aktiviti kelas dan


mengetahui bilangan dan sebab murid yang tidak hadir untuk mengelakkan
sebarang kemungkinan.
2. Guru mestilah mengawal keadaan murid didalam kelas supaya tidak ada
murid yang menggangu murid lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

3. Pastikan keadaan kelas selamat contohnya kerusi, meja serta alatan lain elok
untuk digunakan oleh murid dan tidak mendatangkan bahaya kepada
mereka.
4. Peka dengan alatan yang dibawa oleh murid seperti pisau dan gunting dan
sentiasa mengingatkan mereka agar tidak bergurau menggunakan alatan
tajam.
5. Pastikan murid beratur dan tidak berlari untuk keluar kelas serta amalkan
membaca doa sebelum dan selepas memulakan sesi pembelajaran.
PERANAN MURID

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah
hanya menyerahkan bebanan tersebut kepada guru sahaja. Ini kerana,
semasa ketiadaan guru didalam bilik darjah keselamatan murid adalah
terletak dibahu mereka sendiri. Antara peranan mereka ialah :

1. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang alatan kelas yang rosak
untuk guru ajukan kepada pihak pentadbiran.
2. Menjaga kebersihan kelas untuk mewujudkan keadaaan kelas yang kondusif
dan mengelakkan sebarang penyakit.
3. Tidak bergurau menggunakan alatan tajam seperti gunting dan pisau samada
yang dibawa ataupun yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk
mengelakkan kecederaan.
4. Menjaga serta menggunakan alatan dan kemudahan dengan baik supaya
tidak rosak.
PERANAN PIHAK PENTADBIR

Pihak pentadbir adalah pihak yang berkuasa mengurus semua kemudahan


dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.

Pihak pentadbir juga haruslah segera menggantikan kemudahan atau alatan


yang rosak dan difikirkan akan mendatangkan bahaya kepada murid yang
menggunakannya.

KESELAMATAN DI KAWASAN PEMBINAAN

Jika sesebuah sekolah sedang membuat penambahan bangunan baru, maka


semua pihak terutamanya guru haruslah bijak mengawal murid agar tidak
mendekati kawasan pembinaan kerana ianya amatlah berbahaya.

Pihak pemaju juga haruslah mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi


menangani dan mengelakkan segala kemungkinan kemalangan yang bakal
berlaku dalam menjamin keselamatan perkhidmatan yang diberikan oleh
mereka.

PERANAN PIHAK PEMAJU

Pihak pemaju yang diamanahkan untuk menyiapkan bangunan sekolah


haruslah peka dengan keadaan sekeliling kawasan pembinaan.

Ini kerana, kawasan sekolah adalah dipenuhi oleh kanak-kanak yang masih
tidak boleh membezakan keadaan bahaya mahupun tidak, malahan sifat
ingin tahu mereka akan mendorong mereka mendekati kawasan pembinaan
yang memungkinkan mereka terdedah kepada bahaya. Antara peranan pihak
pemaju ialah :

1. Membuat pagar adang setinggi 1800mm tinggi dan mengelilingi kawasan


pembinaan seperti yang telah diwartakan oleh pihak kerajaan.
2. Letakkan tanda amaran ditempat yang sesuai beserta simbol yang mudah
difahami supaya menjauhi kawasan pembinaan jika tiada urusan.
3. Pintu keluar masuk jentera haruslah ditempatkan dimana kedudukannya
dapat mencegah bahaya dan kesulitan lalulintas kepada pelajar dan orang
awam.
4. Semua alat dan barang binaan hendaklah disimpan didalam kawasan
pembinaan untuk mengelakkan murid cuba menggunakannya.
5. Seboleh-bolehnya, pihak sekolah haruslah cuba untuk mencari masa yang
sesuai untuk memulakan pembinaan sekolah misalnya waktu cuti dan
sebagainya.
PERANAN GURU DAN PENTADBIR

Pihak guru dan pentadbir sememangnya tidak boleh lepas daripada


mengawal murid-murid agar tidak mendekati kawasan pembinaan. Ini kerana,

mrid-murid adalah sentiasa dekat dengan guru mereka. Jadi peranan gurulah
paling besar bagi berpesan kepada murid mereka agar menjauhi kawasan
pembinaan tesebut. Antara peranan guru dan pihak pentadbir ialah :

1. Sentiasa berpesan kepada murid-murid mereka semasa perhimpunan


mahupun waktu kelas supaya menjauhi kawasan pembinaan tersebut.
2. Denda murid yang mendekati kawasan tersebut bagi memberi peringatan
kepada murid tersebut serta murid yang lain agar menjauhi kawasan
tersebut.
3. Sentiasa memantau kawasan pembinaan tersebut dari masa ke semasa dan
meletakkan seorang pengawal bagi memastikan tiada murid berkeliaran
dikawasan tersebut.
PERANAN MURID

Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah
hanya menyerahkan bebanan tersebut kepada guru dan pihak pentadbir
sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan guru pada waktu petang, keselamatan
murid adalah terletak dibahu mereka sendiri. Antara peranan mereka ialah :

1. Sentiasa mengingati pesanan guru dan pihak pentadbir supaya menjauhi


kawasan tersebut.
2. Melarang rakan yang cuba memasuki kawasan tersebut dan melaporkan
kepada guru jika rakannya tidak mengendahkan larangannya.

You might also like