You are on page 1of 2

Refleksi

Setelah melalui proses penghasilan kerja kursus bagi subjek Seni Dalam
Pnedidikan (SDP) ini, saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari
segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan Seni
Dalam Pedidikan yang telah diberikan telah membuka minda kami sebagai bakal
guru yang akan berkhidmat sebagai seorang guru kelak bahawa sesi pembelajaran
seharusnya menarik dan menyeronokan untuk menarik minat pelajar untuk belajar
tanpa ada perasaan jemu dalam jiwa mereka. Pembelajran yang menyeronokkan
akan membuatkan pelajara semakin hari semakin menebal minat mereka untuk
menuntut ilmu.
Sepanjang penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi
antaranya, pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada
kurikulum semata-mata bahkan turut perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan
ilmu di kalangan pelajar lebih mampan. Tugasan ini secara tidak langsung telah
membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya
menjuruskan kepada hiburan sahaja tetapi juga dapatg mengcungkil idea murid.
Dalam Rancangan Pengajran Harian (RPH), objektif merupakan elemen yang
penting dalam merancangkan aktiviti yang sesuai dengan Pengajaran dan
Pmebelajran (PdP) harian. Dalam Rancangan Pengajran Harian (RPH) ini, guru
ditekankan kepada langkah-langkah yang harus dipelbagaiakn supaya tidak berlaku
konflik dalam PdP akibat daripada kebosanan para pelajar. Maka, guru perlulah
memumpukan sepenuh perhatian dan kreativiti mereka dalam mencorakkan
perjalanan mereka.
Kesesuaian PdP adalah penting keran guru tidak boleh menerapkan unsurunsur yang tidak baik kepada pelajar. Musalnya, isu politik, menyentuh perkauman,
nilai-niali yang tidak beretika dan sebagainya. Hal ini bertepadan dalam matlamat
Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Pendidikan Negara dalam melahirkan
insasn

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual, rohani dan sosial

(JERIS).
Berdasarkan tugasan ini, dapat saya simpulkan di sini bahwa, Rancangan
Pengajaran Harian adalh satu dokumen yang menjelaskan secara terperinci tentang
perjalanan Pengajran dan Pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Selain itu, ianya

juga merupakan perancangan yang disusun dengan teliti dan kemas serta mengikut
urutan tahap kemampuan pelajaranya.
Pada suatu masa dahulu kita sering beranggapan bahawa pembelajaran
subjek tertentu sahaja yang memerlukan ketiga-tiga elemen ini ketika belajar iaitu
seni, muzik dan pendidikan jasmani. Walaupun pada suatu hari nantui kita mengajar
matematik namum mashih lagi mampu mengaplikasikan ketiga-tiga elemen dalam
proses pengajaran dan pembelajran, sesuatu subjek tersebut akan lebih mudah
dipelajari

kerana

murid

akan

belajar

dengna

keadaan

tanpa

tekanan.

Walaubagaimanapun kawalan guru terhadap suasana kelas amat penting bagi


mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Dengan

tugasan

SDP yang

diberikan

juga

secara

tidak

langsung

menyediakan mental kami untuk menjadi bakal seorang guru. Tugas mengajar dan
mendidik sebenarnya tidak semudah apa yang disangkakan. Hal ini bukan sahaja
akan membuat pelajar tidak memahaminya malah akan menjatuhkan semangat
belajar. Kami berpendapat bahawa dengan menggunakan tiga elemen tersebut di
dalam pembelajran dapat menarik minat pelajar untuk belajar sekaligus menjadikan
murid tersebut melibatkan diri yang aktif dalam proses pengjaran dan pembelajran.
Secara tidak langsung mampu meningkatkan tumpuan mereka di ketika belajar.
Akhir kata, saya berasa bahwa tugasan ini secara tidak langsung
menambahkan pemahaman saya tentang subjek ini dan ini dapat diprktiakn di masa
akan datang terutama semasa menjalankan praktikum mahupun semasa berkhidmat
di sekolah.

You might also like