You are on page 1of 11

PENYATAAN PROFESIONAL

Program internship ialah latihan yang merupakan komponen wajib dalam


Program Pendidikan Guru. Program ini merupakan satu wadah yang memberi
peluang kepada guru pelatih untuk menjalankan tugasan projek serta membina
insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar di sekolah di bawah bimbingan
seorang mentor yang merupakan guru yang bertugas di sekolah yang telah
dipilih. Pelaksanaan program peringkat ini memfokuskan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan bimbingan guru pembimbing
melalui perkongsian pendapat atau idea.
Saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) semasa tahun pertama dan kedua peringkat ijazah sarjana muda
perguruan dan tiga fasa praktikum iaitu semasa tahun ketiga dan tahun keempat
semester pertama. Praktikum merupakan latihan mengajar sebelum bertugas di
sekolah sebagai seorang guru yang sah dilantik. Setelah melalui PBS dan
praktikum, peringkat terakhir sebelum kami tamat pengajian adalah program
internship. Program ini berlangsung selama sebulan iaitu bermula 28 September
2015 hingga 23 Oktober 2015.
Penempatan sekolah ditetapkan oleh kami sendiri atas beberapa isu yang
telah timbul. Atas sebab isu-isu tersebut, kami dibenarkan untuk memilih sekolah
yang berhampiran dengan rumah masing-masing. Oleh hal ini demikian, unit
praktikum hanya membenarkan tidak lebih daripada 4 orang setiap sekolah dan
bergantung kepada jumlah murid di sekolah tersebut juga. Saya telah memilih
Sekolah Kebangsaan Gita No. 2, Kuching, Sarawak yang terletak 10 minit dari
kediaman.
Program internship ini memfokuskan kepada tugasan projek yang perlu
dilaksanakan di sekolah di samping dua hingga empat waktu mengajar subjek

major dalam seminggu. Tugasan projek tersebut terbahagi kepada dua bahagian
iaitu dua tugasan berkumpulan dan satu tugasan individu. Tugasan projek yang
dijalankan perlulah dilakukan sejak awal lagi bermula dengan penyediaan kertas
kerja, diikuti dengan pelaksanaan dan seterusnya menyediakan laporan
berkenaan dengan projek yang telah dilaksanakan. Projek dan program yang
telah kami jalankan adalah program Dengue Patrol, pembinaan blog Misi
Gempur Denggi dan mural lapan peta i-think untuk rujukan para murid serta
warga pendidik sekolah.
Antara harapan yang saya sandarkan pada sekolah ini adalah kerjasama
yang baik antara pihak pentadbiran, guru guru, staf sokongan, murid murid
dan lain lain. Saya serta rakan rakan saya juga akan memberikan yang
terbaik kepada SK Gita No. 2 termasuk memberikan sumbangan yang termampu
agar hubungan yang terjalin antara kami dengan warga sekolah akan kekal utuh.

A
MAKLUMA
T DIRI
A02 Biodata Pelajar
A03 Surat Pengenalan Diri
A04 Penyataan Profesional

A2
SEMAKAN
RPH
Jadual Waktu
Rancangan Mingguan
Rancangan Harian
Refleksi Selepas PdP
Maklumat Murid/Senarai Nama

B
MAKLUMAT
SEKOLAH

C
MAKLUMA
T TUGAS
C02 Surat-surat Lantikan Tugas Semasa Di
Sekolah
C03 Salinan Borang Kehadiran Praktikum
C04 Lain-lain

D
MAKLUMA
T PROJEK

PROJEK 1
Projek Mural 8 Peta i-Think
(Berkumpulan)

PROJEK 2
Program Sukan Tahunan Sekolah
2015
(Berkumpulan)

PROJEK 3
Pembinaan Blog Misi Gempur
Denggi
(Individu)

PROJEK 4
Program Dengue Patrol
(Kumpulan)

You might also like