You are on page 1of 2

aporan Razak 1956

Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam
cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa
perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah
dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah
rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus
maju.
2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk
menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru
dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan
disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali
sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula
Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu Bahasa
Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan
Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa
Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa
Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah
Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan
pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini
telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang
bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan
dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga
mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil
Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi muridmurid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan
mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran
Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang
bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama
bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara
perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui
bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik

bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang
bersatu dan sebuah negara yang aman damai.

You might also like