You are on page 1of 2

Unit Kemanusiaan Pra-U,

Sekolah Tinggi Kluang,


429, Jalan Sekolah,
86000 Kluang,
Johor.
_________________________________________________________________________________________________
Pengarah,
Media Prima Berhad,
Sri Pentas, No.3,
Persiaran Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling Selangor,
Malaysia.
SEPTEMBER 2015.

11

Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Kemanusiaan Pra-U Sekolah Tinggi Kluang,
Johor akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur. Dengan itu, kami berhasrat
untuk menjadikan Stesen Penyiaran TV3 sebagai salah satu tempat lawatan rombongan kami.
2.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada pelajar
kemanusiaan Pra-U tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.
Tambahan pula, televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan
kepada pelajar-pelajar.
3.

Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :


Tarikh : 17.9.2015
Masa : 3.00 petang
Ahli

: 40 orang termasuk 6 guru pengiring

4.
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera.
Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,

.
(LIM KA LING)
Setiausaha,

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur,


Unit Kemanusiaan Pra-U Sekolah Tinggi Kluang.

You might also like