You are on page 1of 16

PKM MENENTANG MALAYAN UNION

Halangan membentuk negara Komunis Malaya


Parti Komunis Malaya menentang Malayan Union bukanlah atas
dasar untuk mempertahankan tanah melayu tetapi

hanya mahu

mewujudkan sebuah negara komunis malaya yang berpaksikan kepada


negara asal mereka iaitu China. Penentangan kaum melayu yang semakin
hebat terhadap malayan union telah membawa kepada pemansuhan
kerakyatan jus soli terhadap kaum lain, tambahan pula perlembagaan
persekutuan 1948 yang diperkenalkan menggantikan Malayan Union telah
menetapkan semua kaum melayu adalah warganegara manakala kaum
cina

hanya

seramai

350,000

orang

sahaja

yang

layak

menhadi

warganegara.
Penarikan hak kerakyatan secara jus soli telah membawa kepada
propaganda PKM untuk meniupkan semangat komunis yang secara
langsung telah menarik kaum cina untuk menyokong perjuangan mereka. 1
Hal ini dapat dilihat terutama kejayaan mereka menarik sokongan
kesatuan-kesatuan

sekerja

sehingga

membawa

kepada

rusuhan

seterusnya. perlembagaan alternatif yang diperkenalkan PKM telah ditolak


oleh British sehingga membawa kepada kemarahan pihak PKM kerana
jasa mereka tidak dihargai. Masyarakat

cina yang menjadi ahli parti

komunis malaya di tanah melayu lebih menumpukan perhatian dalam


perkembangan politik dinegara China, mereka menganggap penerimaan
malayan union akan membatalkan kebangsaan China secara automatik
kerana mereka akan menjadi rakyat malayan union. Sebahagian besar
mereka tidak merasa Malaya adalah tanah air mereka, sebaliknya tidak
lebih dari sekadar tempat mencari kekayaan. 2 Hal ini amat jelas melalui
1

Mohd Janib Johari, Sejarah Malaysia Moden, ,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka,
1985, hlm.188.

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Pustaka
Budiman,
1982, hlm.382.

tiga lunas rakyat iaitu walaupun dimana orang-orang cina menetap


mereka adalah warganegara China berdasarkan persamaan darah, bahasa
cina dan adat istiadat cina. Dalam ertikata lain dasar ini bertujuan untuk
menubuhkan beberapa buah negara China di dunia
Sebab-Sebab PKM Menentang Perlembangan Persekutuan
Cita-Cita PKM merampas Tanah Melayu
PKM mahu merampas secara perlembagaan untuk menubuhkan
repbulik komunis malaya dan orang-orang cina memegang teraju
pemerintahan dan penghapusan kuasa-kuasa raja-raja melayu telah
menemui kegagalan. Sebenarnya mereka telah merancang lebih awal lagi
pemberontakan

pada

18hb

Jun

1948

yang

membawa

kepada

pengistiharan darurat. Mereka harus bangkit untuk mempertahankan tiga


lunas rakyat yang dipegang mereka. 3Tambahan lagi selepas perang dunia
kedua British telah memperkenalkan malayan union yang kemudiannya
kepada persekutuan tanah melayu hal ini membuatkan PKM merasakan
tiada cara lain untuk menguasai tanah melayu melainkan melalui
pemberontakan bersenjata.
PKM Disingkirkan British dalam pemerintahan.
Tindakan british menyingkirkan PKM dalam pemerintahan selepas
tamatnya perang dunia ke-2 dan pemberian jalan kepada pemerintahan
sendiri tanah melayu melalui UMNO telah membuatkan PKM menentang
perlembagaan persekutuan. Hal ini sebenarnya berpunca daripada
ideologi yang didukung PKM

adalah amat merbahaya. oleh itu tidak

hairan mengapa PKM langsung tidak diberi kuasa dalam pemerintahan


British. 4Sokongan yang kuat terhadap UMNO

oleh British telah dilihat

mengancam perjuangan Tiga Lunas Rakyat mereka melalui perlembagaan


persekutuan yang mengintegrasikan antara kaum-kaum di Tanah Melayu.
3 Mohd Reduan Haji Asli, Pemberontakan Komunis Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan
Pustaka,
1993, hlm 17.

4 Ibid, hlm. 63.

TINDAKAN PKM SEHINGGA MENCETUSKAN DARURAT 1948-1960.


Antara

strategi

yang

telah

dilakukan

oleh

PKM

sehingga

mencetuskan darurat ialah strategi perjuangan melalui Barisan Bersatu.


Jawatankuasa pusat PKM memilih pendekatan yang dianggap lebih sesuai
dan berkesan berdasarkan kepada pendapat Lai Teck yang dilaporkan
telah berusaha untuk mempengaruhi PKM supaya mengambil panduan
untuk mengatasi masalah negara-negara yang dijajah yang hanya boleh
diatasi melalui dua pendekatan, iaitu berjuang secara revolusi seperti
yang berlaku di Indonesia dan Vietnam atau melalui pembentukan sebuah
Barisan Bersatu yang meneguasai pelbagai parti politik dan kumpulan
pendesak.
Selaras dengan keputusan itu, PKM mula mengorak langkah
membentuk sebauh Barisan Bersatu iaitu menubuhkan pakatan dan
menyusup masuk ke dalam Kesatuan-kesatuan Sekerja dan parti-parti
politik.5 Usaha ini mendatagkan hasil apabila PKM dapat menyusup masuk
ke dalam beberapa buah pertubuhan dan Kesatuan Sekerja seperti New
Democratic Youth League & Pan- Malayan Federation Of Trade Unions
( PMFTU ). PKM memulakan usaha menghasut para pekerja supaya
melancarkan mogok dan tunjuk perasaan serta menyebarkan dakyah
antikerajaan di kalangan para pengusaha kedai dan kelas-kelas malam
Cina.
Pada tahun 1946, terdapat 289 buah Kesatuan Sekerja yang
sebahagiannya menjadi ahli gabungan PMFTU. Melalui Kesatuan Sekerja,
PKM menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan di Singapura, Johor,
Negeri Sembilan dan Selangor yang melibatkan hamper 150,000 orang
pekerja. Pada tahun 1947, 291 pemogokan diadakan melibatkan hamper
65,000 orang pekerja. Selain itu, PKM juga bertindak ganas dengan

5 Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd,


2003, hlm.602.

melalukan

pembunuhan

dan

pembakaran

ladang-ladang

yang

kebanyakan dimiliki oleh orang Eropah.


Selain aripada itu, PKM juga telah bergiat menerusi saluran
perlembagaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan pergerakan politik.
PKM menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri
dengan membentuk PUTERA-AMCJA bagi menentang gagasan Malayan
Union.6 Sehubungan dengan itu, PUTERA telah mewakili 150,000 orang
ahli berjaya dibentuk. AMCJA yang mendakwa mewakili suara kaum bukan
melayu dianggontai oleh Malayan Democratik Youth ( MNDYL ), MPAJA ExServices Comrades Association ( MPAJAESCA )

dan Pan Malayan

Federation Of Trade Union ( PMFTU ).Kesemua pertubuhan ini kecuali MIC


telah diresapi atau bersimpati dengan pihak komunis dan menjadi
pertubuhan

barisan

hadapan

PKM.

Gabungan

PUTERA-AMCJA

kemudiannya mengemukakan beberapa cadangan yang dikenali sebagai


Perlembagaan Rakyat Tanah Melayu yang diluluskan dan digubal oleh
Perwakilan Rakyat yang dihadiri oleh ahli-ahli gabungan itu pada bulan
Julai dan Ogos 1947.
Strategi yang lain yang mana telah dilakukan oleh PKM ialah melalui
strategi Bandar.7

PKM menumpukan segala usaha untuk bergerak

menerusi strategi Bandar yang juga merupakan sebahagian dari strategistrategi politiknya. Ini kerana PKM mahu mendapatkan kemenangan di
Singapura dan seterusnya Bandar-bandar besar lain seperti Kuala Lumpur,
Ipoh dan Pulau Pinang sebelum menguasai ladang getah, lombong, dan
kampung di seluruh Tanah Melayu .Untuk mencapai rancangan ini PKM
telah menghantar orang-orangnya ke Bandar-bandar besar di Tanah
Melayu dan Singapura untuk bekerja dan mendapat kuasa.

6 Ibid
7 Mohd Reduan Asri, Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), 1993, hlm.15.

Memandangkan ia masih dalam tempoh medan terbuka

( Open

Front ), bergerak tindak menerusi organisasi yang sah terutamanya


Kesatuan-kesatuan sekerja Umum ( General Labour Union GLU ) dan
akhirnya GLU berjaya dikuasai oleh PKM. Apabila pentadbiran Tanah
Melayu dan Singapura, GLU turut berpecah menjadi dua kesatuan iaitu
Pan The Singapore Federated Trade Union ( SFTU ) di Singapura.
Pertubuhan lain yang turut dikuasai PKM ialah New Democratic Youth
League, Mpaja Old Comrade Association dan Malayan Democratic Union
( MDU ).8
Strategi lain yang dilakukan olek PKM ialah dengan melakukan
keganasan.Ini dapat dilihat apabila pendudukan Jepun, PKM menerusi
MPAJA melancarkan perang gerila terhadap Jepun dengan kerjasama
British melalui Force 136. Jika dilihat kepentingan jankga panjang
perjuangannya ini PKM lebih beruntung dengan pendudukan Jepun itu
kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan
perubatan yang diberikan oleh British ia telah berjaya memperkuat gerilagerilanya untuk dipergunakan menentang kembali British sekembalinya ke
Tanah Melayu.
Seterusnya PKM juga telah menubuhkan Persatuan Bekas Tentera
Anti- Jepun Rakyat Tanah Melayu ( MPAJA Ex- Comrades Association ) yang
dikatakan bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan bekas gerila
MPAJA. Akan tetapi, matlamat sebenarnya ialah untuk terus menyatukan
tentera MPAJA dan meletakkan mereka di bawah kawalan dan pengaruh
PKM. Walaubagaimanapun, pembubaran MPAJA tidak menjejaskan PKM
kerana struktur parti serta cawangannya yang begitu banyak telah
diwujudkan di seluruh negeri terus dikekalkan.9
KEADAAN DARURAT DI TANAH MELAYU
8 Ibid., hlm.17.
9 Ibid., hlm.15.

Pada

tahun

1942,

tentera

Jepun

telah

berjaya

menakluki

Tanah

Melayu.Maka bermula pendudukkan Jepun di Tanah Melayu. Pendudukan


Jepun Di Tanah Melayu telah mendapat tentangan oleh penduduk setempat
pada ketika itu. Mereka terdiri daripada kumpulan besar, iaitu MPAJA,
Pasukan 136 ( Force 136), dan Wataniah. Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah
Melayu (MPAJA) juga dikenali sebagai Bintang Tiga. Bintang Tiga sebenarnya
dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Majoriti penentangan terhadap
Jepun terdiri daripada orang Melayu. Selepas Jepun dikalahkan, semua
kumpulan ini membubarkan kumpulan masing-masing, kecuali Bintang
Tiga. Bintang Tiga yang dikendalikan oleh PKM, tidak mahu membubarkan
kumpulannya kerana ingin membentuk pemerintahan komunis di Tanah
Melayu.
Pada akhir tahun 1945, kerajaan British telah kembali semula ke
Tanah Melayu, manakala pada masa itu PKM telah mula mempengaruhi
beberapa kesatuan sekerja untuk melakukan penentangan ke atas kerajaan
British. Antara pertubuhan yang berjaya dipengaruhi oleh PKM adalah
seperti Kesatuan Demokratik Tanah Melayu, Liga Belia Demokratik Tanah
Melayu, Persatuan Bekas Ahli MPAJA dan Persekutuan Kesatuan Sekerja SeMalaya. Menerusi pertubuhan-pertubuhan ini, PKM dapat mengukuhkan
kuasanya serta memudahkan misinya iaitu membentuk pemerintahan
komunis di Tanah Melayu tercapai. PKM mendalangi mogok dan kegiatan
politik seperti yang terdapat dalam AMCJA. Apabila AMCJA berserta PUTERA
gagal menghalang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1984, maka
PKM telah menukar cara perjuangannya.Pada 1 Februari 1948, Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan. Pada masa itu, kegiatan PKM serta badanbadan yang dipengaruhinya masih lagi aktif. Pada 16 Jun 1948, berlaku
pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput Perak. 10

Akibat

pembunuhan ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan


Darurat di Perak dan Johor bermula pada 18 Jun1948. Seluruh Tanah Melayu
10 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963) , Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.,2002, hlm.314.

diisytiharkan Darurat pada keesokan harinya. Pada 23 Julai 1948, Parti


Komunis Malaya telah diharamkan
Semasa Darurat, ramai yang terkorban sama ada di kalangan
pengganas komunis mahupun pasukan keselamatan serta orang awam.
Manakala pihak kerajaan pula, terpaksa membelanjakan wang yang banyak
semata-mata untuk menentang pemberontakan komunis. Walhal wang
tersebut boleh digunakan untuk pembinaan sebuah sekolah yang besar.
Darurat telah berlanjutan selama dua belas tahun. Dalam tempoh tersebut,
penduduk di Tanah Melayu mengalami penderitaan hidup yang hebat dan
masih meninggalkan kesan sehingga hari ini. Kejayaan Perikatan dalam
pilihan raya kebangsaan dan seterusnya membentuk kerajaan menjadi
pukulan hebat kepada PKM.11

Perikatan berjanji untuk mempercepatkan

kemerdekaan Tanah Melayu menyebabkan PKM kehilangan modal dalam


slogan

antiimperialis.

Gerakan

ketenteraan

yang

diperhebatkan

menyebabkan PKM terpaksa berundur ke utara dan menubuhkan pangkalan


di selatan Thailand. Pada 31 Julai 1960, Darurat diisytiharkan tamat. Pada
tahun 1991, PKM dengan rasminya meletakkan senjata.
LANGKAH-LANGKAH BRITISH MENGATASI DARURAT
Ketenteraan

Kekuataan tentera yang pada mula 10 batalion ditambah kepada 20


batalion pada 1951.12 Kerajaan British juga telah menubuhkan Polis Hutan,
Pasukan Udara juga diperbesarkan dengan satu pasukan penggempur
manakala angkatan Tentera Laut telah ditugaskan untuk memerangi
komunis di kawasan sungai. Selain itu, bantuan ketenteraan juga telah
didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand sebagai
altenatif kekuataan tentera dalam menghadapipemberontakan.

11 Heng Peck Koon, Chinese Politics In Malaysia, 1998, hlm.43.


12 Mohd Jarib Johan Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur, 1985, hlmn
200

Seterusnya mewujudkan pegawal kampung (Home Guard). Sebahagian


besar unit pegawal kampung ini ditubuhkan di kawasan yang menjadi
ancaman komunis bertugas sebagai pegawal kampung seperti melindungi
kampung,megawal

kawasan

strategi,

membantu

polis

membuat

pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan.Dalam pad itu juga kerajaan
telah menambah lagi bilangan rekrut baru polis dan meningkat kepada
4000 orang serta penubuhan
Cawangan Khas Polis untu menjadi perisik.
Rancangan Briggs
Kerajaan British terus memperhebatkan gerakkannya menentang
komunis dengan melantik Lefternan Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah
gerakan pada April 1950.13 Beliau telah menjalankan sistem yang akhirnya
dikenali sebagai Rancangan Briggs. Rancangan ini adalah bertujuan untuk
penempatan semula orang-orang cina yang tinggal berselerak ke kawasan
baru yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang dipanggil sebagai
Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan di pagar bagi mengelakkan
dari ugutan Min Yuen yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan
makanan. Selain itu rancangan Briggs juga telah melaksanakan Gerakan
kelaparan. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan,
senjata dan ubat-ubatan daripada tidak jatuh ke tangan komunis ini jelas
telah melemahkan mereka.
Undang undang Darurat
Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengadakan Undang-undang
Darurat. Undang-undang Darurat ini memberi kuasa yang lebih kepada
kerajaan British untuk menentang keganasan komunis. Undang-undang ini
menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung menyekat
kebebasan bercakap.14 Misalnya, kerajaan berkuasa untuk menangkap dan
menahan

orang

untuk

beberapa

bulan

tanpa

perlu

dibicarakan

di

13 Ibid, hlm 201


14 Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1996, hlm. 330.

mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika mereka berkumpul melebihi


lima orang di luar bangunan,jika mereka tidak mendapat kebenaran polis.
Seseorang yang menyimpan atau membawa senjata api boleh dihukum
bunuh.

Undang-undang

Darurat

ini

juga

telah

digunakan

untuk

melumpuhkan kegiatan politik antipenjajahan yang agak radikal walaupun


tiada

berkaitan

dengan

fahaman

komunis.

Misalnya,

penangkapan

pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol.

Perang Saraf
Pada 6 Oktober 1951 Persuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah mati
dibunuh secara serangan hendap oleh talibarut PKM ketika beliau dalam
perjalanan ke Bukit Fraser

menyebabkan Parti Konservatif di Britain

mengkaji semula dasar memerangi PKM. Penggantinya Sir Gerald Templer


1952 hingga 1954 telah melancarkan operasi

Perang Saraf

yang

bermatlamat memerangi hati rakyat.15 Di antara langkah yang diambil ialah


melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, hadiah kepada
penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta
berjuta-juta risalah dijatuhkan didalam hutan dan kapal terbang dengan
pembesar suara.
Selain itu wujud juga perintah berkurung .kawasan putih dibebaskan
daripada perintah berkurung, soal selidik kepada penduduk yang wajib
dijawab, serta galakkan kerajaan kepada penduduk untuk menujukkan
perasaan anti-komunis, menarik perhatian orang cina dengan menambah
hak kerakyatan sebanyak 10 % serta memperkenalkan kad pengenalan
bagi mengenal pasti komunis atau pun rakyat biasa.
Peranan MCA
Pada tahun 1949 MCA sebagai parti Pro-kerajaan dibentuk dengan
peresidennya Taan Cheng Lock sehingga tahun 1958.MCA ini bertujuan
adalah untuk menarik perhatian orang cina dan menyokong kerajaan
15 Mohd Janib Johan, op.cit., hlm. 202.

menentang PKM. Diantara langkah yang diambil ialah, mengutip derma


untuk membantu kehidupan kampung baru, contohnya menjual tiket loteri
dan hasil jualan 1950 sehingga 1953 berjuta-juta dan 4 juta daripadanya
dibelanjakan untuk perkhidmatan berkaitan darurat.
Tawaran Menyerah Diri
Hal ini bagi mewujudkan perpaduan kaum. Kaum-kaum ini diwakili
oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC bagi membentuk
Parti Perikatan yang menang dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah
mencadangkan agar komunis menyerah diri.16 Berdasarkan menifestonya
seperti pengampunan kepada pihak komunis dan menyerah diri pada
september 1955 di mana 12 juta pas pengampunan ditabur di dalam hutan.
Hasil dari penisytiharan pengampunan beramai-ramai itu, terdapat 21
orang pengganas komunis telah menyerah diri sehingga bulan Oktober
1955. Selain itu, terdapat juga anggota komunis yang menyera diri ini ialah,
6 orang Melayu termasuk Ahmad Salleh anak perempuan kepada Encik
Muhammad Salleh Bin Muhammad Zain, ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Pahang ketika itu.
Rundingan Baling
Semasa Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu, beliau
bersedia berunding tentang pengampunan.17 Rundingan awal ini diadakan
di Baling paada 28 Disember 1955 di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris
(putera). Dalam perundingan ini, Tunku telah menekankan bahawa beliau
hendak menjelaskan syarat-syarat pengampunan tetapi Ching Peng
menolak kerana mahu PKM ada hak seperti parti-parti lain boleh bergiat
dalam bidang politik yang sah.

16 Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur,


Dewan Bahasa & Pustaka, hlm 368
17 Mohd Jarib Johari, Sejarah Malaysia Moden, 1985, Dewan Bahasa &
Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 204

Di antara syaratnya ialah Tunku mahu PKM melatak senjata dahulu,keluar


dari hutan dan menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu dan mahu
PKM dibubarkan. Akhirnya, perjumpaan selama dua hari ini telah
membawa kegagalan

dan kerajaan telah mengambil keputusan untuk

berperang secara habis-habisan dan pengampunan juga ditarik balik pada


8 Februari 1956.

Kesan darurat terhadap sosio-ekonomi tanah Melayu.


Darurat telah meninggalkan banyak kesan sama ada jangka pendek
atau jangka panjang terhadap aspek kemasyarakatan, perpaduan, politik,
sosial, ketenteraan dan ekonomi tanah Melayu. Darurat yang tidak di
ingini berlaku akhirnya membawa kepada implikasi jangka panjang dalam
konteks perpaduan. Darurat 1948 sehingga 1960 membawa pertukaran
yang asas kepada hampir kesemua aspek kehidupan tanah Melayu.

Kelahiran penempatan baru.


Kesan yang paling besar ialah berhubung dengan

kewujudan

penempatan baru iaitu penempatan semula hampir 650 000 setinggan


kepada hampir lebih 550 buah kampung baru. September 1948,
jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah setinggan
di pinggir-pinggir

hutan yang diancam komunis. Sebelum tamatnya

darurat, lebih setengah juta setinggan telah ditempatkan semula demi


kepentingan ketenteraan. Usaha ini dilaksanakan di bawah Rancangan
Briggs sebagai satu strategi mengebulurkan gerila komunis. 18 Selain itu,
kampung-kampung ini di pagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh
18 Mohd Ridwan Haji Asri, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaya,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 65.

pasukan

keselamatan.

Kampung

baru

ini

dilengkapkan

dengan

kemudahan awam. Penempatan semula setinggan cina ini penting kerana


kebanyakan orang Cina tinggal berselerak di pinggir hutan ekoran
daripada penjajahan dan pemerintahan jepun.
Pada amnya, golongan ini bersimpati dan menyokong perjuangan
komunis dengan memberi bantuan dan bekalan seperti makanan, wang,
maklumat dan ubat-ubatan. Oleh hal yang demikian, penempatan semula
ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada operasi menentang kegiatan
komunis di Malaya ketika itu.

Hampir 80% kampung baru telah

ditubuhkan semasa darurat yang kebanyakannya terletak di Pantai Barat


Tanah Melayu, separuh darinya terletak di negeri Perak dan Johor.
Keadaan ini memperlihatkan ke tidak seimbangan jumlah penduduk yang
menetap di kawasan ini. Hal ini kerana, jumlah penduduk yang menduduki
penempatan baru ini dikuasai oleh bangsa Cina. Mohd Ridwan Haji Asri di
dalam bukunya yang bertajuk Pemberontakan Bersenjata Komunis di
Malaya;1993, mengatakan bahawa jumlah peratusan penduduk di
penempatan baru ini didominasi oleh bangsa Cina iaitu sebanyak 86%,
sedangkan Melayu hanya 9% manakala India dan lain-lain masing-masing
sebanyak 4% dan 1%.19
Melambatkan proses kemerdekaan tanah Melayu.
Selepas tentera Jepun menyerah diri, orang Melayu mula sedar dan
bangkit

untuk

mendirikan

negara

sendiri.

Semangat

nasionalisme

terpancar dan tumbuh di segenap masyarakat tempatan. Hal ini


disebabkan

kekalahan British terhadap Jepun. Pada mulanya, British

dianggap satu kuasa besar yang kuat. Namun, kekalahan ini merupakan
titik tolak kepada kejatuhan maruah mereka sekaligus melahirkan
semangat kebangsaan masyarakat Melayu dalam menentukan kerajaan
sendiri. Semasa pertukaran tampuk pemerintahan Jepun kepada british
semula, gerila-gerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa
di

beberapa

19 Ibid.

kawasan.

Namun

demikian

dalam

beberapa

minggu

berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih


kuasa bagi kerajaan British. Pada masa yang sama Malayan Peoples Anti
Japanese Army (MPAJA) dibubarkan.
Walau

bagaimanapun,

apabila

darurat

berlaku,

ia

telah

melambatkan proses perkembangan ke arah kemerdekaan tanah Melayu.


Hal

ini

kerana,

kemerdekaan

british

terhadap

pada

mulanya

tanah

Melayu.

bersetuju
Namun,

untuk

memberi

kemerdekaan

akan

diberikan sekiranya tanah Melayu dalam keadaan aman. Sebelum


Rundingan

Baling,

kerajaan

british

berjanji

untuk

memberikan

kemerdekaan kepada tanah Melayu. Bagaimanapun, pihak british mula


berasa

khuatir

di

labelkan

sebagai

imperialisme

tulen

dan

ini

menguntungkan PKM.20 PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di


Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mula meresapi pelbagai
pertubuhan politik, belia dan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas
dalam PKM yang masih halal ketika itu. Setelah mendapat arahan dari
Comintern dan merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM
mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu
sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada
perjuangan kekerasan bersenjata.
Ketenteraan.
Dari segi ketenteraan, didapati angkatan tentera Tanah Melayu
berkembang

pesat

dari

segi

pembentukan

batalion

baru,

jumlah

keanggotaan dan persenjataan.21 Setelah keadaan darurat semakin teruk,


Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai
tahun 1948 sekali gus mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh
itu, untuk memerangi komunis di seluruh negara, Kerajaan telah
mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah ini. Satu langkah
utama ialah dengan menyelaras gerakan ketenteraan. Oleh kerana
masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri, Polis Persekutuan
20 Mohd Isa Othman, op. cit, Hlm 324.
21 Ibid,.Hlm 324.

Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya. Di kemuncak


kebangkitan

komunis

(1950),

Pasukan

Polis

dengan

kekuatan

161,281orang yang terdiri daripada 31,164 anggota polis tetap, 44,117


polis khas dan 86,000 polis bantuan merupakan pasukan keselamatan
yang terbesar kerana angkatan tentera hanya mempunyai 10 batalion
infantri (2 batalion Tentera British, 5 batalion Tentera Gurkha dan 3
batalion Askar Melayu).
Pasukan

Polis

bertindak

dan

memainkan

peranan

utama

dalam

merancang strategi untuk menentang komunis. Pasukan Polis memburu


dan menghapuskan komunis di hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam
usaha menjayakan gerakan menentang komunis, Cawangan Khas (Special
Branch) selaku badan perisikan utama negara telah bertindak dengan
tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan peranan yang penting
dalam menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan pasukan polis
dalam masa

darurat

adalah

amat

jelas

jika

dilihat pada

jumlah

anggotanya yang terkorban iaitu seramai 1,346 berbanding dengan


pasukan keselamatan yang lain hanya 519 sahaja.
Ekonomi.
Walaupun darurat telah memberi kesan positif kepada ketenteraan,
namun, ia telah memberi impak yang besar dalam sektor ekonomi.
Darurat telah menyebabkan pembiayaan untuk operasi tentera meningkat
menjadi $800 juta (Amerika). Jumlah ini sebahagian besarnya ditanggung
oleh kerajaan persekutuan ($721.9 juta). Mujurlah kerajaan tanah Melayu
diselamatkan secara tidak langsung oleh harga getah yang melambung
ekoran daripada Perang Korea. Keadaan in sudah tentu menjejaskan
peruntukan untuk pembangunan ekonomi.22
Selain itu, PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi
Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah melancarkan
keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh penguruspengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong,
22 Ibid.

menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan.


Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi
yang di gelar "Bumi Hangus". Kegiatan komunis telah menyebabkan
banyak kemusnahan ladang-padang, lombong-lombong, jalan raya dan
lain-lain kemudahan awam. Keadaan ini telah mencatatkan pertumbuhan
dan pembangunan ekonomi tanah Melayu pada ketika itu.
Sosial dan permasalahan kaum.
Darurat juga telah menyebabkan kesan yang mendalam terhadap sosial
tanah Melayu. Semasa darurat, ramai orang telah terkorban. Tidak kiralah
sama ada orang awam, gerila PKM mahupun askar-askar. Jumlah orang
awam dan tentera yang terbunuh dan cedera sehingga tahun 1959
berjumlah 21 231 orang manakala gerila PKM yang terkorban seramai
6133 orang. Terdapat juga gerila PKM yang menyerah diri dan ditawan
iaitu masing-masing 2595 orang dan 1273 orang.
90% ahli PKM adalah terdiri daripada orang cina manakala askaraskar yang berjuang di pihak kerajaan kebanyakannya terdiri daripada
orang Melayu. Keadaan ini telah mewujudkan masalah ketegangan kaum.
British telah berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Antaranya,
menggalakkan

pemimpin-pemimpin

Cina

menubuhkan

parti-parti

antikomunis dan prokerajaan. Pada 27 Februari 1949, Tan Cheng Lock


telah menubuhkan Malayan Chinesse Assiosation (MCA)
Rakyat juga pada amnya menghadapi banyak kesulitan akibat
darurat. Mereka terpaksa mengharungi tekanan dan ancaman daripada
pihak PKM dan kerajaan. Sebelum kerajaan dapat mengatasi ancaman
komunis, kehidupan masyarakat luar bandar rumit dan perit. Di satu
pihak, mereka terpaksa mematuhi tuntutan bekalan makanan, pakaian
dan sebagainya untuk PKM. Catuan makanan, sekatan jalan raya dan lainlain

peraturan

kerajaan

juga

telah

menyukarkan

pergerakan.

Sesetengahnya pula ditangkap kerana disyaki tanpa perbicaraan dan ada


daripadanya yang di hukum dan menjadi mangsa (dibunuh)23

KESIMPULAN
Darurat akhirnya dapat juga ditamatkan walaupun mengambil
selama dua belas tahun untuk ditangani. Kejayaan ini berjaya dicapai
melalui tindakan drastik melancarkan peperangan habis-habisan oleh
kerajaan telah menyebabkan ramai pengikut Chin Peng mati terbunuh
seperti

semasa

gerila-gerila

PKM

ingin

bergerak

ke

kawasaan

pergunungan, seramai 2500 orang telah terbunuh, hanya 500 orang


sahaja yang berjaya ke kawasan pergunungan Thailand itu. Malah
semakin ramai yangberpaling tadah diantarnya orang penting PKM telah
menyerah diri pada 30 Disember 1954 iaitu Osman Cina, dan Hor leung.
Dalam pada itu ramai juga bilangan PKM yang mati kelapran, menyerah
diri. Tindakan yang proaktif kerajaan ketika itu, nyata berkesan ditambah
pula dengan kemenangan Parti Perikatn dan telah membentuk kerajaan
menjadi tanda kegagalan besar buat PKM. Pada 31 Julai 1960 darurat
diisytiharkan tamat dan pada 1991 PKM telah meletakkan senjata dengan
rasminya.

Kehadiran

PKM

mengakibatkan

kesengsaraan

dikalangan

penduduk Tanah Melayu, membantu perpecahan kaum dan syak antara


kaum Cina dan Melayu, seterusnya memperlambatkan proses untuk
mencapai kemerdekaan daipada British kerana tumpuan pemerintah pada
ketika itu lebih kepada usaha menangani masalah politik akibat darurat.
Darurat juga menjadi titik tolak betapa penting dan perlunya perpaduan
dalam masyarakat majmuk di negara kita bagi mengecapi kemajuan dan
pembangunan bersama.

23 Ibid. Hal 325-326,

You might also like