You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

2.0 KONSEP PENDIDIKAN


Pendidikan ialah proses penyampaian ilmu pengetahuan atau pengilmuan dan pelatihan
kemahiran melalui cara formal, tidak formal atau informal. Selain itu, pendidikan juga
merupakan proses mengubahkan seseorang bagi membolehkan dia menyesuaikan dirinya dari
segi fizikal, mental, emosional, moral dan kerohanian kepada keadaan semasa dan setempat,
dan juga bagi membolehkan dia menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang, sosial, ekonomi,
politik dan sebagainya. Sebagai proses hidup ianya terikat kepada tekanan masyarakat
setempat dan semasa selain daripada tekanan universal. Di dalam hal ini pendidikan ialah
proses pembudayaan yang menjadi asas ketamadunan bangsa untuk terus tegak dalam arus
perkembangan ketamadunan dunia.
2.1 Konsep Demokrasi Pendidikan
Menurut Dewey (1966) konsep asas pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang
pendidikan untuk semua tanpa mengira umur, etnik, latar belakang, status sosioekonomi,
demografi dan geografi. Pendekmokrasian pendidikan juga merujuk kepada penyediaan
peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dan kualiti hidup.
Darling-Hammong (1997) pula menjelaskan sekolah sebagai institusi pendidikan perlu
menyediakan pelajar untuk menjadi warganegara yang demokratik dan mengamalkan
demokrasi.
Sufean (2002) menghuraikan demokrasi pendidikan meliputi seperti hal berikut. Antaranya,
kebebasan ibu bapa memlih aliran sekolah yang sesuai dengan hasrat mereka dan budaya
masing-masing dan tiada unsur paksaan kepada sesuatu aliran sekolah atau bahasa
pengantarnya. Seterusnya adalah tiada sekatan atau diskriminasi bagi kanak-kanak untuk
mendapatkan pendidikan, tidak kira lokasi, masyarakat, budaya, dan status keluarga. Hal ini
disebabkan pendidikan ialah satu hak asasi manusia untuk menjadi celik huruf pelbagai
(multiple literacies) bagi mengatasi deprivasi dalam kehidupan. Selain itu, Sufean juga
menyatakan semua sekolah mempunyai kualiti prasarana dan sumber yang baik dan sama,
tidak kira apa jua lokasi dan saiz sekolah. Kualiti sekolah yang baik adalah untuk membasmi
desprivasi sosial atau reproduski sosial iaitu memberhentikan kitaran kedaifan akibat buta
huruf dan kemiskinan.
Walau bagaimanapun, masalah pembangunan insfrastruktur dan penyediaan peluang
pendidikan serta pengagihan daripada peruntukan pembangunan yang tidak seimbang antara
bandar dengan luar bandar di negara-negara sedang membangun, khusunya, merumitkan
proses melaksanakan konsep demokrasi dalam bidang pendidikan secara lebih berkesan dan
menyeluruh. Implikasi kepada keadaan ini telah membawa kepada wujudnya jurang
kemajuan dalam pelbagai bidang yang dicapai oleh masyarakat di bandar yang pesat
membangun berbanding masyarakat luar bandar yang kurang membangun (World
Development Report 2000/2001)

2.2 Dasar Pendidikan di Malaysia


Dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju
sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan ini mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun
1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar ini. Pertama,
tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politik. Seterusnya yang kedua adalah untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta
mematuhi dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan
dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaan awam
yang tidak tersusun. Yang ketiga pula ialah, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem
pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.
3.0 TEORI PEMBANGUNAN DALAM PENDIDIKAN
3.1 Pendidikan untuk Modenisasi dan Sosialisasi Pembangunan
Menurut Forojalla (1993) teori modenisasi memberi tumpuan kepada proses. Walaupun
modenisasi mencakupi konsep yang luas dan melibatkan pelbagai dimensi, namun adalah
diakui bahawa sekolah merupakan agen yang memainkan peranan dalam membawa
perubahan nilai dan sikap masyarakat. Perubahan nilai dan sikap masyarkat pula akan dapat
mengubah struktur masyarakat yang mengamalkan corak hidup tradisi kepada amalan
masyarakat moden. Masyarakat moden pula sering dikaitkan dengan masyarakat yang
produktif dan berusaha melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan mereka.
Perubahan nilai dan sikap masyarakat pula akan dapat berupaya membangunkan sistem
ekonomi mereka.

Pembangunan bermaksud
2.1 Corak Pendidikan Tradisional
Sebelum diperkenal sekolah vernakular, pendidikan berbentuk tradisional di mana
pengetahuan dan kemahiran, khususnya kemahiran hidup diperolehi melalui sistem
apprenticeship. Ibu bapa, kaum keluarga dan masyarkat setempat bertanggungjawab dan
mengambil peranan bagi menyampaikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai yang
membolehkan anak-anak mereka berfungsi sebagai ahli dalam sistem sosioekonomi yang
wujud ketika itu. Di samping itu, nilai-nilai masyarakat setempat diterapkan oleh teladan dan
tunjuk ajar yang dilakukan secara formal oleh institusi-institusi pendidikan dan secara tidak
formal melalui institusi sosial ketika itu.
2.2

Sebelum tercapainya kemerdekaan, Malaysia, dulunya Malaya, tidak mempunyai


sebarang Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kerajaan Penjajahan British tidak menitikberatkan
sistem Pelajaran Kebangsaan. Kerajaan B
2.1 Isu Pendidikan di Sekolah
2.1.1 Masyarakat dan Sekolah
Masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi sesebuah sekolah. Pencapaian
pelajar bukan sahaja bergantung kepada prestasi sekolah, tetapi juga banyak dipengaruhi oleh
cara hidup pelajar sendiri. Selain itu, kegiatan pertubuhan dalam masyarakat juga memainkan
peranan yang penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian
persekolahan pelajar berkenaaan. Kanak-kanak yang mendapat sokongan kuat daripada
keluarga menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kurang
mendapat sokongan keluarga (Marope 1996).
Laporan Plowden(1967) mencadangkan agar guru dan ibu bapa harus bekerjasama
dalam mendidik pelajar. Dalam hal ini, guru patut mengetahui latar belakang pelajar
sementara ibu bapa pula perlu mendapatkan maklumat mengenai perkembangan anak-anak
mereka di sekolah. Hal ini disebabkan guru, keluarga dan masyarakat setempat berpengaruh
dalam mencorakkan perkembangan akademik pelajar (Karl, L. 2001).
Atkin dan rakan-rakan (1988) mencadangkan supaya ibu bapa perlu memahami apa
yang dilaksanakan di sekolah, mengenal pasti matlamat program sekolah. Kerjasama sekolah
dan masyarakat dengan mengadakan aktiviti bersama akan menggalakkan sosial, emosi,
jasmani dan intelektual pelajar.
2.1.2 Keciciran Pelajar
Kajian keciciran dan pencapaian rendah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1974)
menunjukkan terdapat jurang pencapaian yang lebar antara pelajar bandar dengan luar
Bandar dari segi pencapaian keseluruhan dan kualiti. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua
faktor iaitu latar belakang sosioekonomi keluarga dan kemudahan asas sekolah
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan
dapatan kajian Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Sekolah di Malaysia
(Leong 1990)
Dari sudut pembangunan sumber manusia, keciciran sekolah boleh mendorong
kepada kehilangan potensi individu untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi
negara. Kadar keciciran yang berlaku boleh menjejaskan peluang seseorang itu mendapatkan
pendidikan yang lebih, dan memperoleh pekerjaan dan pendapatan yang baik serta
mengurangkan peluang meningkatkan mobiliti mereka (Deutsch 1965). Dari segi ekonomi
dan pembangunan seum

You might also like