You are on page 1of 4

FATWA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN-HUKUM ALKOHOL

------------------------------------------------------------------------------------------------------Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai
hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis surat
kepada Pusat Islam.
Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku (jika ada).
-------------------------------------------------------------------------------------------------Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol,
Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang
terbanyak sekali dicampurkan.
1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari
proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui
proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak
sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.
4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal
dimakan.
5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.
1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.
2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman
ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang
yang meminumnya.
Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang
dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau
untuk menaikkan roti adalah harus.
Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam
minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam
kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang
paling baik ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang
kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:

a. Penyediaan dalam makmal


b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan
sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.
Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan
serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti
sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang
memabukkan itu haram."(HR Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap
najis.
Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil
keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram
alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983,
hal. 427):
MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI
---------------------------------Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren
Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.
Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?
Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun
telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai
minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan
jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).
Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik
tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah
dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat
yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah
beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut
idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang
alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.
****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam
tujib.:
Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?
Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi
haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.
Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram.
Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang
mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.
Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang
memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
----------------------------Kesimpulan
---------Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam
perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.
Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah
telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.
Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan
ketokohan para ulamaknya.
Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang juga
masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu
pengetahuan umum lainnya.
Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang
mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?
Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)
Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang
mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang
mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang
lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi
(terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab
berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita
kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.
Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka
tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara
tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid
membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima di
dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan hujah
dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.
Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah. Jumhur
ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah najis.
Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang ada pada
benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?
Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana
masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir juga,
nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.
Sekian adanya. Wallahu a'lam.
di ambil dari kedaholine..
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2949.7

You might also like