You are on page 1of 37

KONSEP-KONSEP

SISTEM BUMI
SISTEM
Satu set angkubah-angkubah yang mempunyai komponen tertentu yang saling berkaitan
antara stu sama yang lain dan berupaya bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi yang
agak kompleks sebagai satu fungsi yang menyeluruh.

Sebagai satu set angkubah @ unsur-unsur yang saling bertindak antara satu sama lain,selain
mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga
dan bahan yang dapat keluar dan masuk dari sistem tersebut.
(Longman, RUSLY MUSA & NURSHIKIN ABDULLAH)

Sistem ialah satu set himpunan objek-objek @ sifat-sifat yang berstruktur.objek tersebut
kadangkala disebut angkubah yang mana ia berkait antara satu sama lain supaya dapat
bertindak @ beroperasi bersama-sama sebagai satu organisasi yang kompleks.sebahagian
daripada angkubah-angkubah tersebut bergantung dengan angkubah lain. (CHORLEY &
KENNEDY, 1971)
SUMBER : Chan Ngui Weng

Sistem merupakan satu set himpunan objek-objek yang boleh digelar sebagai angkubah-
angkubah objek @ angkubah ini berkait antara satu sama lain dan berupaya bertindak
bersama-sama sebagai satu organisasi yang agak kompleks.
( FAJAR BAKTI SDN.BHD)

Sistem boleh didefinisikan sebagai satu set objek-objek dimana objek-objek tersebut
mengandungi komponen @ pemboleh ubah yang mempunyai pertalian antara satu sama lain
dan beroperasi bersama-sama sebagai suatu bentuk yang sungguh kompleks berdasarkan
suatu pola tertentu.
(JAMALUDDIN DAN ISMAIL AHMAD 1966)

Sistem Terpencil
Tiada sebarang bentuk interaksi antara angkubah dgn alam sekitar yg melepasi sempadan
sistem. Tidak berupaya bertukar tenaga & tiada input tenaga dari sistem yg lain.

Sistem Tertutup
Mempunyai sempadan yg menghalang kemasukan bahan lain dari luar kecuali kemasukan
tenaga & sistem akan terhenti jika tiada tenaga dibekalkan.

Sistem Terbuka
Mempunyai sempadan yg membenarkan kemasukan bahan & tenaga yg saling berinteraksi
utk menggerakkan sistem. Sebarang perubahan yg berlaku terhadap bahan atau tenaga akan
menyebabkan sistem ini berubah & mempunyai keseimbangan.

Sistem Morfologi
Sistem ini mempunyai ciri-ciri fizikal yg normal bergabung utk membentuk suatu bahagian
fizikal yg beroperasi. Sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu angkubahnya, maka
unsur-unsur yg lain juga akan turut berubah bagi mencapai keseimbangan yg baru.

Sistem geomorfologi
Sistem geomorfologi adalah mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas
permukaan bumi sama ada yang makro ataupun mikro contohnya, proses luluhawa,
hakisan,pengangkutan dan pergerakan jisim.kombinasi pelbagai faktor fizikal akan
menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi sama ada lembangan saliran, dipinggir
pantai,kawasan gurun,kawasan glasier dan sebagainya.

Sistem atmosfera
Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu.hujan.tekanan
udara,kelembapan udara,tiupan angin dan sebagainya yang berlaku di ruang atmosfera.unsur-
unsurnya iklim dan cuaca ini dikaji mengikut ruang dan masa.

Sistem hidrologi
Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera termasuklah pelbagai jenis
kerpasan,air permukaan seperti sungai,tasik,kolam dan juga air bawah tanah.tumpuan kepada
bagaimana air itu berkitar,perubahan yang di alami oleh air pada setiap peringkat
kitaran,proses-prosesnya serta saling berkaitan antara unsur-unsur yang ada dalam kitara
hidrologi.

Sistem ekologi
Sistem yang mengkaji habitata flora dan fauna yang dipecah-pecahkan kepada ekosistem-
ekosistem yang berantaian antara satu sama yang lain seperti ekosistem muara, ekoistem
akuatik seperti laut,tasik,dan kolam ,ekosistem hutan dan sebagainya.tumpuan kajian adalah
kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan ekosistem-ekosistem tersebut.

Sistem Lata
Sistem ini bersifat sehala. Ia merujuk kpd rantaian subsistem yg mengandungi
input,storan,dan output bahan serta tenaga. Output bahan & tenaga dari satu subsistem akan
menjadi input kepada sistem yg lain.

Sistem Berinteraktif
Merupakan jalinan atau kombinasi antara sistem morfologi dgn sistem lata. Kaitan antara
kedua-duanya adalah dibentuk oleh kompenen sistem lata yg sama atau berkait rapat antara
satu sama lain.

Sinaran Gelombang Panjang


Istilah umum utk menerangkan semua sinar yg mempunyai jarak gelombang yg lebih dari 4
mikron. Hampir semua tenaga atau bahang yg dikeluarkan oleh bumi adalah dalam sinaran
jenis ini.

SISTEM SURIA
Sistem suria merupakan satu sistem planet dalam galaksi bima sakti. Sistem suria terdiri
daripada matahari dan 8 buah planet lain yang mengelilingi dalam orbit bujur yang tertentu.
Selain itu, terdapat satelit semula jadi dan jasad-jasad lain seperti asteroid, komet, meteor dan
gumpalan awan habuk planet.

Bima Sakti
Merupakan sistem bintang berbentuk piring rata yg mengandungi lebih daripada 100000juta
bintang.

PUTARAN BUMI
Bumi berputar pada paksinya yang condong 23½° daripada satah tegak. Arah putaran bumi
ialah dari barat ke timur. Satu putaran 360° mengambil masa 23 jam 56 minit.

PEREDARAN BUMI
Bumi beredar dengan kelajuan 3600km¯¹j. Peredaran bumi dalam orbitnya mengambil masa
365¼ hari. Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya.

Matahari
Merupakan cakerawala yg menjadi pusat edaran bagi semua planet dlm sistem suria & juga
satu sfera gas yg sgt panas & bersinar.
MATAHARI
Merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan graviti matahari
menyebabkan semua planet beredar mengelilinginya. Matahari mempunyai diameter
1391980km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur yang paling utama iaitu hidrogen dan
helium. Kedua-dua unsur ini membentuk hampir 99% daripada isipadu matahari. Suhu
permukaan matahari dianggarkan kira-kira 5500 c dan suhu teras 15 juta c. Suhu yang tinggi
ini menyebabkan matahari mengeluarkan cahaya.

TOMPOK MATAHARI
Kawasan yang lebih hitam di atas permukaan matahari. Ia juga merupakan kawasan yang
bersuhu lebih rendah berbanding dengan permukaan disekitarnya. Tompok-tompok matahari
lazimnya berlaku dalam pasangan mengikut satu kitaran bertempoh 11 tahun.

TOMPOK MATAHARI
Tompok Matahari merupakan bintik-bintik @ bintil yang berwarna hitam melekat pada
permukaan matahari. Tompok matahari mempunyai suhu1900 c dan merupakan suhu yang
rendah berbanding unsur lain yang ada di matahari. Tompok matahari merupakan
pembantunya untuk mengekalkan warna matahari untuk sentiasa bersinar seperti sediakala.

Asteroid
Merupakan jasad-jasad kecil yg terdiri drpd ketulan batuan & logam dlm cakerawala yg
mengelilingi matahari terutamanya antara orbit marikh & musytari.

Meteorit
Merupakan ketulan batuan atau logam kecil yg terapung dlm sistem suria.

Komet
Jasad2 yg terdiri drpd ketulan ais yg terbentuk drpd campuran gas & debu2 yg beredar
mengelilingi matahari.

Meteor
Ialah hasil pergeseran antara meteorit & molekul udara dgn kelajuan yg tinggi akan
menyebabkan meteorit terbakar & dikenali sbg tahi bintang.

Afelion
Titik paling jauh dari matahari pd orbit sebuah planet. Orbit planet berbentuk elips kerana
jarak antara planet & matahari berubah-ubahsacara periodic sepanjang orbit planet. Titik dlm
orbit dimana jarak planet dgn matahari mencapai max yg dikenali sbg titil afelion.
Perihelion
Titik terdekat sebuah planet dlm orbitnya terhadap matahari. Bumi tiba dikedudukan
perihelion sewaktu musim sejuk iaitu pada bulan jun.

Galaksi/Nebula
Bintang2, gas & habuk yg bertaburan di angkasa secara berkelompok yg mempunyai lebih
drpd 500juta galaksi.

Bumi
Berbentuk sfera tetapi rata kedua-dua kutubnya. Ia mempunyai satu jejari di kathulistiwa
sepanjang 634km & kutubnya sepanjang 6537km.

Gerhana
Suatu fenomena dimana bulan atau matahari dihalang & tidak dpt dilihat dari bumi. Gerhana
matahari berlaku apabila bulan terletak diantara bumi & matahari.

Fotosfera
Lapisan luar matahari & kepanasan menjangkau 6000°C, berbintik disebabkan letupan2
tenaga dipermukaannya.

Putaran Bumi
Bumi berputar di atas paksinya mengikut arah lawan jam,iaitu dari arah barat ke timur.
Kecondongan paksi bumi adalah sebanyak 66.5° dgn rataan londar matahari & 23.5° dgn
garis tegak kerataan londar matahari. Satu putaran lengkap mengambil masa 23jam 56minit.

Peredaran Bumi
Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbit bujurnya. Satu edaran mengelilingi
mathari mengambil masa selama 365.25 hari. Menyebabkan kejadian empat musim &
kejadian gerhana matahari & bulan.

Ekuinoks
Semua tempat di dunia kecuali kutub utara & kutub selatan mengalami waktu siang & malam
yg sama panjang krn matahari berada tegak diatas kepala khatulistiwa pd 21Mac &
23September.

Ekuinoks Musim Bunga


Pada 21Mac, matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa pd waktu tengah hari.

Ekuinoks Musim Luruh


Pada 23September, matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa pd waktu tengah hari.

Solstis
Himesfera utara mengalami siang lebih panjang & waktu malam lebih pendek yg
menyebabkan musim panas pd 21Jun. Apabila himesfera utara mengalami malam lebih
panjang & waktu siang lebih pendek akan menyebabkan musim sejuk pd 22Disember.

Dataran Ekliptik
Dikenali sbg dataran bandingan dalam sistem suria yg digunakan secara berleluasa. Bumi
berputar mengelilingi matahari di atas dataran tersebut.

Kerak Bumi
Lapisan di luar sekali & paling nipis. Meliputi benua (SIAL) & lautan (SIMA), batuan jenis
granit & basalt serta ketumpatan batuan ialah 2.7-3.

Mantel
Lapisan pertengahan & tidak stabil. Lapisan batuan batuan dalam bentuk pepejal & cecair.
Batuan jenis granit & basalt mempunyai ketumpatan 5.5.

Teras
Lapisan paling dalam & berbentuk pepejal & lapisan luar bentuk cecair serta mengandungi
oikel & besi.

Kecondongan Paksi
Bumi condong sedikit dalam hubungannya dgn matahari. Paksi putaran bumi condong pd
sudut 23° jika diukur dari arah menegak Dataran Ekliptik. Arah paksi ini tidak berubah
berbanding arah bintang2.

Solstis Musim Panas(21Jun)


Musim panas di hemisfera utara menyebabkan siang lebih panjang & waktu malam lebih
pendek. Hemisfera selatan menglami musim sejuk yg menyebabkan siang lebih pendek &
malamnya lebih panjang. Kawasan di utara garisan artik mengalami 24 jam siang, manakala
kawasan di selatan garisan antartik mengalami 24 jam malam.

Solstis Musim sejuk(22 Dis)


Musim sejuk di hemisfera utara menyebabkan malam lebih panjang & waktu siangnya lebih
pendek. Musim panas di hemisfera selatan menyebabkan waktu siangnya lebih panjang &
waktu malamnya lebih pendek. Kawasan di utara garisan artik mengalami 24 jam malam,
manakala kawasan di di selatan garisan antartikpula mengalami 24 jam siang.

Atmosfera
Lapisan udara yg menyelimuti bumi yg mempengaruhi cuaca. Udara atau atmosfera ini dapat
dibahagikan kepada beberapa lapisan berdasarkan ciri suhu iaitu troposfera,
statosfera,mesosfera & ionosfera.

Litosfera
Bahagian kerak bumi serta bahagian atas lapisan tengah bumi. Bahagian litos ini terletak di
atas lapisan astenosfera & tebalnya lebih kurang 100km. Bahagian ini adalah keras & dapat
dibahagikan kepada beberapa plat yg sentiasa bergerak.

Hidrosfera
Ataupun jagat air, semua badan air yg diperoleh di seluruh dunia.

SERAKAN
Zarah-zarah yang amat halus dan terdapat di atmosfera bertindak sebagai halagan kepada
sinaran matahari masuk dan bahan-bahan ini menyerakkan sinaran matahari. Serakan yang
berkesan ialah pada gelombang yang sangat pendek seperti dalam likungan warna biru dan
darjah serakan bergantung juga kepada saiz.

PANTULAN
Proses pantulan banyak dilakukan oleh partikel-partikel yang berwarna cerah misalnya
manik-manik hujan amat berkesan dalam memantulkan bahangan ke angkasa. Proses
pantulan adalah tidak elektif kerana semua gelombang dalam spektrum elektromagnet akan
mengalami pantulan.

SERAPAN
Proses penyerapan bahangan matahari yang dilakukan oleh partikal-partikal di atmosfera dan
serapan paling efektif dilakukan oleh wap air, karbon dioksida dan ozon. Gas-gas ini
cenderung untuk memilih jenis-jenis gelombang suria yang hendak diserap dan daya serapan
bergantung kepada jarak gelombang.

ALBEDO
Nisbah di antara jumlah bahang yang dibalikkan ke udara dengan jumlah yang diterima di
bumi. Nilai ini berbeza dari satu tempat lain dan juga di antara jenis permukaan yang
menerima pancaran matahari. Warna cerah mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi
daripada warna gelap. Umpamanya, hutan rimba mempunyai 20-30%, rumput 25%, salji
baru 80%, dan konkrit 17-27%. Sudut pancaran matahari yang tiba di permukaan sesuatu
bahan juga mempengaruhi nilai albedo ini. Permukaan air pula mempunyai albedo yang
berbeza, 5% bagi permukaan air yang tenang dan menerima pancaran matahari cancang,
hingga 70% jika air berombak dan sudut pancaran matahari rendah.

TENAGA
Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti.
Tenaga ditakrifkan sebagai satu daya @ kemampuan untuk mengoperasikan kerja @
menghasilkan sesuatu.
Tenaga dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk menghasilkan aktiviti. Tenaga bukan
hanya mustahak bagi bumi kerana tanpa tenaga bumi kita akan menjadi sebagai planet mati.

TENAGA
Satu daya atau kemampuan untuk melakukan sesuatu kerja atau menghasilkan sesuatu.
Tenaga terdapat dalam bentuk seperti tenaga haba,tenaga kinetik, tenaga potensi,tenaga
kimia,dan juga tenaga elektrik. Tenaga bukan sahaja penting untuk manusia dan binatang
malah ia penting bagi sistem bumi, tanpa tenaga bumi akan menjadi planet yang mati.

TENAGA EKSOGENIK
Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu matahari. Matahari merupakan punca tenaga
utama bagi keseluruhan sistem bumi. Tanpa tenaga ini,planet bumi akan mati. Tenaga
matahari yang diterima oleh bumi adalah dalam bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar
kepada tenaga haba. Tenaga haba ini pula akan ditukar kepada bentuk-bentuk tenaga yang
lain seperti tenaga kimia,tenaga kinetic,dan tenaga potensi.

TENAGA ENDOGENIK
Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi misalnya tenaga gravity,radiogenic, dan juga
tenaga haba. Tenaga endogenik ini amat penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi
seperti gempa bumi,gunung berapi,lipatan,gelinciran dan sebagainya. Namun begitu jumlah
tenaga endogenik yang terdapat di muka bumi adalah terlalu sedikit jika dibandingkan
dengan tenaga eksogenik (tenaga suria). Ia hanya 1% sahaja daripada jumlah tenaga yang
diingin untuk menggerakkan aktiviti di permukaan bumi.

TENAGA HABA
Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam unit °c. Tenaga haba ini terbahagi kepada
dua. Pertama,tenaga haba rasa iaitu tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga
permukaan itu menjadi panas. Kedua,tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung
dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan. Tenaga haba ini sebenarnya berasal dari tenaga
matahari.

TENAGA POTENSI
Tenaga keupayaan yang dimiliki dan disimpan dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dan
keadaannya. Semua elemen dalam sistem bumi memiliki tenaga ini. Misalnya air sungai
memiliki tenaga potensinya. Semakin banyak isipadu air sungai maka semakin besarlah
tenaga potensi yang dimiliki oleh sungai tersebut.

TENAGA GRAVITI
Tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia
bergantung kepada saiz jisim dan juga ketinggian jisim.

TENAGA KINETIK
Tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Tenaga kinetik ini amat bergantung
kepada halaju pergerakan. Satu jasad (m) yang bergerak dengan kelajuan (v) akan
mempunyai tenaga kinetik sebagai ½mv. Semakin laju pergerakan,maka tenaga kinetik yang
terhasil adalah semakin tinggi. Misalnya sungai yang mengalir deras mempunyai tenaga
kinetik yang tinggi berbanding dengan aliran sungai yang perlahan. Semakin tinggi tenaga
kinetik maka semakin tinggi kuasa hakisan sungai tersebut. Peredaran bumi mengelilingi
matahari dan putaran bumi di atas paksinya menyebabkan bumi mempunyai tenaga kinetik

Tenaga Haba Rasa


Tenaga yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut menjadi panas.

Tenaga Haba pendam


Tenaga yg terkandung dalam sesuatu jisim sehingga is dibebaskan.

PENGALIRAN HABA
Satu cara bagaimana haba dapat bergerak atau mengalir melalui sesuatu bahantara melalui
pergerakan molekul. Besi adalah satu bahantara pengaliran haba yang baik manakala udara
tidak membenarkan haba mengalir dalam cara ini.
SINARAN
Sebahagian daripada jumlah sinaran electromagnet dari matahari yang diterima oleh bumi.
Matahari ialah punca sinaran yang amat perlu bagi semua proses kehidupan di bumi. Suhu
matahari bernilai lebih kurang 6000 darjah dan ini menghasilkan pengeluaran tenaga yang
maksima dalam gelombang cahaya.

SINAR ELEKTROMAGNET
Cara tenaga atau bahang berpancar dari punca sinarnya tanpa sebarang bahantara.

SINAR GELOMBANG PANJANG


Istilah umum untuk menerangkan semua sinar yang mempunyai jarak gelombang yang lebih
dari 4 mikron. Hampir semua tenaga atau bahang yang dikeluarkan oleh bumi adalah dalam
gelombang panjang ini.

SINAR GELOMBANG PENDEK


Pancaran matahari yang diterima oleh bumi kebanyakkannya dalam jarak gelombang di
antara 0.2 – 4.0 mikron. Sinaran gelombang pendek tidak diganggu oleh bahan-bahan gas di
atmosfera.
.
PERIHELION
Jarak yang lebih dekat (antara bumi dan matahari) sewaktu bumi beredar mengelilingi
matahari dalam orbit bujurnya. Bumi akan menerima banyak tenaga suria. Perihelion ini
berlaku pada 3 Januari dan bumi dikatakan berada sejauh 147 juta km dari matahari.

AFELION
Jarak yang jauh antara bumi dengan matahari. Pada jarak ini bumi akan menerima jumlah
tenaga suria yang sedikit. Afelion berlaku pada 4 Julai dan pada ketika itu jarak bumi dan
matahari ialah sejauh 152 juta km.
GEOMORFOLOGI

GEOMORFOLOGI
Satu bidang sains yang mengkaji evologi bentuk muka bumi atau pandang darat fizikal dan
hubungannya dengan struktur batu-batuan dan proses yang mewujudkannya.

ASTNOSFERA
Bahagian atas lapisan tengah yang berbentuk cecair pekat dan oleh sebab cirri ini,riak gempa
yang berjalan dari kerak bumi akan mengalami kekurangan halaju apabila memasuki lapisan
ini. Letaknya lapisan ini ialah lebih kurang di antara 50-240 km dari muka bumi. Zon ini
juga dinamakan lapisan halaju rendah.

KONFIGURASI MUKA BUMI


Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi. Kepalbagaian jenis ini boleh ditinjau sama ada
pada skala makro atau mikro. Pada skala makro, ia boleh dilihat dalam konteks taburan
daratan/benua dan juga taburan lautan di dunia ini. Kira-kira 29% sahaja daripada
keseluruhan muka bumi ini terdiri daripada lautan. Daripada kesemua daratan yang ada,
39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan.

LAPISAN KERAK BUMI


Bahagian kerak bumi yang terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Kerak bumi
terbentuk daripada bahan kurang tumpat dan terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran
Mohorovicic. Ketebalan kerak bumi berubah-ubah mengikut tempat. Kerak bumi lautan
adalah lebih nipis dan berusia muda serta lebih tumpat berbanding dengan kerak bumi yang
terdapat di daratan atau bumi.

LAPISAN MANTEL
Lapisan kedua dalam struktur bumi. Berdasarkan isipadunya mantel meliputi 82% daripada
isipadu bumi dan berasaskan jisim pula,mantel meliputi 63% daripada bumi. Lapisan ini
lebih tumpat berbanding dengan lapisan kerak bumi. Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh
ketakselanjaran Mohorovicic dan mantel juga dipisahkan dari lapisan teras bumi oleh
ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel ini ialah kira-kira 2830km dan
ketumpatannya adalah antara 3.0-3.337g/cm³.

LAPISAN TERAS BUMI


Lapisan bumi yang pAling dalam dan dipisahkan dari mantel oleh ketidakselanjaran
Gutenberg. Lapisan teras bumi ini juga dikenali sebagai barisfera. Lapisan teras bumi adalah
lapisan yang paling tinggi ketumpatannya berbanding dengan lapisan-lapisan kerak bumi dan
mantel. Ketebalannya teras bumi ialah 3470km dgn suhu yang paling tinggi iaitu antara
3000°c-5000°c. lapisan ini kaya dengan mineral seperti nikel dan besi.

Magma
Bahan igneus yg cair sebelum di keluarkan oleh bumi sbg lava. Magma banyak mengandungi
bahan silikit & berasal dari dalam lapisan litosfera.

DATARAN
Kawasan yang rata dan meluas selalunya terletak di antara kaki bukit dengan pantai.
Kawasan ini mulanya ialah kawasan berbukit tetapi oleh kerana hakisan oleh sungai,kawasan
bukit makin lama makin undur dari pantai. Semasa hakisan di darat berlaku kawasan laut
juga mengalami pemendapan dan akibat dari ini daratan yang akan terbentuk. Daratan juga
ada beberapa jenis bergantung kepada cara pembentukannya.

PULAU
Kawasan daratan lebih kecil daripada benua yang dilengkungi oleh air laut atau tasik.

BANJARAN
Bentuk bumi yang panjang dan tinggi seperti banjaran gunung Titiwangsa di semenanjung
Malaysia,Banjaran Crocker di Sabah dan Bnjaran Himalaya di India.

SIAL
Kerak bumi di bahagian benua yang mengandungi mineral granit yang kaya dengan silika
dan aluminium.

SIMA
Bahan kerak lautan yang banyak mengandungi mineral.

REKAHAN
Rekahan atau retakan yang didapati di dalam batu akibat dari ketegangan.

RESAPAN
Proses air masuk ke dalam tanah atau batuan melalui liang-liangnya.

SERAPAN
Serapan air oleh tumbuh-tumbuhan. Juga digunakan kepada proses serapan air masuk ke
dalam liang-liang tanah atau batuan.
GEOLOGI/BATUAN
Komponen semula jadi mineral seperti mika,kuarza,feldsfar,kalsium,karbonat dll yang terikat
secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat yang lain
seperti kaolin,kapur,oksida-oksida menerusi proses simentasi atau penyimenan. Sesuatu
geologi mempunyai dua atau lebih mineral di dalamnya,namun begitu kebanyakkan batuan
mempunyai banyak mineral. Klasifikasi di dunia ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu
batuan igneus,batuan enapan (mendak), dan batuan metamorphosis (jelmaan).

Kiraan Batuan
Bermaksud perubahan batuan drpd satu jenis kpd jenis yg lain. Proses ini melibatatkan
pembentukan
Batuan baru, pemusnahan @ perubahan jenis batuan akibat tindakan proses endogenetik &
eksogenetik.

BATUAN IGNEUS
Terbentuk hasil pembekuan magma di dalam rehan-rekahan kerak bumi dinamakan sebagai
batuan igneus rejahan manakala batuan igneus yang terbentuk hasil penyejukan magma di
permukaan bumi dinamakan sebagai batuan igneus terobosan.

BATUAN ENAPAN
Berbentuk berlapis-lapis. Berdasarkan kepada cara pembentukannya,batuan ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu batuan klastik,batuan kimia atau batuan
organik.

BATUAN METAMORFOSIS
Batuan jelmaan yang mungkin berasal dari batuan igneus atau enapan. Ia amat keras,
bersinar-sinar,cantik dan amat menarik. Batuan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
batuan berjalur dan batuan tak berjalur. Batuan berjalur mempunyai susunan mineral
berlapis-lapis serta selari manakala batuan tak berjalur pula tidak mempunyai lapisan.

BATU KAPUR
Sejenis batu mendak,lembut, dan tak stabil. Oleh itu,ia menghasilkan konfigurasi bentuk
muka bumi yang amat berbeza sama sekali dengan jisim batu granit di kawasan tropika
lembap. Komponen utama mineral batu kapur ialah seperti kalsium karbonat yang merupakan
mineral yang tidak stabil dan mudah mengalami pelarutan, pengkarbonan, hidrolisis melalui
luluhawa dalaman.
FELDSTER
Jenis bahan mineral yang didapati dengan banyaknya di dalam batu igneus.selalunya di
dapati dalam bentuk campuran kalsium,natrium,kalium,dan barium. Apabila feldstar dalam
batu granit umpamanya mengalami tindakan kimia dengan air yang berasid,tanh liat jenis
kaolinit akan dihasilkan.

KUARZA
Bahan mineral yang banyak diperoleh di dalam batu igneus yang kaya dengan silica.
Umpamanya batu granit. Kuarza adalah keras dan tidak senang dilarutkan tetapi apabila
bahan mineral lain yang mengikatkan biji-biji kuarza di dalam batuan igneus di
lilihawakan,bahan kuarza akan terkumpul sebagai pasir dan batu kelikir.

MIKA
Kumpulan mineral yang mempunyai cirri lapis-lapis yang tersusun di dalam satu arah
saja,oleh sebab cirri ini,mika senang diluluhawakan dan lapisan mudah terkupas.

PIROKSIN
Satu kumpulan bahan mineral ferromagnesium yang diperoleh di dalam batuan.

BATUAN IGNEUS JALAR DALAM


Batu igneus yang membeku menembusi lapisan-lapisan batu atau dicelah lapisan batuan
mendak tetapi terhad di dalam kerak bumi,iaitu tidak dikeluarkan di muka bumi. Batu ini
meliputi patolit,pakolit,lakolit,sil,dan daik.

BATUAN IGNEUS JALAR LUAR


Batauan yang terbentuk dari magma yang keluar di muka bumi sebagai lava. Ianya meliputi
batuan gunung berapi dan batuan piloklas.

KONGLEMERAT
Satu jenis batu mendak yang banyak mengandungi serpihan-serpihan batu bulat bujur di
dalamnya.

SYAL
Batu mendak yang diwujudkan dari tanah liat atau lumpur selepas mengalami tekanan yang
kuat. Batu jenis ini tidak mudah telap air. Warnanya gelap atau kelabu disebabkan oleh
kandungan lumpur atau tanah liat.

BATU TONGKOL
Batu besar hampir bulat yang telah diangkut oleh ais dan ditinggalkan bertabur dalam lembah
atau daratan apabila ais yang jadi cair.
SYIS
Satu jenis batu yang mempunyai bentuk berlapis dan mengandungi hablur kasar dan bahan
mineral mika yang banyak. Pada amnya,syis terbentuk daripada proses penjelmaan gabungan.

SLAT
Batuan berbiji halus yang mengandungi lapisan-lapisan nipis mika dan klorit.

GRANIT
Satu kumpulan batuan kelebur yang bersifat asid dan berhablur kasar. Pada mulanya,batu ini
mengandungi lebih kurang 25% kuarza,feldspar,dan mika.

EPEIROGENESIS
Pembentukan benua,gerakan didalam bumi yang mengakibatkan timbunan atau ataman di
benua atau di kawasan lautan yang jarang-jarang disertai oleh proses lipatan.

OROGENESIS
Proses pembentukan bentuk muka bumi yang melibatkan pergerakan lapisan kerak bumi atau
plat-plat tektonik akibat adanya arus perolakan magma yang panas di dalam lapisan mantel.
Diantara contoh proses orogenesis ialah lipatan kerak bumi atau proses yang menghasilkan
banjaran gunung lipat.

GUNUNG
Sebarang bentuk muka bumi yang tinggi dibandingkan dengan kawasan sekelilingnya.
Bentuk bumi ini diwujudkan oleh gerakan oregenik di dalam kerak bumi.

HANYUTAN BENUA
Satu teori yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada
pada hari ini . Andaian Wejener : benua-benua ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada
satu benua yang besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan = all,Gea = earth) dan
apabila berlaku gerakan –gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah dan bertaburan
sepertimana yang ada pada hari ini.

HANYUTAN BENUA
Ini adalah satu teori yang mengatakan bahawa benua-benua didunia sekarang telah dan masih
berpindah diantara satu sama lain. Teori ini di popularkan oleh Alfred Wegener dalam tahun
1910. Beliau mengatakan bahawa semua benua di dunia ini pada zaman pra-mesos adalah
bercantum dan merupakan satu benua yang amat besar yang digelarkan Pangea. Satu
perpisahan telah berlaku di mana benua yang amat besar ini berpecah kepada dua bahagian
besar. Satu daripadanya ialah Laurasia yang meliputi benua-benua Amerika Utara, Eropah,
Asia dan Greenland. Satu lagi dinamakan Gondwanalandyang meliputi benua-benua Amerika
Selatan, Afrika, India, Australia dan Antartika. Tetapi pada zaman mesos, kedua2 benua
besar ini mula berpecah sekali lagi dan hanyut dari tempat asalnya hingga menghasilkan
taburan benua yang didapati sekarang. Teori ini tidak diterima ramai sebelum 60-an. Selepas
itu, berdasarkan bukti2 iaitu a) percantuman peta benua melalui computer, terutama sekali
benua Amerika Selatan dan Afrika, b) kajian ciri2 geologi, c) kaji iklim purba dan kaji fosil,
d) kajian ciri2 batuan didasar lautan , dan e) kajian kemagnetan batuan zaman geologi.
Kejadian hanyutan benua tidak lagi dianggap sebagai satu teori tetapi diterima sebagai satu
kebenaran. Dengan kajian plat tektonik, mekanisme yang dapat mewujudkan pergerakan
benua ini telah dapat di kemukakan dengan penuh keyakinan. Kuasa @ mekanisme ini
diwujudkan oleh sistem perolakan didalam lapis-tengah bumi yang hanyut itu.

PANGEA
Benua yang paling besar yang dipercayai dan di kemukakan oleh Alfred Wegener sebagai
menggabunggi kedua-dua benua besar Laurasia dan Gondwana sebelum terpisah.

ZAMAN MESOZOIK
Zaman geologi diantara zaman paleos dan zaman kenozoik. Zaman ini dibahagikan kepada 3
zaman lebih kecil iaitu Triasik, Jurasik dan Kretaseus. Zaman ini terletak diantara 65-240 juta
tahun dahulu.

ZAMAN KAMBRIA
Zaman ini ialah zaman yang terawal sekali dimana fosil organisma pertama telah dibuktikan.
Zaman ini bermula lebih kurang 590 juta tahun dahulu selepas zaman pra-kambria , dan lebih
kurang 75 juta tahun. Zaman ini diikuti oleh zaman Ordovisia.

ZAMAN PRA-KAMBRIA
Zaman geologi sebelum zaman Kambria iaitu daripada bumi mula terbentuk hingga lebih
kurang 590 juta tahun dahulu. Oleh sebab tidak ada lagi bangkai-bangkai fosil di dalam
lapisan batu pada zaman pra-kambria, amatlah sukar bagi batuan itu ditentukan usianya.

PALAEONTOLOGI
Kajian terhadap semua jenis organisma dari bangkai fosil yang diperolehi di dalam lapisan –
lapisan batu.

TEKTONIK
Kajian berkenaan dengan gerakan ubah bentuk yang berlaku di dalam kerak bumi.

PLAT
Keping kerak bumi @ litosfera yang terapung di atas lapisan astenosfera. Kerak bumi dapat
di bahagikan kepada keping plat. Akibat daripada mekanisme perolakan di dalam lapis
tengah bumi, plat-plat ini sentiasa bergerak ada yang terpisah diantara satu sama lain dan ada
pula yang berlaga. Dikawasan dua plat bertembung @ berpisah didapati beberapa jenis
bentuk muka bumi seperti jurang laut, gunung berapi, dan lengkung pulau dan gempa bumi.
Enam plat yang terbesar ialah Eropah, Asia, India, Pasifik, Amerika, Afrika dan Antartika.

PLAT TEKTONIK
Merupakan segmen keras kerak bumi yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali
sebagai magma didalamnya dan menyebabkan plat bebas menggelongsor antara satu sama
lain. Mengikut Teori Plat Tektonik,lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-
kepingan yang dikenali sebagai plat. Plat ini boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu plat
benua dan plat lautan.

PLAT TEKTONIK
Satu teori geofizika yang dikemukakan dalam tahun-tahun enam puluhan yang mengatakan
bahawa kerak bumi dapat di bahagikan kepada beberapa plat yang tegar. Plat-plat @ keping
litosfera ini seolah-olah terapung diatas astenosfera yang separuh cair yang juga dinamakan
zon halaju rendah. Plat-plat ini sentiasa dalam pergerakan. Mekanisme yang mewujudkan
pergerkan in terletak dalam lapis tengah bumi separu cair. Oleh sebab keadaan yang amat
panas, beberapa sel perolakan terbentuk di dalam lapisan ini. Di tempat dua sel bertemu dan
mengalir ke atas, retakan di perolehi di kerak lautan dan magma dari keluarkan ke dasar
lautan dan disini dua plat berpisah. Pada tempat di mana dua sel bertemu dan mengalir ke
bawah lapisan astenosfera, satu plat akan terbenam dan di sinilah dua plat bertembung. Teori
ini dapat menjadi satu model penyatuan dalam menerangkanpembentukan kebanyakan dari
bentuk-bentuk bumi dan lautan, umpamanya rabung tengah lautan, gunung berapi, lengkong
pulau, gempa bumi, gunung lipat dan jurang lautan. Teori ini dapat dianggap sebagai satu
sumbangan yang amat penting dalam kajian geofizika. Oleh kerana ia dapat menjelaskan
secara keseluruhan hampir semua jenis bentuk yang didapati di dunia kita ini.

PLAT BENUA
Plat yang membawa benua.
PLAT LAUTAN
Plat yang membawa lautan.

LINGKARAN API PASIFIK


Sesebuah kawasan yang mempunyai aktiviti yang berapi dan gempa bumi yang sangat aktif
melalui perselisihan plat. Plat Eurasia bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri
jurang lautan yang dalam iaitu jurang Filipina,jurabg Mariana,jurang Benin,jurang Jepun dan
jurang Kurile.

LIPATAN KERAK BUMI


Bentuk alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi. Kebanyakkan lipatan berlaku pada
batuan yang berlapis-lapis atau batuan mendak. Namun begitu, kumpulan batu lain seperti
batu igneus dan metamorfisme juga boleh mengalami pelipatan. Proses lipatan kerak bumi
berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses
pertembungan antara plat-plat tektonik. Semasa plat-plat tektonok bertembung,tolakan
mewujudkan asakan plat-plat dari dua hala yang bertentangan yang akan menyebabkan
lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.

TEORI PERLUASAN DASAR LAUT


Teori ini menyatakan bahawa dasar laut bergerak mendatar ke luar dari retakan yang terdapat
di permatang tengah lautan Atlantik. Perluasan dasar laut berlaku akibat pergerakan arus
perolakan dari dalam bumi yang merebak, memisah, dan menolak dasar laut sehingga
terbentuknya Permatag Tengah Lautan.

PERTEMBUNGAN PLAT
proses pertembungan menunjukkan bahawa plat yang lebih tumpat akan bergerak ke bawah
manakala plat yang lebih ringan akan terangkat ke atas.

PERSELISIHAN PLAT
Proses perselisihan melibatkan pergerakan di antara dua plat yang berselisihan secara
mendatar dalam arah yang bertentangan. Perselisihan plat akan membentuk sesaran. Sesaran
ialah satu rekahan di kerak bumi.

PERCAPAHAN PLAT
Percapahan plat berlaku apabila kedua-dua plat berpecah dalam arah yang bertentangan
kerana adanya kuasa tegangan.

ANTIKLIN/LINTAP
Lipatan yang melengkung ke atas. Sebuah antiklin yang muda biasanya mempunyai lengan
yang condong ke arah yang bertentangan. Selain itu, sebuah antiklin juga sering kali
mempunyai geologi atau batuan tua dibahagian tengah lengkungan.

SINKLIN
Bahagian lipatan yang melendut atau melending ke bawah atau dikenali sebagai lintap lendut.
Bertentangan dengan antiklin,sinklin lazimnya dibentuk oleh geologi batuan yang muda
dibahagian tengah lengkungan.

BANJARAN LINTAP MUNGKUM


Banjaran ini merupakan bahagian lintap mungkum yang menonjol keluar dari permukaan
bumi disebabkan kekerasan dan ketahanan batu-batannya terhadap proses hakisan dan
luluhawa.

LURAH LINTAP LENDUT


Lurah ini merupakan satu lurah besar yang terjadi diantara dua lintap mungkum dan dalam
lurah inilah mengalirnya sungai-sungai utama.

BANJARAN HOMOCLINAL
Banjaran ini merupakan satu rabung bukit kecil yang berkeadaan tirus, terbentuk pada
bahagian tepi lintap mungkum yang telah mengalami proses hakisan di tengahnya.

LURAH LINTAP MUNGKUM


Merupakan lurah kecil yang terjadi di bahagian puncak lintap mungkum akibat proses
hakisan dibahagian tengah puncak lintap mungkum. Di kiri kanannya terdapat banjaran
homoclinal.

LURAH HOMOCLINAL
Lurah ini tebentuk di antara bahagian-bahagian tepi lintap mungkum dan lintap lendut.

BANJARAN LINTAP LENDUT


Banjaran lintap lendut yang terbentuk pada banjaran gunung lipat berkeadaan keras serta
tahan terhadap proses penggondolan dan tertonjol keluar dari permukaan bumi.

GELINCIRAN
Gelinciran merupakan retakan, rekahan, @ pecahan di kerak bumi ekoran kesan penegangan
dan himpitan yang tidak seimbang di kedua-dua belah gelinciran.

GELINCIRAN BIASA
Gelinciran biasa terjadi akibat kuasa tegangan di kerak bumi.

GELINCIRAN RABAK
Geliciran rabak terjadi akibat daya tegangan @ mampatan yang melibatkan pergerakan
melintang, tanpa ada @ sedikit sahaja perubahan menegak.

CERUN GELINCIRAN
Cerun gelinciran adalah lereng curam yang telah terbentuk oleh perubahan menegak dari
batu-batan di sepanjang gelinciran.

LURAH GELINCIRAN
Lurah gelinciran merupakan permukaan bumi yang di batasi oleh dua cerun geluncuran dan
berada lebih rendah dari kawasan sekitarnya.

GUNUNG BONGKAH
Gunung bongkah merupakan dataran tinggi yang terbentuk di antara dua garisan gelinciran
yang hampir selari.

JURANG
Kawasan lautan yang amat dalam yang terbentuk di zon dua plat bertemu @ berlaga.
Biasanya, di sebahagian sisinya terdapat lengkong pulau. Jurang lautan yang penting di dunia
seperti jurang mariana dekat dengan kepulauan Filipina yang dalamnya lebih kurang 10850
meter.

ATAMAN
Satu proses di mana kawasan darat menjadi rendah dibandingkan dengan aras laut. Ini
mungkin disebabkan oleh gerakan orogenik yang merendahkan kawasan darat @ peningkatan
aras laut disebabkan cairan ais berhubung dengan perubahan iklim sedunia. Istilah ini juga
boleh digunakan kepada tanah dan dinamakan ataman tanah. Fonemena ini berlaku apabila
air bawah tanah dikeluarkan dengan terlampau banyak. Dalam kajicuaca pula istilah ini
dikenakan kepada udara yang berat dan stabil yang bergerak dari bahagian tinggi atmosfera
turun ke muka bumi akibat dai lencongan udara di lapisan bawah atmosfera. Fonemena
ataman udara ini mewujudkan keadaan cuaca yang cerah.

GEMPA BUMI
Suatu gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila tenaga dilepaskan akibat perselisihan
atau geseran plat. Gegaran akn mengeluarkan gelombang seismic yang berbentuk bulatan
bermula di pusat gempa tersenut. Gegaran berlaku pada tiga peringkat iaitu gegaran
awal,gegaran utama dan gegaran penghujung. Semakin kuat gegaran maka semakin besar
gelombang seismic yang dikeluarkan.

PAKOLIT
Terbentuk aoabila magma membeku di bahagian antiklin @ bahagian dasar sebuag lintap
lendut. Bentuk pakolit juga seperti kanta.

LAKOLIT
Terbentuk apabila tekanan magma mengangkut lapisan sebelah atasnya menjadi bentuk
kubah. Ini bermakna magma tersebut juga akan membeku di dalam lapisan kerak bumi secara
kubah. Lakolit ini berbentuk seperti kanta @ dom, bahagian bawahnya rata manakala
bahagian atasnya melengkung sebagai kubah. Bahagian tengah lakolit lebih tebal dan
semakin menipis di kedua-dua hujungnya.

BATOLIT
Batolit terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di
dalam lapisan kerak bumi. Komposisi utamanya iaitu batu granit, oleh itu batolit sebenarnya
membentuk jisim granit yang besar yang menjadi teras sebuah gunung.

KON ABU
Kon gunung berapi yang terbentuk dari bahan-bahan abu dan serpihan batu apabila letusan
berlaku.

KON KOMPOSIT
Kon kecil yang terletak di lereng kon gunung berapi utama. Kon komposit ini diwujudkan
oleh kerana magma yang dipaksa keluar dapat mengalir melalui lohong-lohong lain yang
kecil daripada lohong utama gunung berapi.

KRATER
Apabila sesebuah gunung berapi meletus maka puncak gunung berapi tersebut akan
dihancurkan dan membentuk satu lekukan @ kawah yang besar yang di panggil sebagai
krater @ genahar. Saiz krater yang terbentuk bergantung kepada kekuatan letupan gunung
berpi berkenaan. Semakin kuat letupan maka semakin luas puncak gunung yang mampu di
hancurkan dan kesannya krater yang lebih besar akan terhasil. Apabila magma di dalam
lohong gunung berapi itu membeku maka krater @ genahar tersebut boleh menakung air
yang akan membentuk krater yang terdapat di puncak gunung.

GUNUNG BONGKAH
Gunung bongkah merupakan dataran tinggi yang terbentuk di antara dua garisan gelinciran
yang hampir selari.

PROSES PENGGONDOLAN
Proses penggondolan merupakan proses yang merendahkan permukaan bumi.

LAVA
Letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava. Lava ialah magma yang mengalir keluar
dipermukaan bumi. Lava terbahagi kepada dua jenis iaitu lava asid dan lava best. Kedua-dua
jenis lava ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza antra satu sama lain. Lava asid mengandungi
lebih daripada 70% kandungan silika manakala lava bes pula mengandungi 70%
kandungannya terdiri daripada besi dan magnesium kerana ia dibentuk oleh batuan basalt.
LAVA
Lava pekat yang di keluarkan di muka bumi akan menjadi beku dan di luluhawa. Lama-
kelamaan ianya akan menjadi berpecah untuk menghasilkan satu longgokan batu yang
mempunyai permukaan yang bergerigi. Longgokan ini di namakan aa dalam bahasa hawaii.

LAVA BES
Lava igneus yang di curahkan ke muka bumi dan yang kaya dengan kandungan mineral besi,
magnesium dan lain-lain logam tetapi kurang kandunagan silika. Oleh sebab kandungannya,
ia senang menjadi lebur apabila di panaskan dan boleh mengalir jauh sebelum membeku.
Lava bes ini selalu berkaitan dengan aktiviti gunung berapi tanpa letupan dan bentuk muka
bumi yang di hasilakan ialah bentuk kubah datar @ dataran tinggi.

LAVA PAHOEHO
Lava beku yang mempunyai bentuk serupa dengan tali yang berbelit-belit

LAVA BANTAL
Lava yang di keluarkan ke dalam air dan oleh sebab pembekuan yang cepat, lava membentuk
bantal yang bersusun tinggi.

ABU GUNUNG BERAPI


Serpihan dari letusan gunung berapi yang sebesar 0.5-2.5 cm garis pusat

BOM GUNUNG BERAPI


Apabila gunung berapi meletus, lava terlontar ke udara dan sebelum jatuh ke muka bumi
akan membentuk batu bukat bujur. Batu-batu ini di gelarkan bom gunung berapi dan termasul
dalam istilah batuan piroklas.

LETUPAN ICELAND
Letupan ini di kenali sebagai letusan rekahan, letusan melalui rekahan adalah penting di mana
lava basalt yang di luahkan itu mengalir mudahnya srperti air yang menghasilkan dataran
lava yang mendatar ke luar. Magma jenis basalt yang keluar, tidak likat, nipis dan
membentuk permukaan yang hampir rata. Letusan ini adalah kecil dan senyap. Letupan
iceland yang berulang-ulang secara besar-besaran menghasilkan plateu basalt yang besar,
luahan yang terbesar dalam sejarah berlaku di kaki, iceland pada tahun 1783.

LETUPAN HAWAII
Jenis letusan yang paling popular, bahan yang paling banyak keluar adalah lava bes yang cair.
Lava ini di tolak keluar dalam bentuk pecutan sebagai (bom percikan api) dan jatuh semula
menghasilkan kon percikan. Lava jenis ini bersifat nipis dan jika ia mengalir maka alirannya
adalah jauh sebelummembeku.

LETUPAN STROMBOLI
Letusan sederhana dan berterusan. Lava yang telah membeku di hambur keluar dalam bentuk
ketul-ketulan. Jarak antara letusan-letusan mengambil masa beberapa minit sahaja.

LETUSAN VULCAN
Lavanya lebih likat dan membeku dengan cepat. Kesannya lebih kuat dan jarak antara letusan
mengambil masa yang lebih lama, semasa letusan, cara yang likat akan berkecai menjadi
bahan-bahan yang lebih kecil.

LETUSAN VESIVIUS
Letusannya lebih kuat dan menghamburkan keluar magma dengan banyak. Letusan yang kuat
ini disebabkan oleh pengumpulan dan tekanan gas yang kuat sebelum lava keluar, magma
yang terpancut keluar hingga beratus-ratus meter tingginya.

LETUSAN PLINY
Banyak mengeluarkan bahan piroklas yang terdiri daripda bongkah dan serpihan batu.
Letusannya lebih kuat berbanding dengan vesivius. Letusan sedikit sahaja debu dan lava.

LETUSAN PELEE
Mempunyai lava yang sangat likat dan letupan yang sangat kuat. Lava yang keluar tidak
terhambur sebaliknya mengalir @ meleleh di sepanjang rekahan dan alur-alur yang terdapat
di dinding gunung berapi tersebut.

GUNUNG BERAPI MATI


Gunung berapi yang selalu meletus dan sangat aktif.
GUNUNG BERAPI HIDUP
Gunung berapi yang pernah meletus dan akan meletus lagi pada tahun hadapan.

GONDOLAN
Pemecahan batuan secara mekanik @ kimia oleh agen-agen luluhawa @ hakisan dengan
tujuan merendahkan semua bentuk bumi yang lebih tinggi dari aras dasar sesuatu kawasan.
Istilah ini mempunyai makna yang meluas meliputi luluhawa, hakisan permukaan bumi,
hakisan saluran, gerakan jisim tanah dan resapan keluar mekanik. Sungguhpun semua proses
ini berlaku di suatu tempat yang mempunyai iklim tertentu, Cuma satu atau dua proses sahaja
yang lebih pentingdari yang lain.

PALAM LAVA
Hakisan di kawasan mulut gunung berapi menghasilkan atau mendedahkan batang lava yang
keras. Sebenarnya batu keras ini adalah mulut gunung berapi di mana lava melaluinya keluar
ke muka bumi. Bentuk bumi ini dinamakan palam lava. Ianya berbentuk silinder adalah satu
igneus jalar dalam.

LOHONG
Lubang yang menghubungi kamar magma di dalam kerak bumi dengan permukaan bumi.
Melalui lohong inilah magma dikeluarkan sebagai lava ke muka bumi.
Hakisan
Proses penghausan yg dialami oleh bumi skibat tindakan agen2 yg bergerak seperti air, aingin
& ombak.

Luluhawa
Satu proses penyepaian, pereputan, & pemecahan batuan kpd kumin2 yg lebih kecil di
lapisan kerak bumi. Proses ini berlaku secara insitu iaitu tidak melibatkan sebarang
pemindahan atau pengangkutan hasilan yg terluluh.

LULUHAWA KIMIA
Semua proses pereputan atau penguraian batuan apabila minerral batuan tersebut bertindak
balas dengan air,asid,ion,dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari
peringkat primer kepada peringkat sekunder. Seterusnya,batuan tersebut mengalami
susutan,semakin mengecil dan menghasilkan bahan-bahan baru yang sama sekali berbeza
dengan batuan yang asal seperti kejadian tanah leterit, tanah liat dan lain-lain. Luluhawa ini
amat berkesan di kawasan tropika lembap. Ini boleh dibuktik melalui kewujudan lapisan
regolit yang terhasil atau lebih dikenali sebagai zon terluluhawa.
Luluhawa Mekanikal/Fizikal
Pemecahan batuan secara fizikal oleh agen2 luluhawa seperti perbezaan suhu yg
besar(sinaran matahari), kekeringan & kelembapan(hujan), perubahan tekanan(berkesan di
kawasan gurun) dan ibun(di kawasan beriklim sejuk sederhana/puncak gunung). Proses ini
hanya melibatkan pemecahan yg mengubah sifat bentuk fizikal batuan sahaja tanpa
mengubah sebarang isi kandungan kimia batuan.

Luluhawa Organik/Biologi
Pemecahan batu-batuan akibat dari tindakan tumbuh-tumbuhan & haiwan.

Biotik
Benda hidup dalam sesuatu ekosistem yg mengorek lubang untuk perlindungan @ mencari
akan melonggar & meronggakan batuan.

LARUTAN
Proses asas dalam luluhawa dalaman akibat daripada tindakan air hujan atau air larian yang
bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti
gipsum dan kalsium karbonat (batu kapur) menjadi hasil larutan. Kuantiti hasil larutan ini
bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar kelarutan seperti mineral yang membentuk
batu.Contohnya,kalsium natrium dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi
yang lebih tinggi berbanding dengan silika dan seskuiokssida. Oleh sebab itu,ia mudah
dilarut dan tersingkir daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.

PENGKARBONAN
Sebarang tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan kalsium karbonat (batu
kapur). Hujan yang turun akan berpadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid
karbonik.

PROSES HIDROLISIS
Merupakan tidak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral
pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan.
Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral
peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau
ion hidroksi yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan.

PROSES PENGHIDRATAN/HIDRASI
Sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut
mengalami tegasan dan pengembangan. Contohnya,besi oksida,ferum oksida menyerap air
menjadi besi hidroksida (ferum hidroksida).

PROSES CHELASI
Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasiyang dikeluarkan oleh tumbuhan
dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan
mengalami tegasan dan mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh
tumbuhanyang hidup dipermukaan batuan seperti lumut dan kulampair.

DAYA TEGASAN
Daya yang dikenakan ke atas satu unit keluasan seperti dinding-dinding rekahan sehingga
dinding tersebut mengalami ketegangan dan akhirnya penyepaian berlaku ke atas rekahan
betuan berkenaan.

PENGHABLURAN GARAM
Proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam didalam rekahan dan rongga-
rongga permukaan batuan. Kadar sejatan yang tinggi akibat cuaca panas yang melampau
khususnya dikawasan gurun panas mampu menarik garam-garam gakian dari dalam bumi
naik ke permukaan melalui daya tarikan kapilasri. Garam-garam galian yang naik ke
permukaan bumi ini adalah dalam bentuk larutan.

TINDAKAN IBUN/FROS
Berlaku di kawasan sederhana dunia dan juga dikawasan pergunungan tinggi yang
mengalami kejatuhan suhu di bawah takat beku. Kawasan iklim sederhana mengalami empat
musim yang nyata. Pada musim sejuk,kerpasan seperti salji atau fros akan memasuki rekahan
batuan dan membeku didalamnya.

LULUHAWA DALAM
Luluhawa kimia yang berlaku di kawasan dalam tanah. Tanah-tanih yang telap air dan peroi
membenarkan air hujan meresap ke kawasan yang dalam. Masa perjalanannya melalui bahan
organik, air ini akan menjadi asid lemah yang akan bertindak di atas teras batu dan batu
hampar di kawasan tepu. Proses ini sering berlaku di kawasan tropika lembab dimana jumlah
hujan tahunan adalah besar. Proses ini juga akan berlaku jika

LULUHAWA ORGANIK / BIOLOGI


Berlaku disebabkan oleh benda-benda hidup sama ada tumbuh-tumbuhan @ haiwan. Namun
tidak dapat di tentukan bertapa banyaknya kerja mekanika yang boleh dilakukan oleh akar
yang sedang membesar. Menurut Birot (1966) akar yang lebar 10 cm dan panjangnya 1 meter
boleh menggerakkan 1 bongkah yang beratnya 10 tan. Akar2 tumbuh melalui rekahan-
rekahan dalam batu @ antara di antara bulder, dengan itu retakan mungkin membesar @
bulder yang terletak dekat @ mungkin terpisah jauh.
Haiwan yang mengorek lubang di tanah seperti tupai. Sumbangan haiwan terhadap luluhawa
yang lebih penting ialah percampuran bahan-bahan dalam tanah yang berulang-ulang.dengan
cara ini batu baru didedahkan kepada agen luluhawa. Bahan organik dibawa kebawah ini
membantu pengluluhawaan kimia di lapisan bawah.

Regolit
Bahan2 batu yg terluluhawa & bersifat berderai yg diperoleh di atas permukaan batu hampar
atau bahan asasnya.

Rekahan
Rekahan atau retakan yg didapati dalam batu akibat dari tegangan.

PERGERAKAN JISIM
Pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya tarikan graviti. Untuk
membolehkan proses ini berlaku ia memerlukan regolit yang longgar,permukaan bercerun
(sama ada landai atau curam),daya kejeletakan tanh yang semakin kurang,kehadiran pelincir
seperti air hujan dan cairan ais juga. Gerakan ini dikenali sebagai proses peralihan antara
luluhawa dan pemendapan. Semasa regolit itu bergerak ke bawah,ada yang bergerak secara
perlahan,secara cepat dan serta-merta.

GELUNCURAN
Pergerakan tanah-tanih,regolit,dan bongkah batuan secara besar-besaran di cerun-cerun yang
curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku secara tiba-tiba dan lebih cepat berbanding
dengan proses dalam aliran cepat.

ROBOHAN
Sejenis geluncuran yang melibatkan pergerakan bongkah batuan di suatu cerun curam yang
berbentuk cekung seperti cerun-cerun gunung atau bukit.

GELUNCURAN PUIN
Pergerakan serpihan batuan di suatu cerun curam. Pergerakan ini biasanya mengangkut
regolit yang kurang padat dan lebih kering.

RUNTUHAN
Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam dan ada kalanya
tegak(90°) seperti di tebing tinggi, bahu2 bukit yang telah ditarah dan dipotong untuk dibina
jalan raya atau dilereng-lereng bukit yang telah ditereskan dan dipotong untuk didirikan
kondominium dan lain2. Di kawasan tropika lembap fenomena runtuhan yang paling popular
ialah kejadian tanh runtuh,runtuhan batu,dan juga runtuhan tebing.

HAKISAN
Proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen-agen yang bergerak seperti
air mengalir,titisan hujan,angin,glasier,dan ombak. Hakisan berlaku dengan adanya tenaga
kinetik dan bahan yang dibawa oleh agen yang bergerakseperti pasir,kelikir,batu tongkol dll
yang berfungsi sebagai alat penghakis. Pada amnya terdapat 2 konsep hakisan yang harus
dibezakan antara satu sama lain iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih. Hakisan geologi
ialah proses hakisan yang berlaku di bawah keadaan semula jadi.

GALUR
1 unit alur yang paling kecil terbentukdi atas permukaan cerun dan ia bersifat sementara.
Galur yang dibentuk oleh 1 hujan lebat seringkali terhapus oleh hujan lebat berikutnya.
Kewujudan gegalur ini berubah-ubah dr semasa ke semasa. Satu contoh gegalur yang mudah
dikenali ialah di tepi cerun bukit yang sudah dipotong dan ditarah oleh manusia seperti di tepi
lebuh raya. Di dalam gegalur inilah berlakunya hakisan larian air permukaan khususnya
ketika air bergerak menuruni cerun-cerun bukit tersebut.

GALIR
Alur2 air yang kekal ,bertebing curam dan berisi air semasa hujan lebat. Ia juga bermaksud
alur2 yang menjadi tempat ai mengalir. Alur2 ini lebih besardaripada gegalur dan biasanya
kekal dalam jangka masa yang lama. Jesteru itu,hakisan galir juga boleh disamakan sebagai
hakisan sungai.

LARIAN AIR PERMUKAAN (run-off)


Dikenali sebagai larian Horton. Mengikut Horton,hakisan larian air permukaan merupakan
hakisan yang dihasilkan daripada baki air yang tinggal di permukaan setelah ditolak dengan
yang tersejat ke udara,yang meresap ke dalam bumi dan juga yang diinginkan oleh tumbuh-
tumbuhan selepas kerpasan (hujan) berlaku. Secara formula,ia adalah seperti berikut:
Larian air permukaan = jumlah hujan-(sejatan+susupan+air yang diinginkan oleh tumbuh-
tumbuhan).
Oleh sebab itu,baki air yang tertinggal di permukaan ini mempunyai kuasa untuk
menghakis,menghaus,memusnahkan partikel-partikel tanah di atas permukaan cerun dan
seterusnya mengangkut menuruni cerun-cerun tersebut ke kawasan yang lebih rendah
sebelum dimendapkan.

TINDAKAN HIDRAULIK
Tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dlam alur2 sungai itu sendiri tanpa
melibatkan bahan yang dibawa. Kuasa air itu wujud akibat hampasan atau rempuhan aliran
sungai ke atas struktur batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas batuan lembut.

HAKISAN GESERAN/LELASAN
Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan
yang dibawa oleh air sungai seperti pasir,kerikil,batu tongkol bergeser debgan tebing dan
dasar alur sungai berkenaan. Daya geseran yang wujud akibat aliran sungai ini
memangkinkan proses penghausan dialami oleh tebing dan dasar alur sungai atau oleh bahan-
bahan yang di bawa oleh sungai berkenaan. Keadaan ini bergantung kepada kekerasan bahan
yang dibawa relatif dgn geologi tebing dan dasar sungai tersebut.

HAKISAN LAGAAN
Pelanggaran diantara bahan-bahan yang di bawa oleh air sungai dengan tebing dan dasr alur
sungai atau pelanggaran sesama bahan itu sendiri. Pelanggaran ini menyebabkan wujudnya
momentum dan akhirnya bahan-bahan yang dibawa oleh sungai menjadi semakin kecil atau
dinding atau dasar alur sungai mengalami retakan bergantunglah kepada keras lembut bahan
yang dibawa. Kekuatan proses ini amat bergantung kepada had laju arus sungai yang mampu
menyentak dan melantun (seltasi) bahan-bahan yang dibawa sehingga berlakunya lagaan.

HAKISAN LARUTAN
Tindak balas secar kimia antara air sungai dengan mineral geologi yang membentuk tebing
dan alur sungai. Jika batuan tebing dan dasar alur sungai terdiri daripada geologi yang lembut
seperti batu kapur, gipsum,dan dolomit maka ia mudah mengalami larutan. Air sungai
bertindak sebagai pelarut akan melarutkan mineral2 batuan dan di alirkan bersama-sama
dengan aliran sungai. Proses ini menyebabkan struktur dan tekstur batuan tebing dan dasar
alur sungai menjadi longgar dan tidak stabil seterusnya mudah runtuh.

PENGANGKUTAN SUNGAI
Satu proses pemindahan. Dalam hal ini,bahan2 yang di dalam alur sungai atau muatan sungai
akan dipindahkan dr hulu ke hilir akan serentak dengan aliran sungai tersebut. Proses
pengangkutan ini dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai itu sendiri. Sungai memperoleh
beban atau muatannya bukan sahaja daripada hakisan di bahagian tebing dan dasar alur
sungai tetapi bahan-bahan yang diangkut oleh air sungai itu juga disumbangkan oleh proses
luluhawa cerun,hakisan larian air permukaan dan gerakan jisim yang berlaku dibahagian
cerun atas sungai.

PANTAI
Zon yang terletak diantara tikas air pasang dan tikas air surut ombak. Secara khususnya
pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak
yang paroi seperti pasir, kulit-kulit kerang dan siput,lumpur dan kelodak yang berasal dari
laut atau sungai. Di antara contoh-contoh pantai berpasir yang bersih dan indah adalah seperti
pantai di Pulau Langkawi,pantai Mersing di Johor,Pantai Cherating di Pahang,Pantai Batu
Buruk di Terengganu.

LEMBANGAN SALIRAN
Lembangan saliran meliputi kawasan tadahan air yang disaliri oleh sesuatu sistem sungai.

ORDER SUNGAI
Merupakan sistem susunan cawangan-cawangan sungai yang bermula dengan cawangan
paling kecil kepada cawangan yang utama.

PROFIL PANJANG SUNGAI


Merujuk kepada kawasan sungai yang bermula di tanah tinggi hinggalah ke laut.

PROFIL RENTAS SUNGAI


Merupakan gambaran bentuk lembah sungai dari satu tebing, dimana-mana bahagian sungai.

SALIRAN BENTUK RANTING


Saliran ini biasanya terbentuk di kawasan batuan mendak yang mempunyai kadar kekerasan
batuan yang agak sama.

SALIRAN BENTUK JEJALA


Saliran ini mempunyai anak-anak sungai dan cawangan sungai yang bersudut hampir tepat
dengan sungai utamanya.

SALIRAN BENTUK BERBIRAL


Pila saliran ini biasanya terdapat di sekitar kawasan gunung berapi yang mempunyai struktur
batuan keras jenis igneus.

SALIRAN BENTUK SEPUNCA


Saliran bentuk sepunca terbentuk apabila sungai mengalir keluar ke satu kawasan
pergunungan berbentuk dan terutamanya di kawasan gunung berapi.

SALIRAN BENTUK SEPUSAT


Terbentuk oleh sungai yang mengalir ke arah satu lembangan yang mengandungi tasik @
sungai besar.

HAKISAN
Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang di alami oleh permukaan bumi
akibat tindakan agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.

HAKISAN PERCIKAN
Jenis hakisan ini sangat berkesan di kawasan yang terdedah dan lapisan tanah yang kering.

HAKISAN KEPINGAN
Air larian permukaan ini akan menghasilkan kepingan. Ahli Geomorfologi berpendapat
bahawa lebih kurang 35%-40% daripada jumlah kerpasan yang turun mengalir sebagai air
larian permukaan.
Air larian permukaan ini berupaya menghakis lapisan tanah di permukaan lalu mengangkut
butiran yang halus yang terdapat di permukaan tanih.

JURANG DAN GAUNG


Merupakan lurah yang dalam, sempit dan bertebing awam @ tegak. Jurang terbentuk
disebabkan oleh hakisan mendalam sumngsi.

TAWANAN SUNGAI
Berlaku apabila terdapat dua batang sungai yang mengalir selari dan mempunyai alur yang
berbeza saiz dan melibatkan 2 legeh yang berasingan.

JERAM
Jeram terjadi apabila air sungai mengalir di kawsan yang mempunyai batuan yang tersusun
secara menegak serta berselang-seli di antara batuan keras dengan batuan lembut.

AIR TERJUN
Air terjun terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun dalam
keadaan mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut.
Lapisan lembut yang lemah ikatannya kurang mampat dan rendah kadarnya penyimenanya
akan dihakis dengan pesat bagi membina dasar sungai yang tegak @ cekung ke dalam.

LUBUK
Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta meleleskan dasar sungai terutamanya
pada dasar air terjun menyebabkan terbentuknya lubuk air terjun.
Proses hakisan hempasan dari air terjun yang kuat menyebabkan hakisan dasar yang amat
berkesan sehingga membentuk lekukan yang dalam di kaki air terjun yang di namakan lubuk
air terjun.

SUSUH BUKIT BERPANCA


Merupakan susuh bukit yang menganjur ke lurah sungai dari kedua-dua tebing sungai. Lurah
sungai di sini berbentuk V kerana sungai mengalir dengan mengelak susuh berpunca.
Susuh bukit berpanca terdapat di kawasan yang terdiri daripada batuan keras dan batuan
lembut.

LUBANG PERIUK
Air yang berpusar dan dengan batuan batu yang di angkut boleh mengorek dasar sungai
sehingga membentuk lekukan yang dikenali sebagai lubang periuk @ lubuk sungai.

LIKUAN SUNGAI
Terbentuk di kawasan sungai apabila aliran sungai menjadi perlahan.
Aliran sungai yang perlahan menggalakkan proses hakisan dan pemendapan di kawasan
likuan sungai.

PENGANGKUTAN SUNGAI
Penagangkutan sungai merupakan satu proses pemindahan.
Dalam hal ini, bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai @ muatan sungai akan
dipindahkan dari hulu ke hilirnyaserentak dengan aliran sungai tersebut.

PANTAI @ ZON LITORAL


Bermaksud kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak iaitu pantai belakang, pantai
hadapan dan juga perairan pinggir pantai iaitu bahagian pantai yang terdedah antara tikas air
pasang hingga tikas surut.

OMBAK PEMBINA
Ombak pembina akan mengangkut dan memendapkan bahan muatannya di pinggir pantai
membentuk jaluran pantai yang lebar.
Sejenis ombak panjang yang rendah dengan selang masa kejadian antara 8-10 saat dan
kekerapan antara 6-10 kali dalam seminit. Ia merupakan gelombang limpah yang mempunyai
damparan yang kuat tetapi larutannya adalah lemah. Jesteru itu, ombak pembina mempunyai
keupayaan untuk membawa dan menyebarkan bahan ke atas pantai dengan banyak tetapi
membawa balik semasa larutannya adalah sedikit sahaja. Kesannya kadar pemendapan oleh
ombak pembina adalah tinggi berbanding dengan kadar hakisannya. Ombak ini lazimnya
berrbentuk wujud ketika laut tenang dengan tiupan angin lazim yang lemah.

OMBAK PEMBINASA
Ombak pembinasa pula akan menghakis dan memusnahkan jaluran pantai yang dibina oleh
ombak pembina.
Sejenis ombak pendek yang lebih tinggi dengan selang masa 4-5 saat dan kekerapannya
antara 12-15 kali seminit. Ia merupakan gelombang junam yang mempunyai damparan yang
perlahan tetapi membawa balik dengan banyak bahan pantai kembali semula ke laut semasa
lurutannya berbanding dengan keupayaan untuk mengangkut dan melemparkan mutan ombak
ke atas pantai. Kesannya ombak ini lebih banyak menghakis daripada memendap. Fenomena
ombak pembinasa lazimnya berlaku semasa ribut atau musim tengkujuh.

ARUS LAUTAN
Air laut bergerak dalam dua cara iaitu secara menegak dari permukaan laut ke bawah @ ke
atas secara mendatar di permukaan lautan sebagai arus lautan.
Terdapat 2 jenis arus lautan iaitu arus panas lautan dan arus sejuk lautan.

ARUS PANAS LAUTAN


Arus panas lautan ialah arus lautan dari khatulistiwa yang bergerak ke kutub.

ARUS SEJUK LAUTAN


Arus sejuk lautan ialah arus dari kutub ke khatulistiwa.

HANYUTAN PESISIR PANTAI


Merupakan arus pesisir pantai yang bertemu dengan ombak yang datang secara menyerong
@ hampir selari dengan pantai.

TANJUNG DAN TELUK


Tanjung dan teluk terbentuk secara serentak di kawasan yang pinggir pantainya mempunyai
susunan batuan berselang seli antara batuan lembut dengan batuan keras. Ombak akan
menghakis bahagian batuan yang lembutdan melengkok ke daratan. Bahagian ini disebut
teluk. Bahagian batu keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal dan menganjur ke laut
lalu membentuk tanjung.

GUA
Gua terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelaaan terhadap cenuram yang
mempunyai banyak rekahan.
Gua biasanya terbentuk di kawasan pantai batu kapur kerana batu kapur merupakan jenis
batuan yang senang dilarutkan oleh air.

LOHONG OMBAK / GLOUP DAN GEO


Kuasa tekanan ombak yang kuat kedalam lubang batu gua itu kuat, menyebabkan air di
dalamnya terhimpit. Keadaan ini menyebabkannya mencari jalan keluar melalui batuan
lembut di sebelah atas gua itu.
Batuan lembut ini yang mudah dilarutkan akan runtuh sedikit demi sedikit dan lama-
kelamaan membentuk lubang yang menyebabkan air laut akan memancut keluar keatas.
Lubang ini dinamakan lohong ombak.

GERBANG LAUT
Terbentuk akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelasan ke atas dua buah gua yang
bergabung dan terletak secara bertentangan di atas sebuah tanjung.

BATU TUNGGUL DAN TUNGGUL SISA


Terbentuk hasil daripada runtuhan bumbung gerbang laut pada awalnya berasal dari proses
pembentukan gua.
Disebabkan kuasa hakisan laut yang berterusan dan melalui proses luluhawa, bumbung
gerbang laut itu akan runtuh membentuk batu tunggul.
Batu tunggul yang terdedah secara berterusan terhadap terhadap hakisan ombak yang
membentuk tunggul sisa.

PEMENDAPAN OMBAK
Berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung, halaju ombaknya berkurangan kerana angin
yang bertiup adalah lemah.

PANTAI
Pantai merupakan timbunan bahan dan hakisan seperti pasir, kelodak sepihan, batu lada,
lumpur, cengkerang, batu karang dan lain-lainnya disepanjang pinggir laut yang membentuk
satu pentas.
BETING PASIR
Beting pasir terdiri dari bahan pasir, batu kelikir, @pun batu tongkol yang berkeadaan selari
dengan pinggir pantai @pun bersudut tepat dengannya.

TOMBOLO
Tombolo merupakan beting pasir yang menghubungkan sebuah pulau ke tanah besarnya @
antara pulau-pulau
Tombolo wujud hasil pemendapan ombak yang terbiar di sekitar pulau sehingga
menyebabkan bahagian belakang pulau terlindung dari tindakan ombak.

ANAK TANJUNG
Anak tanjung terbentuk hasil peninbunan ombak dan arus pesisir pantai.
Anak tanjung menyerupai beting tapi salah satu daripada hujungnya bersambung dengan
daratan dan hujung yang lagi satu melengkung dan menganjur ke laut.

ANAK TELUK
Akibat daripada hakisan ombak yang berterusan terhadap bumbung gua. Lama-kelamaan
bumbung gua yang terdedah pada hakisan ini akan runtuh dan membentuk satu serokan yang
panjang dan sempit lalu menyebabkan air laut memasuki bahagian dalam cenuram.

BETING PASIR
Semua bentuk permatang pasir dan batu kerikil yang ditimbunkan oleh ombak di pinggir laut.
Beting pasir terdiri daripada beberapa jenis seperti beting pasir5 luar pantai,beting pasir muka
teluk dan juga tembolo.

LEGEH
Satu garisan yang menjadi pemisah aliran air antara sistem sungai atau lembangan. Ia
terbentuk di sepanjang rabung banjaran gunung atau tanah tinggi antara sistem-sistem sungai
tersebut.
TINDAKAN HIDRAUL
Proses penyerbuan dan hempasan air sungai yang mengalir ke dalam struktur batuan yang
lemah seperti rekahan dan lubang di tebing dan dasar sungai yang dipengaruhi oleh had laju
air mengalir. Impak hidraul ini hanya boleh menghakis lanar yang kurang mampat seperti
pasir,kelodak,batu kelikir dan batu liat.

ZON LITORA
Kawasan pantai yang menerima pengaruh ombak. Ia meliputi kawasan pantai,pantai
belakang,pantai hadapan dan pengairan pinggir pantai. Mengikut H.D.Tjia dalam bukunya
’Geomorfology’, zon litoral bermula daripada berm (bahagian atas pantai) hingga kepada
tikas air surut.

LEMBANGAN SALIRAN
Meliputi 1 kawasan tadahan air bagi sesebuah sistem sungai. Sesebuah lembangan saliran
mempunyai unsur-unsur berikut. Pertama,mempunyai legeh iaitu satu garis sempadan yang
memisahkan sesebuah lembangan saliran dengan lembangan saliran yang lain. Kedua,
mempunyai rangkaian alur-alur sungai yang terdiri daripada sungai induk dan cawangannya.
Ketiga, sesebuah lembangan saliran mempunyai kawasan luahannya sendiri yang biasanya
berakhir di laut atau dalam sesebuah tasik

TASIK LADAM
Biasanya terbentuk di peringkat hilir sungai dan dijelaskan melalui 3 peringkat (1,hakisan
sungai lebih giat berlaku di tebing luar likuan sungai berbanding di tebing dalam, 2, hakisan
berterusan di lengkuk liku,3,peredaran masa yang berterusan akan menyebabkan proses
pemendapan berlaku.

DATARAN BANJIR
Bahan yang di bawa oleh sungai akan dimendapkan di dalam alur sungai, sungai akan
melimpah keluar jika keadaan ini terus berlaku menyebabkan bahan yang di mendapkan akan
bertambah dan lama kelamaan menbentuk tebing yang lebih tinggi dari dataran mendap.

TETAMBAK
Terbentuk hasil limpahan beban sungai ke tebing semasa kejadian banjir yang berulang,
bahan yang dimendapkan akan bertambah dan lama kelamaan membentuk tebing yang lebih
tinggi dari dataran mendap

DELTA
Merupakan hasil pemendapan bahan beban sungai terutamanya tanih lanar aluvium dan
terbentuk di muara sungai disebabkan halaju arus sungai yang perlahan akibat pertembungan
dengan arus laut cth (delta kipas (arcuate), delta kaki,delta burung, delta muara , dan delta
bucu (cuspate).

OMBAK
Terdiri daripada 2 jenis iaitu ombak iaitu ombak pembinasa dan ombak pembina, air yang
menyerbu ke pantai dinamakan damparan (swash) dan air ini mengalir ke laut seperti larutan /
ombak undur (backswash).

ARUS LAUTAN
Terdiri daripada arus lautan pesisir pantai dan arus lautan pembalik dasar dan bergerak dalam
2 cara secara menegak dari permukaan laut ke bawah ke atas dan secara mendatar di
permukaan laut. Terdapat 2 jenis arus iaitu arus panas lautan ( dari khatulistiwa).

You might also like