You are on page 1of 10

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI 2015/2016


GMGA 1024
POLITIK DAN PENTADBIRAN

UNIT PENGAJIAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------KURSUS

POLITIK DAN PENTADBIRAN

KOD KURSUS

GMGA 1024

JAM KREDIT

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini merupakan salah satu kursus teras bagi pelajar program Sarjana Muda Pengurusan
Awam. Melalui kursus ini pelajar akan didedahkan dengan beberapa konsep asas dan prinsip
utama politik dan pentadbiran. Fokus utama kursus ini adalah kepada politik dan pentadbiran
dalam sistem demokrasi berparlimen dan berpresiden. Dalam pada itu, pelajar juga akan
didedahkan dengan beberapa sistem politik dan pentadbiran selain daripada sistem demokrasi.
Bagi memperkukuhkan pengetahuan pelajar berkaitan aspek politik dan pentadbiran, tumpuan
khusus akan diberikan kepada sistem politik dan pentadbiran di Malaysia. Di bahagian akhir
kursus ini pelajar akan didedahkan kepada isu hubungan antara politik dan pentadbiran, di mana
campur tangan politik dalam pentadbiran akan mempengaruhi sistem birokasi.

[1]

OBJEKTIF
Di akhir ini kursus ini, pelajar seharusnya dapat;
Pelajar diharap dapat
1.
memahami konsep asas dan prinsip utama politik dan pentadbiran dalam sistem
pemerintahan sesebuah negara.
2.
memahami aspek politik dan pentadbiran dalam sistem demokrasi berparlimen dan
berpresiden.
3.
mengetahuiciri-ciri politik dan pentadbiran dalam sistem demokrasi liberal dengan sistem
politik yang lain.
4.
memahami perbezaan sistem politik dan pentadbiran Malaysia dengan negara-negara
lain.
5.
mengetahui cabaran dan kesan campur tangan politik dalam pentadbiran dan pengaruhnya
ke atas sistem birokrasi.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat;
1.
2.
3.
4.
5.

mentafsirkonsep asas dan prinsip utama politik dan pentadbiran yang dipraktiskan
dalam pemerintahan sesebuah negara moden pada hari ini.
membandingkan ciri-ciri politik dan pentadbiran dalam sistem demokrasi berparlimen
dan berpresiden dengan lain-lain sistem yang wujud di dunia pada masakini.
merumus ciri-ciri sistem politik dan pentadbiran yang terbaik kepada masyarakat dan
negara.
menghuraikan secara umum sistem politik dan pentadbiran yang dilaksanakan di
Malaysia.
menganalisis masalah dan cabaran dalam sistem birokrasi kesan daripada campur
tangan dan pengaruh politik dalam pentadbiran.

KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS


Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Pelajar diberikan modul kursus yang akan
menjadi rujukan asas kepada kursus ini. Modul dilengkapkan dengan soalan-soalan sebagai
latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Namun begitu pelajar juga dinasihatkan supaya
mendapatkan bahan bacaan lain seperti buku-buku, jurnal dan sebagainya bagi memantapkan
kefahaman. Bagi membantu pelajar memahami isi kandungan dan pembelajaran kursus ini,
sebanyak empat sesi perjumpaan diantara pensyarah-pelajar ditetapkan(termasuk peperiksaan
akhir pada minggu kelima).Pertemuan ini lebih berbentuk perbincangan dan soal-jawab. Oleh
yang demikian, pelajar dikehendaki bersedia dengan membaca dan memahami modul serta
bahan-bahan bacaan lain sebelum menghadiri sesi pertemuan pensyarah-pelajar. Para pelajar
juga digalakkan untuk berinteraksi dan aktif di dalam kelas. Jadual pertemuan dilampirkan,
[2]

namun tertakluk kepada pindaan. Oleh itu pelajar dinasihatkan supaya sentiasa berhubung
dengan UPLK-UUM bagi mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS
Penilaian dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan
akhir. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan lebih lanjut dibahagian seterusnya. Agihan
markah adalah seperti berikut:
Tugasan 1
Tugasan 2
Peperiksaan Pertengahan Semester
Peperiksaan Akhir Semester
Jumlah

20%
30%
10%
40%
_____
100%

TUGASAN 1(INDIVIDU)
Para pelajar dikehendaki membaca, merumus serta menilai 2 (DUA) jurnal berimpak tinggi
ATAU 2 (DUA) bab dalam buku, dengan had penulisan rumusan tidak melebihi TIGA muka
surat bagi SATU jurnal atau bab dalam buku. Penulisan rumusan hendaklah mengandungi aspekaspek berikut;
a. Isi-isi utama atau penemuan kajian
b. Pendapat dan nilaian anda terhadap jurnal atau bab dalam buku tersebut.
Peringatan penting;
1. Pemilihan jurnal atau bab dalam buku adalah hanya kepada yang berkaitan
dengan politik dan pentadbiran sahaja.
2. Pemilihan jurnal atau bab dalam buku perlu merujuk kepada pensyarah terlebih
dahulu.
3. Tugasan perlu diserahkan pada pertemuan KEEMPAT.
TUGASAN KUMPULAN

Setiap kumpulan hendaklah menemuramah 1 (SATU) tokoh-tokoh berikut iaitu;

[3]

1.
2.
3.
4.

Wakil Rakyat Parlimen atau Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Bekas Wakil Rakyat Parlimen atau Wakil Rakyat DUN
Tokoh-Tokoh Politik Nasional, Negeri atau Tempatan
Bekas Tokoh-Tokoh Politik Nasional, Negeri atau Tempatan.

Pemilihan tokoh berkenaan boleh dilakukan dari sebarang parti politik yang anda minati atau
tokoh politik yang tidak menganggotai sebarang parti. Temu ramah ini perlu dilakukan bagi
mendapat jawapan-jawapan berikut;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Biodata, penglibatan, sumbangan tokoh dalam politik


Pandangan tokoh mengenai pengertian politik
Senario politik Malaysia sebelum 2008
Senario politik Malaysia dari 2008 hingga kini
Peranan parti politik pemerintah dan peranan kerajaan memerintah
Peranan parti politik pembangkang
Hal-hal lain yang difikirkan perlu

Tuan/puan perlu menyediakan soalan-soalan yang akan dikemukakan bagi mendapat jawapan di
atas dan setelah itu perlu menyediakan transkrip pertanyaan dan jawapan. Karang temu bual anda
dalam bentuk esei yang panjangnya tidak melebihi 15 muka surat (double-spacing).
Setiap kumpulan perlu terdiri dari 2-4 pelajar dan pemilihan tokoh perlu dimaklumkan kepada
pensyarah terlebih dahulu. Tugasan hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan
yang KEEMPAT.
Markah bonus akan diberi kepada esei yang turut merujuk kepada bacaan-bacaan tambahan
seperti buku, jurnal, makalah atau laman internet.

PANDUAN TUGASAN
[4]

1. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5(spacing),


font-12 berhuruf Times New Roman atau Arial.
2. Jawapan hendaklah disertakan senarai isi kandungan, rujukan dan bibliografi lengkap
menggunakan format APA.
3. Penilaian tugasan berasaskan kepada aspek-aspek berikut;
a. Kandungan laporan (pengenalan, isi kandungan,rumusan)
b. Gaya dan tatabahasa
c. Susunan dan kelancaran idea
d. Kematangan berhujah.
4. Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu, citation
yang lengkap mesti dinyatakan kepada quotations, paraphrasing atau idea yang diambil
daripada pihak/sumber lain selain dari penulis laporan sendiri.
Peringatan: rujukan terhadap laman di internet semata-mata tidak membawa kepada
markah yang tinggi.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada pertemuan ketiga- merangkumi Topik 1
hingga Topik 5. Masa peperiksaan ialah 1jam .
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan
akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan adalah komprehensif yang meliputi
semua silibus kursus yang terdapat di dalam modul. Pelajar dikehendaki memahami kandungan
modul dengan baik dan juga membuat bacaan tambahan.

KANDUNGAN KURSUS
[5]

Bil.
1

Topik
1.0 PENGENALAN
Definisi politik
Perkembangan politik dan sains politik
Sains politik suatu disiplin ilmu
2.0 POLITIK, KUASA DAN AUTORITI
Sifat politik
Punca konflik politik dan penyelesaiannya
Kuasa politik dan jenis-jenis kuasa
Autoriti dan pengaruh politik
Doktrin pengasingan kuasa
3.0 KLASIFIKASI KERAJAAN
Apa itu kerajaan?
Tujuan dan masalah pengkelasan
Sistem pengkelasan
Pengkelasan struktur politik
Jenis-jenis kerajaan
4.0 SISTEM POLITIK
Jenis-jenis sistem politik
Sistem demokrasi berparlimen dan berpresiden
Sistem politik persekutuan (federal) dan kesatuan (unitary)
sistem politik komunis dan sosialis
5.0 BUDAYA POLITIK
Sifat budaya politik
Asas budaya politik
Aspek budaya politik
Simbol dan budaya politik
Perkembangan budaya politik
Sosialisasi politik
Agen sosialisasi
Sosialisasi dan sistem politik
6.0 PENYERTAAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA
Kewujudan parti-parti politik
Fungsi, struktur dan sistem parti (sistem politik kepartian)
Kumpulan pendesak dan berkepentingan
Teori perwakilan dan sistem berperwakilan
Sistem dan proses pilihan raya
[6]

Tingkahlaku mengundi
Mandat politik dan pembentukan kerajaan
Isu majoriti dan hak minoriti
Isu gander dan kouta dalam sistem berperwakilan
Proses pembuatan keputusan
7.0 IDEOLOGI POLITIK
Memahami konsep falsafah dan pemikiran politik.
Apa itu ideologi politik?
Klasifikasi ideologi politik:
Liberalisme dan neo-liberalisme
Komunisme dan sosialisme
Fasisme dan marxisme
Nasionalisme
Konservatisme dan neo-konservatisme
8.0 INSTITUSI ASAS KERAJAAN
Sistem berpresiden: pengasingan kuasa
Sistem berparlimen: percantuman kuasa
Badan legislatif: satu dewan dan dua dewan
Badan eksekutif: sistem berpresiden dan berparlimen
Badan kehakiman: fungsi dan kawalan badan kehakiman
9.0 BADAN EKSEKUTIF: KABINET
Bentuk kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen
Yang Di-Pertuan Agong dan kabinet
Perdana Menteri dan jemaah menteri
Peranan eksekutif:

Ketua negara

Ketua kerajaan

10

10.0

Konsep tanggungjawab kolektif


Anggota pentadbiran persekutuan
PENTADBIRAN DAN BIROKRASI
Birokrasi sistem persekutuan
Ciri-ciri birokrasi awam
Birokrasi dalam sistem kerajaan moden:
Pentadbiran
Perkhidmatan
Peraturan
Perlesenan
Perolehan maklumat
[7]

11

11.0

ANCAMAN DAN MASALAH DALAM SISTEM BIROKRASI


Masalah-masalah dalam birokrasi:
Pentadbir atau pembuat dasar?
Pengadilan
Pelaksanaan pertimbangan sendiri
Pembuat peraturan
Peranan sebagai penasihat
Ke arah pembaikan birokasi:
Ombudsman
Semakan badan perundangan
Pengecilan
Desentralisasi
Bebas pengaruh politik

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR


Tarikh/Tempat

Pertemuan
Pertemuan 1

UUM

Modul
Penerangan
keseluruhan
kursus
Perbincangan
Bab 1-2

Tempoh
jam

4 jam

Pertemuan 2

Perbincangan
Bab 3-6

5 jam

Pertemuan 3

Peperiksaan
pertengahan
semester
Perbincangan
Bab 7-8
Perbincangan
Bab 9-11
Ulangkaji kursus
Semua bab

1 jam

UUM

UUM

Pertemuan 4
UUM

Pertemuan 5
(peperiksaan akhir)

[8]

3 jam
4 jam
1jam
2 jam

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah
No.Telefon
Dr. Mohd Fitri Abdul Rahman 017-4992982
(UUM)

e-mail
mohdfitri@uum.edu.my

RUJUKAN

Rujukan utama
Ball, A. R. (1994). Politik dan kerajaan moden. (Terj. S. Ahmad Hussien, Loh Foon Fong
& Wong Seat Tho). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Malike Brahim. (2012). Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia. KL: IBS Buku Sdn.
Bhd.
Mohd Fitri Abdul Rahman & Mohd Foad Sakdan.(2013). Konflik Politik Perkauman:
Strategi dan Penyelesaian Cara Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Roskin, M.G., Cord, R.L, Medeiros, J.A, & Jones, W.S. (2003). Political science: An
introduction (8th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Rujukan tambahan
Axford, B. (2002). Politics: An introduction (2nd ed.). London: Routledge.
Ethridge, M.E. & Handelman, H. (2004). Politics in a changing world: A comparative
introduction to political science (3rd ed.). Sydney: Thomson Learning.

[9]

Shively, W.P. (2005). Power and choice: An introduction to political science (9th ed.).
Boston: McGraw-Hill.
Sargent, L.T. (2003). Contemporary political ideologies: A comparative analysis (12th
ed.). Upper Saddle River: Prentice Hall.

[10]

You might also like