You are on page 1of 2

Laporan Minggu 1

Tarikh: 19 Jun 2013

Masa: 2.30 4.30 petang

Tempat: Gelanggara

Kehadiran: 57/57 orang ahli Pandu Puteri Kadet


Pemimpin: Cik Joyce Ong Choon Kim
Aktiviti Interaksi:
1.

Kawat istiadat: Kedatangan ahli pasukan diambil dengan pimpinan Cik Joyce.

Beliau turut memberi komen mengenai pakaian kebaya pandu puteri.


2.

Pengurusan taman: Cik Joyce mengingatkan ahli pasukan untuk meneruskan

tugasan mereka iaitu menjaga taman mini mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3.

Perbincangan: Cik Joyce berbincang mengenai program GROW. Beliau

meminta pandangan beberapa ahli pasukan mengenai kerja amal yang boleh
dilakukan. Seterusnya, beliau meminta ahli pasukan untuk berkongsi pengalaman
mereka berkaitan kerja amal yang mereka telah lakukan.
4.

Permainan: Ahli pasukan berkumpul dalam patrol masing-masing. Stephanie

bersama Daarshini dan Norashikin memimpin dua permainan yang seronok.


Pertama adalah permainan BOMB dan yang kedua adalah permainan THE WIND
BLOWS ON WHO.
5.

Membuat enzim: Datin Moo Siew Yoong telah turut hadir ke perjumpaan

pada kali ini dan membuat demonstrasi cara membuat enzim dengan menggunakan
kulit buah-buahan. Beliau juga menerangkan cara menggunakan dan juga kegunaan
enzim tersebut. Beliau memberi setiap ahli pasukan sebotol enzim yang telah
disediakan oleh beliau secara percuma. Cik Joyce memberi penghargaan kepada
beliau sebagai tanda terima kasih.
6.

Penutup: Sebelum bersurai, ahli pasukan menangkap gambar bersama Datin

Moo Siew Yoong.

Pada keseluruhannya, interaksi berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Disediakan oleh,

(Komala a/p Sithambaram)


Setiausaha Pasukan Pandu Puteri.

You might also like