You are on page 1of 1

Pegawai,

Pertahanan Awam Daerah,


Pejabat Daerah Kuala Kangsar,
No.725 Jalan Bukit Kerajaan,
33000 Kuala Kangsar

Tarikh : 27 Oktober 2015

Tuan,
Pendedahan berkenaan Peranan Pasukan Institusi Pertahanan Awam ( PISPA) Kolej Komuniti
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kolej Komuniti Kuala Kangsar menjemput Pihak Tuan untuk
mengadakan satu program berkaitan dengan peranan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej
Komuniti. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 30 Oktober 2015
Masa

: 10.00 a.m-11.00 a.m

Tempat : Kolej Komuniti Kuala Kangsar


3.
Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan
berkaitan aspek keselamatan dan pertahanan awam dalam kalangan pelajar. Seperti yang kita sedia
maklum, penubuhan PISPA di Kolej Komuniti bertujuan melahirkan sukarelawan yang memiliki jati diri,
semangat patriotisma, semangat berpasukan dan kebolehan bekerjasama dalam satu pasukan.
4.
Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan
ceramah tersebut pada ketetapan yang telah dinyatakan di atas. Kerjasama dan perhatian daripada pihak
tuan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian Terima Kasih,


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(WAN NORDIANA BT WAN MOHD)


b/p Pengarah
Kolej Komuniti Kuala Kangsar
Kementerian Pendidikan Tinggi

You might also like