You are on page 1of 11

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU BAGI MURID-MURID

BERMASALAH PENDENGARAN (PEKAK) DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS


TAIPING (P)

Chitra A/P Shanmugam


Charles Bin Arzone
Mohd Khafiz Bin Karim
Shalini A/P Muniratnam

Abstrak
Kajian ini bertujuan supaya penyelidik dapat memahami dan menjelaskan pendekatan
pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran (pekak) di Sekolah
Pendidikan Khas Taiping (P). Kajian ini menggunakan metodologi kajian kes kualitatif
dimana terdapat 2 orang murid khas bermasalah pendengaran dan 10 orang guru pendidikan
khas terlibat dalam kajian ini sebagai respoden. Dapatan kajian ini memperlihatkan
bagaimana pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru kepada
murid-murid pekak. Selain itu, bagaiaman keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran para murid pekak. Kesimpulannya, guru
perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang
kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT agar boleh
dimanfaatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pekak. Selain itu,
guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui ABM yang terkini dan yang
berbentuk visual seperti gamabr untuk membantu pemahaman murid-murid pekak.
Kata kunci: pendekatan pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah
Pendengaran (Pekak).
1. PENDAHULUAN
Menurut Gestalt, pendekatan pengajaran adalah apabila kita mempelajari sesutau situasi
itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau
Page 1 of 11

sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatana dalam
sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan
kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Sebagai contoh; konkrit kepada abstrak,
mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik (deduktif),
spesifik kepada umum (induktif), dekat kepada jauh, dan diketahui kepada belum diketahui.
(Sumber:

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pendekatan-

pengajaran.pdf).
Penggunaan pendekatan pengajaran yang tepat, bersesuaian dan berkesan kepada muridmurid pekak adalah penting. Hal ini kerana, mengajar murid-murid pekak amat berbezan
dengan mengajar murid-murid yang bukan bermasalah pendengaran. Guru mengajar muridmurid normal dengan misi utama ialah menghabiskan kandungan dalam sukatan pelajaran.
Manakala, murid-murid pekak yang perlu diutamakan adalah mendidik serta memberi
bimbingan sebaik mungkin kepada mereka. Menurut K.A Razhiyah (2005), mendidik muridmurid pekak adalah untuk melihat kebolehan individu, baru melihat kandungan yang ingin
diajar. Oleh itu, kandungan pengajaran perlu diubahsuai selaras dengan tahap murid-murid
pekak.
Masalah utama murid-murid pekak yang paling ketara ialah gagal menguasai bahasa
dengan baik. Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan khas yang peka, mereka telah
mengambil langkah proaktif iaitu dengan mengadakan kelas pemulihan mengikut kategori
kemampuan murid, mempelbagaiakn corak pengajaran dan memperbanyakkan penggunan
alat bantu mengajar (ABM). Penggunaan alat bantu mengajar yang dirancang dengan teliti
dapat memberi kesan signifikan ke atas pencapain murid.

1.1 Pernyataan Masalah


Perbincangan tentang penggunaan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu kepada
murid-murid pekak di sekolah-sekolah pendidikan khas merupakan satu isu yang amat
mustahak dan perlu diberikan perhatian. Pihak kementerian pelajaran, guru-guru, ibu bapa
dan orang ramai perlu memberi perhatian yang serius terhadap penguasaan bahasa muridPage 2 of 11

murid pekak. Oleh itu, keseluruhan kaedah pengajaran Bahasa Melayu murid-murid pekak
telah memberi gambaran yang jelas betapa pentingnya kaedah pengajaran bahasa kepada
murid-murid pekak bagi mendidik murid-murid pekak supaya dapat menguasaia bahasa
Melayu dengan sempurna. Dalam memastikan murid-murid pekak ini dapat menguasai bahasa
Melayu dengan baik, semua pihak perlu memainkan peranan termasuklah ibu bapa. Oleh itu,
guru-guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk memajukan pembelajaran anak-anak
mereka. Sebagai seorang ibu bapa yang mempunyai anak-anak pekak, mereka perlu
didedahkan dengan kaedah-kaedah pengajaran bahasa supaya boleh dimanfaatkan di rumah.
Kajian ini akan menumpukan sepenuhnya sama ada guru-guru pendidikan khas
bermasalah pendengaran ini berjara melahirkan generasi pekak yang dapat menguasai bahasa
dengan baik. Bahasa merupakan elemen penting dalam membantu menyalurkan ilmu dan
makluat. Bagi golongan tertentu, mereka mempunyai cara lain apabila hendak berkomunikasi
lebih-lebih lagi bagi orang pekak. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan cara
menggunakan bahasa isyarat yang merupakan penggunaan tangan untuk menyampaikan
maklumat. Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasi dan
pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran lebih daripada 70 desibel
(dB).
Permasalahan kedua yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah sama ada guru-guru
pendidikan khas menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Pada
dasarnya, sebelum mewujudkan satu pendekatan pengajaran bagi murid-murid pekak, mesti
diambil perhatian bahawa semua guru-guru yang mengajar murid bermasalah pendengaran
perlu mengikuti kursus bahasa isyarat serta mahir dalam penggunaan bahasa isyarat. Ini bagi
memastikan agar guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan dan
difahami oleh murid-murid pekak. Pelbagai kaedah pengajaran bahasa perlu digunakan
supaya murid-murid pekak dapat memahami dan menguasai bahasa dengan mudah. Guru
perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut kekretifan guru itu sendiri, tetapi masih
didasarkan oleh kaedah pengajaran yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Page 3 of 11

1.2 Tujuan Kajian


a) Memahami dan menjelaskan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid
bermasalah pendengaran (pekak) di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).
b) Untuk mengkaji pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru kepada
murid-murid pekak
c) Untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran para murid pekak.

1.3 Persoalan Kajian


a) Adakah penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Melayu memberi kesan positif kepada
pembelajaran bahasa murid pekak?
b) Adakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) benar-benar mempengaruhi pemahaman
murid-murid pekak?
1.4 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini diharap dapat membei panduan kepada sekolah-sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan khas tentang pendekatan
pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran (pekak). Melalui
kajian ini diharapkan penambahbaikan dapat dilakukan untuk membentuk kaedah-kaedah
yang bersesuaian, bertepatan dan berkesan dalam meningkatkan penguasan bahasa dalam
kalangan murid-murid pekak. Oleh itu, dapatan kajian ini akan dapat memberikan gambaran
keseluruhan tentang pendekatan pengajaran bahasa Melayu dalam meningkatkan penguasan
bahasa murid-murid pekak. Selain itu, dapatan kajian ini juga berguna kepada pihak sekolah
dalam mewujudkan kaedah pengajaran yang berkesan bagi membantu murid-murid pekak ini
menguasai bahasa dengan mudah.

1.5 Batasan Kajian


Batasan kajian yang dihadapi oleh pengkaji ialah apabila ingin berkomunikasi dengan murid
pekak yang merupakan peserta kajian. Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa tiada guru
yang memiliki Sijil Perguruan. Hanya tiga (3) guru senior yang memiliki Diploma Pendidikan
dan juga Lima (5) guru tersebut adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Dua (2)
orang guru memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan.
1.6 Guru-Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran Taiping (P)

Page 4 of 11

Seramai tujuh orang guru yang mempunyai pengkhususan Pendidikan Khas Bermasalah
Pendengaran. Sementara dua orang guru mempunyai dalam bidang Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran. Hanya seorang guru sahaja yang mempunyai kelulusan dalam bidang
perakaunan. Dapatan kajian mendapati bahawa jumlah guru yang mempunyai kelulusan
dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah melebihi jumlah guru yang
bukan pengkhususan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Ini menggambarkan yang
SK Pendidikan Khas Taiping (P) mempunyai guru yang berkelayakan serta berpengetahuan
dalam bidang pendengaran.
2. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bersifat kualitatif iaitu kajian kes. Kajian ini adalah sesuai untuk difahami dan
menjelaskan penggunaan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid pekak di
Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P). Kaedah ini dipilih kerana data dapat diperolehi secara
lebih mendalam dalam mengenalpasti sesuatu fenomena. Sekali gus, reka bentuk kajian
kualitatif adalah bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena secara mendalam. Oleh itu,
melalui penggunaan kaedah kualitatif, penyelidik akan dapat mengetahui lebih mendalam
tentang pendekatan pengajaran yang digunakan guru-guru dalam meningkatkan tahap
penguasan bahasa murid-murid pekak. Dua orang murid pekak akan digunakan sebagai
sample kajian dan seramai sepuluh orang guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P) akan di temubual. Data-data
temubual itu akan ditranskripsikan dan dianalisis mengikut tujuan kajian iaitu penggunaan
pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid pekak di Sekolah Pendidikan Khas
Taiping (P). Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada purposive sampling yang
bersesuaian dengan kehendak kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah
melibatkan empat bahagian, iaitu soal selidik bersama guru, pemerhatian dalam keberkesanan
penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam kelas, temubual berkenaan pendekatan
pengajaran yang digunakan dan kertas ujian murid pekak dengan memberi fokus kepada mata
pelajaran Bahasa Melayu. Penyelidik juga merupakan instrumen kajian yang menjalankan
temubual. Bagi memastikan agar temubual itu dapat dijalankan secara mendalam, hubungan
baik (rapport) terlebih dahulu dengan peserta kajian supaya peserta kajian akan merasa selesa
sewaktu sesi temubual berlangsung.

2.1 Analisis Data


Page 5 of 11

Data-data yang diperolehi daripada temubual guru dan kertas ujian murid akan
ditranskripsikan dan data-data transkripsi akan dianalisis secara manual untuk menjawab
kepada persoalan kajian iaitu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-muird pekak
di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P). Data-data yang diperolehi daripada kenyataan
peserta kajian akan digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Manakala, datadata yang dianggap tidak diperlukan tidak akan digunakan.
3. Dapatan Kajian
Bab ini akan membincangkan secara terperinci dan menyeluruh data-data yang diperolehi
daripada persoalan-persoalan kajian yang berhubung dengan pendekatan pengajaran Bahasa
Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).
Data yang diperolehi melalui temubual dan kertas ujian murid telah ditranskripsikan secara
manual dan dapatan kajian diperjelaskan berdasarkan tujuan kajian iaitu memahami dan
menjelaskan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah
pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).
3.1 Bagi menjawab persoalan kajian 1, berdasarkan data transkripsi yang telah dianalisis
secara manual didapati tiada guru yang memiliki Sijil Perguruan. Hanya tiga orang guru
senior yang memiliki Diploma Pendidikan dan juga lima guru tersebut adalah pemegang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Manakala dua orang guru lagi memiliki Ijazah Sarjana
Pendidikan.
Jadual 1: Analisis Deskriptif Demografi / Umur dan Jantina Responden
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.

Umur
25
48
54
38
26

Jantina
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Lelaki

Bil.
6.
7.
8.
9.
10.

Umur
56
30
58
34
29

Jantina
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Perempuan
Lelaki

Jadual 2: Taburan Kelulusan Guru di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P)


Kelulusan Akademik
1. Sijil Perguruan
2. Diploma Pendidikan
3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Bil. Guru
3
5
Page 6 of 11

Peratus (%)
30
50

4. Sarjana Pendidikan
Jumlah

2
10

20
100

Jadual 3: Pengkhususan Bidang/Pekerjaan Guru


Pengkhususan Pengajaran Guru
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Pendidikan Khas Masa Pembelajaran
Perakaunan
Jumlah

Bil. Guru
7
2
1
10

Peratus (%)
70
20
10
100

Hasil kajian menunjukkan bilangan guru dalam pengkhususan Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran adalah seramai 7 orang iaiatu 70% yang terdapat di Sekolah Pendidikan Khas
Taiping (P). Manakala, seramai 2 orang atau 20% guru dalam pengkhususan Pendidikan Khas
Masa Pembelajaran. Sementara seorang guru sahaja iaitu 10% mempunyai kelulusan dalam
bidang Perakaunan. Jumlah guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran adalah melebihi jumlah yang bukan pengkhususan Pendidikan Khas
Masalah Pendengaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa SK Pendidikan Khas Taiping (P)
mempunyai guru yang berkelayakan serta berpengetahuan dalam bidang Pendengaran.
Jadual 4: Tempoh Berkhidmat Serta Pengalaman Menghadiri Kursus Masalah
Pendengaran Guru PPKI
Tempoh Berkhidmat Guru PPKI
1 3 tahun
4 6 tahun
7 9 tahun
10 12 tahun
Melebihi 12 tahun
Jumlah
3.2 Dapatan Kajian Melalui Kertas Ujian Murid

Bil. Guru
2
2
1
3
2
10

Peratus (%)
20
20
10
30
20
100

Jadual 5: Keputusan Ujian Bulanan Dan Peperiksaan Pertengahan Tahun


Bahasa Melayu
Bil.

Nama
Jan

1.

Ahmad Nazreen Al-Iman Bin

2.

Mohd Hafiz
Nor Allis Irdina Binti Mohd
Yusoff

Pemahaman
Mac
Mei

Bahasa Melayu
Jan

Penulisan
Mac
Mei

58/C

43/C

28/D

40/C

27/D

15/E

38/D

50/C

35/D

23/D

48/C

15/E

Page 7 of 11

Merujuk kepada jadual Keputusan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Setengah Tahun, keduadua peserta (murid) adalah tidak memuaskan atau tidak menguasai mata pelajaran utama iaitu
Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Kajian lanjut turut mendapati bahawa pelbagai
aspek kelemahan bahasa dihadapi oleh kedua-dua murid tersebut.
Graf 1: Keputusan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Setengah Tahun 2014

Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan Setengah Tahun 2014


70
60
50
40
30
20
10
0
Ahmad Nazreen Al-Iman Bin Mohd Hafiz

Nor Allis Irdina Binti Mohd Yusof

Melalui graf di atas menunjukkan bahawa tahap penguasan bahasa kedua-dua murid adalah
pada tahap yang sama iaitu lemah. Keupayaan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid pekak adalah tidak sama dan tidak konsisten. Ia merujuk kepada tahap
kecerdaassn fikiran seseorag murid dalam proses pembelajaran Bahasa. Kecacatan murid
pekak yang dialami oleh mereka adalah berbeza-beza mengikut tahap pendengaran. Tahap
ketidakupayaan pendengaran inilah yang membezakan dalam menentukan kemampuan
pembelajaran bahasa seseorang kanak-kanak pekak.
3.3 Kertas Ujian Nor Allis Irdina Binti Mohd Yusoff
Jadual 6: Pembinaan Ayat
Page 8 of 11

Kata Nama
Kata Khas
puan Tiong
kim Lai
Mei Lai
Mei Hwa dan Mei Lai

Kata Bantu
sedang
sedang
sedang
sedang

Aktiviti
Kata Kerja
mencabut
memberus
mengemop
mengutip

Objek
rumput
longkang
lantai
sampah

Jadual 7: Pembinaan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Ayat Tunggal:
1. Irdina dan AimaN sepak bola
- Ayat yang dibina merupakan ayat majmuk dan bukan ayat tunggal.
- Kesalahan penggunaan huruf besar
- Pembinaan ayat yang tidak lengkap kerana tidak terdapat Aktiviti / Kata Kerja
- Kesalahan hukum bahasa Melayu Subjek dan Predikat (Sepak bola: bola sepak)
2. AimaN Irdina sepak bola
- Kesalahan penggunaan huruf besar
- Pembinaan ayat yang tidak lengkap kerana tidak terdapat Aktiviti / Kata Kerja
- Kesalahan hukum bahasa Melayu - Subjek dan Predikat (Sepak Bola: Bola Sepak)
Ayat Majmuk:
1. Irdina dan AimaN sepak bola
- Kesalahan penggunaan huruf besar
- Pembinaan ayat tidak lengkap kerana tidak terdapat Aktiviti / Kata Kerja
Pembetulan Pembinaan Ayat Tunggal:
1. Irdina Aiman bermain bola sepak
2. Aiman Irdina bermain bola sepak
Ulasan:
- Murid masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Ayat Tunggal dan masih mengulangi
kesalahan yang sama
Pembetulan Pembinaan Ayat Majmuk:
1. Irdina dan AimAn bermain bola sepak
Ulasan:
- Murid dapat membina ayat majmuk dengan baik namun masih terdapat kesalahan dari segi
penggunaan huruf besar.

3.4 Kertas Ujian Ahmad Nazreen Al-Iman Bin Mohd Hafiz


Jadual 8: Pembinaan Ayat Tunggal (Ayat Selapis)
Kesalahan semasa menyalin soalan Ayat tunggal ialah ayat yang tesbina daswpada satu
subjek dal satu prediket.
Page 9 of 11

Subjek
Emaknya
Ayah
Negara kita

Prediket
Juswrat (Jururawat)
Membakar lemang
Pesat membangun

Jadual 9: Pembinaan Ayat Majmuk (Ayat Berlapis)


Kesalahan semasa menyalin soalan - Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada bebesapa
ayat tunggal.
pak Hamid membeli buku dan beg. (Ayat Majmuk)
Ali tersepak batu. (Ayat Tunggal)
Ali terjatuh. (Ayat Tunggal)
Ali tersepak batu balu terjatuh. (Ayat Majmuk)
iii. marina menyanyi. (Ayat Tunggal)
marina marina (menari). (Ayat Tunggal) - Pengulangan
marina menyanyi sambil menari. (Ayat Majmuk)
Jadual 10: Pembinaan Ayat
ii.

- Permulaan ayat / Kata Bantu


- Terdapat lima nilai dalam Petikan
1. Antaranya
2. Selain itur (itu)
3. SeteruSnya itur (itu)
4. Di sampig itu (samping)
5. AKhir sekali (k - huruf kecil)

Kita Mestilah (kita mestilah huruf kecil)


Kita hendaKlah (kita hendaklah huruf kecil)
Kita haruslah (kita haruslah huruf kecil)
Kita sampig (Di samping kesalahan ejaan)
Kita hendaKlah (kita hendaklah huruf kecil)

Jadual 11: Pembinaan Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk


Arahan soalan Bina ayat tunggal dan majmuk daripada perkataan yang diberi.
1. Cantik, Sopan
a) Budak perempuan itu cantik.
b) Budak perempuan itu sopan.
c) Budak perempuan itu sopan dan cantik.
2. Kecil, Kemas
a) sekolah saya kecil.
b) sekolah saya kemas.
c) sekolah saya kesama dan Kecil.
3. Putih, Bersih
a) Baju Sekolah saya suka berwarna putih. (Baju sekolah saya berwarna putih
kesalahan ayat)
b) Baju Sekolah saya suka berwarna bersih. (Baju sekolah saya bersih kesalahan ayat)
c) Baju Sekolah saya suka berwarna putih dan sanget bersih. (Baju sekolah saya
berwarna putih dan sangat bersih kesalahan ayat)

Page 10 of 11

3.5 Instrumen Temubual Bersama Seorang Guru Kelas Pendidikan Khas PPKI
Soalan 1: Apakah sebab-sebab ketidaksamaan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid pekak?
Soalan 2: Apakah pendekatan pengajaran yang cikgu gunakan untuk mengajar bahasa kepada
murid pekak?
Soalan 3: kenapa dua orang murid ini masih kurang atau tidak menguasai bahasa walaupun
menggunakan pendekatan pengajaran sepertimana yang cikgu nyatakan tadi?

3.6
4. Cadangan Penyelidikan
5. Kesimpulan

Page 11 of 11

You might also like