You are on page 1of 37

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA
MELAYU

SINTAKSIS Pengenalan
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji
proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam
ayat.

FUNGSI SINTAKSIS
Fungsi sintaksisialah hubungan
antara unsur-unsur bahasa yang
dilihat dari sudut penggunaannya
dalam ujaran atau klausa.
Jenis fungsi sintaksis yang umum
ialah subjek, predikat, objek, dan
keterangan.

FUNGSI SINTAKSIS
Subjek ialah benda atau perkara yang
ingin diterangkan.
Predikat ialah cerita atau perihal yang
menerangkan subjek.
Subjek + Predikat = Ayat
Subjek + Predikat = Ayat Biasa
Predikat + Subjek = Ayat Songsang

FUNGSI SINTAKSIS
SUBJEK
PREDIKAT
Azmi
sekolah.
Kambing itu
kepunyaan saya.

pergi ke

FUNGSI SINTAKSIS
Objek (kata nama) berfungsi wajib mengikuti kata kerja
dalam binaan ayat transitif. Jika tidak, ayat yang dibina itu
menjadi salah atau tidak gramatis.
Contoh :
Pak Ali membuang sampah.
(Subjek)
(FK)
(Objek)
Hakim menyiang ikan.
Suraya sedang melipat kain.
Anis terlanggar seekor anak kucing.

FUNGSI SINTAKSIS
Keterangan/adverba
Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, kata nama, dan sendi nama dari segi
cara, masa, dan tempat.
Zaba: sifat kata Asmah: adverba.
Adverba baru dimasukkan dalam Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga dan tergolong sebagai salah
satu kata tugas.

FUNGSI SINTAKSIS
Keterangan/adverba
Keterangan boleh hadir dalam ayat dalam dua
kedudukan, iaitu sama ada sebelum unsur yang
diterangkan atau selepas unsur yang diterangkan.
Bentuk adverba:
(i) Adverba jati: tiba kelmarin, menulis begini, kerap
kali bertegur sapa, nyaris tertembak
(ii) Adverba yang asalnya kata adjektif: bertiup
kencang, ketawa besar, hampir terjatuh, sakit
kuat, besar panjang, tinggi lampai, segera ke
pejabat

FUNGSI SINTAKSIS
Bentuk keterangan/adverba
(iii) Adverba yang asalnya kata kerja:
berjalan mengiring, terbang mengawan,
hitam berkilat, putih berseri.
(iv) Adverba bentuk kata ganda: pura- pura
tidak dengar, jarang-jarang datang;
tinggal bermalam-malam.

FUNGSI SINTAKSIS
PELENGKAP
Pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi
nama) ialah unsur yang perlu mengikuti kata kerja tak transitif (KKTT)
untuk melengkapkan ayat.
Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana
objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh
mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak
boleh dipasifkan.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Keadaan banjir sudah beransur surut.


Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Ayat
Definisi
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan
dan diakhiri dengan kesenyapan, serta
mengandungi intonasi yang sempurna.

Binaan Ayat
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu
bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.
Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar
gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk
daripada susunan beberapa unit kecil
rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa
dikenali sebagai unsur atau konstituen.

Binaan Ayat
Ayat mengandungi unsurklausa, unsur frasa dan
perkataan.
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti
ada dalam setiap ayat.
Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul
percakapan ataupenulisan, dan predikat pula ialah
suatu binaan yang menerangkan perkaratersebut

BINAAN SUBJEK DAN PREDIKAT


Struktur Binaan Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada konstituen (unsur)
ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contohnya: Hakimi tersenyum.
FN
FK
(subjek) (predikat)
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:
(i) Hakimi (kategori FN - subjek)
(ii) tersenyum (kategori FK - predikat)
Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu.

Subjek dan predikat


Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan, yang bersifat frasa nama dan
menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat ialah kumpulan perkatan yang
tergolong dalam satu frasa dan menjadi
unsur yang menerangkan subjek.

SUBJEK DAN PREDIKAT


Predikat sesuatu ayat tunggal dapat
dibina daripada unsur-unsur (kategori)
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama.
Aini sedang menyiang ikan.
(FN) (KB)
(FK)
(FN)
subjek

Predikat

BINAAN SUBJEK DAN


PREDIKAT
Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat
frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya
Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis
untuk guru dan pelajar,subjek ialah benda.
Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali
sebagai perkara yang diceritakan.

Binaan Subjek
Unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda
orang, benda atau perkara.
Contoh:
Dia juga pandai memasak.
Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama
diri (dia) merujuk kepada manusia.

BINAAN SUBJEK
Kata Nama
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh
terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas,
atau kata nama terbitan.
Contoh
Zanariah sedang bersedih sekarang.
Subjek ayat ini adalah Zanariah iaitu kata nama khas
hidup manusia.

BINAAN SUBJEK
Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama Subjek
Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara
baru. Terdapat kata kerja yang mengambil tugas kata nama.

Contoh:
Bersenam dapat menyihatkan badan.
ialah suatu frasa kerja yang menduduki kedudukan subjek frasa nama.
Bersenam boleh diikuti oleh suatu frasa nama seperti aktiviti yang
menjadikannya suatu frasa nama aktiviti bersenam.

BINAAN SUBJEK
Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Subjek
Kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan
subjek dalam ayat.
Subjek

Predikat

Merah lambang keberanian.


Besar tidak bererti kuat.

PREDIKAT
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam
satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam
bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan
Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi
ayat yang mengandungi cerita.
Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara
yang disebut dalam subjek.Predikat mempunyai
fungsinya yang tersendiri.

FUNGSI PREDIKAT
Antara fungsi predikat adalah memberitahu
maklumat lanjut berkenaan benda,
memberitahu apa yang dilakukan oleh benda,
memberitahu sifat-sifat benda, dan
memberitahu di mana, ke mana, mengapa,
bagaimana, dengan sifat dan bila.
Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri
daripada mana-mana satu jenis daripada
empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa sifat dan frasa sendi.

BINAAN PREDIKAT
Predikat sesuatu ayat dapat
dibina daripada unsur-unsur
utama seperti frasa nama,frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama.

BINAAN PREDIKAT
(i)

Predikat Frasa Nama

Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama


seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai
subjek dalam sesuatu ayat.
Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata
nama khas, dan kata nama terbitan.
Contoh:
Aini seorang guru.

BINAAN PREDIKAT
(ii) Predikat Frasa Kerja
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk
daripada beberapa unsur seperti unsur kata kerja asal, kata
kerja terbitan, kata bantu dan unsur-unsur keterangan.
Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal
tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.
Contohnya:
Kakak sedang menggoreng ikan.

BINAAN PREDIKAT
(iii) Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat.
Kata adjektif boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat,
sungguh dan sebagainya.
Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti
sungguh, sekali, betul dan benar.
Selain itu,kata adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata
bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan
ter- yang membawa maksud paling.

BINAAN PREDIKAT
Contoh frasa adjektif sebagai predikat:
(a) Cikgu Hamid rajin.
(b) Mahani sangat baik.
(c) Pemandangan itu cantik sungguh.
(d) Sofea paling pandai dalam kelas itu.

BINAAN PREDIKAT
(iv)

Predikat Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada


kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.Kata sendi
nama adalah seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk,
pada, dengan, oleh, dan sebagainya.
Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri
daripada frasa sendi nama.
a)

Rumah itu di atas bukit.

b)

Mereka semua di bawah pokok.

BINAAN FRASA
Frasa ialah satu binaan atau unsur
ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika
terdiri daripada satu perkataan, ia
berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih.
Frasa tidak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat.

BINAAN FRASA
Empat jenis frasa:
Frasa
Frasa
Frasa
Frasa

Nama (FN)
Kerja (FK)
Adjektif (FA)
Sendi Nama (FS)

Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan


kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan
frasa eksosentrik.

BINAAN FRASA
Frasa endosentrik
1. Frasa yang mengandungi satu unsur inti.
2.

3.

Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan


mengikut unsur inti ini.
FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik.

4. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contoh
sepasang mata biru (Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

BINAAN FRASA
Frasa Eksosentrik
Frasa sendi nama seperti ke tandas, di
sekolah tidak mempunyai unsur inti.
Kewujudan sendi nama di bergantung kepada
sekolah dan ke kepada tandas.
Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa
eksosentrik kerana pusatnya bergantung
kepada suatu unsur luaran.

KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan
yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat.
Klausa merupakan ayat yang membentuk
ayat majmuk.
Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu
klausa bebas dan klausa tak bebas.

BINAAN KLAUSA
Klausa bebas
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri
dengan sendiri dan apabila diucapkan
dengan intonasi yang sempurna, klausa
bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.
Contoh:
Ahmad menari. (klausa bebas)

BINAAN KLAUSA
Klausa tak bebas
Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri
sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini
dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama.
Contoh:
Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguhsungguh.
Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)
kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)

TAMAT

You might also like