You are on page 1of 22

20 Kesilapan Isteri

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud bahawa


umat di akhir zaman tidak akan tersesat selagi
berpegang kepada dua perkara iaitu;
Al-Quran dan Al-Sunah/Hadis
1. Mengabaikan Hak kekuasaan Suami
• Dari Aisyah r.a,sesungguhnya Nabi Muhammad
s.a.w bersabda; “Sekiranya aku memerintahkan
seseorang bersujd kepada orang lain, nescaya aku
akan perintahkan seorang isteri bersujud kepada
suaminya. Sekiranya seorang suami menyuruh
isterinya memindahkan bukit merah ke bukit putih
dan dari bukit putih ke bukit merah, tentu
kewajipannya ialah melaksanakan perintah itu”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
2. Menentang Perintah Suami
• Dari Abdullah bin Abu Aufa,ia berkata: Tatkala Mu’adz tiba dari Syam,sujudlah
ia kepada Nabi s.a.w. lalu baginda bertanya: “Apakah ini Mu’adz?Mu’adz
menjawab: “Aku telah datang ke Syam kemudian kujumpai mereka bersujud
kepada uskup-uskup dan panglima-panglima mereka lalu aku ragu-ragu dalam
hatiku seperti itu terhadap engkau. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah engkau lakukan itu, kerana sesungguhnya seandainya aku(boleh)
menyuruh seseorang sujud kepada selain Allah tentu aku suruh perempuan
sujud kepada suaminya. Demi Zat yang diri Muhammad dalam kekuasaanNya
tidaklah seorang perempuan menunaikan hak Tuhannya sehingga ia
menunaikan hak suaminya;dan seandainya suaminya menghendaki dirinya
sedang ia di atas kenderaan, maka tidak boleh ia menolaknya.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
3. Enggan Memenuhi Keperluan Seksual
Suami
• Dari Abu Hurairah r.a. ujarnya: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Apabila seorang suami mengajak
isterinya ke tempat tidurnya, tetapi ia menolak
untuk datang, lalu suaminya tidur semalaman
dalam keadaan marah kepadanya, maka
wanita itu dilaknat oleh malaikat sampai
subuh.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Tidak Mahu Menemani Suami Tidur
• Dari Ibnu Abbas dari Nabi s.a.w,sabdanya: “Tiga
golongan yang solatnya tidak akan melebihi
sejengkal di atas kepalanya iaitu seorang lelaki
yang mengimami solat suatu kaum, tetapi kaum itu
sendiri tidak senang kepadanya;seorang wanita
yang semalaman tidur sendiri,sedang suaminya
marah kepadanya; dan dua orang yang saling
bermusuhan.”
(HR. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
5. Memberatkan Beban Belanja Suami
• Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah
menurut kemampuannya. Dan orang yang
disempitkan rezekinya hendaklah memberi
nafkah dari harta yang diberikan Allah
kepadanya. Allah tidak memikulkan beban
kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang
Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan
memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”
(Ath-Thalaaq:7)
6. Tidak Mahu Bersolek Untuk Suami

• “Wahai manusia,cegahlah isteri-isteri kamu


memakai perhiasan-perhiasan (pakaian yang
mencolok mata) dan wewangian masjid.
Kerana bani Israil dahulu tidak dikenai laknat
sehinggalah wanita-wanita mereka memakai
pakaian-pakaian mencolok mata dan
wewangian di masjid.”
(HR. Ibnu Majah)
7. Merosak Kehidupan Agama Suami

• Dari Ibnu Abbas r.a ssungguhnya Nabi s.a.w


bersabda: “Empat hal barangsiapa diberi maka
bererti ia diberi kebaikan dunia dan akhirat
iaitu: hati yang selalu bersyukur, lidah yang
selalu berzikir;hati yang sabar menghadapi
bala dan isteri yang tidak menyukai berkhianat
kepada suaminya baik dalam menjaga dirinya
sendiri dan harta suaminya.”
(HR. Thabarani)
8. Mengabaikan Kepentingan Suami
• Dari Aisyah ra,ujarnya: Saya bertanya kepada
Rasulullah s.a.w: “ Siapakah yang mempunyai hak
yang paling besar terhadap seorang wanita?” “
Sabdanya:” “Suaminya”.
Saya bertanya: “Siapakah orang yang paling
besar haknya kepada seprang lelaki?”
“ Jawabnya: “Ibunya.”
(HR. Bazaar dan Hakim)
9. Keluar Rumah Tanpa Izin Suami
• Dari Ibnu Abbas ra sesungguhnya seorang wanita dari suku Khats’am datang
kepada rasulullah s.a.w,ujarnya: “ Wahai Rasulullah sampaikanlah kepadaku
keterangan apa hak suami terhadap isterinya kerana aku seorang wanita
janda. Jika aku sanggup aku akan kahwin lagi;jika tidak aku akan tetap
menjanda. Sabdanya “Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya iaitu jika
suami menghendaki dirinya sekalipun dia berada di atas kenderaan ia tidak
mencegah dirinya untuk datang dan hak suami atas isterinya iaitu isteri
tidak boleh puasa sunnah tanpa izin suaminya jika terus melakukannya
hanya mendapatkan lapar dan haus dan tidak boleh keluar dari rumah
tanpa izinnya;jika ia terus keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat
serta azab akan mengutuknya sampai ia pulang.” Ujarnya: “Tidak mengapa
tetapi saya tidak akan kahwin lagi selamanya.”
(HR. Thabarani)
10. Melarikan Diri Dari Rumah Suami

• Dari Ibnu Umar ra. Ujarnya: Saya telah


mendengar rasulullah s.a.w bersabda: “
sesungguhnya isteri yang keluar dari
rumahnya, sedang suaminya tidak
menyenanginya maka semua malaikat di langit
melaknatnya juga semua makhluk yang
dilaluinya selain jin dan manusia, sampai ia
pulang kembali.”
(HR. Thabarani)
11. Menerima Tamu Lalaki Yang Tidak Disukai
Suami
• Dari Amar bin Ahwash Al-Jusyami ra.,sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w
berkhutbah pada haji Wada’.Sesungguhnya mengucapn handallah,kemudian memuji
allah,lalu baginda memberikan nasihat dan peringatan. Baginda bersabda:
“Ketahuilah,hendaklah kamu berpesan kepada isterima dengan baik,kerana mereka itu adalah
ibarat seorang tawanan di sisi kamu,yang kamu sekalian tidaklah memiliki kekuasaan sedikit
pun lebih dari itu,kecuali mereka melakukan perbuatan keji terang-terangan.Jika ternyata ia
melakukan perbuatan hal itu,kurunglag dia di kamar tidurnya dan pukullah dengan pukulan
yang tidak menyakitkan.Jika mereka sudah mentaati kamu,janganlah kamu mencari-cari
alasan. Ketahuilah,bahawa kamu mempunyai hak terhadap isteri-isteri kamu dan isteri-isteri
kamu pun mempunyai hak terhadap diri kamu. Hak kamu atas mereka iaitu mereka tidak
boleh mengizinkan seseorang yang tidak kamu sukai untuk menempati tempat tidur
kamu;dan tidak boleh mengizinkan orang yang tidak kamu sukai masuk ke dalam rumah
kamu. Ketahuilah hak mereka terhadap diri kamu iaitu kamu memberi pakaian dan makanan
kepada mereka yang baik-baik.” (HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi )
12. Tidak Menolak Disentuh Lelaki Lain

• Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya seseorang


lelaki datang kepada Nabi s.a.w,lalu ujarnya:
sesungguhnya isteriku tidak menolak tangan
orang yang menjamahnya. Sabdanya:
“Ceraikanlah dia!” Ujarnya: “Saya khuatir hati
saya mengejarnya.” Sabdanya: “ kalau begitu
bersenang-senanglah dengannya.”
(HR. Abu Dawud Tirmidzi dan Bazaar)
13. Tidak Mahu Merawat Suami Ketika Sakit

• Dari Anas bin Malikujarnya: “… beberapa sahabat Nabi s.a.w berkata


kepadanya: “ wahai Rasulullah,haiwan ternak ini tidak berakal tetapi
sujud kepada baginda. Kami adalah makhluk berakal, maka sepatutnya
kami pun bersujud kepada baginda.” Sabdanya: “Tidak patut seseorang
sujud kepada orang lain. Sekiranya seseorang boleh sujud kepada orang
lain tentu aku akan suruh seorang isteri sujud kepada suaminya,kerana
besarnya hak suami atas isterinya. Sekiranya suami menderita luka dari
hujung kaki smapai hujung kepalanya berbau busuk dan nanh meleleh
pada tubuhnya dan menjilatnya sampai kering maka baktinya seperti
itu belum bererti dapat menunaikan hak suaminya (sepenuhnya).”
(HR. Ahmad dan Nasa’i)
14. Puasa Sunnah tanpa Izin Suami Di Rumah

• Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w


bersabda: “ seorang isteri tidak halal berpuasa
ketika suami ada di rumah tanpa izinnya”
(HR. Bukhari dan Muslim)
15. Menceritakan Bentuk Fizikal Wanita Lain
Kepada Suami

• Dari Ibnu Mas’ud,ujarnya: Rasulullah s.a.w


bersabda: “ seorang wanita tidak boleh
bergaul dengan wanita lain, kemudian ia
menceritakan kepada suaminya keadaan
wanita itu, sehingga suaminya seolah-olah
melihat wanita tersebut”.
(HR. Bukhari dan Muslim)
16. Menolak Kedatangan Suami Memenuhi
Gilirannya

• Dari Abu Umamah, dari Nabi s.a.w, bahawa baginda


pernah bersabda; “ Bagi seorang mukmin tiada
sesuatu yang lebih berfaedah sesudah bertaqwa
kepada Allah ‘azza wa jalla daripada ia mempunyai
isteri yang solehah;jika diperintah ia taat,jika
dipandang ia menyenangkan,jika tiba gilirannya,ia
layani suaminya dengan baik dan jika ditinggal
pergi,ia memelihara dirinya dan harta suaminya”.
(HR. Ibnu Majah)
17. Mentaati Perintah Orang Lain Di Rumah
Suaminya

• Dari Muadz bin Jabal, dari Nabi s.a.w sabdanya;


“Tidak halal seorang isteri yang beriman kepada
Allah mengizinkan seseorang berada di
antaranya,padahal suaminya tidak merelakannya. Ia
juga tidak boleh keluar rumah bila suami tidak
mengizinkannya;tidak boleh mentaati seseorang
( selain suaminya di rumah suaminya):tidak boleh
meninggalkan tempat tidurnya dan tidak boleh
memukulnya…”
(HR. Hakim)
18. Menyuruh Suami Menceraikan Madunya

• Dari Abu Hurairah, sesungguhnya telah sampai


kepadanya bahawa nabi s.a.w bersabda:
“seorang wanita tidak boleh meminta
suaminya menceraikan isterinya ( yang lain
) supaya berkecukupan tempat makannya
(nafkahnya)”
(HR. Tirmidzi)
19. Minta Cerai Tanpa Alasan Yang Sah

• Nabi s.a.w bersabda: “ Seorang wanita yang


minta cerai dari suaminya tanpa suatu alasan
yang sah, maka ia tidak akan mencium bau
syurga” .
(HR. Tirmidzi)
20. Mengambil Harta Tanpa Izin Suami

• Dari Abu Umamah Al-Bahili, ia berkata: Saya


mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; “
Seseorang isteri tidak boleh mengeluarkan
sedekah dari rumahnya tanpa izin suaminya.
Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah,
bagaimana dengan makanan?” Sabdanya: “
Makanan itu adalah harta kita yang sebaik-
baiknya.”
(HR. Ibnu Majah)
Pesanan Terakhir Suami

• Dari Mu’adz bin Jabal ra. dari Nabi s.a.w, sabdanya:


“Seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia
ini, kelak pasti isterinya yang dari kalangan bidadari
akan mengatakan: “Janganlah engkau sakiti dia,
kerana Allah akan membinasakan kamu. Dia
berada di sisimu untuk sementara dan hampir-
hampir saja ia akan berpindah dari dirimu untuk
berkumpul dengan kami”.
(HR. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

You might also like