You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan asset yang utama dalam perlaksanaan pembangunan negara
Malaysia. Mengabaikan kepentingan pendidikan bererti mengekang pencapaian negara dan
menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat.
Malah adalah menjadi keutamaan dalam pendidikan untuk melahirkan insan yang lengkap
dengan nilai-nilai murni dan moral yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.
Buku Demokrasi Pendidikan memerihalkan kewujudan lebih daripada 2,500
sekolah kecil atau sekolah kurang murid di Malaysia. Ini adalah suatu fenomena yang
mendukung dasar demokrasi pendidikan, iaitu memberi peluang literasi pendidikan yang
sama rata dan berkualiti kepada semua kanak-kanak, khasnya di kawasan pendalaman yang
terpinggir daripada arus perdana pendidikan. Demokrasi pendidikan mempunyai matlamat
pembangunan masyarakat dan negara melalui pendidikan formal dalam pelbagai jenis, aliran
dan peringkat.
Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi sekolah pinggir dalam
pendidikan iaitu masyarakat dan sekolah, dan keciciran pelajar. Oleh itu, konsep dan
beberapa teori dikemukakan sebagai usaha untuk memperbaiki masalah-masalah yang
dihadapi dalam pendidikan di Malaysia. Teori yang dikemukakan ialah Model Keperluan
Hierarki (Maslow). Teori ini menerangkan tahap-tahap ke tahap yang diperlukan oleh
manusia dalam kehidupan mereka. Dalam teori ini, saya menekankan tahap keperluan
perasaan dan menjadi diri sebenar. Selain itu, saya juga mengemukakan teori model
keperluan asas galtung iaitu keperluan identiti dan keperluan kebebasan memilih. Keperluan
ini menjelaskan keinginan manusia untuk merasa gembira, kasih sayang, makna kehidupan,
hak memilih rakan dan seumpamanya. Teori-teori ini diperjelaskan lebih mendalam mengenai
isu-isu yang dikemukakan dalam isu pendidikan di sekolah.

2.0 KONSEP PENDIDIKAN


Pendidikan ialah proses penyampaian ilmu pengetahuan atau pengilmuan dan
pelatihan kemahiran melalui cara formal, tidak formal atau informal. Selain itu, pendidikan
juga merupakan proses mengubahkan seseorang bagi membolehkan dia menyesuaikan
dirinya dari segi fizikal, mental, emosional, moral dan kerohanian kepada keadaan semasa
dan setempat, dan juga bagi membolehkan dia menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang,
sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sebagai proses hidup ianya terikat kepada tekanan
masyarakat setempat dan semasa selain daripada tekanan universal. Di dalam hal ini
pendidikan ialah proses pembudayaan yang menjadi asas ketamadunan bangsa untuk terus
tegak dalam arus perkembangan ketamadunan dunia.

2.1 Konsep Demokrasi Pendidikan


Menurut Dewey (1966) konsep asas pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan
peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira umur, etnik, latar belakang, status
sosioekonomi, demografi dan geografi. Pendekmokrasian pendidikan juga merujuk kepada
penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dan kualiti
hidup. Darling-Hammong (1997) pula menjelaskan sekolah sebagai institusi pendidikan perlu
menyediakan pelajar untuk menjadi warganegara yang demokratik dan mengamalkan
demokrasi.
Sufean (2002) menghuraikan demokrasi pendidikan meliputi seperti hal berikut.
Antaranya, kebebasan ibu bapa memilih aliran sekolah yang sesuai dengan hasrat mereka dan
budaya masing-masing dan tiada unsur paksaan kepada sesuatu aliran sekolah atau bahasa
pengantarnya. Seterusnya adalah tiada sekatan atau diskriminasi bagi kanak-kanak untuk

mendapatkan pendidikan, tidak kira lokasi, masyarakat, budaya, dan status keluarga. Hal ini
disebabkan pendidikan ialah satu hak asasi manusia untuk menjadi celik huruf pelbagai
(multiple literacies) bagi mengatasi deprivasi dalam kehidupan. Selain itu, Sufean juga
menyatakan semua sekolah mempunyai kualiti prasarana dan sumber yang baik dan sama,
tidak kira apa jua lokasi dan saiz sekolah. Kualiti sekolah yang baik adalah untuk membasmi
desprivasi sosial atau reproduski sosial iaitu memberhentikan kitaran kedaifan akibat buta
huruf dan kemiskinan.
Walau bagaimanapun, masalah pembangunan insfrastruktur dan penyediaan peluang
pendidikan serta pengagihan daripada peruntukan pembangunan yang tidak seimbang antara
bandar dengan luar bandar di negara-negara sedang membangun, khusunya, merumitkan
proses melaksanakan konsep demokrasi dalam bidang pendidikan secara lebih berkesan dan
menyeluruh. Implikasi kepada keadaan ini telah membawa kepada wujudnya jurang
kemajuan dalam pelbagai bidang yang dicapai oleh masyarakat di bandar yang pesat
membangun berbanding masyarakat luar bandar yang kurang membangun (World
Development Report 2000/2001).

2.2 Dasar Pendidikan di Malaysia


Dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju
sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan ini mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun
1957. Umumnya, terdapat tiga tujuan utama yang terkandung dalam dasar ini. Pertama,
tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat
memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politik. Seterusnya yang kedua adalah untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta

mematuhi dan menghormati kedua-dua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan
dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaan awam
yang tidak tersusun. Yang ketiga pula ialah, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem
pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar utama.

3.0 TEORI PEMBANGUNAN DALAM PENDIDIKAN


3.1 Pendidikan untuk Modenisasi dan Sosialisasi Pembangunan
Menurut Forojalla (1993) teori modenisasi memberi tumpuan kepada proses.
Walaupun modenisasi mencakupi konsep yang luas dan melibatkan pelbagai dimensi, namun
adalah diakui bahawa sekolah merupakan agen yang memainkan peranan dalam membawa
perubahan nilai dan sikap masyarakat. Perubahan nilai dan sikap masyarakat pula akan dapat
mengubah struktur masyarakat yang mengamalkan corak hidup tradisi kepada amalan
masyarakat moden. Masyarakat moden pula sering dikaitkan dengan masyarakat yang
produktif dan berusaha melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam kehidupan mereka.
Perubahan nilai dan sikap masyarakat pula akan dapat berupaya membangunkan sistem
ekonomi mereka.
Bagi kawasan penempatan terpencil, Nunes dan Collignon (1997) menjelaskan
sekolah lazimnya akan berfungsi sebagai institusi sosial yang bertanggungjawab memenuhi
keperluan masyarakat kurang beruntung perlu memenuhi tiga strategi utama iaitu; pertama,
sekolah perlu menyediakan pendidikan khas yang diperlukan oleh pelajar. Kedua,
menyediakan pendidikan untuk ibu bapa dan ketiga mewujudkan hubungan yang rapat antara
pelajar dengan keluarga.

3.2 Isu Pendidikan di Sekolah


3.2.1 Masyarakat dan Sekolah
Isu ini dapat dikatkan dengan Teori Model Keperluan Hierarki (Maslow) iaitu
keperluan perasaan dan keperluan menjadi diri sebenar. Hal ini kerana kedua-dua keperluan
ini memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran seseorang individu yang
memerlukan kasih sayang serta perhatian daripada keluarga untuk memberi sokongan untuk
daripada rasa lemah dalam kebolehannya untuk terus belajar. Masyarakat mempunyai
pengaruh yang besar terhadap prestasi sesebuah sekolah. Pencapaian pelajar bukan sahaja
bergantung kepada prestasi sekolah, tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup pelajar
sendiri. Selain itu, kegiatan pertubuhan dalam masyarakat juga memainkan peranan yang
penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan pelajar
berkenaaan. Kanak-kanak yang mendapat sokongan kuat daripada keluarga menunjukkan
prestasi yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang kurang mendapat sokongan keluarga
(Marope 1996).
Laporan Plowden(1967) mencadangkan agar guru dan ibu bapa harus bekerjasama
dalam mendidik pelajar. Dalam hal ini, guru patut mengetahui latar belakang pelajar
sementara ibu bapa pula perlu mendapatkan maklumat mengenai perkembangan anak-anak
mereka di sekolah. Hal ini disebabkan guru, keluarga dan masyarakat setempat berpengaruh
dalam mencorakkan perkembangan akademik pelajar (Karl, L. 2001).
Atkin dan rakan-rakan (1988) mencadangkan supaya ibu bapa perlu memahami apa
yang dilaksanakan di sekolah, mengenal pasti matlamat program sekolah. Kerjasama sekolah

dan masyarakat dengan mengadakan aktiviti bersama akan menggalakkan sosial, emosi,
jasmani dan intelektual pelajar.

3.2.2 Keciciran Pelajar


Kajian keciciran dan pencapaian rendah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1974)
menunjukkan terdapat jurang pencapaian yang lebar antara pelajar bandar dengan luar
Bandar dari segi pencapaian keseluruhan dan kualiti. Kajian ini mendapati bahawa kedua-dua
faktor iaitu latar belakang sosioekonomi keluarga dan kemudahan asas sekolah
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan
dapatan kajian Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Sekolah di Malaysia
(Leong 1990).
Dari sudut pembangunan sumber manusia, keciciran sekolah boleh mendorong
kepada kehilangan potensi individu untuk menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi
negara. Kadar keciciran yang berlaku boleh menjejaskan peluang seseorang itu mendapatkan
pendidikan yang lebih, dan memperoleh pekerjaan dan pendapatan yang baik serta
mengurangkan peluang meningkatkan mobiliti mereka (Deutsch 1965). Dari segi ekonomi
dan pembangunan sumber manusia, fenomena ini menyebabkan tenaga pekerja terlepas
peluang supaya berdaya maju yang boleh dicapai di peringkat rendah.
UNESCO melaporkan keciciran yang berlaku di luar bandar kebanyakannya kerana
jarak sekolah yang agak jauh dari tempat tinggal pelajar yang masih dalam usia kanak-kanak.
Di samping itu, ada kanak-kanak terpaksa membantu keluarga untuk menyara hidup.
Kesukaran untuk ke sekolah menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran
dengan sempurna dan menyumbang kepada keciciran. Selain itu, kekurangan aktiviti dan

persekitaran yang boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran asas juga turut
menyumbang kepada keciciran.
Sehubungan dengan itu, perlu ada dasar yang jelas untuk menyediakan program
pembangunan pendidikan kanak-kanak dan remaja di luar bandar untuk mengelakkan mereka
tercicir daripada sistem persekolahan di peringkat usia awal. Oleh itu, isu ini dapat dikaitkan
dengan model keperluan asas galtung iaitu keperluan identiti dan keperluan kebebasan
memilih. Keperluan ini menjelaskan keinginan manusia untuk merasa gembira, kasih sayang,
makna kehidupan, hak memilih rakan dan seumpamanya.
Kanak-kanak daripada keluarga miskin akan dapat dielakkan daripada tercicir
sekiranya mereka mendapat bimbingan dan bantuan dengan memberi penghargaan terhadap
kebolehan mereka. Kanak-kanak daripada keluarga kurang beruntung perlu diberi sokongan
dan sikap positif terhadap kemampuan diri untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Mortimore dan rakan-rakan (1988) mendapati ada hubungan antara masalah kebolehan
membaca dengan sikap pelajar. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca
berdepan dengan masalah kurang motivasi.
Penyediaan peluang pendidikan memainkan peranan penting bagi menentukan karier
dan peluang pekerjaan masyarkat sesuatu tempat. Keadaan ini bermaksud perbezaan yang
ketara antara masyarakat dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan memberi kesan
kepada produktiviti atau kestabilan masyarakat. Golongan minoriti atau masyarakat luar
bandar perlu diberi peluang sama rata agar tidak wujud jurang pemisah yang lebar antara
golongan beruntung dengan yang tidak beruntung (Ress 1968).

4.0 KESIMPULAN
Sebagai rumusan am, dari segi dasar penerusan kedudukan sekolah kecil telah
diterima dan diiktiraf sebagai salah satu dasar semenjak wujudnya sistem persekolahan
formal pada awal abad kedua puluh. Sekolah menjadi institusi literasi masyarakat dan walau
sekecil mana pun ia tetap penting. Hal ini sejajar dengan demokrasi pendidikan dan makna
sekolah, iaitu menurut Akta Pendidikan 1996 sekolah ialah tempat di mana 10 atau lebih
orang murid belajar. Dalam sistem persekolahan di Malaysia terdapat sekolah pelbagai saiz,
jenis dan kategori. Kewujudan sekolah dari kawasan bandar ke luar bandar dan pedalaman
bertujuan memenuhi konsep asas pendekmokrasian pendidikan, iaitu memastikan semua
kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan dan kemahiran, dalam mana-mana jenis dan
aliran persekolahan dan di mana jua komuniti. Oleh itu, teori-teori yang digunakan iaitu
keperluan model keperluan hierarki manusia (Maslow) dan model keperluan asas galtung
dijadikan sebagai teori serta dasar untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam pendidikan
sekolah. Jelaslah, pendidikan sangat penting dalam kehidupan manusia untuk pembangunan
sesebuah masyarakat dan negara agar dapat meningkatkan taraf kehidupan sosial mereka.

5.0 BIBLIOGRAFI
Alis Puteh. (2012). Pendidikan dan Pembangunan : Kejayaan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa
Pengantar di Malaysia. UUM Press. Universiti Utara Malaysia.
Sufean Hussin. (2004). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia Teori dan Analisis. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan Dalam Menghadapi Cabaran 2020. Kuala
Lumpur. Nurin Enterprise.
Kamarudin Hj. Kachar. (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Teks
Publishing & Penerbit ASAS.
Mohd Yusoff Mohd Nor & Sufean Hussin. (2013). Demokrasi Pendidikan : Dilema Sekolah
Kecil dan Sekolah Berpusat. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

You might also like