You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKA SURAT

1.

PENDAHULUAN

2.

PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM

3.

TUGAS INSTITUSI KEHAKIMAN

4.
5.

KELAYAKAN DAN
BIDANGKUASA HAKIM
ETIKA HAKIM

3
4
5

6.

ETIKA DI LUAR MAHKAMAH

7.

ETIKA DI DALAM MAHKAMAH

8.

BIDANGKUASA SEORANG
HAKIM
ACARA JENAYAH SYARIAH

9.

6
7-8
9-10
11
12-15

10.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
BAGI SEORANG SAKSI

16

11.

KESIMPULAN

17

12.

RUJUKAN

18

PENDAHULUAN

Badan Kehakiman sesebuah negara dianggap badan


tertinggi yang tidak boleh diganggugugat oleh sesiapa
pun.Di dalam membicarakan kes,mahkamah diharapkan
dapat mengadili semua kes dengan telus dan
bijaksana.Islam sendiri sebagai agama yang berteraskan
keadilan meletakkan garis panduan di dalam
melaksanakan sistem kehakiman ini.

PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM


- Badan Kehakiman adalah badan tertinggi negara.
- Bidang kuasanya luas dan tidak boleh diganggu oleh
Badan Eksekutif.
- Ia merupakan saluran terakhir dalam penyelesaian
masalah antara masyarakat.

TUGAS INSTITUSI KEHAKIMAN


-

Menegakkan keadilan.
Menguatkuasakan undang-undang.
Menjatuhkan hukuman antara pihak yang bertelagah.
Menyampaikan hukum- hakam Islam.

KELAYAKAN DAN BIDANGKUASA


HAKIM
Jawatan hakim ialah satu jawatan yang sangat penting dan
berpengaruh. Beliau berperanan untuk mempertahankan
kedaulatan undang-undang di samping menegakkan kebenaran
dan keadilan. Mereka yang dilantik menjadi hakim akan
menghadapi cabaran yang sangat besar.Jika beliau terpesong
sedikit daripada prinsip keadilan,beliau akan menghadapi
balasan di akhirat. Sebaliknya jika beliau menghukum secara
adil dan saksama beliau mungkin dimusuhi oleh mereka yang
mempunyai kuasa dan pengaruh dalam masyarakat.Oleh yang
demikian, Islam mengenakan syarat yang tinggi untuk menjawat
jawatan sebagai hakim. Antara syarat kelayakan hakim ialah:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Adil
6. Mujtahad
7. Lelaki
8. Sempurna pancaindera
5

ETIKA HAKIM
Hakim mesti menjalankan tugasnya dengan penuh adil.
Keadilan itu mesti
dilaksanakan dan dibuktikan dengan
penghakiman yang tepat dan berasas. Hakim bukan sahaja perlu
bersikap adil , bahkan juga perlu mendapatkan keyakinan
masyarakat akan keadilannya. Hal ini bermakna beliau perlu
mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh
meninbulkan keragunan di kalangan masyarakat. Hakim bukan
sahaja perlu berlaku adil ketika menjalankan tugas di
mahkamah, bahkan sifat adil juga perlu dikekalkan ketika
berada di luar tugas dalam kehidupan sehari-hari.

Keadilan perlu ditegakkan oleh hakim walaupun ia


melibatkan keluarga, kerabat, kawan atau musuh. Hakim perlu
menganggap semua yang tampil di hadapannya adalah setaraf
dari segi undang-undang walaupun mereka berbeza dari sudut
kekayaan, pangkat atau keturunan. Demi menjamin keadilan ini
para hakim perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan oleh
Islam. Etika atau adab hakim terbahagi kepada dua iaitu etika
di luar mahkamah dan etika di dalam mahkamah

ETIKA DI LUAR MAHKAMAH

1. Tidak menghadiri jemputan khas oleh orang yang ada


kes di mahkamah walaupun orang tersebut adalah kaum
kerabat atau orang yang biasa menjemputnya sebelum ini.
Jemputan khas bermaksud jemputan yang bilangan orang
yang dijemput itu terhad iaitu antara lima hingga sepuluh
orang. Jika lebih ia dikira jemputan umum.
2. Hakim tidak boleh menerima hadiah daripada mereka yang
mempunyai kes di mahkamah walupun mereka kaum
kerabat atau yang biasa memberikannya hadiah. dHakim
juga tidak boleh menerima hadiah daripada orang yang
tidak pernah memberikannya hadiah sebelum menjadi
hakim. Bahkan terdapat ulama yang berpendapat bahawa
adalah lebih baik bagi hakim untuk tidak menerima hadiah
langsung daripada sesiapa sahaja kerana ia dianggap jalan
kepada rasuah.
3. Hakim tidak boleh menerima rasuah iaitu pemberian
sesuatu dengan tujuan agar hukuman dijatuhkan
menyebelahi kehendak pemberi rasuah itu.

4.Para ulamak berpendapat adalah makruh bagi hakim untuk


terlibat dalam perniagaan kerana nin boleh mendorong
kepada sikap berat sebelah terutama apabila kes
melibatkan pelanggan, rakan kongsi, pesaing, penghutang
atau pemiutang. Khalifah Umar al-Khattab pernah
melarang Shuraikh berniaga ketika melantiknya menjadi
hakim.

5. Hakim juga tidak boleh mengeluarkan fatwa kerana ia akan


menjejaskan kewibawaan keputusannya terutama apabila
penghakimnnya berbeza dengan fatwa. Fatwa adalah
pendapat yang diberikan secara umum tanpa melihat tanpa
kepada kes-kes secara khusus. Oleh yang demikian,
terdapat kemungkinan penghakiman akan berbeza dengan
fatwa. Jika ini berlaku, keadilan hakim akan dipertikai oleh
masyarakat walaupun ia mungkin tepat.

ETIKA DI DALAM MAHKAMAH


1. Menghukum dalam keadaan yang tenang dan tenteram dari
sudut fizikal dan perasaan. Beliau tidak boleh menghakimi
jika dalam keadaan marah, gelisah, letih lesu, terlalu lapar,
terlalu kenyang, sakit yang kuat, terlalu mengantuk, terlalu
sedih atau terlalu gembira.
2. Tidak terpengaruh dengan orang-orang di sekeliling seperti
keluarga dan akan dalam membuat penghakiman .
3. Memberi layanan yang sama
bertelingkah dalam perbicaraan .

kepada

pihak

yang

4. Berusaha untuk mendamaikan pihak yang berlingkah


sebelum menjatuhkan hukuman.
5. Tidak memanjangkan perbicaraan.
6. Berhati-hati dengan tindak- tanduk pihak yang bertlingkah
iaitu tidak terpedaya dengan telatah mereka yang bertujuan
untuk menarik simpati atau sokongan.
7. Menghargai saksi-saksi dan memberi peluang kepada
mereka untuk memberikan kesaksian yang terbuka.
8. Tidak menghakimi kaum kerabat sendiri kerana ia boleh
menimbulkan fitnah.
9

10

BIDANGKUASA SEORANG HAKIM

1. Memutuskan hukum berpandukan nas al-Quran dan alHadis.


2. Menghakimi dua pihak yang bertelagah sama ada dengan
kehendak mereka atau tidak.
3. Menolong orang miskin dan memberikan hak kepada
pemilikanya.
4. Mengembalikan hak kepada yang empunya.
5. Menegakkan hak dan perintah Allah.
6. Memberi perhatian terhadap darah dan kecederaan.
7. Memberi perhatian terhadap harta anak yatim.
8. Memberi perhatian pada harta wakaf.
9. Melaksanakan wasiat.
10.Memberi perhatian kepada maslahah umur keseluruhannya
11.Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

11

ACARA JENAYAH SYARIAH

Dalam Islam seseorang yang melakukan jenayah dibicarakan di


mahkamah atas tiga saluran

1. Saluran pertama
Adalah
melalui penyerahan diri, iaitu orang yang
menganggap dirinya melakukan jenayah itu insaf di atas
kesalahannya dan sedar bahawa setiap kesalahan terutamanya
dalam kes hudud tertakluk kepada hukuman yang ditetapkan
oleh Allah. Bagi mereka yang telah dihukum di dunia
berlandaskan hukuman yang selaras dengan syariat, Allah
akan mengampurkan dosa-dosannya dan dia terlepas daripada
hukuman di akhirat. Dalam sejarah Islam terdapat banyak kes
yang melibatkan penyerahan diri sebegini seperti kes zina
yang melibatkan Maiz bin Malik dan kes wanita Juhainah
yang dikenali sebagai al-Ghamidiyah.
2. Saluran kedua
Adalah melalui laporan yang dikemukakan oleh orang awam
kepada pemerintah . Saluran ini menjadi tanggungjawab
berasaskan prinsip al-amru bil ma ruf wa an-nahyi anil
mungkar seperti yang dituntut dalam Islam. Laporan ini perlu
dibuat kepada badan penguatkuasa seperti badan hisbah,
12

mahkamah atau polis yang akan menilai dan menyiasat sama


ada wujud kes atau tidak. Aduan ini juga dikenali sebagai
aduan hisbah. Pengadu mestilah memenuhi syarat, antaranya:
1. Benar-benar mengetahui perkara yang diadukan.
2. Jujur dan ikhlas dalam menyampaikan maklumat.
3. Niat laporan itu adalah semata-mata untuk menegakkan
perkara yang makruf dan mencegah yang mungkar.

3. Saluran ketiga
Di samping itu juga , pendakwaan juga boleh berlaku hasil
maklumat yang diperolehi daripada saluran ketiga iaitu badan
penguatkuasa atau badan pengawasan yang dikenali sebagai
Badan ini merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
melaksanakan tugas al-amru bil ma ruf wa an-nahyi anil
mungkar seperti yang dituntut oleh Islam.

Undang-undang Islam membenarkan tangkapan dibuat ke


atas orang yang disyaki melakukan jenayah. Penggeledahan
boleh dilakukan sama ada ke atas rumah atau ke atas badan.
13

Sayyidina Umar pernah menggeledah rumah al-Qarsyi dan alThaqafi selepas menerima laporan bahawa rumah itu dijadikan
pusat meminum arak. Hasil penggeledahan mendapati laporan
yang diberikan adalah benar ada tersimpan arak di dalam rumah
itu.
Orang yang dituduh melakukan jenayah juga boleh ditahan
untuk proses siasatan. Dalam satu riwayat daripada Abu
Hurairah yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah
menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes
pembunuhan selama satu hari satu malam untuk mendapat
kenyataan
dan berjaga-jaga. Walaupun bagaimanapun ,
penahanan ini adalah untuk siasatan dan sementara menunggu
perbicaraan. Oleh yang demikian tempohnya tidak terlalu lama.
Undang-undang Islam juga membenarkan ikat jamin kepada
orang yang disyaki. Ikat jamin ini bermakna orang yang
memberi jaminan itu bertanggungjawab di atas kehadiran
orang yang dijamin dalam perbicaraan sehingga ia selesai. Jika
penjamin gagal menyerahkan orang yang dijamin itu, dia akan
dipenjarakan untuk satu tempoh tertentu.
Di mahkamah, hakim akan memastikan kehadiran pendakwa
dan tertuduh sebelum memulakan perbicaraan. Pendakwa akan
membentangkan pertuduhan dan menerangkan secara ringkas
dakwaan ke atas tertuduh. Sekiranya tertuduh tidak mangaku
salah, pendakwa dikehendaki mengemukakan keterangaannya.

14

Prinsip ini berasaskan kaedah feqh yang bermaksud : Pada


asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggungjawab.
Kaedah ini menjelaskan bahawa seseorang itu adalah bebas
daripada sebarang jenayah kecuali jika dibuktikan sebaliknya.
Hal ini bermakna beban bukti terletak pada pihak pendakwa.
Jika pendakwa gagal mengemukakan keterangan yang dapat
membuktikan
kesalahan
tertuduh,
mahkamah
akan
membebaskan tertuduh daripada sebarang kesalahan. Seseorang
itu tidak boleh dihukum atau ditahan di bawah mana-mana
undang- undang tanpa dibicara dan dibuktikan bersalah.
Berdasarkan prosedur jenayah tersebut, dapat difahami
bahawa Islam amat mengambil berat soal hak asasi manusia di
samping mengutamakan nilai-nilai kemasyarakatan dan akhlaq.
Undang-undang Islam berusaha untuk memastikan semua pihak
yang melakukan jenayah dihukum dengan seadilnya di samping
tidak mengabaikan hak mereka untuk membela diri.

15

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI


SEORANG SAKSI
1. Saksi mestilah baligh dan berakal.
2. Saksi tersebut mengetahui sesuatu yang disaksinnya.
3. Saksi itu adil iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak
mengekalkan dosa kecil serta menjauhkan diri daripada
melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruahnya.
4. Saksi tersebut adalah muslim.Kesaksian orang bukan Islam
adalah harus jika kesaksian itu dibuat terhadap orang bukan
islam juga.Kesaksian bukan Islam keatas orang Islam
dibolehkan menurut mazhab Hambali bagi menjadi saksi
keatas wasiat orang Islam dalam masa musafir apabila tidak
didapati saksi-saksi Islam.
5. Saksi mempunyai ingatan yang baik iaitu tidak selalu
pelupa.
6. Tiada tuhmah atau keraguan akibat daripada hubungan
yang baik atau hubungan yang buruh dengan seseorang
yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan .

16

KESIMPULAN
Secara umumnya kaedah kehakiman telah digariskan
oleh Islam,namun secara khusus atau lebih terperinci
terpulang kepada manusia bagaimana untuk menyelesaikan
masalah yang melibatkan perundangan diselasaikan secara
adil dan saksama.Ia juga mestilah menepati keadaan realiti
semasa dan inilah yang dinamakan sebagai pendekatan
waqiiyyah iaitu sesuai mengikut zaman.

17

RUJUKAN
1. Abdullah Muhammad Basmeih 1995. Tafsir
pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran.
Edisi ke-2, Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal
Islam.

2. Abdul Salam Muhamad Shukri. 2003. Panduan


mengajar akidah kepada kanak-kanak. Bentong: PTS
Publication & Distribution Sdn.Bhd.

3. Abdullah Nasih Ulwan 1998. Pendidikan anak-anak


menurut pandangan Islam. Trj. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM.

18

19

You might also like