You are on page 1of 1

PUDING KOKTEL KASTARD AISKRIM VANILLA

Hmm.... siapa yang tidak teruja bila tengok puding ini. Puding koktel kastard di
mana salah satu bahan yang digunakan ialah AISKRIM VANILLA. Nyaman benar
masuk ke tekak sejurus keluar daripada peti sejuk. Nyum..nyum..
Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 cawan gula
4 sudu besar ais-krim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram) asingkan airnya untuk disatukan dengan
bahan-bahan kisar
Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
sudu kecil vanilla
- Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua
bahan sebati dan halus.
Cara-cara membuatnya:
1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke
dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan
mendidih dan agak kental. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan
kerana ditakuti adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan ais-krim vanilla dan kacau lagi sehingga
ais krim larut. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih
kurang 5 minit).
5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan
yang sesuai.
6. Setelah itu tuangkan adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian
tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki
adunan tadi sehingga habis.
7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalamam. Sediakan waktu
malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

You might also like