You are on page 1of 9

KONSEP MELAYU

Definisi awal istilah Melayu


1. M. Ptolemy menggunakan Istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike
Sintaxis.
2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan
Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan
kata ma-lo-yu tentang dua buah
kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan
Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di
Nusantara mendapati bahasa yang
dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kun-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai
bahasa Melayu kuno.
6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan
Malaya atau Melayu pada
bahagian belakangnya.
7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai
yang deras alirannya, iaitu
Sungai Melayu.
Definisi Melayu dari segi etimologi
Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud
tempat manakala hima alaya
bermaksud tempat bersalji.
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu.
3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud
mengembara atau pergi ke mana-mana.
4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah
Melayu.
5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang
menyeberang atau menukar
agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi Melayu berdasarkan Bangsa
Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang
sempit

Pengertian yang luas


Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah
Melayu dan kawasan-kawasan
gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep
Melayu merujuk kepada suku
bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia,
Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang
berbahasa Melayu yang mendiami
Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Pengertian yang sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara
153 mengatakan bahawa
seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya
berbahasa Melayu, berkebudayaan
Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )
Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi).
Walaupun begitu, syarat
berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka
tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:

orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara
Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian

orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian

orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara.


Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan.
Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke
seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang
besar dan berkaitan.

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan kerana pengkajian
terhadap bahasa ini amat rumit dan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu masih belum ditemui.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana
dikatakan bahasa melayu berasal daripada Asia tengah di bahagian selatan China dan kawasan
Nusantara.Bahasa Melayu melalui pelbagai peringkat dalam perkembangannya bermula daripada
bahasa Melayu kuno kepada bahasa melayu klasik hinggalah kepada bahasa Melayu moden yang
diguna sehingga ke hari ini. Peringkat perkembangan ini banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing
seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah lain.Bahasa Melayu
berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi Negara Malaysia yakni dijadikan sebagai
bahasa yang perlu difahami dan diketauhi oleh semua rakyat serta digunakan dalam pentadbiran dan
pemerintahan negara. selain itu bahasa Melayu berperanan dalam menyemarak perpaduan antara
rakyat, sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa penghantar dalam pendidikan dan urusan rasmi.
Perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat secara jelas dan keadaan ini menunjukkan peningkatan
dalam penggunaan dan status bahasa Melayu.
PENGERTIAN BAHASA MELAYU
Sebelum kita membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, elok kita terlebih
dahulu tentukan pengertian Melayu. Konsep Melayu merupakan konsep yang luas dan memerlukan
ruang masa yang panjang untuk diungkaikan akibat daripada keluasan dan bilangan penuturnya.
Pada peringkat awal, istilah Melayu dikaitkan dengan kerajaan. Konsep ini diutarakan berdasarkan buktibukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan Melayu sebenarnya merujuk kepada kawasan atau
kerajaan dan bukanlah merujuk kepada sesuatu bangsa tertentu.
Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Himalaya yang telah disingkatkan
kepada Malaya dan kemudian berkembang menjadi melayu. Perkataan Himalaya berasal daripada
perkataan hima dan alaya dimana hima bererti salji atau salju dan alaya bererti tempat. Terdapat
juga pengkaji yang menyatakan bahawa perkataan melayu itu berasal daripada perkataan Malaiyurpura berdasarkan bukti yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyurpura
bererti kota

malaiyur atau

kota

gunung.

Dari

situ

timbul

perkataan

malayiur

yang

menjadi malaiyu, malayu dan seterusnyamelayu.


Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan, namun terdapat
beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana terdapat catatan orang
China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeumempersembahkan hasil bumi kepada raja
China sekitar 644-645 Masihi. Orang Mo-lo-yeudikatakan mengirimkan utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
Terdapat juga catatan seorang rahib Buddha bernama Itsing yang menggunakan kata mo-lo-yu tentang
dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Berdasarkan catatan ini. Itsing telah mengubah
nama mo-lo-yu kepada bhoga dan sribhoga. Dipercayai Bhoga ialah Palembang, iaitu ibu negeri sriwijaya
dan Bhoga ialah tanah jajahan takluk sriwijaya, termasukmo-lo-yu. Menurut catatan Itsing, terdapat
sejenis bahasa iaitu bahasa Kun Lun dituturkan oleh orang tempatan dan orang asing untuk

berkomunikasi di Sriwijaya. Keadaan ini menunjukkan bahawa perkataan melayu sememangnya diambil
daripada nama kerajaan dan bukan merujuk kepada sesuatu bangsa pada dasarnya.
Ada juga yang mempercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, iaitu
berdasarkan kepada sebatang sungai yang deras alirannya yang terdapat di situ, iaitu Sungai Melayu.
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh
dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.
Istilah melayu dvipa telah ditemui dalam sebuah kitab hindu purba, iaitu purana yang ditulis sebelum
zaman Gautama Buddha sehingga 500M. dalam kitab tersebut, dijelaskan bahawaDvipa bermaksud
tanah yang dikeliilingi air dan dikatakan Dvipa tersebut mengandungi banyak lombong batu yang
berharga. Para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa yang dimaksudkan ini adalah pulau
sumatera.
Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang
kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Berdasarkan kepada teks-teks yang
berhubungan dengan Melaka klasik, istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan yang berbangsa
dan berasal iaitu merujuk kepada keturunan raja-raja melayu dari Sumatera. Bagaimanapun, bermula
pada abad ke-17, penggunaan bahasa Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin meluas dan
dikatakan pada ketika itu, Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Seorang pengkaji
bernama Collin mengusulkan bahawa bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu berdasarkan
kepada kesamaan dalam bentuk badan, pakaian, adat resam dan kebudayaan.
SALASILAH BAHASA MELAYU Bahasa seringkali dikaitkan dengan bangsa. Orang melayu
dikatakan berasal dari induk Austronesia dan dipercayai induk Austronesia ini menuturkan bahasa
Austronesia. Oleh itu, bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa melayu. Bahasa-bahasa
rumpun Austronesia tersebar luas dari farmosa (di utara) hingga ke New Zealand (di selatan) dan dari
Madagaskar (di barat) hingga ke Kepulauan Easter (di timur). Bahasa Austronesia yang menjadi induk
kepada bahasa melayu melahirkan bahasa-bahasa yang seterusnya yang diperturunkan daripada satu
generasi kepada satu generasi. Berdasarkan rajah salasilah bahasa, para pengkaji menentukan
perkembangan bahasa berdasarkan faktor usia, dimana konsep bahasa dibahagikan kepada filum,
rumpun dan keluarga bahasa.
Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun
ialah kelompok bahasa yang berusia sekitar 2500-5000 tahun dan keluarga bermaksud kelompok bahasa
yang berusia kurang dari 2500 tahun. Keluarga bahasa ini dipecahkan pula kepada beberapa
subkeluarga. Pembahagian rumpun bahasa Austronesia ditunjukkan dalam rajah 1.

Rajah 1: Salasilah bahasa Austronesia


Berdasarkan rajah 1, didapati bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris
bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Rumpun bahasa Austronesia
termasuklah keluarga Melanesia, Mikronesia, Polinesia dan Nusantara. Nusantara dibahagikan pula
kepada beberapa subkeluarga iaitu Sumatera, Filipina, Jawa, Kalimantan dan Bali-sasak. Bahasa Melayu
termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh,
Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU


Menurut ahli arkeologi dan ahli linguistik, terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu iaitu:
KAWASAN ASIA TENGAH
NUSANTARA

BAHASA MELAYU BERASAL DARI KAWASAN ASIA TENGAH


Dikatakan bahawa orang melayu berasal dari bahagian selatan China tetapi tidak dapat dipastikan di
mana tempatnya kerana pelbagai nama digunakan untuk merujuk kepada kawasan tersebut. Ada yang
mengatakan di Yunan, Barat daya China, Indo-China, Pantai timur China selatan (Champa dan
Kampuchea) dan ada yang mengatakan tempat tersebuat adalah Burma. Antara bukti yang
mengukuhkan hujah ini ialah:
Terdapat persamaan dari segi kosa kata, fonologi, morfologi, sintaksis: konsep yang berbeza
antara kami dan kita, sistem bilangan, gender dan lain-lain.
Persamaan dari segi adat resam dan trait kebudayaan seperti kepercayaan kepada semangat,
pertanian, adapt makan sirih dan adat kelahiran bayi.
Persamaan dari segi sistem sosial, susunan keluarga, sistem perkahwinan

Persamaan dari segi perkakas dan peralatan seperti kapak batu, kapak persegi bujur, pasu,
tempayan dan takar.
Perpindahan dari utara (bahagian selatan China) menuju ke selatan melalui pelbagai tujuan. Perpindahan
ini berlaku secara berperingkat-peringkat. Terdapat dua perpindahan terbesar yang menurunkan
kelompok Melayu.
Perpindahan pertama
Perpindahan pertama berlaku di selatan negeri china, pada kira-kira 3000-2500 tahun sehingga 1500
sebelum masihi. Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak yang diberi namaproto-malayas atau Melayu
proto. Namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka berpindah. Kelompok ini dikenali sebagai orang
asli dan masih wujud sehingga ke hari ini. Antara yang masih wujud di Malaysia ialah orang asli Negrito,
Senoi, Jakun dan temuan.
Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di Barat Daya China melalui beberapa laluan seperti dari
hulu sungai-sungai di Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung utara Pulau
Sumatera yang sekarang terkenal dengan nama Acheh. Dari situ terus ke selatan dan ke pulau-pulau
yang lain di di Asia Tenggara.
Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand menuju ke selatan hingga ke Segenting Kra. Dari
sana terus ke semenanjung tanah Melayu, sumatera, jawa dan pulau-pulau yang lain.
Laluan ketiga ialah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke selatan dan menyeberang ke
Kalimantan dan kemudian ke pulau-pulau lain.
Laluan keempat ialah dari farmosa atau Taiwan ke pulau-pulau Filipina dan terus ke selatan dan pulaupulau lain. Hipotesis tentang perpindahan ini dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin pada tahun
1892 dan diperkukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. berdasarkan kajian Geldren terhadap
beliung bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Mekong, Sungai
Salween, Sungai Irrawadi dan sungai Brahmaputra, beliau mendapati bentuk dan jenis beliung adalah
sama seperti yang ditemui di Nusantara. Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut
dibawa dari Asia Tengah ke Nusantara.
Perpindahan kedua
Perpundahan kedua berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum masihi hingga 300 selepas masihi. Mereka ini
dikenali sebagai Deutero-malays atau Melayu Deutero, iaitu melayu kedua. Tidak dapat dipastikan sebabsebab perpindahan mereka. Mungkin untuk mencari makan yang lebih mudah, mugkin untuk berpindah
ke tanah yang rendah atau mungkin terdesak oleh bangsa lain. Walau apa pun alasannya, melayu
deutero telah berpindah ke selatan melalui jalan dan laluan yang pernah dilalui oleh melayu proto.
Apabila mereka sampai ke selatan, mereka yang lebih tinggi tamadunnya telah mendesak dan mengasak
Melayu Proto ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat terpencil.
Sedangkan orang Melayu Deutero tinggal di kawasan pamah, tanah rendah, kawasan di pinggir sungai
dan di tepi laut seperti orang melayu, aceh, sunda, jawa, bugis, makasar, madura dan Filipina.

Orang Melayu deutero lebih tinggi kebudayaan dan tamadunnya berbanding Melayu Proto, walaupun
masih menggunakan batu untuk membuat alatan seperti kapak dan beliung. mereka mahir dalam bidang
astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Namun terdapat masalah yang timbul daripada teori ini iaitu yang pertama, sekiranya orang Melayu proto
dan Melayu deutero ini baru sampai di kepulauan Asia tenggara pada 2000 hingga 5000 tahun yang lalu,
bangsa apakah yang tinggal di kepulauan Asia Tenggara? Kerana mengikut temuan arkeologi dan
tinggalan sejarah, terdapat manusia yang telah lama tinggal di kepulauan Asia tenggara. Masalah kedua
ialah, selain orang Melayu proto dan Melayu deutero, terdapat manusia yang datang dari kumpulan
manusia Melanesoid yang tidak sama dengan orang Melayu proto dan Melayu Deuteron. Contohnya
ialah penduduk di Nicobar, orang Negrito di semenanjung dan Maluku serta Irian Jaya dan Melanesia.
Masalah ketiga ialah terdapat kerencaman jenis bahasa di Kalimantan serta Pulau Irian. Keadaan ini
membuktikan bahawa kedua-dua tempat ini menjadi kawasan dua jenis barang yang berlainan. Ini
bermakna tempat ini adalah daerah induk bahasa yang berlainan dan masalah keempat ialah daripada
bukti sejarah yang menunjukkan bahawa lama sebelum orang Melayu proto dan deutero wujud, telah ada
petempatan manusia yang telah mantap. Bahkan, makhluk purba seperti manusia telah wujud dalam
alam Melayu sejak ratusan ribu tahun.
BAHASA MELAYU BERASAL DARI KAWASAN NUSANTARA
Berdasarkan hipotesisi ini, orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan
manusia asal yang memang wujud di Nusantara. Homo eretus ialah jenis makhluk yang yang telah lama
wujud di Asia Tenggara. Makhluk ini jauh kebih tua daripada peking man (china man) yang ditemui di
china. Homo eretus dikenali sebagai java man yang berumur lebih daripada 1,400,000 tahun. Bahkan
ada juga tulang rangkanya yang berumur 1,900,000 tahun yang ditemukan di pulau jawa. Manusia jawa
ini terdiri daripada beberapa jenis seperti meganthropus palaeojavanicus, pithecanthropus Robustus,
pithecanthropus Erectus , homo soloensis, homo wajakensis dan lain-lain. Tinggalan-tinggalan daripada
mereka ini ditemui di pelbagai tempat terutamanya di jawa tengah dan jawa timur seperti di
kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombong dan Sangira. (C.AA Mees, 1967;Widjiono Wasis, 1991). Makhlukmakhluk purba bukan sahaja ditemui di pulau jawa malah ditemui di soppeng, sulawesi selatan, yang
berumur kira-kira 100 000 tahun; gua niah di Sarawak berumur kira-kira 40 000, di Sabah terdapat homo
sapiens, kira-kira 40 000 30 000 S.M; manusia perak yang berumur 35 000 dan banyak lagi.
Manusia purba inilah yang kemudiannya menurunkan manusia lain yang ada di Asia tenggara seperti
Australoid, Melanesoid, Austro-Melanesoid dan lain-lain. Kemudian terdapat juga bangsa manusia dari
kelompok Palaeo-Mangoloid dan seterusnya Mangoloid. Akhirnya, daripada titisan keturunan mereka ini
lahirlah manusia yang dikenali sebagai the Malay Stockatau Rumpun Melayu yang mendiami daerah
yang sangat luas, iaitu dari madagaskar hingga ke Irian jaya bahkan sampai ke timur hingga ke
polinesia. Rumpun bahasa ini juga yang memiliki keluarga bahasa yang terkenal dengan nama Melayupolinesia atau Austronesia, yang tersebar luas di separuh bahagian dunia. Daripada bahasa induk
Melayu-Polinesia ini lahirlah pelbagai bahasa seperti jawa , bali, sunda, bugis, madura, aceh, batak dan
juga termasuk bahasa melayu yang menjadi lingua franca di asia tenggara dari sri lanka sampai ke pantai
utara Australia dan dari Champa hingga ke bali selama beberapa abad.

Pada zaman pertumbuhan kebudayaan di asia tenggara kawasan daratannya masih luas kerana pada
masa itu, pelantar sunda (sunda shelf) masih belum terendam lagi. Ini bermakna Tanah Semenanjung,
Sumatera, Kalimantan dan Jawa masih bercantum manjadi sebuah daerah daratan yang luas dan
dikenali sebagai tanah sunda (sundaland) (H.D Tjia, 1991). Di sinilah tercanainya kebudayaan Asia
Tenggara dan menjadi asas bagi rumpun bahasa Melayu-polinesia terutama Melayu. Namun apabila
berlaku kenaikan paras permukaan air laut., pelantar sunda mula ditenggelami air, sehingga kempatempat daerah tadi terpisah menjadi pulau dan tanah semenanjung. Perkara ini disebabkan oleh air beku
di kutub utara dan selatan cair disebabkan cuaca yang bertambah panas. Peristiwa ini berlaku pada 18
000 17 000 tahun dahulu, kemudian 14 000 tahun dahulu, selepas itu pada 12 500 tahun dahulu dan
seterusnya pada 8000 tahun dahulu (Gatra, 9 julai 2005). Oleh sebab itu, daerah induk atau kawasan inti
bahasa Melayu sekarang ini terletak di suatu kawasan yang sempit, iaitu di pesisir timur pulau sumatera,
tanah semenanjung, kepulauan riau dan sekitarnya dan pesisir pantai Kalimantan. Di tempat inilah
sekarang ini terdapat penutur asli bahasa Melayu atau the native speakers of the malays language.
Fungsi Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik memaainkan peranan/fungsi yang sangat besar pada zaman keagungannya
dulu. Dalam hal ini, bahasa melayu klasik telah berfungsi sebagai bahasa perantaraan (lingua franca),
bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa undang-undang, dan bahasa persuratan.

1. Bahasa melayu klasik sebagai lingua franca

sebagai lingua franca di alam melayu pada abad ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata
Melayu-Itali

memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut

merupakan bahasa yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain

2. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran


menjadi bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan

digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di
kepulauan melayu

bahasa melayu klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing
khususnya pedagang.

3. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu


semasa zaman kerajaan Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu
dalam tulisan bahasa melayu klasik

di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu tasawuf dan falsafah islam

tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani dsb

karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-Asyikin, Miratul Mukmin,AlSiratul Mustaqim dan dsb
4. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang
undang-undang digubal oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja

dalam naskah undang-undang melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan
kedudukan raja dan pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, pertanian dan dsb
Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:
(i) undang-undang Melaka
(ii) undang-undang Pahang
(iii) undang-undang Perak
(iv) undang-undang Johor

5. Bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan


peranan tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa
melayu

karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat dalam peperangan,
misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah

karya-karya yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan
dan merehatkan fikiran mereka

You might also like