You are on page 1of 5

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru
Besar SK LKTP Sg. Sayong.
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah
Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah
Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai
dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP
Sg. Sayong.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu
tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP
Sungai Sayong.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK
LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas
ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang
menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Jasamu
Dikenang dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk Terlalu Indah dan Bertemu dan Berpisah.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2
Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang


Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan
cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin
bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
untuk menyempurnakan upacara tersebut.
Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru
dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP
Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian
Menengah.
Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian
Rendah.
Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah
Kulai.
Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya
Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas
rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersamasama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan
Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like