You are on page 1of 17

ORGAN-ORGAN DERIA

Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria
rasa,
telinga
sebagai
deria
pendengaran
dan
mata
sebagai
deria
penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan
organ-organ
deria
untuk
bertindak
balas
kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia,
bunyi
dan
cahaya.
Setiap

satu

daripada

organ

deria

kita

sensitif

terhadap

hanya

satu

jenis

rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf
(nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria
Kulit

Jenis deria
Sentuhan

Hidung
Lidah
Telinga

Bau
Rasa
Pendengaran &
keseimbangan
Penglihatan

Mata

Ransangan dikesan
Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
Bahan-bahan kimia
Kimia
Bunyi
Cahaya

Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch
stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

Struktur kulit manusia:


Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).
Dermis:

Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).

Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien, oksigen ke dermis
dan membawa keluar karbon dioksida.

Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar peluh (sweat
glands) dan tisu adipos (lemak).

Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan, sejuk, panas,
sentuhan dan tekanan.

Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya boleh mengesan
pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada permukaan.
Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan tersebut
sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.
Tahap kepekaan kulit
Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang
berlainan pada badan.
Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan
hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor


Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.

Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia


Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta reseptor yang banyak,
yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada rangsangan
sejuk dan panas.

Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan kerana ia
mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:


Tempat
suntikan
pada
badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini
mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
Membaca
'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana
bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan
mana-mana sentuhan.

Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan
oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:


Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium tissue).

Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali sebagai selsel penghidu (olfactory cells).

Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan
oleh sel-sel kelenjar.

Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai
bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Struktur dan fungsi hidung manusia.

Proses mengesan bau oleh hidung:


1.
Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga nasal) akan
larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2.
Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan
isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.

impuls.

Impuls

(impulse)

adalah

3.
Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut
sebagai bau.

4.
Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul
odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut melalui udara
kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah.
Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak
akan dikesan pada masa yang sama.

Kehadiran mukus dalam hidung.


Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang
merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan
menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria
daripada dirangsang oleh bahan kimia.
Oleh itu,
orang yang menghidap selsema
mempunyai kecekapan hidung yang kurang.

Deria Rasa
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh
bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia.


Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour)
dan pahit (bitter).
Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa
menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).

(taste

buds).

Tunas

rasa

Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.

Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.

ini

Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif
terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.

Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan
masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi lidah lebih
sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair
(liquid form).

Apabila makanan
melarutkan makanan.

Makanan yang
mencetuskan impuls.

dimakan,

telah

air

dilarutkan

liur
akan

(saliva)

dirembeskan

merangsang

tunas

di

dalam

mulut

untuk

rasa

(taste

buds)

untuk

Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.

Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau
adalah saling berkaitan.

Apabila seseorang menghidap selsema, selera


hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).

Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh
itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

makannya

akan

berkurang

kerana

Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing)
yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria keseimbangan adalah deria
(equilibrium) apabila badan bergerak.

yang

adalah

deria

yang

boleh

mengesan

bertanggungjawab

untuk

mengawal

sumber

bunyi

keseimbangan

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.


Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi
dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian

Struktur / Ciri-ciri

Fungsi

Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)

Berbentuk corong dan terdiri


daripada tulang rawan.

Mengumpul dan mengarahkan


gelombang bunyi ke dalam
telinga.

Salur telinga
(Ear canal)

Tiub sempit yang menghala ke


arah gegendang telinga.

Menghantar gelombang bunyi ke


gegendang telinga.

Gegendang telinga
(Eardrum)

Membran nipis yang memisahkan


bahagian telinga luar daripada
telinga tengah.

Bergetar dan menghantar


gelombang bunyi ke osikel.

Telinga tengah:

Terdiri daripada tiga tulang kecil:

Osikel
(Ossicles)

Tukul (Hammer): Menyentuh


gegendang telinga.

Mempertingkatkan getaran
gelombang bunyi sebanyak 22
kali sebelum menghantar ke
tingkap bujur.

Andas (Anvil): Menyambungkan


tulang tukul kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat pada
tingkap bujur.

Tiub Eustachia
(Eustachian tube)

Tiub sempit yang


menyambungkan bahagian
telinga tengah ke tekak.

Mengimbangi tekanan udara di


kedua-dua belah gegendang
telinga.

Tingkap bujur
(Oval window)

Membran nipis yang berbentuk


bujur antara telinga tengah dan
telinga dalam.

Menghantar getaran bunyi dari


bahagian telinga tengah ke
telinga dalam.

Telinga dalam:

Tiub bergelung yang penuh


dengan cecair. Dinding dalamnya
mempunyai hujung saraf yang
sensitif terhadap getaran
gelombang bunyi.

Mengubah getaran bunyi kepada


impuls.

Salur separuh bulat


(Semicircular canals)

Tiga saluran yang terletak pada


sudut kanan di antara satu sama
lain. Mempunyai kantung kecil
yang dipenuhi dengan cecair dan
hujung saraf yang sensitif
terhadap keseimbangan fizikal
badan.

Mengimbangi kedudukan badan.

Saraf auditori
(Auditory nerves)

Sekumpulan saraf yang


menyambungkan sel-sel deria ke
otak.

Menghantar impuls dari koklea ke


otak untuk ditafsirkan sebagai
bunyi.

Koklea
(Cochlea)

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil
'endolymph'.

Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.

Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.

Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan
kepala.
Mekanisme pendengaran telinga
1.
Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
2.

Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.

3.

Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.

4.

Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.

5.
Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22
kali oleh osikel.
6.

Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.

7.
Getaran tingkap bujur menyebabkan
merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.

endolymph

dalam

koklea

untuk

bergetar

8.

Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.

9.

Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

dan

Deria Penglihatan
Struktur dan fungsi mata manusia.
Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).
Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.
Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.


Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan
tengah) dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.

Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata.


Bahagian

Sklera (sclera)

Struktur/Ciri-ciri

Fungsi

Lapisan putih yang kuat.

Memegang bentuk
mata.

Melindungi mata.
Kornea (cornea)

Membran lut cahaya


(translucent) sklera, pada
bahagian depan mata.

Membenarkan
cahaya masuk ke dalam
mata.

Memfokus cahaya
pada retina.
Koroid (choroid)

Lapisan gelap yang


mempunyai banyak
kapilari darah

Membekal oksigen
dan makanan kepada
mata.

Menyerap dan
mengelakkan pantulan
cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva)
Iris

Lapisan epitelium pada


depan mata.
Lapisan berbentuk cakera
(disc-shaped) pada depan
mata.

Melindungi kornea.
Menentukan warna
mata.

Mengawal saiz pupil


dan jumlah cahaya yang
memasuki mata.
Anak mata (pupil)
Kanta mata (lens)
Otot silia (ciliary muscle)

Ligamen gantung
(supportive ligament)
Gelemaca (vitreous
humour)

Bukaan kecil pada depan


mata.
Kanta cembung yang lut
sinar dan elastik.
Otot yang membentang
dari koroid.
Satu struktur yang
terbentuk daripada
gentian kolagen.
Bahan seperti jeli yang
mengisi ruang di dalam
biji mata.

Membenarkan cahaya
memasuki mata.
Membias dan menfokus
cahaya pada retina.
Mengubah ketebalan kanta
apabila jarak fokus kanta
berubah.
Menyokong dan
memegang kanta pada
tempatnya.
Mengekalkan
bentuk mata.

Menyerakkan dan
memfokus imej pada
retina.

Bertindak sebagai
penyerap getaran pada
mata.
Gelemair (aqueous
humour)

Retina

(a) Bintik kuning


(yellow spot)

Cecair tidak berwarna


yang mengisi ruang di
bahagian hadapan kanta
mata.
Lapisan sel yang peka
kepada cahaya.

Titik bertentangan dengan


pupil dan kaya dengan
reseptor peka cahaya.

Membias dan menfokus


cahaya yang memasuki
mata.
Mengesan
rangsangan cahaya dan
menukarkannya kepada
impuls.

Kawasan mata
yang paling peka terhadap
cahaya.
Imej objek yang
dilihat difokus disini.

(b) Bintik buta


(blind spot)
Saraf optik (optic nerve)

Titik melalui saraf optik,


yang keluar dari retina,
dan tidak mempunyai sel
yang peka kepada cahaya.
Sekumpulan saraf yang
menghubungkan retina ke
otak.

Kawasan mata
yang tidak peka terhadap
cahaya.
Imej objek yang
terbentuk di sini tidak
dapat dikesan.
Menghantar impuls dari
retina ke otak untuk
ditafsirkan.

Mekanisme Penglihatan

Pembentukan imej pada retina.


Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent
convex lens).
Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan (bent)
dan

difokuskan kepada retina.

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles)


ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

bertindak untuk mengawal

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan
jauh.
Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali
sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang
mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya.

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga
infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

Akomodasi ->
Otot silia(ciliary
muscle)

Keadaan ligamen
gantung(supportive
ligament)
Ketebalan kanta
mata

Melihat objek yang


dekat

Melihat objek yang


jauh

Mengecut (contract)

Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)

Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)

Mengecut (contract)

Menebal (become
thick)

Menipis (become thin)

Illustrasi

Mekanisme
Sesuatu
Hanya

Penglihatan

objek
cahaya

membalikkan

dalam

kawasan

(reflects)
pandangan

cahaya

tertentu

sahaja

dalam
akan

semua

arah.

memasuki

mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata
(lens)
dan gelemaca
(vitreous
humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya
mencetuskan impuls saraf.

Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk

ditafsirkan.

Imej ditafsirkan

sebagai tegak.Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh
kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

You might also like