You are on page 1of 6

44

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan pelaksanaan kajian


tentang pengurusan kerja rumah di kalangan guru Bahasa Arab Komunikasi di SMKA.
Ia meliputi rekabentuk kajian, instrumen kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel
kajian, tatacara pengumpulan dan analisis data kajian.

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Menurut Kerlinger (1973), rekabentuk kajian bertujuan untuk mencari jawapan


kepada pelbagai soalan kajian dan untuk mengawal varian. Justeru, ia membantu
pengkaji menyelesaikan kajian secara ekonomik dalam jangka masa yang sesuai
(Ahmad 1983).
Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan rekabentuk tinjauan
crosssectional di mana data dipungut sekali sahaja pada masa tertentu. Kaedah
tinjauan digunakan kerana ia boleh mendapatkan data berhubung dengan nilai-nilai,
pandangan dan perhubungan sosial individu (Philips 1985). Pengkaji menggunakan
set borang soalselidik yang ditadbirkan kepada guru BAK di sepuluh buah SMKA.
Pengkaji cuba meninjau persepsi guru BAK terhadap konsep kerja rumah dan
pengurusannya, sebagaimana yang telah diterangkan dalam Bab I sebelum ini.
Selain itu, pengkaji juga ingin melihat perbezaan yang wujud antara jantina dan
pengalaman mengajar (pembolehubah bebas) berdasarkan aspek pengurusan kerja

45

rumah (pembolehubah bersandar) iaitu; definisi, polisi, jenis-jenis, peruntukan masa


(amaun), cara penilaian, kesan positif dan kesan negatif. Persepsi mereka terhadap
pengurusan kerja rumah akan menentukan sejauhmana ianya dilaksanakan mengikut
polisi dan peraturan yang telah ditetapkan serta sejauhmana ia memberi sumbangan
dalam meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

3.3

INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai alat kajian, memandangkan ia


mempunyai beberapa kelebihan, antaranya (Mohd. Majid 1998);
1. Mudah ditadbir.
2. Kerjasama yang tinggi daripada responden.
Jawapan yang diberikan dapat melindungi kepincangan responden.
Memudahkan penganalisisan jawapan.
Dapatan yang dianalisis daripada jawapan dapat ditafsirkan dengan berkesan.
Soalselidik diambil dan diubahsuai dari kajian Zaharah (2001) dan North dan
Pillay (2002) mengandungi 74 soalan yang terdiri daripada dua bahagian;
BAHAGIAN A:

Profil responden kajian iaitu jantinan dan pengalaman


mengajar (2 soalan).

BAHAGIAN B:

Persepsi guru terhadap definisi kerja rumah (11 soalan); polisi


kerja rumah (6 soalan); jenis-jenis kerja rumah (18 soalan);
peruntukan masa (amaun) kerja rumah (10 soalan); cara
pemarkahan kerja rumah (12 soalan); kesan positif kerja rumah
(8 soalan) dan kesan negatif kerja rumah (7 soalan).

Untuk BAHAGIAN B, skala pengukuran empat peringkat model Likert (1 =


Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Setuju, 4 = Sangat setuju) digunakan untuk
memudahkan responden menyatakan tahap persepsi mereka terhadap setiap kenyataan
yang dikemukakan. Skala Likert dipilih kerana ia merupakan skala pengukuran utama

46

yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Pengkaji telah


mengubahsuai skala tersebut berdasarkan skala yang telah digunakan oleh Zaharah
(2001) iaitu 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Tidak pasti, 4 = Setuju dan 5
= Sangat setuju.
Zaharah (2001) telah membuat kajian rintis untuk menguji kesahan dan
kebolehpercayaan item soalselidik. Kajian rintis dilakukan terhadap 96 guru dari dua
buah sekolah di Kuantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Analisis
keseluruhan item soalselidik ialah 0.8748.
Soalselidik tersebut telah melalui beberapa sesi pemurnian untuk menjaga aspek
kesahan binaan, iaitu dengan mendapat persetujuan penyelia dan pakar bidang.
Kebolehpercayaan item-item pula diuji menggunakan kaedah Cronbach Alpha, iaitu
ujian yang sering digunakan untuk mengukur ketekalan sesuatu konsep (Sekaran
1992).

Kaedah

Cronbach

Alpha

digunakan

bagi

mendapatkan

indeks

kebolehpercayaan soalselidik pengurusan kerja rumah di kalangan guru BAK di


SMKA. Berdasarkan analisis, didapati nilai pekali kebolehpercayaan seluruh
soalselidik ialah 0.9569. Menurut Mohd. Majid (1998), item kajian yang mempunyai
nilai

pekali

kebolehpercayaan

melebihi

0.6000

dapat

diterimapakai.

Nilai

kebolehpercayaan setiap aspek dalam BAHAGIAN B ditunjukkan dalam Jadual 3.1;


JADUAL 3.1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Soalselidik
Aspek Pengurusan Kerja Rumah
Definisi kerja rumah
Polisi kerja rumah
Jenis-jenis kerja rumah
Peruntukan masa (amaun) kerja rumah
Penilaian kerja rumah
Kesan positif kerja rumah
Kesan negatif kerja rumah
Total

Bil. Item
11
6
18
10
12
8
7
72

Nilai Alpha Cronbach


0.8767
0.8701
0.9479
0.6933
0.8523
0.9391
0.8314
0.9569

47

3.4

LOKASI KAJIAN

Kajian telah dijalankan di sepuluh buah SMKA di negeri Selangor, Kuala Lumpur,
Melaka, Johor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan
perincian sekolah yang terlibat;
JADUAL 3.2 Lokasi Kajian
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

3.5

Nama Sekolah
SMKA Simpang Lima, 45300, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
SMKA Kuala Selangor, Pasir Penambang, 45000, Kuala Selangor, Selangor
Darul Ehsan.
SMKA Kuala Lumpur, Bandar Sri Manjalara, Kepong, 52200, Kuala Lumpur.
SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, 75350, Melaka.
SMKA Sharifah Rodziah, Teluk Mas, 75460, Melaka.
SMKA Pedas, 71400, Pedas, Negeri Sembilan Darul Khusus.
SMKA Maahad Muar, 97, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor Darul Takzim.
SMKA Segamat, 85000, Segamat, Johor Darul Takzim.
SMKA Falahiah, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan.
SMKA Melor, Padang Raja, 16400 Kota Bharu, Kelantan.

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi terdiri daripada semua guru BAK di sepuluh buah SMKA. Sampel kajian
dipilih secara persampelan berkelompok (cluster sampling) di mana pengkaji memilih
sepuluh buah SMKA secara rawak mudah dalam mana unit persampelan bukan lagi
unsur/subjek dalam populasi tetapi kelompok unsur/subjek dari populasi tersebut.
Seramai 52 responden kajian terdiri daripada guru BAK dari sepuluh buah SMKA
terlibat dalam kajian ini. Jadual 3.3 menunjukkan profil responden kajian mengikut
sekolah;
JADUAL 3.3 Profil Responden Mengikut Sekolah
Bil.
1.
2.
3.
4.

Sekolah
SMKA Simpang Lima
SMKA Kuala Selangor
SMKA Kuala Lumpur
SMKA Sultan Muhammad

L
1
3
2
5

Guru
P
5
1
4
1

J
6
4
6
6

48

5.
6.
7.
8.
9.
10.

SMKA Sharifah Rodziah


SMKA Pedas
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Falahiah
SMKA Melor
Jumlah

3.6

1
3
3
2
4
2
26

5
1
5
2
1
1
26

6
4
8
4
5
3
52

TATACARA PENGUMPULAN DATA KAJIAN

Pengumpulan data dilakukan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari pihak berkenaan
yang terlibat dalam kajian; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan
pengetuapengetua sekolah kajian. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia telah mengeluarkan surat akuan kepada pengkaji untuk memudahkan segala
urusan dan pelaksanaan kajian ini.
Pengkaji telah pergi sendiri ke lokasi kajian dan mentadbirkan soalselidik kepada
responden kajian dan menuntut mereka menyiapkannya dan mengembalikan kepada
pengkaji menurut masa yang akan ditetapkan. Walau bagaimanapun, setiap responden
akan diberi penerangan dan mereka berhak menolak untuk tidak mengambil bahagian
dalam kajian ini.

3.7

TATACARA ANALISIS DATA KAJIAN

Jawapan soalselidik dianalisis menggunakan pakej SPSS 11.0 for Windows (Statistical
Packages for Social Sciences) kerana ia dapat menghasilkan pengiraan yang tepat
(Mohd. Majid 1998). Dalam statistik deskriptif, pengkaji membuat analisis min,
frekuensi dan peratusan untuk menghuraikan profil responden dan melihat persepsi
guru BAK terhadap pengurusan kerja rumah berdasarkan aspek; definisi, polisi, jenisjenis kerja rumah, peruntukan masa, penilaian, kesan positif dan kesan negatif.
Penilaian skor min persepsi yang digunakan adalah seperti dalam Jadual 3.4;

49

JADUAL 3.4 Penilaian Skor Min


Skor Min
1.00 hingga 1.99
2.00 hingga 2.99
3.00 hingga 4.00
Sumber: Razali Mustaffar (2003).

Interpretasi
Rendah (tidak setuju)
Sederhana (kurang setuju / tidak pasti)
Tinggi (setuju)

Skor min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap
rendah yang bermaksud bahawa sampel kajian tidak bersetuju dengan kenyataankenyataan dalam pengurusan kerja rumah yang dikemukakan. Skor min 2.00 hingga
2.99 menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap sederhana yang bermaksud
bahawa sampel kajian kurang bersetuju atau tidak pasti dengan kenyataan yang
diberikan. Manakala skor min 3.00 hingga 4.00 pula menunjukkan pernyataan tersebut
berada pada tahap tinggi yang bermaksud bahawa sampel kajian bersetuju dengan
kenyataan yang dikemukakan.
Ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk menentukan perbezaan yang
signifikan antara jantina dan pengalaman mengajar dengan persepsi responden
terhadap pengurusan kerja rumah berdasarkan aspek; definisi, polisi, jenis-jenis kerja
rumah, peruntukan masa, penilaian, kesan positif dan kesan negatif. Ujian-t digunakan
untuk menentukan perbezaan di antara dua min pembolehubah yang diukur dengan
skala sela atau skala nisbah (Mohd. Majid 1998). Pengkaji menggunakan aras
signifikan pada tahap 0.05 untuk menerima (p> 0.05) atau menolak (p< 0.05) hipotesis
nol kerana menurut Alias Baba (1999), dalam kajian tinjauan, aras signifikan yang
digunakan ialah 0.05.

You might also like