You are on page 1of 1

W Edward Deming adalah seorang ahli statistik, profesor, pengarang, pensyarah

dan perunding di Amerika. Beliau terkenal di bidang pengurusan kualiti adalah


kerana kejayaannya di Jepun. Bermula dari tahun 1950, beliau telah membekalkan
banyak pengetahuan kepada pengurusan atasan tentang cara untuk memperbaiki
reka bentuk perkhidmatan, kualiti perkhidmatan , ujian dan jualan di pasaran
dunia dengan melalui pelbagai kaedah termasuk penggunaan kaedah statistik.
Deming telah membuat sumbangan penting ke atas pembinaan reputasi Jepun
dalam bidang pembuatan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi. Terdapat 3
asas dalam falsafah kualiti Deming iaitu ketekunan mencapai matlamat,
pembaikan berterusan dan pengetahuan yang mendalam. Dengan ketiga-tiga asas
ini, ia dapat membantu sesebuah organisasi meningkatkan tahap kualiti
perkhidmatannya. Selain itu, Deming juga telah membahagikan asas pengetahuan
yang mendalam kepada 4 komponen iaitu penghargaan kepada sesuatu sistem,
teori variasi, teori ilmu dan psikologi. Kesemua teori ini dapat membantu pihak
pengurusan organisasi dalam usaha membekalkan sama ada produk atau
perkhidmatan yang berkualiti.
Pada permulaanya, Deming telah mendefinisikan bahawa kualiti adalah
ditentukan oleh pelanggan. Kemudian, beliau telah meluaskan definisi kualitinya
kepada "Kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang mereka
telah persetujui dan mereka melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama". Ini
bermakna pihak pengusaha organisasi seharusnya memberikan perkhidmatan atau
produk mengikut permintaan pelanggan tanpa sebarang kesilapan. Dengan itu,
kepuasan pelanggan dapat dipenuhi dan seterusnya ia dapat membantu
meningkatkan prestasi perniagaannya. Di samping itu, pengurusan atasan juga
dapat memperoleh banyak cara untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan
melalui falsafah Demings 14 Points dan Deming's Seven Deadly Diseases yang
dicipta oleh Deming.

You might also like