You are on page 1of 2

Seterusnya, tokoh kedua adalan Kaoru Ishikawa di mana beliau merupakan

seorang tokoh kualiti utama di Jepun. Ishikawa telah diberi penghargaan terhadap
sumbangannya dalam bidang pengurusan kualiti dengan "Deming Prize" pada
tahun 1952. Beliau bukan sahaja pernah bekerja sebagai seorang penolong
profesor dalam universiti Tokyo malah beliau juga merupakan salah seorang ahli
dalam kumpulan penyelidikan kawalan kualiti bagi Union of Japanese Scientists
and Engineers.
Selain itu, beliau menjadi terkenal dalam bidang pengurusan kualiti adalah kerana
usahanya dalam pembinaan diagram "cause-and-effect" dan pengeluaran karyakarya tentang kualiti seperti bukunya yang bernama What is Total Quality
Control; The Japanese Way; Quality Control Circles at Work; Guide to Quality
Control. Kesemua karyanya telah membantu pengusaha organisasi dalam
memperluaskan pemahaman mereka dalam bidang kualiti. Ishikawan telah
mendefinisikan kualiti sebagai " memenuhi keperluan pelanggan". Beliau adalah
pakar pertama yang memberikan tumpuan kepada pelanggan dan ia menyatakan
bahawa perkhidmatan yang berkualiti akan dicapai jika kepuasan pelanggan dapat
dipenuhi.
Maka, beliau telah memperluaskan falsafah Deming kepada kualiti tidak hanya
bermaksud kualiti produk tetapi ia bermaksud kepada perkhidmatan yang
dibekalkan selepas jualan, pengurusan kualiti, kualiti organisasi dan pembentukan
manusia. Ishikawan telah menekankan bahawa pihak pengusaha organisasi juga
haruslah memberikan banyak usaha dalam membentuk pekerja dan organisasi
yang berkualiti supaya produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
Joseph Juran merupakan tokoh yang ketiga dalam falsafah bidang kualiti dan
beliau menjadi terkenal dengan Pareto Chart dan Pareto Principles yang dicipta
olehnya. Seperti kedua-dua tokoh sebelum ini, beliau telah memberikan banyak
usahanya dalam bidang pengurusan kualiti sejak tahun 1926 dan beliau bersara
pada tahun 1998. Joseph merupakan tokoh yang pertama yang menggunakan cara
pengekosan dalam mengira kos bagi kualiti. Beliau menekankan bahawa

peningkatan keuntungan akan dicapai sekiranya kos kepada kualiti dapat


diturunkan.

You might also like