You are on page 1of 1

Mengikuti falsafah Juran, beliau menekankan bahawa perancangan kewangan

menjadi perancangan kualiti; pengawalan kewangan menjadi kawalan kualiti; dan


pembaikan kewangan menjadi pembaikan kualiti. Ketiga-tiga aspek ini perlu
dilaksanakan dalam sesebuah organisasi supaya pencapaian kualiti dapat dicapai
oleh organisasi tersebut. Beliau adalah tokoh pertama yang cuba untuk mengira
kos kualiti. Ini bermakna, sekiranya kualiti pengeluaran yang rendah dikurangkan
di mana ini akan mengurangkan kos untuk menguruskan kesan daripada
pengeluaran yang berkualiti rendah, maka keuntungan sesebuah organisasi itu
dapat ditingkatkan.
Selain itu, Juran juga tidak terlalu menekankan penggunaan kaedah statistik
seperti mana yang ditekankan oleh Deming. Beliau percaya bahawa kualiti
bermula dengan mengenalpasti siapa pelanggannya dan keperluan serta kehendak
mereka. Teras kepada kualiti adalah komitmen pihak pengurusan terhadap
pelanggan, pembekal dan kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Dengan itu,
pihak pengurusan dapat memahami keperluan dan idea-idea mereka dan
kemudiannya mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti.
Juran turut mendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian untuk kegunaan, iaitu dari
segi ciri-ciri produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan
jaminan terhadap bebas dari kegagalan (freedom from failure). Sebagai
kesimpulannya, Juran telah menekankan kepada 3 perkara penting untuk
menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi iaitu

You might also like