You are on page 1of 2

ISU KORIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENDAHULUAN
Definisi kurikulum
Dalam pendidikan sama ada pendidikan formal atau tidak formal,
akan timbul beberapa persoalan yang akan ditimbulkan. Ini kerana
ia melibatkan satu aktiviti pengajaran yang melibatkan ramai pihak
seperti orang yang mengajar iaitu guru dan orang yang diajar iaitu
pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran juga sering
dipersoalkan tentang kaedah, teknik atau cara bagaimana
pendidikan atau pengajaran itu disampaikan. Selain itu, persoalan
lain yang timbul ialah apakah yang bakal dipelajari atau diajar
dalam pendidikan itu? Tahap pendidikan bagi setiap individu adalah
berbeza dari aspek umur. Kurikulum pendidikan di setiap negara
telah menggariskan panduan dan penggunaan kurikulum mengikut
aspek umur. Sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum adalah
berasal daripada perkataan Latin curriculum yang membawa
maksud ruang tempat di mana satu pembelajaran itu berlaku. Sejak
zaman Plato, perkataan ini telah diguna pakai iaitu kira-kira tahun
400 SM. Kurikulum mempunyai bidang-bidang yang telah ditetapkan
bagi mengelakkan kecelaruan. Bidang kurikulum yang telah
ditetapkan ialah kurikulum tafsiran spesifik dan umum, kurikulum
dalam dan luar bilik darjah dan kurikulum nyata dan tersembunyi.
Menurut Feldman,J.R. (1991) terdapat lima komponen utama bagi
membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan
objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian. 1.1
Definisi Kurikulum
Pelbagai definisi kurikulum telah ditakrifkan oleh pakar-pakar
akademik. Tyler (1950) mendefinikan kurikulum sebagai pelajaran
yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan
objektif yang ditentukan. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua
pengalaman yang berlaku di sekolah dan ia adalah bentuk penulisan
yang dirancang untuk pembelajaran. Mengikut Kerr J.K. (2002)
konsep kurikulum merupakan semua jenis pembelajaran yang
dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam kumpulan
atau secara individu.
2
2.0
KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Prasekolah dalam bahasa Inggeris disebut sebagai preschool.
Sistem pendidikan di Malaysia telah memperkenalkan pendidikan
prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam
tahun untuk memulakan persekolahan lebih awal terutamanya

kepada golongan berpendapatan rendah. Berdasarkan kepada asas


definisi kurikulum itu sendiri iaitu memberi pengalaman kepada
pelajar, objektif penubuhan prasekolah oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran
kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi
menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah. Selain itu, matlamat
pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan sebelum memasuki alam
sekolah rendah. Pendidikan prasekolah berhasrat agar kanak-kanak
mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif
untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini selari dengan dengan
kajian oleh Catron dan Allen (1999) yang menjelaskan bahawa
terdapat dua jenis kurikulum iaitu kurikulum nyata dan tersembunyi.
Kurikulum tersembunyi ialah perkara yang dipelajari oleh kanakkanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak di
mana ianya akan membentuk sifat peribadi dan perwatakan kanakkanak. Sebenarnya kurikulum pendidikan prasekolah tidak
menekankan kepada pendidikan secara formal tetapi lebih kepada
memberi pengalaman kepada kanak-kanak. Oleh sebab itu, konsep
yang
digunakan ialah Belajar Sambil Bermain dengan menekankan
Pembelajaran Bertema meliputi aktiviti secara berkumpulan, indi
vidu dan aktiviti kelas. Dengan aktiviti yang dijalankan ini kanakkanak akan dapat meningkatkan keupayaan diri dari aspek kawalan
emosi dan intektual. Kurikulum berpusatkan murid menjadi fokus
dalam pendidikan prasekolah.
Isu berkaitan kurikulum
Cadangan penyelesaian masalah

You might also like