You are on page 1of 9

Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis

Mengatasinya
1. TAJUK MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN DAN
KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT
GHAZALI TARIKH 19 SEPTEMBER 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
2. ISI KANDUNGAN 1.0
PENGENALAN.................................................................................................
........1 1.1 Latar Belakang Masalah
Etika .........................................................................3 2.0 CIRI-CIRI
MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................4 2.1
Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang
Berpanjangan.............4 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai
Alternatif yang Pelbagai ................4 2.3 Kebanyakan Keputusan Etika
Mempunyai Hasil yang Bercampur ...................5 2.4 Kebanyakan
Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti.................5 2.5
Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi
Peribadi..........................6 3.0 PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH
ETIKA.............................6 3.1 Perkaitan dengan Akibat yang
Berpanjangan ...................................................6 3.2 Perkaitan dengan
Akibat yang Tidak Pasti .......................................................7 3.3 Perkaitan
dengan Implikasi Peribadi ................................................................8 4.0
ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN ....................................8
4.1 Analisis
Ekonomi ............................................................................................9 4.2
Analisis UndangUndang.................................................................................9 4.3 Analisis
Etika ................................................................................................10 5.0
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL 11 5.1
Mendapatkan Khidmat
Kaunseling ................................................................11 5.2 Memberikan
Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual.11 6.0
KESIMPULAN .................................................................................................
......12
Rujukan .........................................................................................................
.....................13
3. 1 1.0 PENGENALAN Kebelakangan ini banyak kes jenayah yang
melibatkan kaum wanita dipaparkan di dada akhbar. Ragut, rogol, kes
dera, cabul dan keganasan rumah tangga adalah antara kes yang popular
dan yang menjadi mangsanya adalah wanita. Apakah sebenarnya
kesalahan mereka sehingga diperlakukan seperti haiwan oleh insan yang
bergelar manusia? Mereka sepatutnya dibelai dan diberi kasih sayang,
bukannya disepak, diterajang, ditampar dan dibunuh dengan kejam.
Hanya kerana sifat wanita yang lemah lembut, tidak mampu melawan dan
melarikan diri tidak bermaksud mereka boleh diperlakukan sebegitu rupa
oleh penjenayah yang mempunyai nafsu ala syaitan. Kes keganasan yang

semakin kronik hari ini adalah gangguan seksual di tempat kerja. Statistik
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 7,628 kes gangguan
seksual dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2014. Isu ini semakin
mendapat perhatian masyarakat ekoran beberapa dakwaan dan
pendedahan daripada mangsa. Menurut Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC), gangguan seksual ditakrifkan sebagai sesuatu yang
merangkumi sebarang perlakuan ataupun pertuturan secara berulangan,
sama ada dilakukan secara fizikal, gerak isyarat ataupun ucapan yang
berunsur seks. Gangguan seksual ini juga melibatkan sebarang tingkah
laku yang tidak diingini atau tidak disenangi yang berlaku tanpa diminta
atau dibalas balik oleh penerima serta boleh memberi kesan sebagai satu
gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, fizikal, visual atau psikologi.
Antara contoh gangguan ini termasuklah: 1. Gangguan secara lisan :
Komen, gurauan, teguran, berjenaka, mengusik, membuat bunyi dan
soalan-soalan yang berbentuk ancaman ataupun cadangan seksual. 2.
Gangguan secara isyarat atau bukan lisan : Pandangan atau kerlingan
yang membayangkan sesuatu niat, tingkah laku mengurat yang
berterusan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan secara
provokatif serta isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan
menggoda. 3. Gangguan secara fizikal : Sentuhan yang tidak diingini,
memeluk, mencubit, menggesel badan, mengusap, mencium, meraba
serta serangan seksual.
4. 2 4. Gangguan secara visual : Mempamerkan sesuatu yang berbentuk
seksual, menunjukkan bahan pornografi, melukis gambar lucah,
mendedahkan bahagian badan yang sulit dan menulis surat berunsur
seksual. 5. Gangguan secara psikologi : Intimasi fizikal, kekerapan
jemputan sosial yang tidak diterima, pujuk rayu yang berterusan atau
untuk bercumbuan. Perlakuan ini merupakan satu daripada salah laku
etika dalam pengurusan. Ia bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah
mangsa malah menggugat nama dan kedudukan organisasi itu sendiri.
Faktor-faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya gangguan
seksual di tempat kerja ini adalah: 1. Tindakan balas terhadap kehilangan
kuasa akibat daripada dominasi golongan wanita dalam bidang pekerjaan
yang biasanya dikuasai oleh kaum lelaki. 2. Pertambahan peluang
pekerjaan kepada kaum wanita yang secara tidak langsung mencabar
kedudukan dan status pekerja lelaki. 3. Faktor yang terhasil daripada
pembentukan struktur organisasi melalui hierarki dan hubungan autoriti
yang khusus yang membolehkan seseorang individu itu menggunakan
status atau kuasanya untuk menindas dan menggugut pekerja
bawahannya. 4. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang
melibatkan hubungan integrasi jantina dan nisbah jantina. 5. Wujudnya
diskriminasi jantina di mana golongan lelaki menganggap mereka lebih
dominan dan boleh menundukkan kaum wanita kerana sifat lemah lembut
mereka. 6. Dorongan keinginan dan keperluan seksual yang bersifat
semula jadi. 7. Tarikan dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah
laku, keterampilan, sifat fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh

badan wanita yang begitu menonjol serta boleh menarik minat lelaki. 8.
Pemikiran seksual lelaki yang boleh mendorong tingkah laku yang tidak
sihat.
5. 3 Masalah gangguan seksual merupakan satu penganiayaan terhadap
kaum wanita dan boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka
terutamanya dari segi psikologi. Oleh itu, masalah etika ini perlu
dibendung dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi
mangsa. Laporan ini ditulis bagi membincangkan dengan lebih lanjut
perkaitan masalah gangguan seksual dengan ciri-ciri masalah etika, impak
gangguan seksual terhadap ekonomi, undang-undang dan etika dan
seterusnya mengesyorkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini
melalui perbincangan kes di bawah. 1.1 Latar Belakang Masalah Etika
Sudah dua tahun Diana Ali bekerja sebagai setiausaha Amran Jaafar, Ketua
Pegawai Eksekutif Syarikat Rima Manufacturing, iaitu sebuah syarikat
terkemuka yang bernilai RM75.2 juta dengan kepentingan perniagaan di
rantau Asia. Diana seorang yang cantik, rajin dan mempunyai perwatakan
yang menarik. Tidak hairanlah apabila ramai rakan lelaki cuba
mendekatinya dan melakukan gangguan seksual walaupun dia sudah
berumah tangga dan memiliki tiga orang anak. Dia juga sering diganggu
oleh Amran yang suka datang secara mengejut di belakangnya sambil
mengusap bahu, menyentuh wajah, memegang tangan, payudara dan
cuba menciumnya. Sudah banyak kali Diana berfikir-fikir untuk meletakkan
jawatan tetapi gaji yang diterimanya sangat berpatutan dan dia
kasihankan suaminya yang terpaksa menanggung mereka sekeluarga
dengan gaji yang tidak seberapa sekiranya dia berhenti kerja. Tambahan
pula, dalam zaman kemelesetan ekonomi ini, Diana tidak berani
mempertaruhkan mata pencariannya. Oleh itu, dia terpaksa bersabar
dengan karenah Amran dan tetap bergantung pada pekerjaannya yang
penuh tekanan itu. Kelakuan Amran semakin menjadi-jadi selepas sebulan
dia bercerai dengan isterinya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Amran
akan cuba mencari peluang untuk berdua-duaan dengan Diana dan
melakukan perkara terkutuk itu. Bukan setakat itu sahaja, Amran juga
sering menghantar teks pesanan ringkas berbaur lucah dan bercerita
mengenai hubungan seksual. Diana semakin tertekan dengan kelakuan
melampau majikannya itu dan membuat aduan kepada pihak atasan.
Malangnya, aduan Diana tidak dipedulikan kerana pengaruh kuat Amran
dengan mereka. Amran turut mengugut akan mencederakan Diana dan
memastikan tiada syarikat yang akan menawarkan pekerjaan kepadanya
sekiranya dia menceritakan hal itu kepada suami
6. 4 dan rakan sekerjanya. Kejadian itu semakin berlarutan dan Diana
berada dalam dilema untuk membuat keputusan. 2.0 CIRI-CIRI MASALAH
ETIKA DALAM PENGURUSAN Secara umumnya, etika bermaksud sifat yang
berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga merujuk kepada
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
individu, masyarakat dan organisasi. Ferrel et al. (2000) mendefinisikan
etika sebagai penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard

peraturan tingkah laku, pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia


yang menekankan kepada betul atau salah. Masalah etika adalah masalah
yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan konflik
antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Menurut
Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan. 2.1
Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan Hasil
sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak
berhenti pada satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan
kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap lapisan
masyarakat. Oleh itu, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap
keputusan mereka dengan teliti dan serius kerana keputusan yang
dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat yang berada di luar
kawalan mereka. Sebagai contoh: i. Rasuah mengubah proses-proses
kerajaan. ii. Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran. iii. Produk
tidak selamat memusnahkan nyawa. 2.2 Kebanyakan Keputusan Etika
Mempunyai Alternatif yang Pelbagai Biasanya, kebanyakan keputusan
etika diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu terbahagi kepada pilihan
sama ada ya atau tidak dan tidak mempunyai pilihan lain. Walau
bagaimanapun, seseorang pengurus perlu mempertimbangkan alternatif
lain sebelum membuat keputusan pengurusan. Contohnya:
7. 5 i. Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak? ii. Wajarkah
sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak? iii. Haruskah syarikat
pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat atau tidak? 2.3
Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur
Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak
mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi
lebih diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja
ataupun pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai
hasil yang bercampur ialah: i. Memberi rasuah secara tidak langsung
tetapi jumlah jualan barangan import dapat dikekalkan melalui
penghantaran yang cepat. ii. Mencemar udara dan air. Namun, kos
pemasangan dan pengendalian peralatan mengawal pencemaran dapat
dielakkan. iii. Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan
dan tenaga kerja pengeluaran dapat dikurangkan. 2.4 Kebanyakan
Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti Umum berpendapat
bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas daripada risiko serta
keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat boleh diketahui.
Sebagai contoh: i. Syarikat akan menerima barangan import dengan
segera jika memberi rasuah. ii. Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya
wang dilaburkan untuk membeli peralatan kawal-pencemaran. iii. Kos
tambahan tertentu diperlukan jika menghasilkan produk yang selamat.
8. 6 2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi
Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara
umumnya, dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada
peribadi seseorang pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya
mereka. Ramai berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti

kenaikan gaji dan pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap


beretika berbanding keuntungan kepada syarikat. 3.0 PERKAITAN KES
DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA Dalam kes Diana, penulis akan
mengaitkan hubungan gangguan seksual dengan tiga ciri etika iaitu akibat
yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi.
Huraian lebih lanjut setiap ciri adalah seperti di bawah. 3.1 Perkaitan
dengan Akibat yang Berpanjangan Apabila terjadinya gangguan seksual,
maka sudah pasti terdapat kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kesan ini
boleh membuatkan mangsa berasa tidak selamat ditempat kerja atau
mengalami tekanan psikologi sehingga boleh mengganggu kehidupan
seharian mereka. Tambahan pula, sekiranya mangsa bertindak untuk
mengunci mulut dan memendam perasaan terlalu lama, mereka berisiko
tinggi mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Dalam hal ini,
sekiranya Diana mengambil keputusan untuk terus berdiam diri, akibat
yang berpanjangan yang mungkin berlaku kepadanya ialah: i.
Keselamatannya terjamin. ii. Diana akan terus diganggu oleh Amran dan
berkemungkinan untuk terjerumus dalam aktiviti maksiat. iii. Kerjayanya
dapat dikekalkan. iv. Mengalami tekanan emosi, trauma dan fisiologi. v.
Rumah tangganya mungkin bermasalah. vi. Memencilkan diri dan kurang
berinteraksi dengan rakan sekerja.
9. 7 vii. Produktiviti dan prestasi kerja menurun. Sebaliknya jika Diana
melaporkan perbuatan Amran kepada pihak berkuasa atau Jabatan Tenaga
Kerja, kesan yang berlaku adalah: i. Keselamatannya terancam. ii. Amran
akan menjauhkan diri dan tidak mengganggunya lagi. iii. Hilang mata
pencarian. iv. Mengurangkan beban tekanan yang ditanggung dan emosi
kembali stabil. v. Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat.
vi. Hubungan dengan rakan sekerja kembali jernih dan mendapat
sokongan daripada mereka. vii. Produktiviti dan prestasi kerja dapat
dikekalkan atau lebih baik. 3.2 Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti
Sebarang keputusan yang diambil oleh Diana mempunyai akibat baik dan
buruk kerana masalah yang berlaku bukan sahaja boleh memberi kesan
kepada dirinya tetapi juga kepada Amran, kakitangan dan syarikat.
Keputusan yang dibuat mungkin akan berpihak kepadanya atau mungkin
tidak. Perkara-perkara yang mungkin berlaku adalah: i. Jika Diana
membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan Tenaga Kerja, Amran
akan ditahan dan dikenakan tindakan tata tertib. ii. Jika perbuatan Amran
terbongkar, keselamatan Diana terancam dan dia mungkin dicederakan.
iii. Jika masalah gangguan seksual diketahui oleh kakitangan syarikat,
Diana terpaksa menanggung malu dan mengalami gangguan fikiran serta
ketidakstabilan emosi. iv. Jika pelanggan mengetahui masalah yang
berlaku, syarikat akan berada dalam keadaan bahaya kerana pelanggan
mungkin lari, saham syarikat jatuh, pembatalan kontrak dengan pembekal
atau
10. 8 syarikat lain mengelak daripada berurusan dengan Syarikat Rima
Manufacturing. 3.3 Perkaitan dengan Implikasi Peribadi Gangguan seksual
sudah pasti mempengaruhi fizikal dan mental Diana. Ini kerana dia

diganggu oleh Amran tanpa kerelaannya. Bukan itu sahaja, masalah yang
berlaku boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sudah berkahwin.
Diana mungkin dipandang rendah oleh rakan sekerja, keluarga ataupun
masyarakat. Antara implikasi peribadi yang mungkin berlaku kepadanya
adalah: i. Diana dipecat kerana melaporkan perbuatan majikannya kepada
pihak polis atau Jabatan Tenaga Kerja. ii. Trauma kerana sukar melupakan
peristiwa yang memalukan diri dan keluarganya serta mengalami
gangguan tekanan, penumpuan dan kestabilan mental sehingga dapat
mengganggu aktiviti sehariannya. iii. Cenderung untuk mengasingkan diri
daripada masyarakat kerana menjadi mangsa gangguan seksual sehingga
merasakan diri tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan
rakan-rakan sekerja. iv. Perasaan takut dan curiga kepada orang asing
yang tidak dikenali atau tempat yang belum pernah dikunjungi. 4.0
ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN Menguruskan masalahmasalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat secara
langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang
antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi
masalah etika yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan
yang diambil perlu seimbang dengan prestasi ekonomi dan prestasi
sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam pengurusan ini boleh dicapai
melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi, analisis undang-undang
dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah gangguan
seksual yang dialami oleh Diana dengan ketiga-tiga analisis tersebut.
Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut:
11. 9 4.1 Analisis Ekonomi Gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja
boleh merencatkan perkembangan kerjaya mangsa malah ia turut
memberi kesan kepada produktiviti dan ekonomi negara. Mangsa akan
mengalami kesukaran untuk menceburi bidang pekerjaan kerana mereka
tidak dinilai berdasarkan kebolehan dan kualiti kerja tetapi melalui daya
tarikan. Akibatnya, mangsa tidak bersemangat untuk bekerja dan prestasi
kerja semakin merosot. Tambahan lagi, permohonan cuti sakit akan
meningkat, kerap ponteng kerja, ketidakpuasan kerja serta gagal dalam
hubungan interpersonal ditempat kerja. Kenaikan pangkat kepada mangsa
yang berpengalaman akan terjejas kerana ada di kalangan mangsa
sanggup berhenti kerja akibat tidak sanggup menanggung penderitaan.
Hal ini akan merugikan pasaran buruh kerana boleh menyebabkan tukar
ganti buruh yang tidak dirancang. Tindakan ini turut menyumbang kepada
peningkatan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh industri
untuk melatih pekerja-pekerja baharu. Apabila isu gangguan seksual
diketahui umum, imej organisasi akan tercalar dan pengurusan syarikat
mungkin terpaksa menanggung pembayaran pampasan kepada mangsa.
Perkara ini jelas akan merugikan ekonomi negara. 4.2 Analisis UndangUndang Masalah gangguan seksual di tempat kerja timbul daripada
perhubungan yang membabitkan perlakuan individu di tempat kerja. Tidak
dinafikan gurau senda sesama kakitangan pasti tidak lari dalam kehidupan
seharian ditempat kerja, cuma yang membezakannya adalah maksud dan

perbuatan disebaliknya sama ada suasana tersebut menimbulkan


ancaman kepada mangsa ataupun tidak. Kes Diana jelas menunjukkan
bahawa dia mengalami serangan seksual daripada Amran kerana tingkah
laku Amran melampaui batas apabila melibatkan sentuhan fizikal dan
gangguan emosi Diana. Kejadian ini perlu diberi perhatian oleh semua
pihak kerana ia ibarat pembuka tirai bagi kesalahan seksual yang lebih
berat seperti merogol dan sebagainya.
12. 10 Ketiadaan undang-undang khusus berkaitan dengan gangguan
seksual menimbulkan masalah kepada mangsa kerana tiada prosedur dan
panduan yang jelas untuk membuat laporan dan aduan. Mangsa turut
mengalami kesukaran untuk mendapatkan saksi dan mengumpul bukti
kerana perbuatan meraba misalnya tidak dapat dilaporkan tanpa bukti
yang kukuh. Oleh itu, satu Akta Gangguan Seksual perlu diwujudkan bagi
menangani kes gangguan seksual ini dengan lebih baik. Kementerian
Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan untuk Mencegah dan
Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi memberi garis
panduan untuk semakan dalaman. Walau bagaimanapun, Kod Amalan ini
tidak memberi sebarang implikasi undang-undang atau peruntukkan
bentuk hukuman yang hendak dikuatkuasakan ke atas pengganggu.
Undang-undang sedia ada juga tidak mampu menangani masalah ini
dengan berkesan. Setakat ini kesalahan gangguan seksual diletakkan di
bawah kesalahan jenayah Seksyen 354, 355, 377D dan 509 Kanun
Keseksaan (Akta 574), bukannya di bawah kesalahan tort. Tambahan
lagi, bermula 1 April 2012, Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan
Bahagian XVA Seksyen 81A sehingga 81G iaitu satu bahagian baharu
untuk gangguan seksual. Skop ini hanya melibatkan gangguan seksual
yang berlaku di tempat kerja ataupun yang terbit daripada pekerjaannya
sahaja. Sebarang gangguan seksual yang berlaku diluar skop tersebut
adalah di luar bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja dan perlu dilaporkan
kepada pihak berkuasa. 4.3 Analisis Etika Kod etika ialah peraturan yang
menegaskan apa yang benar dan apa yang salah berkenaan adab dan
tingkah laku manusia. Setiap organisasi mempunyai kod etika masingmasing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang perbuatan
yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan dikenakan
tindakan tata tertib. Dalam kes Diana, Amran telah menunjukkan tingkah
laku negatif kerana membuat gangguan seksual secara terang-terangan
terhadap Diana. Ini
13. 11 menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Amran terhadap
kakitangannya kerana mengganggu dan menjatuhkan air muka mangsa.
Kesalahan ini di pandang serius dalam Islam kerana ia termasuk dalam
perbuatan mungkar dan maksiat yang merupakan faktor perosak kepada
individu, keluarga dan masyarakat. Matlamat hidup manusia untuk
mencapai kejayaan di dunia dan akhirat akan turut terjejas akibat
perbuatan ini. 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN
SEKSUAL Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius dan
ditangani dengan segera supaya tidak menjadi satu wabak dalam

masyarakat. Gejala ini merupakan masalah dalaman organisasi yang perlu


dibendung bagi mengelakkan sesebuah organisasi itu gagal beroperasi
dengan produktif yang seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada
negara. Dua langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan
lebih ramai yang menjadi mangsa adalah: 5.1 Mendapatkan Khidmat
Kaunseling Setiap industri dan organisasi perlu mewujudkan kemudahan
khidmat kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah yang
rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Khidmat bimbingan
dan kaunseling ini ditubuhkan bagi membolehkan mangsa mengadu
masalah dan mendapatkan bantuan daripada pakar kaunselor. Peranan
khidmat kaunseling adalah memberi nasihat dan motivasi kepada mangsa
berkaitan cara mengendalikan permasalahan serta pengetahuan untuk
melindungi diri daripada gangguan seksual ditempat kerja. 5.2
Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual
Kaedah terbaik untuk mengatasi fenomena gangguan seksual ini adalah
dengan mengetengahkan pendidikan dan kesedaran tentang konsep
gangguan seksual ke mata umum bagi menyedarkan masyarakat tentang
situasi yang berlaku serta mengambil langkah berjaga-jaga. Faktor
berlakunya gejala ini adalah disebabkan kekaburan dalam mentafsir
gangguan seksual. Wujudnya tanggapan dan persepsi yang berbeza
tentang konsep gangguan seksual
14. menyebabkan kebanyakan daripada mereka menganggap perlakuan
tersebut hanyalah satu gurauan. Selain itu, badan kerajaan dan bukan
kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan
kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu tentang
pendidikan seks dan memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan
seksual. Kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat ini
adalah melalui kursus, ceramah, bengkel, poster, iklan, hebahan di
televisyen dan radio dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini diperlukan bagi
memastikan masyarakat memahami konsep sebenar gangguan seksual.
6.0 KESIMPULAN Masalah gangguan seksual dalam pengurusan tidak
boleh dipandang remeh kerana melibatkan masa depan serta imej individu
dan juga organisasi. Pandangan negatif masyarakat terhadap mangsa
perlu ditepis dan diganti dengan sokongan moral supaya mangsa tidak
berasa disisihkan oleh masyarakat. Berdasarkan analisis kes gangguan
seksual Diana, dapatlah dirumuskan bahawa gangguan seksual di tempat
kerja boleh menyebabkan masalah kepada individu dan organisasi.
Sebahagian keputusan yang dibuat mempunyai akibat yang
berpanjangan, akibat yang tidak pasti serta mempunyai implikasi diri.
Masalah etika ini turut memberi kesan kepada keseimbangan prestasi
ekonomi dan prestasi sosial organisasi melalui analisis ekonomi, undangundang serta etika. Selain itu juga, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan
nilai-nilai moral dan tingkah laku setiap individu dalam organisasi.
Langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengatasi masalah ini adalah
dengan mendapatkan khidmat kaunseling serta memberikan pendidikan

dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual supaya masalah ini


tidak menular dalam masyarakat. (2916 patah perkataan) 12
15. 13 RUJUKAN Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang
Gangguan Seksual di Malaysia (2nd ed). Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing. Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mumtaj Hassan. (2002). Kesalahan
Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan.
National Human Resource Management Conference. Kedah: Universiti
Utara Malaysia. Aini Zamirah Abd Jalil. (2013, September 29). Gangguan
Seksual dan Apa Boleh Dilakukan Jika Menjadi Mangsa?. [Online].
Available: http://lacihitam.blogspot.com/2013 /09/khas-wanita-gangguanseksual-dan-apa_29.html. [2014, November 16]. Ho, J.A., & Tee, K.K.
(2013). OUMM3203 Professional Ethics (3rd ed). Selangor: Meteor Doc.
Ishak Mad Shah (et al.). (2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian
ke Atas Mangsa dan Pelaku di Sekitar Johor Bahru, Johor. Universiti
Teknologi Malaysia: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Jamiah
Shukri. (2011, Jun 17). Gangguan Seksual di PejabatMiang atau SukaSuka!!. [Online]. Available: http://lhakimsuarahati.blogspot.com/2011/06/gangguan-seksual- di-pejabatmiangatau.html. [2014, November 14]. Muhamad Hafizi Omar. (2014, Mei 12).
Trauma Gangguan Seksual. [Online]. Available:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Traumagangguanseksual/Arti
cle/index_ html. [2014, November 14]. Mumtaz Began Abdul Kadir, &
Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Integriti Peningkatan Kualiti Organisasi.
Selangor: YEOHPRINCO. Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana
Kerja Positif : Aspek Hubungan Manusia dan Persekitaran Sosial. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
16. 14 Aduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Awas Kamu!!. (2010,
April 29). [Online]. Available: http://tunjulia.com/?p=683. [2014, November
14]. Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (2013, November 25).
[Online]. Available:
http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/11/menghentikan-keganasanterhadap- wanita.html. [2014, November 13]. Sexual Harassment at
Workplace. (2008, 25 Julai). [Online]. Available: http:// dangaurindu.
blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html.
[2014, November 13].

You might also like