You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED,

KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA CADANGAN

LATIHAN KOIR SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED

ANJURAN :
PELAJAR GURU IPG KAMPUS PULAU PINANG

TEMPAT :
DEWAN BESAR SK COMBINED

TARIKH :
7 OKTOBER 2015 HINGGA 21 OKTOBER 2015

1. PENGENALAN
Latihan untuk persembahan koir merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan oleh
pelajar guru Semester 8 PISMP Ambilan Januari 2012 dalam memenuhi terma
dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus dapat
menguji kreativiti guru pelatih di samping melihat komitmen guru pelatih dalam
menjayakan sesuatu projek.
2. MATLAMAT
Melatih murid-murid Kelab Koir agar berupaya untuk mengetuai nyanyian lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku semasa perhimpunan mingguan sekolah. Di
samping itu, latihan ini juga berupaya membentuk disiplin murid dalam mengetuai
nyanyian lagu serta menerapkan nilai kepimpinan dalam diri murid-murid.
3. OBJEKTIF
3.1 Membentuk sebuah kumpulan koir yang mampu mengetuai nyanyian lagu
kebangsaan dan lagu negeri dengan baik.
3.2 Memupuk rasa hormat terhadap lagu kebangsaan dan lagu negeri dalam
kalangan murid.
3.3 Menerapkan rasa cinta akan negara dalam kalangan murid sekolah.
3.4 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi antara pelajar
guru dengan warga sekolah.
3.5 Memberi pelajar guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
3.6 Memberi peluang kepada pelajar

guru

untuk

merancang

dan

melaksanakan aktiviti di sekolah.


3.7 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar
guru dalam program yang dilaksanakan.
4. SASARAN
Murid-murid Kelab Koir
5. TEMPAT
Dewan Besar, Sekolah Kebangsaan Combined
6. PELAKSANAAN

Tarikh

: 7 Oktober 2015 hingga 21 Oktober 2015

Masa

: 1.40 petang hingga 3.00 petang

7. JAWATANKUASA PROJEK
Penasihat

: Puan Saftuyah binti Haji Adeng


(Guru Besar)

Pengerusi

: Puan Sharipah Saptuyah binti Wan Othman


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha

: Cik Alicia June anak Iha

Bendahari

: Cik Beatrice Justina Teo

AJK Dokumentasi

: Cik Florinna anak Kennedy

8. KESIMPULAN
Pihak Sekolah Kebangsaan Combined dipohon agar meluluskan kertas kerja ini
supaya aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Pengalaman
yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu
sandaran atau pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru. Aktiviti
ini akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja murid-murid sekolah bahkan
juga pelajar guru sendiri.

Disediakan oleh,

..................................................
(CIK ALICIA JUNE ANAK IHA)
Pelajar Guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Disemak oleh,

..................................................
(PUAN SHARIPAH SAPTUYAH BINTI WAN OTHMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Combined

Disahkan oleh,

..................................................
(PUAN SAFTUYAH BINTI HAJI ADENG)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Combined

You might also like