You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR,

JKR 242, JALAN ARAB,


84000 MUAR, JOHOR

Telefon : 06-9511780
Faksimili : 06-9511590
E-mel
: www.ppdmuar.edu.my

___________________________________________________________________________
Ruj. kami : JPA5007/500-4/2/12 (
Tarikh
: 20 OKTOBER 2015

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Muar
Tuan,
RUMUSAN DIALOG PRESTASI BIL 8 / TAHUN 2015
FOKUS : PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 5 / 2015
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR
Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Rumusan Dialog Prestasi Bil. 8 yang telah diadakan pada 7 Oktober 2015
di SJKC Pei Yang telah memutuskan perkara berikut untuk tindakan
tuan/puan :
2.1

2.2
2.3

Unit Pengurusan Akademik memutuskan Peperiksaan Akhir Tahun


untuk Tahun 5 untuk mata pelajaran teras : Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains diselaraskan untuk membolehkan Unit
Pengurusan Akademik, PPD Muar membuat penetapan TOV tahun
2016.
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun juga akan menjadi asas proses
kerja Panitia mata pelajaran daerah dalam mencapai matlamat
mencapai ETR UPSR tahun 2016.
Semua sekolah dimestikan melaksana tindakan berikut :
2.3.1 Melaksana Peperiksaan Akhir Tahun 2015
2.3.2 Melaksana proses penandaan
2.3.4 Melaksana Analisis Item mengikut mata pelajaran
2.3.5 Melengkapkan Analisis Item mengikut mata pelajaran secara
Online dalam Portal 1Stop Data Center, PPD Muar.
2.3.6 Data Analisis Item akan dianalisis oleh PPPD dan Pengerusi
Panitia terlibat dan akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKKD
Bil. 1 Tahun 2016.
2.3.7 Panitia mata pelajaran daerah akan merangka program dan
aktiviti berdasarkan Analisis Item tersebut.

3.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Haji Lukman bin Simon, Ketua Unit
Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Surat ini adalah cetakan komputer.
Surat rasmi akan diedarkan melalui peti surat sekolah.

You might also like