You are on page 1of 10

Syarat-syarat perjanjian persekutuan

1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan


yang dikenali sebagai Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi negeri
lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara
keempat-empat negeri itu.
3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.
6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7.Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.
8.Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
9.Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk
menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10.Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.
11.Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal
oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12.Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13.Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
14.Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan
kewibawaan Sultan.

Kesan-kesan
1.

Politik
Kesan politik yang pertama hasil daripada penubuhan Negeri-negeri Melayu

Bersekutu ialah British berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan


pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan
dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang
Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan
atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai
persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan,
polis kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan.
Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan dalam erti
kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral yang berkuasa
penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti
eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan
negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam
menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan
besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.
Kedua penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen
Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana
semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri. Gabenor Negeri-

negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak dapat
mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk
mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen
Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis
Mesyuarat Persekutuan yang diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak
ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen
Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan
pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral. Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran. Majlis Mesyuarat
Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undang-undang digubal oleh
Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang. Majlis
Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang
yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai
Pegawai British yang diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negerinegeri Melayu Bersekutu ditadbir secara langsung oleh British.
Selain itu Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu ditubuhkan.
Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan-sultan di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja Raja Melayu mendapati kuasa mereka
semakin berkurangan. Sultan Perak menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak
British. Ekoran dari itu satu desakan di buat untuk mengembalikan kuasa Raja-Raja
Melayu dan ekoran dari itu British bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan
Raja-raja Melayu bagi mengatasi masalah tersebut pada tahun 1897. Persidangan

Raja-raja Melayu atau Durbar Pertama berlangsung pada tahun 1897 di Kuala
Kangsar. Ini adalah perintis ke arah Persidangan Raja-raja Melayu yang diadakan
setiap tahun sekarang. Pada tahun 1903, Durbar Kedua diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam Durbar Kedua, Sultan Idris (Sultan Perak) telah mendesak agar kuasa rajaraja Melayu dikembalikan, bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
ditingkatkan, pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi dan Bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi.Kesan desakan Sultan Idris dalam Durbar Kedua ialah
Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909 dan
Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan dan digantikkan dengan jawatan Ketua
Setiausaha.

2.

Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan


kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan
kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah
menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua
negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang ekonomi
telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau Seberang Laut
untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negerinegeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.
Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan
negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi

sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke
Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih
timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang
Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih
timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang
Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas perlombongan-perlombongan bijih
timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu juga dengan perusahaan getah
yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
3.

Sosial

Penubuhan

Negeri-negeri

Melayu

Bersekutu

telah

berjaya

mewujudkan

keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi


undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi
terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah.
Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat
majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan
tidak

dapat

mengasimilasikan

diri

dalam

masyarakat

Melayu.

Penubuhan

pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti


Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan

sosial seperti perhubungan,

kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu


mempunyai

kepentingan

ekonomi

kerana

ia

disediakan

di

kawasan

yang

mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di


persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan
340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah
Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina.
Selain itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh.
Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak
golongan bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala
Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan 1895


dan Kedaulatan Malaysia adalah pembentukan Persekutuan 1895 menjadi perintis
kepada penyatuan negeri-negeri melayu. Melalui pembentukkan ini

Raja-Raja

Melayu dan Majlis Mesyuarat Kerajaan di keempat-empat negeri kehilangan kuasa


mentadbir kerana kuasa sepenuhnya di miliki oleh Residen Jeneral. Ini mendorong
Raja-Raja Melayu mendesak British menubuhkan Durbar atau lebih dikenali sebagai
Majlis Raja-Raja Melayu. Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan raja-raja
Melayu (Kedah, Pahang, Kelantan, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor
dan Terengganu) dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri (Sarawak, Pulau Pinang,
Sabah dan Melaka), fungsi dan tanggungjawabnya tetap dilaksanakan demi amanah
yang diberikan sepertimana harapan rakyat Malaysia. Secara umum, fungsi Majlis
Raja-raja antara lain, memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan

Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Satu


perkara menarik yang perlu diketahui umum, hanya Majlis Raja-Raja di Malaysia
inilah satu-satunya yang wujud di dunia pada masa kini, di mana pemuafakatan di
antara Raja-Raja Melayu serta pihak kerajaan yang dipilih melalui prinsip demokrasi
berparlimen dapat bermuafakat demi memastikan negara kita Malaysia sentiasa
berada dalam keadaan harmoni dan makmur. Majlis Raja-Raja juga merupakan
kaedah semak dan imbang kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
selain

memberi

nasihat dan

pandangan

dari

semasa

ke

semasa

dan

ini

membuktikan jalinan muhibah antara semua Raja-Raja Melayu.


Perkaitan kedua dapat di lihat dari sudut agama, semasa pembentukan
Persekutuan 1895 memperlihatkan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama di negeri
masing-masing dan bertanggungjawab menjaga agama Islam. Raja-Raja Melayu
mesti menerima penasihat British dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat
dan agama Islam. Manakala selepas Perang Dunia kedua, Perlembagaan Malayan
Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang menukar peranan
British daripada penasihat kepada mentadbir Persekutuan Tanah Melayu secara
langsung, namun adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak disentuh oleh
British. Ianya terus kekal sehinggaTanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 dan sehingga

terbentuknya Malaysia 1963 dan kedaulatanya terus di

pelihara. Menurut perlembagaan Malaysia Agama

Islam telah termaktub dalam

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai agama islam persekutuan

dan

dalam masa sama agama lain boleh diamalkan selagi selari dengan prinsip
keamanan dan kedamaian. Yang Di Pertuan Agong merupakan ketua Agama islam
bagi Negara Malaysia.

Ketiga antara perkaitan yang boleh dilihat dalam Pembentukan Persekutuan


1895 dan Kedaulatan Malaysia adalah mengenai konsep persekutuan. Ia telah
wujud dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri
Melayu

Bersekutu

diperkenalkan

melalui

Perjanjian

Persekutuan

1895 yang

menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang
dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang
Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang
mentadbir

berdasarkan

panduan

kuasa

yang

telah

digariskan.Sebelum

itu,

keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan


memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempatempat negeri itu tidak seimbang. Konsep persekutuan yang dilaksanakan British itu
telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit.
Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.Seterusnya pada
1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip
persekutuan

bagi

menggantikan

Malayan

Union.

Ketika

negara

mencapai

kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani


perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai
'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.Idea
mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah
dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam
Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963.Secara umumnya kedaulatan Malaysia pada masakini , memperlihatkan
pembahagian

kuasa

antara

kerajaan

pusat

dan

kerajaan

negeri.

Doktrin

pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga


badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.

Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak
diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.
Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,
manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri.
Satu lagi unsur penting dalam sistem persekutuan di negara kita ialah Yang
di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai
kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat
sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila
institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi
setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.Berdasarkan Perlembagaan
Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan
Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan pemilihan
dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap
lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda
adalah seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat
mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalam Pesetiaan


Persekutuan 1895 ini adalah,

pentingnya kebijaksaan pemimpin dalam mentabir

negeri ataupun negara. Jika pemerintah mentadbir dengan teratur dan sistematik,
nescaya kuasa luar tidak akan campur tangan dalam urusan pemerintah.Mogamoga dengan peristiwa persekutan 1895 ini dapat memberi kita pengajaran agar
pemimpin

memainkan

peranan

bijak

dalam

mentabidr

negara

dan

tidak

membiarkan kuasa luar untuk campur tangan dalam segala urusan pemerintahan
seterusnya akan terus mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

10

You might also like