You are on page 1of 4

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini didaftarkan oleh kerajaan Negeri Johor pada tahun 1954 dan dimulakan
dengan seorang guru dan 20 orang murid.Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
sebuah bangunan kecil . Bangunan ini juga digunakan sebagai tadika kanak-kanak
ladang. Pada peringkat awal ( 1954 -1960), sekolah ini dikenali SJK (T) Ladang
REM.DIVISION 1, ULU TIRAM, JOHOR.
Dengan daya usaha dan tanggungjawab guru-guru yang tidak berbelah bahagi
sekolah ini telah menampakkan peningkatan dalam tahun 1958. Dalam tahun ini,
jumlah murid telah meningkat dan bilangan guru telah bertambah kepada empat orang.
Pada tahun 1960, sekolah ini telah mengalami satu perubahan yang besar, kesan
daripada pengambil alihan pengurusan ladang ini oleh pentadbiran baru. Pada masa
malah Jabatan Pendidikan telah menyedari bahawa bangunan yang digunakan tidak
lagi sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperuntukkan wang sebanyak RM 22 000 bagi tujuan membina bangunan baru
yang lebih sesuai di tapak yang baru. Bangunan baru ini mempunyai empat buah bilik
darjah yang boleh mengubahsuaikan mengikut bilangan murid di setiap kelas. Pada
20.10.1962 pembukaan bangunan baru dirasmikan oleh En.S.V.J.Ponniah JMN.PIS
Pengarah Pelajaran Johor (Cheef Education office). Semasa itu sekolah ini mempunyai
guru seramai 8 orang dan murid sebanyak 174 orang.
Dalam proses perkembangan , sekolah ini telah mengalami satu peristiwa di mana satu
mogok telah diadakan oleh ibubapa dan guru-guru. Mogok ini bermula pada 29.05.1962
dan berlanjutan selama tiga bulan. Mogok tersebut telah berakhir pada 26.08.1962
dengan campurtangan pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Guru-guru baru telah
ditempatkan di sekolah ini bagi menggantikan guru-guru lama. Ibubapa telah berpuas
hati dengan tindakan ini dan suasana sekolah baru.
Pada tahun 1970 ,sebuah bilik tambahan dibina untuk kegunaan pejabat sebagai
bilik guru besar. Dari semasa ke semasa pembinaan pengubahsuaian bilik bagi tujuan
kantin, bilik guru, bilik stor dan sebagainya telah diadakan. Usaha telah dibuat untuk
masukkan air paip dan elektrik pada tahun 1992. Pada tahun 1994, tapak sekolah

dahulunya dibawah hak milik majikan dan pengurusan Ladang Kim Loong telah
menukar kepada projek perumahan dan perindustrian. Kini padang sekolah ini diambil
alih oleh Kementerian Pelajaran dan telah membina SK Desa Cemerlang dua bilik
tandas juga telah dibina bagi menggantikan yang lama dengan peruntukkan sebanyak
RM 9 500 dari ADUN Kawasan Tenggaruh Kluang.YB A.Singgatore dan sumbangan
PIBG sebanyak RM 2 500.
Pada bulan November 1995, dua bilik darjah dibina atas daya usaha PIBG dan
ibubapa di kawasan ini telah siap pada bulan Februari 1996. Bilangan murid juga
bertambah kepada 271 orang dan tenaga guru bertambah dari 14 ke 16. Sepanjang
tahun ini, sekolah ini mengalami banyak perubahan. Semakin lama semakin bertambah
bilangan murid. Pada akhir tahun 1996, jumlah murid telah bertambah kepada 278
orang dan bilangan guru bertambah 17 orang. Sebuah bilik darjah berasingan
ditambahkan menjadi bilik guru besar.
Satu bilik khas dibina untuk tujuan mendirikan bilik perpustakaan, menggantikan bilik
darjah yang diubahsuaikan dahulu. ADUN Kawasan Pasir Gudang YB K.S.Balakrishnan
telah memberi peruntukkan sebanyak RM 15 000. Sekolah ini terus berkembang dan
terus meningkat bilangan murid.
Sekolah ini telah menerima sumbangan sebanyak RM 20 000 daripada Kim Loong. RM
20 000 daripada Panoramik dan RM 30 000 daripada YB Dato K.S.Balakrishnan.
Dengan sumbangan yang diberi sebuah bangunan baru yang menelan belanja
sebanyak RM 123 000 telah dapat dibina pada tahun 1997 bagi menampung jumlah
murid yang semakin bertambah iaitu lebih kurang 300 orang murid. Pada tahun 2001
pertambahan murid meningkat menjadi 400 orang dan tenaga pengajar pula bertambah
kepada 23 orang. Pada tahun ini pengubahsuaian sebuah bilik darjah kepada bilik
komputer dan pengubahsuaian kantin diadakan . Pada tahun 2002 pula sekolah ini di
naik taraf ke sekolah Gred A. Bilangan murid semakin meningkat kepada 430 orang
dan bilik darjah tidak mencukupi.
Maka pada tahun 2002 atas bantuan peruntukkan sebanyak RM 20 000 daripada
MIC Negeri Johor dapat membina sebuah bilik darjah. Pada tahun 2003, bangunan
tambahan dibina untuk menampung Guru-guru Penolong Kanan seramai 4 orang
dengan peruntukkan sebanyak RM 15 000 daripada YB Dato K.S.Balakrisnan. Pada

2004 sebuah makmal sains dibina dengan peruntukkan sebanyak RM 30 000 atas daya
usaha Dato K.S.Balakrisnan. Begitu juga peralatan pejabat dan makmal sains
peruntukkan sebanyak RM 3 000 oleh MIC Bahagian Tebrau En.Sooria Narayanan.
Pada tahun 2006 kami mengatasi masalah kekurangan bilik darjah kerana
peningkatan kemasukan murid yang yang ramai. Rancangan untuk membina bangunan
tambahan 4 tingkat telah mula dibina dengan kos RM 2.2 juta. Pada 16.11.2006
( Khamis ), jam 4.30 petang Y.B. Dato Sri S.Samy Vellu telah melawat ke sekolah ini.
Kunjungan beliau adalah dari hasil jemputan dariPIBG sekolah ini untuk melihat
keadaan sebenar sekolah dan beliau memberi jaminan untuk membina bangunan 4
tingkat. Beliau juga telah menyumbang sebanyak RM 500 000.00. YB Dato
K.S.Balakrishnan telah menyumbang sebanyak RM 650 000.00 . Ahli Parlimen Tebrau
YB Teng Boon Soon telah menyumbang RM 100 000.00. MIC Kawasan Tebrau telah
menyumbang sebanyak RM 30 000.00.
Bangunan telah disiap pada 11 November 2007. Pembangunan 4 tingkat
dibangunkan dengan begitu pesat dengan hanya RM 2.2 juta. Pada 13.12.2007
Jawatankuasa GOOD WILL DINNER diketuai oleh En.K.Nagalingam telah diadakan
dengan begitu penuh meriah di Pekin Sutera Restoren untuk mengutip dana bagi
menjelaskan hutang.Jamuan ini telah dirasmi oleh YB Dato Seri S.Samy Vellu. Pada
hari yang sama kunci bangunan baru telah diserahkan kepada Guru Besar
Pn.LPK.Rajamani.
Pada 03.01.2008 Murid-murid telah melangkah ke bangunan baru 4 tingkat untuk
memulakan era baru di sejarah SJK ( T ) Desa Cemerlang atas inisiatif YB Dato Seri
S.Samy Vellu. Keceriaan sekolah,pagar tembok,dataran kereta,gelanggang
badminton,tapak perhimpunan,pondok bacaan,pondok rehat, pondok jaga,naik taraf
padang,kolam teratai telah dibangunkan atas usaha Pengerusi Pembangunan
En.K.Nagalingam dengan kos lebih kurang RM 500 000.00.Selebih hutang bangunan 4
tingkat RM 610 000 00 telah dibantu oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri
Hishammuddin Bin Hussein pada 12.10.2008.
Pada 17 Mei 2008 PIBG telah memohon menukarkan status sekolah kepada sekolah
kerajaan. Pada 23.10.2008, SJK(T) Desa Cemerlang telah di isytiharkan sebagai
sekolah kerajaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini pula, SJK(T) Desa

Cemerlang semakin meningkat dari segi keceriaan, prestasi dan juga bilangan murid
serta tenaga pengajar. Jumlah murid sekolah ini 545 orang dan tenaga pengajarnya
seramai 35 orang.

You might also like