You are on page 1of 11

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha,
Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmad ,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Diiringi Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang
Majlis mengalu-alukan
Yang Berusaha,
Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmad,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Yang Berusaha,
Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Para Pensyarah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, para atlit seterusnya
warga institut sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KAMPUS
PULAU PINANG KALI KE-41

Assalamualaikum
1Malaysia.

w.b.t.

Salam

Sejahtera

dan

Salam

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi
kesempatan untuk kita sama-sama berhimpun pada pagi
yang berbahagia ini untuk menyempurnakan satu lagi
lembaran

sejarah

di

IPG

Kampus

Pulau

Pinang

iaitu

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-41.


Majlis seumpama ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim di samping memeriahkan kejohanan pada kali
ini.

Diharapkan kepada semua atlit yang mengambil bahagian


dapat
menjayakan kejohanan kali ini dengan penuh semangat
kesukanan.

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini dimulakan dengan


acara pembukaan iaitu perarakan lintas hormat daripada
kontinjen yang mengambil bahagian.
Dengan itu dijemput Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmat,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang untuk menerima tabik
hormat daripada kontinjen-kontinjen perarakan.

Untuk makluman hadirin sekalian, perarakan lintas hormat


pada kejohanan kali ini diketuai oleh saudara Muhamad
Zuhairi bin Zulkifli, diikuti pembawa bendera kejohanan
Balapan dan Padang kali ke-41 dan seterusnya diikuti oleh
kontijen rumah-rumah sukan dan unit-unit berunifom IPG

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41


Kampus Pulau Pinang.

Perarakan ini juga akan diiringi oleh pancaragam yang


diketuai oleh Drumajor : Mohamad Budris bin Idaie dan di
bawah pimpinan Leftenan Khor Aik Keong.
Kuning berdaulat payung Negara. Perarakan lintas hormat
oleh kontinjen rumah Enggang yang diketuai oleh saudara
Mohamad Ikram bin Johari.

Seterusnya, merah membara semangat dinyala. Menyusul


pula perarakan masuk kontinjen rumah Helang yang diketuai
oleh saudara Zulhelmi bin Kamarulzaman.

Perbarisan seterusnya, dengan langkah persis perwira,


kontinjen dari Rumah Kenyalang. Kontinjen ini diketuai oleh
saudara

Kontinjen terakhir dengan simbolik warna hijau, kontinjen


penuh semangat, Rumah Rajawali. Kontinjen tepu semangat
menjulang ke lapis awan ini, diketuai oleh saudara Mohamad
Saufi bin Saluddin.

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

Perbarisan pada hari ini juga diserikan dengan lintas hormat


oleh unit-unit beruniform IPG Kampus Pulau Pinang.
Kontinjen yang berarak masuk ketika ini adalah kontinjen
Pengakap yang diketuai oleh saudara Amerul bin Arbaain.
Penuh dedikasi kontinjen ini memacu kegemilangan dengan
cogan kata, Buat Habis Baik.

Berkebaya biru, anggun bergaya, itulah kontinjen Kadet


Pandu Puteri IPG Kampus Pulau Pinang. Kontinjen ini diketuai
oleh saudari Nor Hayati bt Asri. Sentiasa bersedia Itulah
cogan kata kontinjen mereka.

Berpakaian putih bersih, seterusnya, kontinjen yang sedang


menuju ke pentas utama adalah kontinjen Bulan Sabit Merah
Malaysia

yang

diketuai

oleh

saudara

Gan

Long

Fatt.

Membantu Setiap Masa merupakan cogan kata mereka


untuk berbakti pada yang memerlukan.
Terkenal dengan sopan dan santun, merah jambu warna
pilihan. Kontinjen Pergerakan Puteri Islam IPG Kampus Pulau
Pinang ini diketuai oleh saudari Nor Fatin bt Tugimin.
Gagah berani di bumi pertiwi, kontinjen seterusnya adalah
Kadet Remaja Sekolah. Kontinjen ini diketuai oleh saudara
Aizudin bin Abdul Razak.
Kontinjen ini merupakan kontinjen terakhir dalam perbarisan
lintas hormat ini

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah kerana sudi


menerima tabik hormat
Hadirin sekalian, bagi mendapat keberkatan majlis pada
pagi ini, majlis mempersilakan saudara Syahmi Hakim bin
Tajudin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Doa)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Syahmi Hakim bin
Tajudin atas
bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya,
Majlis mempersilakan saudara Mohd Mazwan bin Abdul
Razak selaku pengarah projek Kejohanan Balapan dan
Padang

kali

ke-41

untuk

menyampaikan

ucapan.

Dipersilakan.
(ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Mazwan bin
Abdul Razak atas ucapan sebentar tadi.
Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji
Khalid bin Haji Ahmad, Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Kejohanan

Balapan

mempersilakan.

dan

Padang

kali

ke-41.

Majlis

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

(ucapan perasmian)
Majlis

merakamkan

jutaan

terima

kasih

kepada

Tuan

Pengarah kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian


sebentar tadi.
Dengan ini rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang
Kali ke-41. Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan
Bendera Kejohanan yang akan dikendalikan oleh pasukan
Bulan Sabit Merah Malaysia IPG Kampus Pulau Pinang.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Kejohanan Balapan


dan Padang. Bacaan ikrar ini akan disempurnakan oleh
saudara Mohamad Hanif bin Abdul Hamid.

Mengumumkan perarakan keluar kontinjen-kontinjen yang


mengambil bahagian.

Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diserikan


dengan persembahan oleh guru pelatih PISMP Tahun 2
Pemulihan 2.
Sama-sama kita saksikan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41


Hadirin sekalian, dengan ini, Kejohanan Balapan dan Padang
kali ke-41 akan bermula dengan rasminya. Kepada para atlit
yang akan bertanding, selamat maju jaya diucapkan.

Pohon sireh pohon selasih


Tumbuh merimbun dihujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman
Wabillahi

taufiq

walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi wabarokatuh.

Pengumuman:
Para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat kerana
Upacara Perasmian Penutupan akan dimulakan sebentar
sahaja lagi.

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

Hadirin sekalian,
Upacara Perasmian Penutupan Kejohanan Balapan dan
Padang Kali ke-41 dimulakan dengan persembahan silat oleh
guru pelatih PPISMP Ambilan Jun 2010 IPG Kampus Pulau
Pinang. Sama-sama kita saksikan.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Khalid bin Haji Ahmad,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Yang Berusaha,
Tuan Haji Kamarulizham bin Hazizi,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Para Pensyarah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, para atlit seterusnya
warga institut sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Untuk makluman hadirin sekalian, sepanjang
berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-41
ini, sebanyak 4 buah rumah sukan yang berentap untuk
merebut gelaran juara bagi setiap acara yang
dipertandingkan.
Kontinjen-kontinjen tersebut adalah kontinjen dari Rumah
Enggang, Rumah Helang, Rumah Kenyalang dan juga

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41


Rumah Rajawali. Tepukan buat semua kontinjen yang
menyertai Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini.
Siapakah yang bakal menjadi juara pada kali ini?
Adakah Rumah Enggang? Rumah Kenyalang? Rumah
Helang? Atau Rumah Rajawali?
Keputusannya akan diketahui sebentar sahaja lagi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan


Encik Mat Salleh bin Mohamad Zain, Ketua Unit KoKurikulum,
Bagi menjemput dan mengiringi
Yang Berusaha,
Tuan Haji Khalid bin Haji Ahmad,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Untuk

menyempurnakan

upacara

penyampaian

kepada para pemenang. Dipersilakan.

JOHAN LINTAS HORMAT RUMAH SUKAN


JOHAN LINTAS HORMAT UNIT BERUNIFORM
JOHAN HIASAN RUMAH SUKAN
JOHAN SUKAN TARA
JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN
OLAHRAGAWATI TAHUNAN
OLAHRAGAWAN TAHUNAN

hadiah

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan
Pengarah atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan rumah sukan
yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, usah
berputus asa, kita cuba lagi pada tahun hadapan!
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Yang Berusaha,
Tuan Haji Khalid bin Haji Ahmad,
Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang.
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Perasmian Penutup Kejohanan Balapan dan Padang kali ke41 IPG Kampus Pulau Pinang. Dipersilakan.

Mengumumkan upacara penurunan bendera kejohanan yang


akan dikendalikan oleh pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
IPG Kampus Pulau Pinang.

Dipersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Khalid Bin Haji Ahmat


untuk menerima penyerahan bendera kejohanan.

Bagi menyemai rasa cinta kepada Negara, hadirin dimohon


berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Teks pengacara majlis KBP kali ke-41

Hadirin sekalian, dengan ini berakhirlah sudah majlis


penutup Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-41 IPG
Kampus Pulau Pinang.
Berikan tepukan kepada semua kontinjen yang mengambil
bahagian.
Sekian saja dari kami,
Wabillahi

taufiq

walhidayah

warahmatullahi wabarokatuh.

wassalamualaikum

You might also like