You are on page 1of 6

ISU KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.0

PENDAHULUAN
Perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia bermula

sejak tahun 70an oleh KEMAS dan Jabatan Perpaduan. Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 dikuatkuasakan berdaftar atas nama Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya,
jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari
ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung
kepada apa yang dicenderungkan kepadanya, Al-Ghazali, 1296H, Dalam
Hasan Langgulung, 1979.
Dalam pendidikan sama ada pendidikan formal atau tidak formal, akan
timbul beberapa persoalan untuk diketengahkan. Ini kerana ia melibatkan
satu aktiviti

pengajaran yang melibatkan ramai pihak seperti orang yang

mengajar iaitu tenaga pengajar dan orang yang diajar iaitu pelajar. Dalam
pengajaran dan pembelajaran juga sering dipersoalkan tentang kaedah,
teknik atau cara bagaimana pendidikan atau pengajaran itu disampaikan.
Selain itu, persoalan lain yang timbul ialah apakah yang bakal dipelajari atau
diajar dalam pendidikan itu? Tahap pendidikan bagi setiap individu adalah
berbeza dari aspek umur. Kurikulum pendidikan di setiap negara telah
menggariskan panduan dan penggunaan kurikulum mengikut aspek umur.
Apa yang dimaksudkan dengan kurikulum dan adakah pendidikan awal
kanak-kanak juga disediakan kurikulum untuk memudahkan tenaga pengajar
membuat persediaan?

2.0

Definisi Kurikulum
Kurikulum adalah berasal daripada perkataan Latin curriculum yang

membawa maksud ruang tempat di mana satu pembelajaran itu berlaku.


Sejak zaman Plato, perkataan ini telah diguna pakai iaitu kira-kira tahun 400
SM. Kurikulum mempunyai bidang-bidang yang telah ditetapkan bagi
mengelakkan kecelaruan. Bidang kurikulum yang telah ditetapkan ialah
kurikulum tafsiran spesifik dan umum, kurikulum dalam dan luar bilik darjah
dan kurikulum nyata dan tersembunyi. Menurut Feldman,J.R. (1991) terdapat
lima komponen utama bagi membentuk sesebuah kurikulum iaitu falsafah,
matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian.
Pelbagai

definisi

kurikulum

telah

ditakrifkan

oleh

pakar-pakar

akademik. Tyler (1950) mendefinisikan kurikulum sebagai pelajaran yang


dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang
ditentukan. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang
berlaku di sekolah dan ia adalah bentuk penulisan yang dirancang untuk
pembelajaran. Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep kurikulum merupakan
semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah
sama ada dalam kumpulan atau secara individu.

3.0

Isu berkaitan kurikulum

Kesukaran Menguasai Konsep Nombor


Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak. Nombor memainkan peranan yang penting dalam
menguasai pembelajaran Awal Matematik. Namun begitu, didapati segelintir

tenaga pengajar tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas


dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol
nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan
objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Cara Penyelesaiannya ialah dengan memberikan pendedahan yang
berterusan kepada tenaga pengajar tentang cara pengajaran berkaitan
dengan Awal Matematik. Kebanyakkan tenaga pengajar terutama yang baru
sahaja mengajar tidak lagi didedahkan dengan cara pengajaran berkaitan dan
ini menyebabkan mereka terus sahaja memperkenalkan kanak-kanak dengan
simbol nombor tanpa mengambilkira keperluan kanak-kanak untuk tahu
tentang konsep nombor itu terlebih dahulu.

Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal


Perubahan kurikulum yang sering berlaku di Malaysia banyak
menyusahkan proses pembelajaran dan pengajaran tenaga pengajar.
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan amat menekankan pengajaran
sains awal kepada kanak-kanak prasekolah. Perubahan ini menyebabkan
tenaga pengajar kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal. Hal
tersebut juga memberi kesan terhadap sikap dan keyakinan tenaga pengajar
dalam pengajaran sains awal.
Menurut kajian Zurida Ismail dan Hashimah Yunus (2004), dalam
mengkaji sikap dan pengetahuan dalam pengajaran sains awal di peringkat
sekolah,

walaupun

umumnya

menunjukkkan

respon

positif

terhadap

pengajaran sains awal tetapi masih terhadap tenaga pengajar yang

menyatakan mereka merasakan pengajaran sains awal tidak begitu menarik.


dan mereka berpendapat mereka menghadapi kesukaran untuk memahami
sains dan beranggapan pengajaran sains awal mengambil masa yang
panjang.
Cara Penyelesaiannya ialah menghantar tenaga pengajar-tenaga
pengajar ini mengikuti kursus yang sebaiknya dibuat secara berterusan untuk
mendedahkan mereka kepada cara pengajaran Sains Awal ini. Pendedahan
yang berterusan akan menjadikan tenaga pengajar mahir dan akhirnya boleh
menguasai dan bila ianya telah dikuasai pengajaran akan menjadi lebih
mudah.

Perlakasanaan Aktiviti Belajar Melalui Kaedah Bermain


Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Namun begitu, masih terdapat isu iaitu tenaga pengajar sukar untuk
melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanakkanak. Strategi
pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti menyebut,
mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Bersabit dengan tugastugas melaksanakan pengajaran melalui aktiviti bermain, terdapat faktor faktor masalah tenaga pengajar-tenaga pengajar dalam menjalankan aktiviti
belajar melalui bermain. Antara faktorfaktor tersebut adalah mereka

kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar


melalui bermain.
Cara penyelesaiannya yang boleh dilakukan ialah dengan memberi
peluang kepada tenaga pengajar mengadakan perbincangan pendidikan
dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah.
Menyentuh hal tersebut, kebanyakan tenaga pengajar mengatakan terdapat
beberapa

perkara

penting

berkaitan

dengan

masalah

kekurangan

pengetahuan dan kemahiran iaitu seperti tenaga pengajar kurang faham


dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, tenaga pengajar
kurang yakin dengan pengajaran yang ingin disampaikan, tenaga pengajar
juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, tenaga pengajar kurang mahir
membuat alat bantu mengajar, tenaga pengajar kurang faham dengan
kurikulum itu sendiri, dan tenaga pengajar mengalami kesukaran membuat
pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak.

Isu Ketidak seragaman Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di


Malaysia
Rata-rata Kurikulum yng disediakan untuk Pendidikan awal Kanakkanak ini tidak pernah mempunyai keseragaman. Terdapat pelbagai jenis
kurikulum yang disediakan mengikut agensi yang mengendalikannya.
Berdasarkan ketidak seragaman ini, bermula dari tahun 1984, Kementerian
Pendidikan telah menghasilkan sebuah Garis Panduan Kurikulum Pendidikan
Prasekolah Malaysia . Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan
prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah diperkemaskan lagi

pada tahun berikutnya untuk menjadikannya lebih tersusun dan boleh menjadi
ikutan.
Cadangan Penyelesaian untuk megatasi masalah ini ialah kesemua agensi
yang menguruskan pendidikan awal kanak-kanak hendaklah mempunyai satu
sukatan yang sama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bila ianya boleh
disamakan, akan memudahkan kanak-kanak apabila mereka melangkah
keperingkat yang lebih tinggi dalam alam persekolahan kelak. Secara tidak
lansung ianya membantu guru-guru yang akan berhadapan dengan kanakkanak ini semasa mereka berada di prasekolah nanti.
4.0

Rumusan

You might also like