You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU

NAMA: FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR


NO I/C: 930218075218
KELAS : P6E
Pada September yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina
Insan Guru (BIG) bertempat di Dewan Munshi IPGM Kampus Sultan Abdul Halim.
Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 6 dimana
melibatkan hampir 163 orang guru pelatih. Seminar ini telah diberikan oleh tiga
orang pensyarah yang berkaliber iaitu Ustaz Md. Zuki bin Hashim, Cik Teoh Sooi
Kim dan Dr. Pushpavali A/P Appoo. Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada
tiga sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan. Slot yang pertama bertajuk Guru
dan Amalan Baik, slot kedua pula bertajuk Budaya Guru Cemerlang dan slot
terakhir bertajuk Guru dan Budaya Inovasi.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya
pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan
dengan ceramah yang bertajuk Guru dan Amalan Baik begitu menarik
perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah
telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru
dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Selain
itu, guru juga janganlah menggunakan pendekatan yang lama untuk mengajar.
Zaman teknologi yang semakin meningkat tinggi sekarang perlulah diberi
perhatian oleh guru agar murid boleh mencapai pembelajaran mereka sertaraf
dengan pdp antarabangsa. Antara perkara yang begitu ditekankan penceramah
pada hari tersebut ialah cara-cara menguruskan aktiviti dengan baik dan cekap.
Kita perlulah mempunyai ilmu yang mendalam dengan setiap aktiviti yang kita
lakukan dan bagaimana menguruskan aktiviti tersebut dengan betul dan jayanya.
Budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari
budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih.
Mendengar muqaddimah yang begitu menarik dari penceramah membuatkan
semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu
penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya
pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan
seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai
pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui

teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah
mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.
Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang
bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk
menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi
atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya
banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa
yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan
ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap
sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak
betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga
dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi
keadaan.
Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana
seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka
pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah
begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah
sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa
penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya
menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini
jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke
kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari
dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan
guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya
seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti
akan diambil serius oleh kami semua.
Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan
kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan
paradigma dalam mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari
sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab
antara

penceramah

dengan

guru

pelatih.

Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa

menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya


masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang
mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang
menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan
cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta
rintangan

menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul

tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.


Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang
tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah
malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak
bangsa.

Setiap

tugas

dan

didikan

terhadap

murid-murid

dibuat

tanpa

mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murinmuridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga
buat insan bergelar guru.
Bagi kami, guru juga telah dijadikan role model kepada masyarakat di
sekeliling kita.
Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru
dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib,
pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian
masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat.
Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu
begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang
buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminarseminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya
dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka
sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala
yang
Sekian,

telah

saya
terima

pelajari
kasih. -

dari

Seminar
See

BIG
more

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/refleksi-seminar-ceramah-binainsan.html#sthash.HwL1TViT.dpuf

ini.
at:

You might also like