You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Siti Aminah binti Mat Nawi

NO KAD PENGENALAN

: 750225-03-5566

PROGRAM

: PPG

NAMA SEKOLAH

: SK Kampung Maju Jaya

NAMA PROJEK

: Teknik Asas Dalam Jahitan Menggunakan Kertas CT

TEMPOH PELAKSANAAN : 09.08.2015 - 04.09.2015

OBJEKTIF :
1. Menarik minat murid untuk mempelajari dunia jahitan.
2. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran jahitan tangan teru
tama jahitan jelujur halus, jelujur kasar dan jahitan kia dengan lebih baik.
3. Mengenal pasti keberkesanan Teknik Kertas CT dalam aktiviti menjahit
dengan mengetahui langkah-langkah menjahit mengikut teknik yang betul.
4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara murid dengan
murid serta murid dengan guru.
5. Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan berdaya saing antara rakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru mentor.
Berjumpa dengan En Ahmad Azhani untuk membincangkan tarikh yang
sesuai bagi melaksanakan program inovasi dalam pendidikan dan tarikh
yang dicadangkan ialah pada 26 Ogos 2015 pada hari Rabu dan

melibatkan murid tahun 4 Maju 2. Seterusnya, saya memaklumkan


kepada pihak pentadbir Pn Hajjah Yos Fatimah bt Selamat dan beliau
meminta kertas cadangan projek dibuat untuk rujukan beliau.
2. Membuat perancangan dan persediaan.

Saya membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan dan


pengesahan daripada Guru Besar . Selepas kertas kerja disahkan , saya
membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran.
3. Menjalankan aktiviti inovasi bersama kelas 4 Maju 2.
Saya menyediakan segala bahan untuk memastikan proses

pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
1. Melalui projek ini, saya dapat lebih memahami tahap kreativiti antara murid
dalam menghasilkan jahitan.
2. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam menguruskan pdp saya
terutama apabila melibatkan penghasilan artikel jahitan. Di mana , tanpa
pengurusan masa yang cekap objektif pdp tidak akan tercapai.
3. Keberhasilan sesuatu projek inovasi akan berjaya dilaksanakan apabila adanya
kerjasama antara saya dan mentor. Setiap pandangan yang diberikan mentor
dapat membantu saya menguruskan pdp dengan lancar.
4. Latar belakang murid kelas 4 Maju 2 yang sebahagiannya ibunya bekerja
sebagai tukang jahit menyenangkan lagi proses pdp.

5. Kaedah menjahit menggunakan Kertas CT menarik minat murid terhadap subjek


Reka Bentuk Teknologi. Hal ini menyebabkan murid terangsang untuk meneroka
dan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan artikel.
6. Melalui projek ini, saya dapat mengenal pasti bahawa tugas guru Kemahiran
Hidup bukan senang terutama ketika mengendalikan aktiviti tunjukcara di mana
kawalan kelas perlu dititikberatkan agar kelas tidak bising. Namun saya dapat
mengatasinaya dengan membuat kaedah stesen. Dimana, ketika kaedah
tunjukcara, kumpulan yang tidak terlibat akan melakukan kerja lain dengan
membuat peta minda 3 jenis jenis jahitan asas serta fungsi setiap jenis jahitan.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Aktiviti seperti ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana muridmurid baru didedahkan dengan perkara baharu yang sebelum ini tidak
didedahkan ketika di tahap satu. Murid agak agresif untuk menjahit.
2. Masa untuk mengadakan program singkat kerana sebelum subjek RBT murid
berada di surau sekolah untuk subjek Pendidikan Islam. Pergerakan murid ke
kelas agak lambat. Justeru, segalanya perlu dilakukan tepat pada masa bagi
mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran seterusnya terganggu atau
terlewat.
3. Sebelum ini, saya mengajar tahun 6 Maju 1 subjek Kemahiran Hidup dan
murid-murid ini mempunyai tahap pemahaman tinggi berbanding tahun 4. Ini
telah menyebabkab saya susah untuk mengenal pasti tahap pemahaman
murid tahun 4 Maju 2 dan mengambil masa yang agak lama untuk untuk
disesuaikan dengan projek inovasi ini.

4. Murid lelaki masih kurang dalam kreativiti kerana nampak perbezaan ketara
berbanding murid perempuan yang bebas dalam pemikiran mereka untuk
menghasilkan jahitan asas yang lebih kemas dan menarik.
5. Penggunaan tempat yang kurang sesuai dimana murid melakukan jahitan di
dalam kelas yang lantainya dipasang karpet dan bukannya di bengkel
Kemahiran Hidup. Ini kerana bengkel Kemahiran Hidup dijadikan kelas
sepenuh masa untuk murid tahun 5 Maju 2 disebabkan kekurangan kelas.
6. Aspek keselamatan kurang dititikberatkan terutama semasa penggunaan
jarum jahit. Ada murid yang meletakkan jarum merata-rata. Seharusnya
aspek keselamatan hendaklah saya utamakan semasa berlangsungnya amali
jahitan.
7. Kebersihan semasa berakhirnya pdp adalah kurang memuaskan walaupun
telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan asing-masing. Jarum,
benang dan kertas bertaburan di lantai dan kelihatan kelas agak kotor. Tiga
orang murid terpaksa ditugaskan untuk megemas bilik darjah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Saya berharap agar saya dapat menguruskan masa pdp saya dengan lebih
tersusun lagi selepas ini. Hal ini kerana saya tidak memantau pergerakan murid
sebelum subjek saya bermula. Pergerakan murid dari surau ke kelas agak lambat.
Namun sekiranya saya berkolaborasi dengan guru subjek agama pada masa akan
datang segala-galanya akan selesai.
Sokongan mentor dan perkongsian daripada guru-guru berpengalaman juga
penting bagi menambahbaik inovasi dalam pdp. Saya telah berbincang dengan mentor
walaupun masih baru dalam dunia pendidikan tetapi idea dan cadangan beliau sebagai

penambahbaik untuk projek inovasi seperti menggunakan kain cross stitch


menggantikan kertas untuk tahun hadapan akan saya usahakan walaupun kain
tersebut agak mahal.
Di samping itu juga, bagi kelas-kelas yang terlibat dengan kerja-kerja amali akan
diambil berat dengan menggunakan bengkel Kemahiran Hidup sebagai tempat yang
paling sesuai bukannya di bilik darjah. Setelah bersemuka dengan Guru Besar, kelas 5
Maju 2 akan mendapat tempat baharu iaitu.di sebelah bilik perpustakaan. Ini bermakna
saya perlu melengkapkan Bilik Kemahiran Hidup dengan segala alatan bagi
memudahkan guru dan murid melaksanakan pdp.

KESIMPULAN
Alhamdulillah,saya rasa bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan
saya iaitu Inovasi dalam pengagajaran dan pembelajaran pada kali ini. Walaupun saya
telah 18 tahun berpengalaman dalam profesion perguruan ini, tetapi disebabkan sudah
lama tidak mengajar tahun 4 ditambah lagi dengan kurikulum yang baharu
menyebabkan saya berasa agak kekok untuk mengajar. Namun, berkat perkongsian
ilmu bersama mentor dan rakan-rakan yang sememangnya telah menghadiri kursus
kssr ini telah banyak membantu saya dalam pada kali ini. Hasil daripada pdp hari
tersebut, murid tidak sabar menunggu kelas RBT yang akan datang sehinggakan
mereka menggunakan waktu guru lain untuk membuat jahitan. Mereka begitu teruja dan
selepas ini, murid-murid ini sudah pandai menjahit sekiranya berlaku kecemasan di

sekolah mahupun di rumah. Ini bermakna objektif seperti yang dirancang telah berjaya
menarik minat murid.
Hasil perbincangan dan penilaian daripada mentor, kami merancang bermula
daripada sekarang untuk membuat perubahan ketara terhadap bengkel Kemahiran
Hidup. Kami tidak akan tunggu lagi. Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada murid
dan merasai pengalaman sebenar ketika berada di dalam bengkel. Segala peralatan
yang diperlukan oleh murid akan dilengkapkan dan kami akan menjadikan bengkel kami
sebuah bengkel yang kondusif.
Kekurangan bahan bantu mengajar di bilik darjah dan bengkel merupakan salah
satu faktor yang membunuh minat murid untuk belajar. Dalam kaedah tunjuk cara,
penggunaan BBM sangat diperlukan selain tunjukcara guru.
Kesimpulannya, inovasi dalam pendidikan telah menarik minat murid terhadap
subjek Kemahiran Hidup. Oleh itu sebagai guru, saya perlu lebih kreatif dengan mencari
idea-idea baharu untuk mendidik anak bangsa yang berkemahiran dalam pelbagai
bidang. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup.

Disediakan oleh,

..

(SITI AMINAH BINTI MAT NAWI)


Guru Pelatih

Disemak oleh,

..
( EN AHMAD AZHANI BIN YACCOB)
Guru Pembimbing

You might also like