You are on page 1of 14

BIODATA PEMIMPIN

Nama penuh:

Tun Hussein bin Dato Onn

Tarikh Lahir:

12 Februari 1922

Tempat Lahir:

Johor Bahru

Status:

Berkahwin

Nama isteri:

Tun Suhaila Tan Sri Mohd. Noah

Bilangan Anak:

Enam orang anak

Pendidikan:

English College, Johor Bahru


Akademi Tentera, Dehra Dunn, India (1940)
Barrister-at-Law, Lincoln's Inn, London (1956)

Pegawai Angkatan Tentera, Johore Military Forces

Berkhidmat dalam Angkatan tentera India Regimen Hyderabad

Kerjaya:

Berkhidmat dalam Cawangan Perisik dalam Angkatan Tentera New


Delhi HQ.
Komandan, Polis Depot, Johor Bahru.
Meninggalkan angkatan tentera, dan menyertai Perkhidmatan
Pentadbiran Melayu (1949)
Penolong Pegawai Daerah, Kuala Selangor dan Klang (1950)
Dilantik sebgai ahli parlimen Johor Bahru Timur dan calon UMNO.
Menteri Pendidikan (1970-1973)
Dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO (1973) dan (1975)
Timb Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri
(1970-1976)
Wakil Parlimen Sri Gading, Johor (1974 dan 1978)
Pemangku Presiden UMNO (Januari 1976- September 1978)
Perdana Menteri, Malaysia (Januari 1976- 1981)
Presiden UMNO (15 September 1978)
Penasihat PETRONAS

PERJALANAN HIDUP PEMIMPIN


Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru.
Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti
Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di
Telok Kurau School Singapura, dan pelajaran menengahnya di English College,
Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet
dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau
dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada
tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah.
Setelah peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik
Tentera di Markas Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya
yang luas, pihak British melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan
Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu beliau berpangkat Kapten.
Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai
Komanden

Polis

Depot,

Johor

Bahru.

Selepas

enam

bulan

di

dalam

perkhidmatan tentera di Malaya, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran


Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Daerah Segamat dan kemudian
sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang. Ketika itu British sedang
mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn sendiri memainkan
peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan UMNO.

Tun Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Daerah


untuk

turut

serta dalam

kegiatan

politik

UMNO.

Datuk

Onn

telah

memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO dan seterusnya dalam


tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO dan
bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis
Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.
Semasa darurat Tun Hussein dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan
Kawalan Kampung di Johor. Kemudian, beliau telah pergi ke London untuk
belajar undang-undang di Lincoln's Inn, England dan telah lulus sebagai
seorang peguam pada tahun 1958. Pada bulan Jun 1969 Tun Hussein telah
dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, dan dalam tahun yang
sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di kawasan Parlimen Johor
Bahru Timur, dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22 September, 1970.
Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan
Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang
Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8
Ogos 1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan
Presiden UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.
Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973,
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada hari Khamis, 15
Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara setelah
kematian Tun Abdul Razak. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.

JASA & SUMBANGAN PEMIMPIN


1. Memajukan Pendidikan
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970
apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul
Razak Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Tun Hussein bin Dato'Onn,
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju.
2. Menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'
Ketika menjadi Perdana Menteri Tun Hussein bin Dato'Onn telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak
Dato' Hussein khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.
3. Membangunkan Angkatan Bersenjata
Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih
tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata
Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia
Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan
komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis.
Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan
dan di bandar semasa tempoh darurat telah diperhebatkan malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis telah dipulihkan.
4. Memperkenalkan Dasar dan Program-program Baru
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai
pemimpin yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten

tanpa

banyak

kontroversi.

Dasar-dasar

dan

program-program

yang

diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.


5. Meningkatkan Ekonomi Negara
Walaupun pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi
dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan
membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial. Beliau telah
berjaya melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981.
Seperti bapanya, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba
meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.
Pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan
pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah
bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi
negara. Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar
menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya.
6. Menegakkan Keamanan Negara
Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah
menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari
kepimpinan negara. Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata.

NILAI KEPIMPINAN PEMIMPIN


Tun Hussein Onn adalah seorang yang amat berhati-hati apabila
membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan
berpegang

teguh

kepada

prinsip

hidupnya.

Pengalaman

dalam

bidang

ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang berdisiplin dan


mementingkan ketepatan masa.
Tun Hussein Onn juga telah memberikan kebebasan kepada akhbar dan
majalah untuk melontarkan kritikan dan komentar dengan harapan bahawa
perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau adalah seorang
negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang
sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang".
Usaha Tun Hussein Onn dalam memupuk semangat perpaduan antara
berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya
serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan
begitu kukuh pada ketika itu.

RUMUSAN TENTANG PEMIMPIN


Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29
Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana
serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan
di Makam Pahlawan Masjid Negara. Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan bagi
mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara
ini. Segala kejayaan dan kepimpinan serta pengorbanan beliau akan terus
dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.

MASALAH

Pemimpin

yang

dihormati

pemimpin yang mengamalkan

ialah
nilai

murni. Bincangkan.

OBJEKTIF KAJIAN

Menghargai jasa pemimpin

Menghargai sumbangan
pemimpin

Mencontohi nilai kepimpinan


pemimpin.

KAEDAH

Temubual

Kajian Perpustakaan

KAJIAN KES SEJARAH

TAJUK:
PEMIMPIN YANG BERJAYA

HIKMI

ABRISAM

IMAN

KUMPULAN:
MALAY BOYS
DANISH
WAFIY

5 WAWASAN

AIMAN

YAFEEQ

ALIM

You might also like