You are on page 1of 4

1.

Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia


Kedua.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk
tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak
abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan
mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]
2.
Sebab-sebab penentangan
Dasar penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan
Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi
jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi
kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin
tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum.
Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang
hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
Campurtangan British dalam adat resam tempatan
Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan
tempatan.
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan
budaya tempatan .
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan
menggunakan orang suruhan.
Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak
buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun
masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan
kuasa.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang
mendorong mereka menentang British.
Kesulitan penduduk tempatan
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.
yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin
tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]

3.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


a) Naning

Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan
penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.

Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British
meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.

Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka
sebagai ufti.

Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.

Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/Syed
Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh.

Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah
pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.

Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.

Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.


b
(b)
Kelantan

Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila
British memperkenalkan Sistem Penasihat British.

British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.

Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai.

Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah
mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.

Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che Ishak,dan


rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.

Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut
sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.

Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan tentera dari
negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.

Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya
melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.


Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh
pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang
British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]
4.
Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu
mengekalkan kedaulatan negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Menguasai pelbagai kemahiran.
Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]
5.
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum
Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6.
(a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran
negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya
Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
Mudah terpengaruh dengan anasir luar
[12x1m][Maksimum:5 markah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah
Menjayakan konsep 1 Malaysia.

Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.


Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7.
Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.
Cinta akan negara.
Kerjasama antara pelbagai kaum.
Bertolak ansur.
Kebijaksanaan pemerintah.
Keadilan.
Berani mempertahankan negara.
Berakhlak mulia.
Menghormati hak asasi manusia.
Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m][[Maksimum:10 markah]

8.
Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

You might also like