You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

,



Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di SK. Kepayan pada hari ini kami
memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami, anak
watan kami serta kesihatan jasmani dan rohani kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah
dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada anak-anak
kami dan mereka pula memanafatkan ilmu pengetahuan yang diterima untuk agama bangsa dan
negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan dalam
membentuk peribadi ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang menghayati
kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih sempurna lebih syumul iaitu kemerdekaan
yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah berpandukan ilmu yang
telah Kau kurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, pemimpinpemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, untuk agama dan bangsa.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan nikmat. Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

You might also like