You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

MAJLIS MOHON RESTU


CALON UPSR 2015
SK FAJAR HARAPAN
Tarikh :
04 September 2015 (Jumaat)
Masa :
8.30 pagi
Tempat :
Dewan Terbuka
SK Fajar Harapan
17 Oktober 2012 (Rabu)
3.30 Petang
Dewan Bendahara
IPG Kampus Sultan Mizan

1.0 PENGENALAN
Majlis Mohon Restu calon UPSR 2015 merupakan langkah dan persediaan
terakhir yang dirangka di dalam program Peningkatan Akademik Tahun 6 2015 bagi
tahun ini. Program ini diadakan untuk mempersiapkan calon UPSR dari segi fizikal dan
mental sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama Majlis Mohon Restu ini adalah kerana restu yang datang dari ibu
bapa dan guru serta motivasi yang diberikan mampu menjadi kekuatan kepada pelajar
untuk menghadapi peperiksaan di samping sokongan berterusan dari pihak
sekolah.Selain itu,ia dapat membimbing dan memupuk nilai budi serta menghargai
sikap ibu bapa dan guru.
3.0 OBJEKTIF
3.1
3.2
3.3

Memohon restu dari guru untuk memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan
menghadapi peperiksaan UPSR 2015.
Menyemai perasaan menghargai,bersyukur dan berterima kasih kepada guru
dan pihak sekolah
Membina hubungan erat antara sesama pelajar,guru dan warga sekolah supaya
berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR 2015.

4.0 PERINCIAN PROGRAM


Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 4 September 2015
: Jumaat
: 8.30 Pagi
: Dewan Terbuka,SK Fajar Harapan

5.0 KUMPULAN SASARAN


Calon UPSR 2015 SK Fajar Harapan seramai 84 orang.

6.0 TENTATIF PROGRAM


04 September 2015 (Jumaat) Selepas Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin.
8.30 Pagi

- Guru dan pelajar mengambil tempat

8.35 Pagi

- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

8.45 Pagi

- Bacaan doa

8.50 Pagi

- Ucapan daripada guru penyelaras Tahun 6.

9.00 Pagi

- Ucapan daripada wakil ibu bapa pelajar.

9.10 Pagi

- Ucapan daripada wakil pihak pentadbir SK Fajar Harapan

9.20 Pagi

- Pemberian cenderahati kepada murid oleh pihak pentadbir


- Sesi bersalaman antara guru dan murid

10.00 Pagi

- Majlis bersurai

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat

: Puan Hajah Zainon Bt Md Jan


Pemangku Guru Besar / Penolong Kanan 1

Pengerusi I : Encik Jumarno Bin Mohamad


Penolong Kanan HEM
Pengerusi II : Encik Francklin Johanes
Penolong Kanan Kokurikulum
Pengerusi III

: Encik Mohd Jumady Bin Kaharuddin


Penyelaras Tahun 6

Pengerusi IV : Puan Rositdah Bt Arshad


Penyelaras Program Peningkatan Akademik 2015
Penyelaras : Encik Mohd Hafizuddin Bin Sulong
Bendahari : Encik Muhamad Suffian Ezri Bin Abdul Malek

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERBELANJAAN

ANGGRAN KOS (RM)

JUMLAH (RM)

1.

Pensel
(3 batang / murid)

RM10.00 x 21 kotak

RM210.00

2.

Pemadam

RM0.50 x 84 orang murid

RM42.00

3.

Pengasah Pensel

RM1.00 x 84 orang murid

RM84.00

4.

Pembaris

RM1.00 x 84 orang murid

RM84.00

5.

Bekas Pensel

RM1.00 x 84 orang murid

RM84.00

Air Mineral
(3 botol / murid)

RM10.00 x 11 kotak

RM110.00

JUMLAH BESAR (RM)

RM614.00

9.0 PENUTUP
Semoga Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2015 dapat mencapai objektif serta
mendapat kerjasama dari semua pihak baik dari murid,guru dan pihak sekolah.
Diharapkan program yang diatur ini dapat memberi impak positif khususnya kepada
calon UPSR Tahun 6, SK Fajar Harapan serta mereka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam UPSR nanti.

Disediakan oleh,

........................
Mohd Hafizuddin Bin Sulong
Penyelaras
Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2015
Sk Fajar Harapan,Lahad Datu

Diluluskan oleh,

..
Puan Hajah Zainon Bt Md Jan
Pemangku Guru Besar / Penolong Kanan 1
SK Fajar Harapan,Lahad Datu

Dengan ini saya MELULUSKAN / TIDAK MELULUSKAN


Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2015 SK Fajar Harapan.

Ulasan : _______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

You might also like