You are on page 1of 14
PERPUSTAKAAN DIGITAL DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN : PENGALAMAN Di OUM Ruzita Ramly . Pengurus Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Open University Malaysia Abstract Pioneering as an open and distance leaming provider in Melaysie, Open University Malaysia employs @ variety of approaches in the teaching- leaming process focusing on quality and flexibilty. Unlike other Conventional institutions, students of OUM are mostly mature working adults and schoo! leavers embarking on @ new learning experience with OUM. In the blended approach applied by OUM, students are encouraged fo pursue and share knowledge .as well es to focus on the skils applications. The digital library plays an important role in knowledge sharing emong leamers by providing access to electronic resources, anytime and anywhere. No more worries for opening hours or driving @ distence to get access to resources. * This paper will explore the strength and weaknesses of a digital library in the digital leaning environment taking the OUM experience through its five years existence. It will outline threats and opportunities in potential service {or the digital library, It will also touch on the role of the librarian and of the service perspective, in the digital learning environment. Generally, the paper will also discussed issues pertaining to digital libraries and digital Jeaming environments and the relation between physical and virtual earning environments. Pengenalan Sekiranya enjin wap telah mencetuskan revolusi perindustrian di England pada pinggit abad ke 18 dan 19, maka komputer telah merintis jalan baru kepada kelahiran dunia siber di muka bumi pada penghujung abad yang ke 20. Penciptaan teknologi Komputer telah melalui pelbagai perubahan kesan daripada perkempangan sains dan teknologi yang semakin hebat, justeru memberi impak kepada perkembangan sosio-ekonomi dan budaya ‘masyaraket sedunia. Dunia siber bukan lagi satu perkara yang asing bagi generasi masa kini. Perkembangan ini juga membawa kepada peralinan maklumat analog kepada maklumat digital. Konsep perpustakaan yang dulunya hanya berteraskan sumber bercetak yang memenuhi ruang Perpustakaan, kini berallh kepada konsep persekitaran digital di mana bahan boleh diakses melalui komputer. Ruang fizikal yang luas dipenuhi dengan rak atau mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan makiumat bukan lagi dianggap sebagai suatu keperiuan atau kemestian dalam 13 konsep perpustakaan digital. Perkembangan teknologi maklumat telah menrevolusikan konsep perpustakaan dan kini setiap perpustakaan sedang ‘mengorak langkah demi fangkah untuk menerap Konsep ini, Definisi Perpustakaan Digital Terdapat pelbagai definisi bagi perpustakan digital, antaranya ialsh “koleksi bercetak yang telah didigitasikan” dan *maklumat dalam bentuk digital serta perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkannya diakses oleh pengguna’. Secara amnya, perpustakaan digital merangkumi semua entit dan aktiviti yang membentuk sesuatu perpustakaan temasuk koleksi bahan, perkhidmatan, kemudahan dan staf yang —mempunyal pengkhususan masing-masing. untuk memilih, __ menyusun, menginterpretasi, memberikan akses intelektual, menyebarkan, dan menyimpan data dan maklumat agar ia dapat digunakan oleh komuniti masyarakat tertentu atau masyarakat terpilin, secara ekonomi dan mudeh. Perkembangan Perpustakaan Digital Konsep perpustakaan kini banyak berubah dan melalui peralinan mengikut keperluan zaman. Perpustakaan konvensional menyimpan koleksi bercetak dan bukan bercetak seperti audio-visual. la tidak mudah untuk diakses dan mempunyai had sempadan fizikal. Konsep perpustakaan automtatik mula mengubah serba-sedikit konsep tersebut dengan menyediakan sistem peroiehan dan pinjaman berkomputer untuk kemudahan mémbuat pesanan bahan dan merekod pinjaman bahan, serta OPAC (Online Public Access Catalog) bagi memudahkan pencarian bahan di rak. Walau bagaimanapun, jenis bahan yang disimpan masih lagi sama seperti perpustakean konvensional, Perkembangan teknologi maklumat seperti LAN (Local Area Networking) membolehkan bahan diakses secara elektronik, Pengwujudan pangkalan data CD-ROM menyediakan bahan dalam bentuk elektronik dan tidak secara langsung digunakan sebagai storan penyimpanan maklumat elektronik, Perpustakaan elektronik menyimpan kedua-dua jenis koleksi bercetak dan elektronik, Perpustakaan digital adalah langsungan kepada perpustakaan elektronik di mana bdahan tidak hanya boleh diakses dari perpustakaan sahaja tetapi juga secara global menerusi internet. Portal perpustakaan digital tidak hanya berfungsi sebagai akses kepada maklumat ‘setempat tetapi juga kepada sumber maklumat lain Perkembangan kepada perpustakaan digital adalah disebabkan oleh beberapa fakior i Akses Kepada Bahan Perpustakaan : Bagi bahan bercetak, seperti buku atau jural, lazimnya tidak dibeli dalam naskah yang banyak, Perpustakaan selalunya mempunyai ratio tertentu dalam menetapkan jumlah naskah bahan yang diperolehi, Adalah mustahil untuk menyediakan satu naskah buku untuk setiap pelajar yang memerlukannya kerana faktor ruang dan kos perbelanjaan yang tinggi. Dengan adanya pangkalan data dalam talian yang 4 menyediakan teks penuh bahan, pengguna boleh berkongsi ‘menggunakan bahan tersebut pada masa yang sama. Tiada lagi erly menunggu gitran untuk meminjam. — Selain daripada jumlanh mnaskah bahan yang tidak mencukupi, penearian bahan juga Kurang. berkesan, Pengguna peru. meluengkan masa datang ke Perpustakaan dan menggunakan OPAC untuk mencari bahan dan ade kalanya hampa kerana bahan berada dalam pinjaman Pengguna lain. Kehadiran internet. memudahkan dan ‘mempercepatkan pencarian koleksi bahan menerusi sisiem OPAC yang Deriandaskan web. Pengguna kini boleh membuat pencerian bahan serta_memastikan samada ia terdapat di dalam Perpustakaan tanpa berada di dalam Perpustakaan Ledakan Makiumat : Perkembangan teknologi maklumat seiring Perubahan keperluan sosio-ekonomi dan budaya ilmu, mewujudkan cabaran yang perlu ditangani oleh pusat-pusat maklumat seperti Perpustakaan dalam menyimpan maklumat yang banyak serta ‘menyediakan dan menyalurkan maklumat tersebut dengan cepat, tepat_ dan mudah. —Perkembangan —_teknologi_ internet memperlitatkan kemunculan pelbagai kegiatan online atau electronic ‘seperti e-government, e-aducation, e-learning dan tentunya e-library. Ledakan maklumat dalam era ini tidak memungkinkan sesebuah perpustakaan mampu untuk menyimpan kesemua maklumat atau bahan terbitan yang ada di dunia mahupun disesebuah negara. Walau bagaimanapun, pustakawan telap berperanan dalam menyediakan akses kepada maklumat yang lengkap samada di dalam perpustakaan sendin atau di tempat lain. Maka wujudlah perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan Gan pembekalan dokumen. Kini banyak perpustakaan yang melakukan kerjasama dalam perkongsian maklumat digital dengan mewujudkan pangkalan data bersama, Konsep perpustakaan berubah dari user oriented menjadi ‘user satisfaction oriented, kecendsrungan untuk memberikan kepuasan pengguna lebih diutamakan, Kos Teknologi Yang Rendah : Penyimpanan bahan bercetak dan Juga_bahan bukan cetak seperti audio-visual dan CD-ROM, melibatkan ruang penyimpanan yang besar serta melibatkan tenaga kerja untuk membuat urusan peminjaman dan penyusunan bahan. Justeru, langganan kepada pangkalan data mengurangkan tanggungjawab harian staf perpustakaan dalam pengurusan Peminjaman, pemulangan den penyusunan bahan di rak keran bahan boleh didapati dari internet. Juga mengurangkan kos pembelanjaan dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan bahan Serta penyediaan ruang penyimpanan dari segi jangkapanjang, Keperiuan Generasi Kini : Apabila sosio-ekonomi dan budaya masyarakat berubah, penerimaan kepada medium penghantaran juga berubah. Semakin ramai yang tertarik kepada maklumat 1s digital kerana kaitannya dengan internet, Kemudahan teknologi hyperlink memudahkan pengguna membaca setiap skrin atau melompat dari satu skrin ke skrin yang lain Latarbelakang Open University Malaysia Dimiliki oleh 14 universiti awam yang terkemuka di Malaysia, Open University Malaysia (OUM) ditubuhkan pada 10 Ogos 2000 bagi menyahut seruan. kerajaan untuk membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat_mendapatkan pendidikan tinggi. la merupakan salah satu cabaran dalam proses Malaysia menuju kepada status negara maju pada tahun 2020, Bagi menangani cabaran ini, salah satu cara ialah dengan memanfaatkan Keupayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran menerusi sistem Pendidikan Terbuka dan Jarak Jaun, Dengan moto “Universiti Untuk Semua”, Open University Malaysia member! komitmen tinggi dalam menyediakan peluang dan ruang kepada semua golongan masyarakat mendapat kelayakan akademik yang lebih tinggt Antara keistimewaan pembelajaran terbuka di OUM ialah ia menawarkan syarat Kemasukan yang fleksibel bagi meningkatkan peluang pengaiian Ke peringkat pendidiken tinggl, mengapikasian dasar dan peraturan Beademik yang fleksibel yang mengambil Kica keperluan golongan yang Sedang bekerja; dan memperkayakan pengalaman pembelajaran melalui kaedan pedagogi teradun (Blended Learning Pedagogy). Dalam memenuhi visi OUM untuk menjadi peneraju dan pelopor dalam pembelajaran teradun, OUM komited dalam menawarkan suasana pembelajaran yang berkualii menerusi cara yang inovatf yang diktrat Pntarabangsa. Secera ringkasnya, pembelajaran pedagogi teradun meliputi pembelajaran kendiri (SelFeerning) menggunakan | modul pembelajaran yang disusun secara khusus, pertemuan bersemuka (face-to- face learning) dengan tutor di pusat pembelajaran dan kelas ‘virtual (virtual feeming) melalui Sistem’ Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (myLMS) 24 jam sehari. Kaed2h mengitegrasikan perbincangan dan komunisaki dengan tutor dan pelajar lain secara dalam falian serta pengalaman di dalam kelas membolehkan pelajar-pelajar menguasai subjek yang diajar dengan baik ‘Memahami latarbelakang pelajer yang kebanyakannya bekerja dan telah berkeluarga, tutorial diadakan selepas waktu pejabat atau pada hyjung minggu. Sesi ini memberi peluang kepada pelbagal aktwili seper perbincangan topik dalam modul, tugasan dan kaunseling akademik Pengalaman pembelajaran diperkayakan lagi dengan _kolaborasi pembelajaran di mana pelajar akan diberi tugasan yang menggalakkan tau memerlukan mereka bekerjasama di dalam kumpulan Bermula dengan hanya 753 pelajar ketika pengambilan sulungnya pade tahun 2001, OUM kini mendapat keyakinan ramai dengan hampir 42,000 pelajar yang mengikuti pelbagal program akademik di peringkat diploma, {jazah sarjana muda dan pasca siswazah di 37 pusat pembelajaran. Selain 116 Kampus Utama di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, OUM turut mewujudkan Pusat-pusat pembelajaran di seluruh negara untuk pelajar-pelajar ai iuar Lembah Kelang. Memandangkan pusat_ pembelajaran merupakan ersekitaran pembelajaran yang penting, semua pusat dipilin berdasarkan kedudukan yang strategik dan kemudahan elektronik yang ada dan dilengkapi dengan bik tutorial, makmal komputer, pusat sumber dan kemudahan internet, Kebanyakan pusat pembelajaran OUM adalah kampus universiti awam atau kolej swasta yang mempunyai kemudahan terkini Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Ditubuhkan pada Januari 2002, Perpustakaan Digital Tan Sri Or Abdullah Sanusi (PDTSDAS) mendapat namanya pada 24 Februari 2004, sempena memperingati pengasas dan juga Presiden pertama OUM. Seiring dengan visinya untuk menjadi perints perpustakaan digital di Malaysia, Perpustakaan Digital TSDAS menyediakan maklumat dalam ruang maya tanpa sempadan berkonsepkan ‘Anytime, Anywhere Ini bersesuaian dengan konsep pengwujudan OUM sebagai universiti jarak jauh yang mempunyai pelajar dari seluruh Malaysia dan luar negara yang sentiasa memerlukan makiumat pada bila-bila masa. Perpustakaan Digital TSDAS bukan sahaja berfungsi sebagai nadi yang menyediakan maklumat untuk Pembelajaran tetepi Juga untuk pengajaran dan penyelidikan, Pelsjar memerlukan akses yang mudan kepada perpustakean untuk mendapatcan bahan rujukan untuk memenuhi keperluan kursus. Para’ akademik pula memerlukan makiumat untuk penyelidikan. Dalam memastixan keperluan tersebut tercapai dan bahan pembelajaran dan pengajaran yang relevan disediakan, Perpustakaan Digital TSDAS mengaplikasikan strategi seperti berikut i. Membangunkan Koleksi : Sebagaimana perpustakaan lain, Perolehan bahan memerlukan kerjasama dari pihak staf akademi yang pakar dalam bidang pengajaran masing-masing, Oleh itu Pegawal penghubung yang juga terdiri daripada pustakawan dilantik untuk setiap fakulti bagi menguruskan keperiuan perolehan bahan dalam semua bidang yang terdapat di OUM. Bagi bahan bercetak, Perpustakaan Digital TSDAS perlu mendapatkan cadangan, maklumbalas dan membuat perolehan bahan secepat mungkin sebelum semester bermula agar dapat diedarkan ke semua pusat-pusat pembelajaran untuk kegunaan pelajar. Selain daripada mengedarkan Katalog penerbit kepada para akademik. pemiinan juga dibuat dengan mengunjungi peste buku samada di dalam atau Gi luar negara. Para akademik dan staf perpustakaan ‘akan membuat pemiihan berdasarkan kepertuan bidang yang ada Perpustakaan Digital TSDAS juga perlu peka dengan penawaran kursus-kursus baru agar bahan-bahan dapat disediakan tepat pada masanyz, Oleh itu, pegawai penghubung perlu mendapatkan maklumat yang terkini tentang kursus-kursus i fakulti masing~ masing semasa proses perolenhan bahan dilakukan, Selain Garipada membangunkan koleksi bercetak, pihak perpustakaan 17 juga melanggan pangkalan data dalam talian. Sebagaimana banan bercetak, perolehan pangkalan data juga berdasatkan kepada bidang yang diajar di OUM. Perpustakaan sentiasa membuat langganan baru bagi menambah koleksi digital yang ada. ‘Menyediakan Infrastruktur © Memandangkan hanya terdapat 27 buah komputer sahgja di dalam Perpustakaan Digital TSDAS, seluruh kampus induk OUM yang terletak di Kuala Lumpur dilengkapkan dengan sistem WiFi, Ini bagi memenuhi keperiuan pengaksesan banan terutamanya pangkalan data bagi semua pelajar dan staf. Sistem WiFi ini juga tidak memerlukan pengguna menukar sebarang ‘setting’ pada komputer riba masing-masing kerana ia merupakan sistem ‘self-detect’ yang akan terus, menyamoungkan pengguna kepada internet. Dengan pertambahan bilangan pelajar yang begitu pesat. pinak Universiti kini menyediakan dua laluan ‘bandwiath’ bagi memenuhi kapasiti pengaksesan pelajar kepada myLMS dan perpustakaan digital. Selain daripada kelengkapan yang terdapat di kampus induk, OUM juga memastkan semua pusat-pusat pembelajaran dilengkapi dengan makmal Komputer dan rangkaian Internet. Ada juga pusat pembelajaran yang turut dilengkapi dengan sistem WiFi. Mengendalikan Pendidikan Pengguna : Bagi memantapken lagi penggunaan sumber maklumat di Perpustakaan terutamanya pengaksesan pangkalan data dalam talian, pihak Perpustakaan menjalankan bengkel kemahiran makiumat atau lebih dikenali sebagai ISW (Information Skis Workshop) sepanjang tahun. Bengkel ini bukan sahaja diadakan di sekitar Lembah Kelang, tetapi juga di semua pusat pembetajaran seluruh Malaysia pada setiap semester, Di dalam bengkel tersebut, pelajar diajar cara untuk mengakses portal perpustakaan dan membuat pencarian bahan di OPAC dan juga pangkalan data terpilih. Bahan-bahan pengajeran untuk bengkel diedarkan dalam bentuk cetak semasa kelas dan juga disediakan di portal Perpustakaan untuk kemudahan pelajar. Selain daripada pelajar, bengke! ini juga turut diadakan untuk staf dan tutor apabila peri Selain daripada bengkel khusus yang dikendalikan oleh pinak Perpustakaan, sualu Kursus walib universiti telah diwujudkan memandangkan Kepentingan kemahiran maklumat ini diterapkan pada semua pelajar yang memasuki OUM. Kursus Learning Skills for Open and Distance Leamers mula diperkenakan dan diwajibkan kepada semua pelajar baru tahap ijazah sarjana muda dan diploma pada tahun 2004. Kursus tiga (9) kre ini merangkumi subjek pengurusan masa, teknik membaca_dan menulis, pendedahan asas kepada perisian seperti MsWord, Excel dan Powerpoint bagi tyjuan membvat tugasan, penggunaan sistem myLMS, dan yang paling pening ialah teknik’pencarian maklumat di dalam Perpustakaan Digital TSDAS. Tugasan kursus ini dan 118 z Kursus lain (selalunya diberkan pada Tutorial 1) memerlukan pelajar menggunakan sumber Perpustakaan Digital TSDAS untuk mencari maklumat Oleh itu, selari dengan Kenendak tugasan, bengkel_ yang diadakan dapat membantu pelajar_membuat penearian dengan lebih balk memandangkan masa yang diperuntukkan dalam tutorial tidak begitu lama, Mengamalkan Perkhidmatan Berkualiti : Perpustakaan Digital TSDAS mendapat pensijlan MS ISO 9001:2000 pada tahun 2005. Ini merupakan salah salu usaha pihak Universiti dan khususnya pihak Perpustakaan dalam mempertingkatkan budaya kerja berkualiti sera menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Pencapaian Perpustakaan Digital TSDAS sebagai jabatan pertama di OUM yang mendapat pensijlan, memberi impak kepada staf Perpustakaan. Budaya dan suasana kerja positif yang makin kukuh selepas pengiktiratan tersebut banyak membantu dalam menjamin kualiti perkhidmatan sepert yang digariskan dalam objektif kualt dan prosedur kerja Perpustakaan. la juga menjadi pendorong kepada sikap ingin memberikan yang terbaik kepada pengguna dan sentiasa cuba memperiingkatkan kepelbagaian untuk kepuasan semua dalam merealisasikan visi Perpustakaan ke aran perpustakaan digital Staf Yang Berkompetensi : Bagi menjamin visi dan misi Perpustakaan tercapai, objektif kuaiti dipenuhi dan prosedur kerja dipatuhi, staf Perpustakaan digalakkan menghadiri atihan, seminar atau bengkel untuk mempertingkatkan kompetens' diri sendiri. Ini kerana dalam persekitaran digital, banyak aktiviti bergantung pada teknologi. Tanpa kepakaran den kemahiran pada staf Perpustakaan, tidak mungkin Perpustakaan Digital TSDAS dapat berfungsi sebagaimana adanya. Keunikan Perkhidmatan di Perpustakaan Digital TSDAS Semua perpustakaan universiti tempatan menyediakan akses kepada koleksi digital masing-masing. Walau bagaimanapun, Perpustakaan Digital TSDAS periu mengadaptasikan perkhidmatannya bersesuaian dengan situasi pembelajaran jarak jauh yang diamalkan di OUM di mana pelajarnya berada di seluruh Malaysie. Tiada Sempadan Fizikal’ Koleksi digital yang disediakan oleh Perpustakaan boleh diakses oleh semua pengguna berdaftar secara global Berbeza dengan kebsnyakan perpustakaan Universiti tempatan lain, pengaksesan pangkalan data terhed di persekitaran Kampus atau perpustakaan sahaja. Justeru, pelajar ‘UM tidak periu berada di Kampus untuk mencari bahan, Ketorsediaan (Availability) : Koleksi digital ini sentiasa boleh diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Bagi perpustakaan ain, 119 penggunaan pangkalen data adalah terhad semasa perpustakaan dan makmal di kampus dibuka. Akses Serentak : Pangkalan data yang sama boleh diakses dan Gigunakan oleh ramai pengguna secara serentak. Perpustakaan tidak menghadkan jumlah bilangan pengguna yang mengakseskan pangakalan data pada sesualu masa. Ini kerana bilengan pelalar OUM yang ramai dan berselerakan tidak memungkinkan had tu Giiakuken. Single Sign-On Portal : Pelajar dan staf OUM yang ingin mengakses Perpustakaan Digital TSDAS peria menaip kata taluan di portal utama OUM menggunekan kata laluan pelajar atau staf yang diterima semasa pendattaran. Kata laluan ini hanya perlu Yimasukkan sekali sahaja. Ini dikenali sebagai ‘single sign-on’ dan fkan membenarkan akses kepada myLMS dan Perpustakaan Digital TSDAS atau apa sahaja yang terdapat di dalam portal OUM. Cara ini. memudahken pinak OUM membuat pemantauan pengguna dan yang paling penting memudahkan pelajar untuk mengingati hanya satu kata laluan sahaja, Tidak seperti kebanyakan perpustakaan universiti tempatan yang memerlukan kata laluan bagi hampir setiap sistem dan pangkalan data yang berbeza. Cabaran dan Isu Perpustakaan Digital TSDAS Walaup\ wun Konsep perpustakaan digital mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan tetapi ia juga tetap mempunyai halangannya tersendiri seperti dibawah: Jurang Digital (Digital Divide) ; Memandangkan OUM memeri peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melanjutkan Pelgjaran tanpa batasan umur, maka perbezaan kemabiran fenggunakan Komputer antara \generasi tua dan muda agak ketara, Terdapat pelajar yang kurang berpengetahuan atau tidak mempunyaiKemahiran’ dalam —menggunaken Excel atau Powerpoint, apatah lagi internet, yang amat penting bagi pelajar UM yang akan banyak meiakukan aktiviti Kursusnya menerusi komputer, Pihak UM cuba untuk mengurangkan jurang ini dengan mengintegrasikan penggunaan myLMS dan perpustakaan digital dalam semua kursus dan tugasan mereka. Secara tidak fangsung, mereka periu belajar dan mahir menggunakan peristan- perisian tersebut sebagai memenuhi syarat tugasan. —Pinak Perpustakaan Digital TSDAS juga kerap membantu pelajar menggunakan pangkalan data samada di dalam Perpustakaan atau ‘semasa sesi bengkel kemahiran maklumat, Walau bagaimanapun, Kemahiran tersebut hanya akan datang dengan usaha pelajer sendiri. Sekiranya mereka jarang mengakses perpustakaan digital 120 atau myLMS, maka mereka tetap tidak akan mendapat kemahiran tersebut. Justeru, digital divide masin tetap akan wujud Peningkatan Kos Langganan Pangkalan Data : Isu ini bukan hanya dihadapi olen Perpustakaan Digital TSDAS, malah dihadapi juga oleh semua perpustakaan universiti di negara ini, Untuk melanggan pangkalan data, sesebush institusi perlu mempunyai sumer kewangan yang kukuh dan bersedia dengan peningkatan kosnya dari masa kesemasa, Pembatalan langganan disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan bukaniah suatu tindakan yang wajar kerana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran dan Pengajaran di universit, Oleh kerana itu, pihak Perpustakaan Digital TSDAS begitu peka dan teliti dalam pemilihan pangkalan data agar tiada perolehan yang merugikan. Kriteria pemilinan termasuk kos langganan, kesesuaian pangkalan data dengan subjek yang terdapat di universiti dan peratusan subjek yang dirangkumi olen pangkalan data tersebut —Sekiranya ia merangkumi pelbagai subjek, itu adalah lebih balk berbanding pangkalan data yang hanya khusus untuk satu subjek sahaja Walau bagaimanapun, masih banyak pangkalan data yang tidak mampu diperclehi oleh Perpustakaan Digital TSDAS kerana kos langganan yang terlalu tingai i. Kos Pembiayaan Infrastruktur : Sebagaimana inovasi iain yang memeriukan pelaburan, begitu juga perpustakaan digital, Menyediakan infrastruktur komputer sahaja tidak mencukupi [ka rangkaian internet dan server tidak mampu menampung kapasiti pengaksesan pengguna. Walaupun Kini OUM mempunyai dua ‘bandwidth’ internet yang cukup besar, tetapi apakah ia mampu menampung jumlah pelajar yang mungkin berlipat ganda dalam jangkamasa dua atau tiga tahun lagi? Adakah jumiah komputer yang terdapat di dalam Perpustakaan Digital TSDAS waktu ini meneukupi? Bagaimana pula dengan pengaksesan secara individu oleh pelajar dari rumah atau yang tidak mempunyai komputer langsung? Masalah ini memang masih lagi bertaku di kalangan petajar. Ini menyukarkan aktivit di dalam myLMS dan pengaksesan maklumat perpustakaan digital yang amet kritikal buat semua pelajar OUM. Adalah mustahil untuk menyediakan prasarana yang lengkap untuk setiap pelajar di rumah masing-masing. Lazimnya juga, akses internet di kawasan luar bandar atau yang jauh daripada Kuala Lumpur adalah kurang baik. Malah ia kadang-kala lebih buruk jika menggunakan WiFi, Masalah ini melibatkan pihak-pinak tertentu dan tidak hanya boleh ditangani oleh OUM. Usaha sedang djalankan ai pusat_—pembelajaran —sebagai__langkah mempertingkatkan kualiti makmal dan internet di pusat-pusat pembelajaran dan member yang terbaik untuk pelajar. Walaupun kosnya tinggi tetapi ia adalah Suatu keperluan yang tidak boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, tidak semua pusat-pusat 121 iv. pembelajaran dimilki oleh OUM Bagi pusat;pusat yang menggunakan prasarana universiti tempatan, pihak OUM hanya boleh berpuas hati dengan kemudahan yang sedia ada Terdapat universiti di Amerika Syarikat yang mewajibkan semua pelajarnya memiliki komputer riba sendiri. Ini kerana kebanyakan Bktiviti samada penghantaran tugasan, note-nota_kuliah, pengambilan kuiz dan sebagainya dilakukan secara online, Pinak Universiti sendiri menyediakan komputer riba yang lengkap dengan semua perisian yang diperiukan oleh pelajar dan dijual dengan erga yang berpatutan. Komputer riba tersebut boleh juga disewa dan dikembalikan selepas famat tempoh atau dibeli dengan harga diskaun jika ingin memilikinya, Untuk urusan ini, pihak universiti telah menubuhkan unit khas yang juga menyediakan perkhidmatan membaiki komputer riba, menjual insuran komputer dan Sebagainya yang berkaitan dengan komputer. Di Malaysia juga terdapat skim pinjaman pembelian Komputer riba yang disediakan Untuk pelajar universiti tetapi ia ditawarkan oleh pihak bank dan bukan universiti Masalah lain yang terlibat dalam penyediaan infrastruktur adalah dari segi keselamatan. Penggodam atau ‘hacking’ sdalan suatu yang serius dan masin berlaku. Pinak OUM perl mengambil berat fentang hal ini kerana sebarang pencerobohan akan memudahkan ‘sebaran virus dan justeru itu memberi kesan kepada kelancaran pengaksesan dari pelajar. Sebarang perubahan pada data petajar Bian menidakkan pengaksesan pelajar tersebut kepada portal perpustakaan. Oleh itu, pertu ada sistem keselamatan firewall yang frampu menangani pelbagal ancaman dari penggodam secara terus atau virus yang menular menerusi email dan sebagainya, Satu fagi masalah ialah gangguan sistem atau rangkaian internet Koleksi digital bergantung sepenuhnya kepada kestabllan rangkaian internet dan juga tenaga elektik. Sebarang bentuk gangguan akan mengakibat pangkatan data tidak dapat diakses Oleh itu, kos pengawasan, sistem backup, kapasiti server, dan sebagainya perlu sentiasa dipertingkatkan dan tentunya menelan kos yang banyak. Masalah Hak Cipta Dalam Pendigitasian : Pendigitasian melanggar undang-undang nak cipta kerana isi kandungan bahan yang dinasitkan oleh si penulis boleh digunakan dan disebarkan Gengan bebas tanpa pengesahan atau kebenarannya. Lazimnya, mana-mana dokumen asal seperti artikel, Kertaskerja atau tesis Yang diserahkan olen penulis kepada perpustakaan, status bahan ‘adalah menjadi hak milik mutlak perpustakaan dan perpustakaan berhak untuk menyimpan atau mempamerkan bahan tersebut. \Walau bagaimanapun, ada juga perpustakaan yang menyediakan klausa meminta kebenaran daripada penulis untuk mendigitasikan bahan dan diberi akses kepada orang ramai. Ini bagi mengelakkan 122 vi. sebarang permasaishan dan segi undang-undeng di masa akan gatang. Walau bagaimanapun, terdapat banyak dokumen bercetak lain yang bolen didigitasikan untuk kegunaan ramai tetapi tidak dapat dilakukan atas dasar tiada kebenaran hak cipta. Kos pembayaran bagi mendapatkan kebenaran hak cipta daripada Penerbit juga kadang-kala terlalu tinggi dan tidak mampu dipenuhi oleh Perpustakaan. Bagaimana pula dengan hak cipta dokumen ini apabila telah disediakan di dalam internet? Adakah terdapat kawalan bagaimana dokumen itu boleh atau tidak boleh dimuatturun dan digunakan sewenang-wenangnya? Bagi sesetengah pangkalan data buku elektronik_yang terkawal dan menggunakan sistem yang agak ‘canggih, ia dapat mengawal aktivti ini dengan menghadkan jumiah cetakan atau pun tidak langsung membenarkan bahan dimutturun. Kos Pendigitasian Bahan : Pendigitasian makiumat analog seperti buku, jumal, atau tesis yang berada di dalam perpustakaan belum dapat’ didigitasikan sepenuhnya kerana kos yang agak tinggi Penyimpanan dokumen juga menjadi satu masalah, semada berupa full text HTML atau dalam bentuk PDF page image. Jenis POF menggunakan febih banyak ruang di dalam server kerana saiz fail yang besar tetapi mudah untuk ditukar dari bentuk asal. Walau bagaimanapun, pengaksesan bagi full text HTML adalah jauh lebin mudah dan cepat Perpustakaan perlu mengambil kita saiz server dan kapasiti_pengaksesan jika memikirkan manu membuat pendigitasian bagi semua dokumen milik perpustakaan, Caj Bayaran Pengaksesan Bahan : Buat masa ini, Perpustakaan Digital TSDAS tidak mengenakan bayaran pengaksesan kepada Pengguna perpustakaen. Adalah menjadi kelaziman bagi semua Perpustakaan universiti tempatan menyediakan perkhidmetan ini Secara percuma terutamanya untuk maklumat di OPAC. Walau bagaimanapun, timbul trend pertambahan bilangan keahlian Ivar yang rata-rata ingin menjadi ahli hanya untuk mendapatkan akses kepada pangkelan data yang ada. Oleh kerana pangkalan data di Perpustakaan Digital TSDAS boleh diakses tanpa batasan, banyak institusi Ivar yang berminat untuk menjadi ahi Walau pun mereka dikenakan yuran keahlian tetapi jumiahnya jauh lebih rendah daripada nilai maklumat yang mereka perolehi setiap tahun atau kos yang perlu mereka bayar sekiranya mereka melanggan pangkalan data itu sendiri, Pemberian akses kepada keahlian luar ini juga melibatkan hal-hal perundangan misalnya lesen penggunean yang hanya diberikan kepada Perpustakaan di bawah terma dan syarat yang terbatas kepada pelajar dan staf OUM sahaja, Pihak Perpustakaan menghadapi dilema samada mahu memperivaskan perkhidmatan kepada umum dengan menyediakan keahlian luar atau mengehadkan keahlian untuk tidak menyalahi mana-mana undang-undang hak cipta dan kemungkinan 123 vil x. xi mengalami kerugian jika penggunaan pangkalan data dipatatkan oleh penerbit. Tahap Mombaca Di Kalangan Pelajar : Masalsh ini adalah suai gejala yang wujud dalam kebanyakan pelajar universiti Khusunys, ge) masyarakat Malaysia amnya, Bagi pelajar, membaca diangaap hanya salu kemestian apabiia perlu menylapkan tugasan atau persediaan untuk peperiksaan dan bukannya sebagal Hebi aio0 peta menambahkan imu pengetanuan. Oleh itu adalah penting ‘henyediakan bahen bacaan dengan akses yang mudah dan capat Gntuk memberangsangkan pembacaan, — Penyediaan bahan bacaan dalam Internet dinarapkan dapat menatik minat membaca di kalangan pelajar di masa akan datang, Tata Syarat Lembaga Akroditasi Negara (LAN) Untuk rate waren bidang kursus baru kepada pelajar, pihak OUM perly MRendagetkan kelulvsan daripada pinak LAN terlabin danulu, Oi Snara aritena yang akan diaudit oleh pihak LAN ialah koleksi Banan pembelajaran yang mencukupi dan relevan dengan Kursus fersebut, Atas. dasar perpustakaan digital, pinak Perpustakaan Digital TSOAS. banyak memberi fokus Kepads peroiehan dan penyediaan maklumat dalam bentuk elektronik kepada petale’ 3h farang menumpukan perolehan kepada bahan bercelak. Namun pegitu. Keperluan perolehian bahan bercetak terus diberl perhaten, fedtamanya buku teks bagi _memenuhi perspektif LAN Perpustakaan Digital TSDAS kini menghadapi masalan kekurangat fuang rak buku memandangkan perolehan bahan bercetak makin tnenngkat. Kos perbelanjaan juga meningkat kerana Kini perolehan bahan bercetak dan digital perlu dibuat sama rata Arkib Bahan . Bagi bahan bercetak, ia akan sentiasa berada di Golam Perpustakaan sampai bila-bila jika dijaga dengan balk Walau bagaimanapun, bagi bahan yang terdapat di dalam pangkalan data, bahan tersebut boleh dlakses selama ia dlangaan {abla langganan diberhentkan, maka pengaksesan 90 ahementken Sedagai conton, pangkalan data E-Brary yang tidak cembenarkan bahan dimuatturun. Jika langganan_ dinentikan, Take Perpustakaan langsung tidak mempunyai solinan kepada 140,000 judul buku yang terkandung di dalamnya. Pondigitasian Bahan Tempatan © Usaha untuk mendigitasixan, bananbahan tempatan tidak banyak dilakukan. Bagi bahan-bahan in pongguna masih perlu menjelaki bahan bercetak di daar Perpustakaan. Jika ada pun di dalam pangkalan data, jumlanhys Edaian amat sedikit Masalah ini mungkin berlaku kerana kos pendigitasian serta pembiayaan infrastruktur yang tinggi Keperluan Bahan Bercetak : Sedikit, masa dulu Sibu iperketakan tentang ‘paperless society semasateknojog! Sikronik baru diperkenalkan. Ramai yang meramalkan bahawa 124 kertas tidak akan lagi digunakan kerana bahan boleh diperolehi dan disimpan secara elektronik, Walau bagaimanapun, hal ini terbukti tidak benar kerana sehingga kini, penerbitan bahan bercetak masin dilakukan dan masih ramai yang lebih selesa merasa dan memegang kertas di tangan daripada _membacanya di skrin komputer. Perpustakaan masih perlu menyediakan kedua-dua jenis bahan bagi memenuhi kehendak pengguna Kesimpulan Memahami keperiuan makiumat yang semakin meluas serta peningkatan bilangan pelajar, Perpustakaan Digital TSDAS kini dalam usaha untuk memperkayakan lagi koleksi digital metalul langganan kepada lebih banyak pangkalan data dalam talian. Pihak Perpustakaan juga sedeng giat menyediakan pangkalan data ‘in-house’ yang mengandungi bahan-bahan buku, artikel dan kertaskerja hasil penulisan dan penyelidikan staf akademik OUM, Welaupun masalahmasalan pendigitasian seperti kos yang tinggi dan hak cipta masin belum dapat diatesi sepenuhnya tetapi Usaha ke arah mendigitasikan maklumat makin giat dijalankan, Misainya pihak PERPUN (Persidangan Perpustakaan-perpustakaan Universiti dan Perpustakaan Negara Malaysia) sedang dalam proses menyediakan pangkalan data dokumen tempatan hasil kolaborasi bersama semua ahi PERPUN. Ini merupakan usaha yang murni ke arah perkongsian ilmu secara meluas di Malaysia. —Pihak OUM juga dalam proses mempertingkatkan infrastruktur dan melihat pelbagai teknologi terkin! bagi membantu. menyelesaikan masalah jarek. Sistem telesidang ((ele- conferencing) dan internet radio sedang dalam fasa percubaan dan «dinarapkan dapat digunakan sepenuhnya di selurun rangka‘an OUM untuk kemudahan warganya. Konsep perpustakaan digital tidak mungkin akan melenyapkan kewujudan bahan bercetak, walau bagaimanapun, keperluan masa kini perlu dipenuhi dan mungkin juga Perpustakaan Digital TSDAS. akan menjadi satu fiybrid di mana kedua-dua bahan elektronik dan bercetak diperlukan bersama, 125 SENARAI RUJUKAN ‘Aims, W. Y. (2000). Automated digital libraries: How effectively can computers be used for the skilled tasks of professional librarianship? D-Lib Magazine, 6(7/8). {Online}. Available: http: //www-alb.orgidlib)july0O/arms/O7arms.him|. [2008, May 2) Digital library. (2008). {Ontine}. Available: hilp:f/worw.iswiki.comiwikiDigital_library [2006, May 2} Lankes, D., McClure, C. R. & Kasowitz, A. S. (2002). Implementing digital reference services : setting standards and making it real. London Facet. Marchionini, G. & Maurer, H. (1995). The role of digital libraries in teaching ‘and learning. CACM, 36(4), 67-75. [Online]. Available hitp:/ils.unc.edu/ marchicacm@S/sub8.html. (2006, May 2] 126

You might also like