You are on page 1of 15

Penggunaan

Teknologi

Maklumat ( TMK

Dalam

Pengajaran

Dan

Pembelajaran
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang
baru, malah telah lama diperkenalkan. Definisi pengajaran berintegrasikan komputer
ialah menggunakan perisian umum yang dibina khusus untuk mencapai objektif
matapelajaran sebagai alat pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan
komputer dalam P&P mempunyai hubungan secara langsung dengan konsep
penggunaan teknologi maklumat yang dibawa ke dalam dunia pendidikan.
Penggunaan komputer di sekolah boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu penggunaan
komputer dalam pentadbiran serta penggunaan komputer sebagai bahan bantu
mengajar.(Zamri

&

Mohamed Amin,

2008). Antara

kelebihan

pengajaran

berintegrasikan komputer ialah ia dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan


pelajar terhadap pelajaran. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan motivasi pelajar
dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Pelajar juga akan mendapat pengalaman sebenar yang dapat merangsang aktiviti
sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan. Dengan
pengajaran berasaskan komputer, kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar
dimana pelajar dapat melakukan sendiri perbincangan, pembelajaran menggunakan
aplikasi internet iaitu laman sosial yang menjadi penghubung antara pelajar untuk
berinteraksi sesama mereka. (Zaidatol Akmaliah & Foo ,2003).
Menurut (Khan, 1999) pengajaran berasaskan laman web dilihat sebagai medium
perantaraan dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Para guru dan
pelajar boleh memperolehi maklumat dengan penggunaan laman web ini khususnya
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran seperti melalui kuiz, nota tambahan,
perbincangan dan sebagainya. Terdapat beberapa ciri utama yang membezakan laman
web dengan media lain iaitu kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan
pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau
pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web itu sendiri. Oleh itu, pengajaran
berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada
pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang
sedia ada atau membinanya sendiri. Contohnya, guru-guru boleh menggunakan
perisian Weebly, Webs, Blog, Joomla dan sebagainya. Kebiasaanya guru yang

pertama kali ingin membangunkan laman web, mereka masih tiada kemahiran dalam
merekabentuk antaramuka laman web tersebut. Tetapi perisian laman web percuma ini
menyediakan pilihan rekabentuk web tersebut dan guru hanya perlu menukar ilustrasi,
tajuk dan kandungan yang sesuai dengan topik pembelajaran.
Pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran membawa maksud
menggunakan TMK secara saintifik, terancang, dan bersesuaian demi meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu
TMK juga boleh ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang
digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan
menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, TMK digunakan
dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa
impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998) Manakala
Holmes (1999), pula memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam
menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang
diajar.
Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk
membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman
guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. British
advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi
maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik
pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta
penggunaannya; komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia;
dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory
council for applied Research dan Development: Report on Information Technology;
H.M. Stationery Office. 1980) Pendapat Pisapa (1994), integrasi TMK dalam P&P
bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan bersama dengan
kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya peranan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan

inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Berdasarkan kepada penjelasan yang


diterangkan para pakar di atas, maka jelas TMK mempunyai makna dan ruang lingkup
yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan TMK tersebut tidak lagi diaplikasan
setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah
aktifitas manusia. Oleh itu perlu ditegaskan bahawa TMK yang dimaksud dalam
huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di
bidang komputer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. .
Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan pembelajaran yang memerlukan
pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran lebih berkesan
serta menyeronokkan. Kita dapat bayangkan bagaimana mungkin seorang guru
Bahasa Melayu menerangkan tajuk pelajaran hanya dengan chalk and talk. Untuk itu
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan
komputer dan laman Web dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
Namun beberapa kajian yang dijalankan mendapati guru-guru Bahasa Melayu masih
berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer sebagai budaya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh kurangnya, kemahiran, saranan,
serta nilai sikap dari guru tersebut. Sebagai cadangan terdapat beberapa pihak yang
menjadi tunjang dari kesuksesan pelaksanaan program ini: pertama pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai sebuah sistem, pihak pentadbir, guru
besar dan PIBG. serta bagaimana membangun nilai sikap guru Bahasa Melayu itu
sendiri agar selalu selari dengan kemajuan inovasi pendidikan.
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilihat
dalam konteks aspek pengajaran guru (guru menggunakan TMK) dan aspek
pembelajaran

(pelajar

menggunakan

TMK).

Dalam

konteks

pembelajaran,

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai


tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula TMK
digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru berperanan sebagai penyampai
maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada.

Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif
pembelajaran tercapai. Guru boleh menggunakan TMK untuk pengurusan proses
pembelajaran, Pengurusan Rekod Pelajar, dan Penjanaan Tabung Soalan. Guru dapat
menyediakan persembahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi
multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia
mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan
secara bijaksana. Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran pembelajaran
Bahasa Melayu ini boleh mengubah peranan daripada "tuan" kepada "pembantu",
daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator".
Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak
memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan
mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Banyak juga kelebihan lain yang diperoleh
sekiranya guru menggunakan TMK dalam proses pengajaran pembelajaran Bahasa
Melayu.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK dan multimedia bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu akan dapat membantu meningkatkan penguasaan para
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat melalui
perubahan sikap, tingkah laku, minat dan prestasi pelajar sebelum, semasa dan selepas
sesi pembelajaran berjalan. Peningkatan penguasaan dalam mata pelajaran para
pelajar tersebut dapat dirumuskan sebagaimana berikut;
A) Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid:
Berlaku pembelajaran kendiri dan menggalakkan pembelajaran eksploratori
(Penerokaan).

Penggunaan

TMK

untuk

pembelajaran

menggalakkan

pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila TMK digunakan


sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM,
internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.TMK juga
dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini
para pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima
melalui TMK. Para pelajar juga mempunyai kebebasan dalam menggunakan
kemudahan TMK berdasarkan kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk

yang dipelajari dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya
memberikan beberapa alamat yang berkaitan yang boleh dilayari oleh pelajar
melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan setiap pelajar mencari dan
mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahanbahan daripada internet. Para pelajar akan mengumpul bahan-bahan ini, dan
maklumat ini akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam
penyelesaian masalah.
Kesimpulannya, TMK memudahkan pelajar meneroka ilmu baru
yang menjadikan proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan. Para pelajar dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah melalui
interaksi sosial. Para pelajar telah bertukar sikapnya daripada seorang yang
pasif menjadi aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran
berjalan.
B ) Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran
Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan
masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk
diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan
multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak
dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik.
Ini membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah
dan pantas. Contohnya dalam pelajaran menulis karangan yang berkaitan
tentang pencemaran alam sekitar, guru boleh menayangkan rakaman video
tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam
menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab.
Tayangan rakaman video ini boleh memberikan gambaran yang lebih
jelas kepada pelajar dan dapat membantu memberikan panduan apa yang patut
mereka tuliskan sebagai isi-isi penting karangan mereka.

Bahan-bahan

multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual


grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video
sebagai alat bantu membolehkan para pelajar lebih memberikan perhatian
terhadap apa yang guru ajar. Para pelajar dapat menghayati isi pelajaran
dengan lebih jelas. Guru juga boleh menyediakan bahan atau soalan dengan
memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk
tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar
yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk
exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. Pengajaran yang
guru sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat
melihat sendiri apa yang diterangkan oleh guru dengan bantuan komputer.
Kaedah ini membolehkan murid memahami dan menghayati situasi
pembelajaran yang sebenar. Dengan kemahiran TMK yang guru miliki, guru
boleh memuat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Guru
juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera
digital masukkan gambar-gambar dan guru boleh tayangkan kepada para
pelajar menerusi projektor LCD. Para pelajar mungkin mendapat idea dan
pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan apa yang disaksinya dari awal
hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran
yang berkesan telah berlaku. Penggunaan papan interaktif semasa mengajar
membolehkan guru membuat pembetulan setiap kesalahan yang dilakukan
oleh para pelajar dengan serta-merta. Pelajar membuat tugasan menggunakan
papan interaktif, hasil tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor LCD.
Kesimpulannya jelaslah di sini, dengan menggunakan TMK telah
dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan para pelajar terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu yang diajar. Proses pengajaran dan pengajaran
menjadi lebih mudah dan lebih menarik. Hasilnya para pelajar dapat
menghasilkan tugasan yang sempurna. Hal ini dapat membantu memudah dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
kerana penggunaan TMK dalam pengajaran pembelajaran telah memudahkan
tugas guru dan pelajar dalam menguasai kemahiran yang di ajar.

C.) Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah


Melalui TMK pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan
dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang
digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan
pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang
dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila
diadunkan dengan teks dan grafik. Penggunaan TMK sebagai alat komunikasi
merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan
komunikasi. TMK membolehkan pelajar dan guru daripada lokasi yang
berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai
bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja
berpasukan dalam kalangan pelajar di samping memantapkan kemahiran
berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan
kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di
dalam kelas.
Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan
kemahiran berfikir serta komunikasi para pelajar. Selain itu Interaksi guru dan
pelajar dapat dipertingkatkan melalui TMK di mana guru dan murid
berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog.
Melalui internet pelajar dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana
berada kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang
pantas.. Teknologi multimedia membolehkan guru melihat wajah pelajar yang
menghubungi guru pada paparan skrin komputer. Pelajar dapat berbual secara
terus dengan guru menerusi skrin komputer. Para pelajar akan merujuk kepada
guru apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa
mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi
sebegini juga memudahkan guru untuk memantau hasil kerja pelajar apabila
mereka menge-melkan tugasa atau latihan kepada guru. Pelajar boleh bertanya
secara terus dan guru pula akan menjawab dengan cepat Jelaslah di sini
melalui TMK jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara
berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru
dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar. Pelajar juga dapat berkomunikasi

dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin komputer


menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan kemahiran TMK yang
guru miliki telah dapat menumbuhkan inspirasi kepada para pelajar dan dapat
meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah.
D). Pengekalan Informasi Yang Berkesan
Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau
pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu yang
mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan
maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan
elemen multimedia dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang
berwarna warni, animasi serta video. Set komputer yang dilengkapkan dengan
multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-maklumat tambahan
dalam bentuk yang menarik kepada pengguna. Terdapat fakta telah
membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan
untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan
lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20
peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif
dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak
seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia
Itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan
yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka guru seharusnya
tidak teragak-agak menggunakan TMK untuk membantu meningkatkan
keberkesanan pengurusan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah.
Ternyata di sini bahawa, TMK telah dapat membantu meningkatkan
pemahaman dan mengekalkan maklumat yang diperolehi pelajar melalui
kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan
tugasan guru dan pelajar serta dapat membantu pelajar mempertingkatkan
daya ingatan. Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh pelajar lebih lama
kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik
dan interaktif.

E) Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap


TMK dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan
tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti
pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau
penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf.
Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan
tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft
Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya. Pelajar boleh
memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan
mereka.

Penggunaan

perisian

aplikasi

ini

dapat

membantu

pelajar

melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang


sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang
diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid
membuat pembentangan hasil tugasan yang guru berikan sama ada secara
kumpulan atau individu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar
dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan
mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang
melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat
meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang
disediakan. Selain itu penggunaan TMK dan multimedia dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Sastera Menggunakan Komputer
Criswell(1989)

mendefinisikan

PBK

sebagai

penggunaan

komputer

dalam

menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata
matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran
dengan menggunakan program komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan
Sleeman 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular sebagi media pembelejaran
kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran
yang lain sebelum zaman komputer.

Di antara keistimewaan tersebut adalah hubungan interaktif, pengulangan dan


maklumbalas serta peneguhan. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran
yang berkesan, aktif dan bermutu. Antara jenis atau teknik PPBK termasuklah
tutorial, latihtubi, Permainan, Simulasi,Tunjuk Cara dan Ujian.
Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyhuran komputer
menjadi popular sebagi media pembelejaran kerana komputer memiliki keistimewaan
yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman
komputer. kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.
Melalui teknik PBK yang terancang ia akan dapat digunakan dalam semua subjek dan
menarik minat para pelajar disebabkan beberapa perkara berikut :Hubungan interaktif
Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan.
Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan
meningkatkan minat. Berdasarkan hubungan interaktif ini murid-murid akan dapat
mencapai maklumat yang dikehendaki dengan menggunakan hyperlink atau pautan
untuk mencapai sesuatu maklumat.
Pengulangan
Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan
lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat diperlukan
kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1994) .

Maklumbalas dan peneguhan

Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran


serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi
apabila pelajar memberikan jawapan.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran Sastera Melayu, penggunaan komputer juga
mempunyai impak yang besar kepada pelajar. Kesan yang lebih baik dapat dijelmakan
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang lebih tepat
dan bermakna. Di antara strategi yang boleh digunakan oleh guru adalah melalui
penggunaan mod-mod pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK ini. Modmod yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat dalam
pengajaran sastera yang boleh digunakan adalah seperti berikut :Tutorial
Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di
sampaikan

secara

berperingkat-peringkat

dan

diikuti

dengan

soalan-soalan.

Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya
sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan
pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar
yang berpencapaian tinggi.
Ianya juga dapat digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah
(Alessi & Trollip, 1985) dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak.
Ini semua dilakukan dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks.
Perkembangan teknologi komputer membolehkan video serta audio digunakan untuk
merangsang pelajar.
Mod Penerokaan
Mod ini merupakan pengabungan isi pelajaran dan suatu strategi penyampaian yang
membolehkan pelajar meneroka suatu perkara atau konsep dan membina pengetahuan
kendiri. Tujuan utama penggunaan mod penerokaan bukannya untuk mendapat
jawapan salah atau betul tetapi memfokus kepada penglibatan pelajar dalam sesuatu
konsep atau perkara dengan kefahaman mereka sendiri.

Mod Komunikasi
Mod ini menekankan penggunaan teknologi yang berkaitan komunikasi dalam
membantu pengajaran dan pembelajaran. Mod komunikasi melibatkan beberapa
kemudahan seperti e-mail, telesidang (sidang video atau audio), enjin pengelintar
melalui internet dan pembinaan laman web.
Mod Aplikasi
Mod aplikasi adalah merupakan penggunaan beberapa perisian aplikasi seperti
pemproses kata, hamparan elektronik, persembahan elektronik, dan pangkalan data.
Sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Persembahan elektronik digunakan
untuk menyampaikan maklumat secara lebih berkesan dan menarik bagi merangsang
minda murid untuk mengikut pelajaran dengan mudah.

Kesimpulan
Penggunaan TMK dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad
ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke
hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. TMK menjadi pemangkin
kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada para pelajar, malah guru-guru
menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan pelajar. Teknologi perlu dilihat
sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting
seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana
tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun
teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan
guru terhadap Pelajar. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk
membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah
pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak boleh diambil alih

oleh teknologi. Dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus
mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru
dalam membantu dan membimbing para pelajar serta membantu guru meningkatkan
usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan
seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling
berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan
untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa
Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran
Wawasan 2020.

Rujukan
Abdul Rahim Bin Abdul Razak. (2005): Profesionalisme Keguruan Prospek Dan
Cabaran: Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustaka

Holmes.W. (199): The Transforming Power of Information Technology , Community


College Journal , 70(2) : ms 10-15
Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003): Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala
Lumpur, PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2005): Multimedia Konsep dan Praktis, Kuala
Lumpur, Venton Publishing.
Kamus Dewan Edisi Ke-4.(2007): Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Khan, B.H. (1999). Web- Based Instruction. Dalam Norliza Hussin, Mohamad Sattar
Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. Penggunaan Laman Web Sebagai Transformasi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam .Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Modul OUM.(2006): HBEF2303- Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd Pusat
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi . (2003). Pengurusan & Kepimpinan
Pendidikan. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zamri & Mohamed Amin. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Selangor: Karisma
Publications Sdn.Bhd.
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad
Sukor Ab Samad. (2008). Kemahiran ICT Dikalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia.
Selangor: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

SUMBER INTERNET
http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html
http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pentingnya-integrasi-ict-dalamproses-pengajaran-dan-pembelajaran. Dimuat turun pada 22/08/2012
http://iab-academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/Integrasi
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun pada
20/08/2012
http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp. dimuat turun
pada 06/08/2012 http://www.slideshare.net./shahwaran/penggunaan-ict-dalam-pppresentation. dimuat turun pada 06/08/2012

. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah


Rendah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tahun Satu. Putrajaya. Kementerian
Pelajaran Malaysia.(2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Modul Pengajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Dunia Sains Teknologi, Tahun
Satu. Putrajaya.

You might also like