You are on page 1of 5

1.

0 EKONOMI
Kecemerlangan dalam

bidang ekonomi kerajaan bani umayyah dan bani abbasiah

sebenarnya boleh diadaptasikan kepada ekonomi di Malaysia dan sebahagian daripada


aktiviti ekonomi pada tamadun islam terdahulu ini sudah terdapat di Malaysia contoh
kegiatan ekonomi yang terdapat di Malaysia ialah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
ekonomi premier, sukender dan tertier. Ekonomi primer ini ialah memperoleh bahan asli
daripada bumi dimana ianya belum melalui sebarang proses, sebagai contoh aktiviti pertanian
perlombongan dan perikanan serta penternakan termasuk dalam ekonomi primer kerana
aktiviti-aktiviti ini hanya mengambil sumber bahan asli yang terdapat di bumi. Contohnya,
bahagian perikanan hanya menangkap ikan dan mengambil sumber yang terdapat di bahagian
perairan. Manakala pertanian mengutip hasil yang terdapat pada hasil tani seperti,padi,ubi
kopi dan sebagainya. Seterusnya bahagian perlombongan hanya mengambil sumber bahan
asli seperti bijih besi timah dan sebagainya dalam industri perlombongan. Manakala
penternakan memelihara haiwan ternakan dan meningkatkan pengeluaran haiwan ternakan.
Contoh-contoh syarikat yang memperoleh bahan primer ini ialah Syarikat Felda S.d.n B.h.d.
syarikat ini memperoleh bahan semula jadi bahagian pertanian dan perladangan seperti
pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia, seterusnya bahagian perikanan dikuasai oleh
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) industri ini membekalkan bahan-bahan perikanan
yang terdapat di bahagian laut dan sungai seperti ikan dan sebagainya. Manakala bahagian
perlombongan pula ialah Pasdec Holding Berhad (PKNP) syarikat ini terkemuka dalam bursa
saham Malaysia kerana ia banyak memberi sumbangan dalam peningkatan ekonomi
khususnya dalam perlombongan. Selain itu, ekonomi sukender adalah proses kedua dalam
system ekonomi di Malaysia. Kegiatan ekonomi sukender ialah kegiatan ekonomi yang
kebanyakan lanjutan daripada ekonomi primer yang memerlukan pemprosesan.bahan mentah
diproses menjadi barang siap atau separuh siap. Dua kegiatan ekonomi sukender ialah
kegiatan pembuatan ( perkilangan dan pembinaan). Industry ini sudah lama wujud sejak
kerajaan bani umaiyah dan bani abbasiyah dimana ekonomi tamadun ini mengeluarkan hasil
pertanian sebagai contoh, Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus
mengeluarkan gandum, barli, beras, buah anggur, limau, epal, sayuran kobis, kacang, dan
ternakan seperti kambing, lembu, ayam dan itik. Selain itu mereka juga mengeluarkan
tenunan, hamparan, permaidani, pinggan mangkuk, barangan kaca, tembikar, mozek serta
barangan kulit dan senjata. Seterusnya, ekonomi tertier, ekonomi tertier ini adalah
perkhidmatan dalam pemasaran barangan buatan yang dicipta oleh sesebuah Negara, sebagai

contoh pemasaran barangan kerajaan bani umayyah dan abbasiyah merangkumi Eropah, Cina
dan India. Kecemerlangan dalam ekonomi abbasiyah dan bani umayyah boleh di contohi di
dan diperkembangkan lagi di Malaysia. Sebagai contoh, Malaysia juga sebuah Negara yang
mampu menghasilkan ekonomi tertier dimana seluruh Negara di dunia mengenali Malaysia
dengan hasil pengeluaran minyak kelapa sawit, kain batik, getah, beras, kopi, teh. Semua
hasil eksport ini adalah daripada aktiviti pemasaran yang dijalankan di Malaysia.
Kecemerlangan bani umaiyah dan abbasiyah sudah terdapat di Malaysia perkembangan
ekonomi ini dapat dijadikan contoh oleh kerajaan Malaysia bagi memacu kemajuan ekonomi
untuk sebuah Negara yang membangun. Kejayaan-kejayaan yang diperoleh oleh kedua
tamadun islam ini boleh dicontohi dan diserap masuk ke dalam Negara Malaysia. Contohcontoh yang terdapat pada kerajaan tamadun islam sedikit sebanyak sudah terdapat di
Malaysia. Langkah dan usaha dalam memajukan lagi sector ekonomi Negara Malaysia
tampak jelas dan sedang berkembang mengikut peredaran masa. Tidak mustahil untuk
mencotohi Negara islam terdahulu pada masa akan dating kerana kegiatan ekonomi yang
terdahulu juga sedang dijalankan oleh Negara Malaysia.
2.0 POLITIK
Sistem politik zaman kerajaan islam bani umaiyyah dan bani abbasiyah adalah politik yang
bercorakkan sistem khalifah dan pemilihan melalui majlis-majlis syura. Manakala di
Malaysia pula adalah politik yang bercorakkan demokrasi dan pemilihan dibuat mengikut
kehendak rakyat, dimana siapa yang mendapat atau meraih undi yang banyak maka dia akan
memegang jawatan sebagai pembantu dalam pengendalian negara iaitu pembantu Raja
Malaysia. Walaupun berbeza dari segi politik namun sistem pentadbiran dalam hal ehwal
politik adalah sama, sebagai contoh zaman bani abbasiyah dan bani umaiyyah mewujudkan
Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan
Am, dan Jabatan Urusan Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran, seperti di
negara Malaysia kerajaan mereka juga mewujudkan audit dan bank negara sebagai jabatan
cukai iaitu ( JABATAN AUDIT NEGARA), urusan cop mohor ( MAJLIS RAJA-RAJA
MALAYSIA) dan penubuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Am yang merangkumi
ekonomi, politik dan sosial Malaysia. Dengan mengambil contoh kerajaan islam terdahulu
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berprestij tinggi dan berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara besar yang lain, jika Malaysia mentadbir dengan telus dan
mengelakkan sebarang rasuah daripada berlaku. Contoh kecemerlangan pada kerajaan islam
terdahulu boleh diadaptasikan dalam kerajaan Malaysia apabila mereka bersetuju untuk

memperlicinkan lagi pentadbiran. Walaupun corak pemerintahan berdasarkan barat namun


sikap dan ketelusan dalam mentadbir negara boleh di contohi semasa kegemilangan zaman
kerajaan islam terdahulu.
3.0 SOSIAL
Kemajuan dalam bidang sosial kerajaan pada zaman kerajaan bani umaiyah dan abbasiyah
sedikit sebanyak terdapat di Malaysia namun bagi melicinkan lagi ikatan dan perkembangan
sosial Malaysia harus meniru dan mengambil contoh dalam kerajaan bani umaiyah dan bani
abbasiyah.
3.1 PENDIDIKAN
Kerajaan islam terdahulu menterjemah buku-buku falsafah dan sains dari
bahasa Yunani kepada Bahasa Arab dan ilmu tentang mengguna dan membuat
kertas diambil dari China. Manakala filosof pula ialah merupakan ahli dalam
bidang Kimia, Astrologi, kedoktoran dan muzik. Begitu juga dengan intelek-intelek
lain

seperti Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Masudi. Al-Farabi, Umar Al-

Khayyam
yang

dan Ibn Khaldun. Kewujudan institusi pendidikan juga seperti Masjid

memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu

pengetahuan. Contoh kegemilangan di atas boleh di contohi oleh kerajaan Malaysia


walaupun sedikit sebanyak mempunyai persamaan seperti masjid pada dahulunya
sebagai pusat pendidikan dan teknologi pembuatan kertas di ambil daripada cina, di
Malaysia pusat pendidikan adalah di sekolah dan universiti dan pembuatan kertas
adalah menggunakan teknologi sendiri berdasarkan pinjaman daripada teknologi luar.
Walaupun mempunyai persamaan namun Malaysia sudah dapat mengikuti
perkembangan tamadun tersebut. Hal ini membuktikan bahawa Malaysia juga mampu
mengikut kecemerlangan zaman kerajaan islam terdahulu, namun perlu ditambah dan
dilicinkan lagi system yang sedia ada agar Malaysia mampu bertanding dengan
pendidikan antara bangsa yang sedia ada.
3.2 KEPELBAGAIAN KAUM DAN BANGSA
Pada zaman kerajaan islam terdahulu Hasil dari perkembangan Islam dan
keluasan jajahan pemerintahan, kerajaan islam telah membawa beberapa perubahan
kepada masyarakat. Sebagai contoh, warga Negara terdiri dari pelbagai

bangsa

seperti Arab, Farsi, Qitbi, Turki dan India. Selain itu, pergaulan semakin

bertambah

erat sehingga terdapat perkahwinan campur. Di Malaysia juga terdapat kepelbagaian


kaum dan bangsa di mana jika di lihat contoh yang ketara adalah kewujudan kaum
india dan cina yang tinggal bersama dalam Negara Malaysia, ada juga dalam kaangan
mereka yang berkahwin campur seperti kaum melayu berkahwin dengan kaum india,
perkahwinan campur kedua suku kaum ini banyak terdapat di negeri pulau pinang.
Seterusnya bagi perkahwinan melayu dan cina pula banyak terdapat di negeri Melaka,
perkara ini menunjukkan bukti bahawa Malaysia juga mampu mengikuti sedikit
sebanyak zaman social kerajaan islam terdahulu. Buktinya hasil daripada kajian
terdapat banyak persamaan yang terdapat di Malaysia dan kerajaan islam seperti
abbasiyah dan umaiyyah.
3.3 PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
jika dilihat pada zaman kerajaan islam terdahulu Galakan para khalifah yang
mengambil berat tentang bidang ilmu pengetahuan seperti mengadakan seminar
perubatan, menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang sains dan teknologi
serta membina pusat penyelidikan sains, membina balai cerap sebenarnya sudah
terdapat di

Malaysia, sebagai contoh penubuhan pusat meteorology Negara

Malaysia dan pembuatan ubat-ubatan Malaysia seperti kementerian kesihatan


Malaysia (KKM)

yang bertanggungjawab dalam mengendalikan bahagian

perubatan dan menghasilkan ubat menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai


kemajuan dalam sains dan teknologi. Perkara ini juga membuktikan bahawa
kecemerlangan dan kemajuan kerajaan islam terdahulu boleh dicontohi oleh Malaysia,
namun bagi memperkemaskan lagi kemajuan dalam sains dan teknologi kerajaan
Malaysia harus mempergiat usaha untuk mengkaji seperti kerajaan islam terdahulu
yang sanggup menterjemah buku ke bahasa mereka untuk mewujudkan golongan
cendikiawan yang terbaik.
4.0 KETENTERAAN
Melihat dari sistem ketenteraan islam terdahulu seperti mengatur barisan peperangan
dan penciptaan senjata memperlihatkan bahawa mereka bukan sahaja maju dari segi politik
dan ekonomi, namun mereka juga kuat dari segi pertahanan, walaupun serangan daripada
kerajaan lain mendatang namun kerajaaan islam terdahulu mampu menepis kerana
mempunyai kelengkapan senjata yang kuat. Ketenteraan di Malaysia juga sebenarnya
tersusun, namun Malaysia tidak membuat kelengkapan perang, kebanyakannya kelengkapan

perang dibeli daripada Negara luar seperti senjata api dan nuklear. Malaysia sepatutnya
meniru kerajaan islam terdahulu untuk memperkuatkan lagi pertahanan yang sedia ada
supaya Negara Malaysia bangkit dan digeruni seperti kerajaan islam terdahulu. Namun dalam
istilah ketenteraan Malaysia sudah menunjukkan bukti bahawa zaman kegemilangan tentera
terdahulu boleh dicapai oleh Malaysia sperti aturan barisan tentera, di mana Malaysia juga
mengatur strategic tentera dan membahagikan tentera kepada 3 iaitu laut, air, dan udara.

You might also like