You are on page 1of 16

Pengenalan

The Big 6 Skills merupakan model pengajaran Michael Eisenberg dan Bob Berkowitz
(1998) yang khasnya digunakan dalam pencarian maklumat dengan penggunaan
internet. Model ini dapat memudahkan proses perolehan dan pengurusan maklumat
selain memastikan maklumat yang terjumpa dan didapati ialah tepat dan benar.
Menurut Linda Jarvin (n.d.) dalam karya Masurimasood, What is the Big6
Terjemahan (2009), data yang telah diperolehi daripada beribu-ribu pelajar telah
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah diajar bahan-bahan bacaan bukan
fiksyen dan informatif dengan menggunakan pendekatan The Big 6 skills melalui
gabungan aktiviti-aktiviti berunsur kreatif, analisis dan praktikal, adalah lebih berjaya
daripada pelajar-pelajar yang diajar dengan menggunakan kaedah-kaedah alternatif
yang lain. Mengikut Siti Masitah (2014) pula, The Big 6 skills menggunakan
pendekatan penyelesaian masalah untuk mengajar informasi dan keterampilan
informasi serta teknologi. Model The Big 6 skills boleh dibahagikan kepada 6 tahap
iaitu definisi tugasan, strategi pencarian maklumat, lokasi dan akses, penggunaan
maklumat, sintesis, dan penilaian. Saya akan menjelaskan tahap-tahap tersebut
secara lebih terperinci dalam esei saya dan haraplah kita dapat sama-sama belajar
serta mengaplikasikan teknik model The Big 6 Skills dalam pengajian dan pencarian
maklumat setelah kita sudah memahami dan menguasai teknik-teknik tersebut.
1.0

Definisi Tugasan
Dalam era yang globalisasi dan modenisasi ini, kita semua sedang

mengalami masalah maklumat terlampau banyak. Maklumat-maklumat dan isu-isu


sentiasa dikemaskinikan dalam dunia maya laman sesawang ini dan bukannya
mudah untuk kita mengikut kerana maklumat ini sentiasa berubah dan berkembang

pada bila-bila saatnya. Walaupun kita bersyukur kerana memiliki banyak sumber
untuk merujuk kepada apa-apa sahaja maklumat, namun kita kurang pasti
bagaimanakah kita boleh memperolehi maklumat yang dikehendaki, bila kita akan
menggunakan maklumat tersebut,

dan cara yang paling berkesan untuk

menggunakan maklumat tersebut. Oleh itu, untuk menjalankan tugasan atau


pengajian dengan lebih efektif, kita patut memahami kehendak soalan ataupun kerja
tersebut. Untuk memahami maksud masalah, kita boleh merujuk kepada banyak
sumber seperti bahan bacaan, media massa dan hasil pengajian orang lain. Dengan
mengaji dan meneliti kehendak tugasan melalui bahantara pelbagai sumber, maka
kita akan lebih memahami tugasan yang diberikan dan kita akan tahu apakah caracara yang perlu digunakan bagi menempuhi dan menyiapkan tugasan tersebut.
Selain itu, penggunaan model 5W1H (When, Where, Who, What, Why and How)
yang menanyakan bila, mana, siapa, apa, mengapa dan bagaimana juga merupakan
cara yang cekap untuk memahami soalan yang dikemukan secara menyeluruh.
Tambahan pula, kita juga boleh menanyakan orang lain yang lebih berpengalaman
daripada kita untuk memahami tugasan yang diberi. Hal ini kerana orang tersebut
akan lebih berpengetahuan dan ulung daripada kita dalam bidang tersebut. Yang
amat terpenting sekali, janganlah kita segan bertanya kerana jika kita tidak
mengeluarkan ketidakfahaman kita, maka kita yang menyusahkan kita sendiri
sahaja. Tidak ada orang yang tahu kita perlu pertolongan mereka dan akhirnya
kerana kita salah memahami kemahuan soalan, kita akan menjalankan tugasan
dengan cara yang kurang bersesuaian ataupun salah.
2.0

Strategi Pencarian Maklumat


Setelah kita memahami apakah maksud soalan dan tugasan, malah kita

dapat meneruskan kepada tahap yang kedua iaitu strategi pencarian maklumat.

Sebelum kita menjalankan tugasan, kita perlu merangka muslihat terhadap


pencarian maklumat. Pada mula-mulanya, kita harus mencari kata-kata rujukan dan
kata-kata kunci tugasan tersebut. Selepas itu, dengan menggunakan kata-kata
rujukan dan kata-kata kunci yang diperolehi, maka kita dapat menentukan semua
bahan-bahan berkaitan dengan tugasan ini yang mungkin digunakan. Penggunaan
maklumat daripada sumber yang berbagai-bagai dapat memastikan tugasan kita
dapat dijalankan dengan memenuhi banyak pertimbangan. Sungguhpun kita mahu
mendapati sumber daripada banyak saluran, kita harus mementingkan dan
memastikan kesahihan dan kebenaran maklumat yang dijumpai. Kita perlu memilih
sumber yang sebaik mungkin yang dapat kita jumpai. Pengolahan maklumat
daripada buku-buku adalah lebih tepat dan diiktirafkan jika berbanding dengan
punca-punca yang lain. OPAC (Katalog Capaian Awam dalam Talian) adalah
kemudahan pencarian buku atau bahan bacaan yang sangat menyeluruh di
perpustakaan. Setelah semua maklumat mengenai tugasan telah dikumpulkan, kita
boleh menyusun semua data-data tersebut dalam peta minda atau carta serta pai
yang dapat kita rujukan dengan lebih mudah dan lebih memahami. Kita dapat
menguatkan daya ingatan kita dengan cara yang lebih berkesan dan kreatif ini dan
hal ini dapat melancarkan pelaksanaan tugasan.

Raja
h 2 dan 3

: Contoh Carta dan pai yang boleh digunakan

Rajah 4
3.0

: Contoh Peta Minda i-Think yang boleh digunakan

Lokasi dan Akses


Selepas perancangan menjalankan tugasan, kita patut mengenal pasti lokasi

sumber maklumat secara intelektual mahupun fisikal. Kita harus tahu akan lokasi
dan di manakah bahan atau sumber tersebut boleh dijumpai sebelum memulakan
pencarian maklumat supaya kita tidak berserabut apabila mencari bahan-bahan.
Secara tidak langsung, kita dapat menjadi lebih sistematik. Kita tidak akan
menghabiskan tempoh masa yang terlalu panjang mencari sesuatu dan tidak akan
menghabiskan terlalu banyak masa dalam mengolah apa-apa informasi yang tidak
berkaitan dengan apa yang ingin digunakan. Penggunaan enjin carian Google,
Yahoo, Bing dan lain-lain dapat memudahkan pencarian maklumat. Namun
demikian, kita sebagai pengguna enjin tersebut harus tahu akan teknik yang betul
bagi menggunakan enjin carian dengan lebih berkesan. Sumber yang kita
berpendapat akan membantu dalam menjalankan tugasan dengan baik boleh

ditandakan agar semasa kita mahu membuat rujukan pada masa yang akan datang,
kita dapat mencari balik maklumat tersebut dengan lebih cepat dan senang.
Maklumat yang diambil dari sumber haruslah relevan dan betul. Hal ini kerana jika
kita menggunakan maklumat yang salah, tugasan kita akan dijejaskan dan
menyampaikan mesej dan matlamat yang tidak tepat juga.
4.0

Penggunaan Maklumat
Apabila sudah memperoleh maklumat-maklumat yang diperolahkan, maka

kita dapat menyusunkan maklumat yang disediakan secara teratur dan sistematik.
Kita harus membaca, mendengar dan menyemak bahan-bahan untuk menentukan
sama ada maklumat tersebut disusun dengan betul dan lancar. Selanjutnya daripada
itu, kita kurang digalakkan menggunakan maklumat daripada laman Wikipedia dan
blog peribadi kerana maklumat dan padangan yang dikemukakan tidak didapati
pengktirafan dari mana-mana bidang secara profesional serta mudah ditokok
tambah oleh sesiapa. Penilaian terhadap sumber-sumber yang digunakan perlu
dibuat dari segi ketepatan, keberkesanan, komposisi dan sifat pandangan
pengarang. Sepanjang ini, kita harus sentiasa menyoalkan diri tentang kedua-dua
persoalan ini: Apakah maklumat yang ingin saya dapatkan daripada sumber
tersebut? Apakah maklumat-maklumat yang amat berguna dalam sumber ini?
Dengan sentiasa menyemak akan perkembangan pencapaian maklumat, kita dapat
melaksanakan tugasan dengan baik.
5.0

Sintesis
Setelah selesaikan penggunaan maklumat, maka kita dapat membuat

kesimpulanan yang umum. Kita akan dikehendaki membuat konklusi tentang


tugasan yang diberikan. Kita juga harus menbuat senarai rujukan tentang bahan-

bahan yang digunakan. Bahan-bahan yang diperolehi boleh dibahagikan kepada


beberapa aspek, iaitu sumber primer dan sumber sekunder, dan selepas
dicabangkan kepada beberapa jenis sumber, contohnya sumber buku, internet,
jurnal dan sebagainya. Butiran sumber tersebut juga perlu lengkap supaya dapat
menunjukan keberkesanan maklumat tersebut. Selepas itu, kita perlu semak dan
urus hasil tugasan mengikut format yang telah ditetapkan. Akhirnya, hasil tugasan
tersebut akan disampaikan kepada rakan-rakan atau pensyarah supaya mereka
boleh memberi pandangan tentang tugasan dan seterusnya membuat penilaian
berdasarkan ukuran-ukuran yang tertentu.
6.0

Penilaian
Setelah tugasan disiapkan, penilaian terakhir terhadap penghasilan tugasan

akan dilaksanakan. Kita akan menilai kembali tugasan yang telah dihasilkan dengan
sekatan tertentu. Kandungan, kerjasama, kemahiran mendengar dan penyelidikan
akan ditaksirkan sejauh mana kita menguasai aspek-aspek tersebut. Setelah
mendapat maklum balas, kita akan dinilaikan berdasarkan kandungan esei serta
penggunaan dan kesesuaian sumber rujukan yang digunakan untuk menghasilkan
tugasan. Akhirnya, kita harus mengenal pasti maklumat, media dan kemahiran
teknologi yang digunakan semasa menghasilkan tugasan ini.
Kesimpulan
Pendek kata, Model The Big 6 Skills merupakan penyelesaian yang cekap
serta model ini fokus dalam proses dan juga isi kandungan maklumat tersebut.
Model ini telah mengenalkan kemahiran-kemahiran hidup asas yang diperlukan oleh
para pelajar kita. Kemahiran-kemahiran ini boleh digunakan dalam semua situasi
dan keadaan serta diaplikasikan di mana-mana subjek sekolah tidak kira dalam

peringkat darjah, tingkatan ataupun gred. Para pelajar juga boleh menggunakan
kemahiran-kemahiran The Big 6 Skills apabila mereka perlu mendapatkan maklumat
untuk menyelesaikan masalah, melengkapkan tugasan dan membuat keputusan.
Justeru, kita sebagai individu yang berakal dan berfikiran sepatutnya pandai
menggunakan teknik-teknik dan cara-cara literasi maklumat sebegini agar tugasan
dan kerja kita boleh dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik.

Rujukan

Ahmad Fahmi. (2015). Laporan Model The Big 6 Skills. Diperolehi pada 7
September
6-skills.

2015 dari http://www.slideshare.net/farmee97/laporan-model-the-big-

Siti Masitah. (2014). The big 6. Diperolehi pada 7 September 2015 dari
https://www.academia.edu/8446590/The_big_6.
Masurimasood. (2009). What is the Big6 Terjemahan. Diperolehi pada 7
September

2015 dari https://www.scribd.com/doc/11023475/What-is-the-Big6


-Terjemahan.

Lampiran

Refleksi
Saya Jayne Ng Kia Yee, pelajar PPISMP Jun 2015 Semester 1 Bimbingan
dan Kaunseling. Melalui tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah kursus
GKB 1053, Kemahiran Belajar, Encik Adnan Bin Omar, saya telah banyak
mempelajari tentang literasi maklumat. Sepanjang masa pembelajaran di sekolah
menengah saya, saya kurang berpengetahuan akan kemahiran belajar dan teknikteknik perolehan dan pengurusan maklumat. Saya amat bertuah kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan-tugasan kerja kursus dengan lancar. Tajuk
untuk tugasan kerja kursus ini adalah buat kajian tentang model The Big 6 Skill.
Dalam proses menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai halangan dan
rintangan telah saya hadapi untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Saya telah mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan yang diberi
pada daripada tempoh masa yang disediakan setelah saya memulakan menjalankan
tugasan ini kerana terdapat banyak tugasan yang diberikan pada masa yang sama
dan terdapat beberapa tugasan yang mempunyai tarikh penghantaran yang
berdekatan dengan tugasan ini. Hal ini menyebabkan saya dapat menguatkan daya
tahanan saya dan juga boleh melatih saya untuk menguruskan masa dengan lebih
baik dan sistematik. Sudah ada beberapa kali saya berasa amat penat dan letih
apabila membuat tugasan ini, namun saya tidak memutus asa dan telah menyiapkan
selaras dengan masa yang ditetapkan, bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
Saya telah menerima tugasan sebagai satu cabaran dan cuba sedaya upaya
untuk melaksanakannya mengikuti arahan yang diberikan. Saya berpendapat
bahawa saya dapat menyelesaikan tugasan saya dengan baik kerana saya rasa
saya berkemampuan untuk memahami tajuk yang diberikan secara teliti dan

mendalam. Justeru, saya telah mencari maklumat mengenai tugasan ini dengan
menggunakan pelbagai jenis sumber seperti melalui internet, buku-buku di pusat
sumber institut, keratan akhbar dan sebagainya. Kemudahan akses kepada internet
yang dibekali oleh pihak institut juga menyumbangkan banyak bantuan saya untuk
mendapat informasi yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan di laman sesawang.
Walaupun saya telah berusaha dalam melaksanakan tugasan saya yang
diberikan, saya masih menghadapi cabaran untuk mendapati bahan-bahan rujukan
yang berkenaan dengan tajuk tugasan saya. Bahan bacaan berkaitan dengan tajuk
tugasan yang boleh didapati amat terhad dan kerana had masa yang ditetapkan,
saya mengalami kesukaran untuk kerap melawati pusat sumber. Tambahan pula,
kesusahan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman
sesawang juga merupakan antara masalah yang saya hadapi. Untuk mencari
maklumat yang sahih dalam laman web amat sukar kerana adanya laman yang
dikarangkan dengan bahasa yang asing dan perlu diterjemahkan. Adanya maklumat
yang terdapat di laman sesawang berunsur negatif ataupun ditokok tambah dengan
maklumat yang tidak betul.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, saya telah membincang dan
menggembleng tenaga bersama dengan rakan-rakan sekelas dan juga meminta
tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing. Dengan adanya perbincangan dan
pertolongan dari rakan-rakan sekelas saya, kami dapat memberi bantuan kepada
satu sama lain terutamanya apabila antara satu pihak dari kami mempunyai
kekeliruan dalam melaksanakan tugasan ini dan kami bersama-sama memahami
apa yang dikehendaki dalam tugasan tersebut. Kami boleh saling membantu apabila
kami mahu memilih bahan-bahan yang relevan, berkongsi pendapat, idea,
pengetahuan dan juga kemahiran berkenaan model The Big 6 Skills.

Tambahan pula, saya telah banyak menjemu ilmu apabila saya menjalankan
tugasan ini. Model The Big 6 skills boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu definisi
tugasan, strategi pencarian maklumat, lokasi dan akses, penggunaan maklumat,
sintesis, dan penilaian. Sebagai seorang bakal guru bimbingan kaunseling, saya
patut lebih berusaha dalam menimba lebih banyak ilmu tentang model ini dan juga
literasi maklumat yang lain agar saya dapat mencari maklumat dengan efektif dan
efisien. Ilmu yang dipelajari dapat mendidik dan membimbing anak-anak pelajar
dengan lebih holistik. Selain itu, tugasan ini telah meningkatkan daya fikiran saya
dalam menganalisis dan menilaikan sesuatu peristiwa. Dengan ilmu yang tercapai,
saya berharap saya mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan
generasi muda.
Saya telah mendapati suatu aspek penting yang perlu diamalkan ialah
kerjasama antara rakan sekelas selepas menyempurnakan tugasan ini. Hal ini
demikian kerana melalui semangat bekerjasama, kami dapat saling membantu pihak
yang lain dalam bidang yang lebih lemah dan seterusnya menghasilkan kerja kursus
yang berkualiti. Selain itu, kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer
merupakan suatu aspek yang perlu ada pada diri sendiri kerana tugasan ini perlu
disiapkan dengan menggunakan komputer secara keseluruhannya.
Pendek kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Encik Adnan Bin Omar kerana beliau sudi untuk meluangkan masa memberi tunjuk
ajar dan membimbing saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Beliau telah sabar
untuk menerangkan dengan terperinci dan teliti akan tugasan yang diberikan.
Dengan ini, saya telah menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan menepati
masa yang telah ditetapkan.

Isi Kandungan

Pengenalan

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

1-2
2-4
4-5
5-6
6
6

Definisi Tugasan
Strategi Pencarian Maklumat
Lokasi dan Akses
Penggunaan Maklumat
Sintesis
Penilaian

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

9-11

Refleksi

12-14

You might also like