You are on page 1of 10

INSTITUT

PENDIDIKAN
GURU KAMPUS
PULAU PINANG

Tajuk Tugasan: Penulisan Esei

NAMA
: JAYNE NG KIA YEE
NOMBOR KAD PENGENALAN: 970214135574
KELAS
: BIMBINGAN DAN KAUNSELING(PPISMP)
KOD DAN NAMA KURSUS
: PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN
KAUSELING (BNK 1014)
NAMA PENSYARAH
: PUAN SHUHAILAH BT MAT SAID

Isi Kandungan

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Isi Kandungan

2.

Penghargaan

3.

Borang Pengakuan

4.

Pengenalan

5.

Perkembangan: Penulisan Esei

4-7

6.

Kesimpulan

7.

Rujukan

8-9

1.0 Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek
Pengenalan kepada Bimbangan dan Kaunseling saya, Puan Shuhailah Bt Mat Said
kerana telah memberi pertolongan dan nasihat yang banyak dalam melaksanakan kerja
kursus ini. Beliau telah membimbing kelas kami akan cara-cara menjalankan kerja
kursus ini dengan penuh kesabaran serta tidak jemu memberi teknik menyelesaikan
masalah apabila kami menyoalkan pertanyaan kepadanya.
Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
sentiasa bersama dengan saya apabila saya mengalami kesukaran dalam membuat
kerja kursus. Semua anggota keluarga saya yang telah menghulurkan sokongan moral
kepada saya apabila saya menghadapi kesusahan. Tanpa mereka, saya tidak dapat
menyiapkan kerja kursus saya dengan lancar.
Tambahan pula, saya ingin menyampaikan penghargaan terhadap rakan-rakan
saya, terutama rakan-rakan sekelas saya yang telah berganding bahu menolong saya
melaksanakan tugasan-tugasan kerja kursus. Kami bagai aur dengan tebing telah saling
membantu dan menempuhi semua halangan yang dialami bersama apabila kami telah
menjalankan tugasan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada sesiapa yang telah sedikit
sebanyak memberi bantuan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus. Walaupun
pertolongan yang diberi adalah sedikit, tetapi bantuan tersebut telah banyak
menyumbang dalam membuat kerja kursus ini.

2.0 Pengenalan

Menurut Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee
Lam Thye (2015), bukan reputasi sekolah yang patut dijadikan keutamaan, sebaliknya
disiplin dan keselamatan pelajar secara keseluruhan. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa betapa penting bahawa kualiti sekolah amat bergantung kepada tingkah laku
dan kelakuan pelajar-pelajar yang ada dalam sesebuah sekolah tersebut. Mengikuti Tan
Sri Lee Lam Thye, statistik kes jenayah juvana pada tahun 2014 dari Januari sehingga
Oktober membimbangkan, dengan peningkatan sebanyak 24% berbanding tempoh
sama 2013. Dari segi tangkapan, sebanyak 8015 dibuat untuk tempoh sama tahun lepas
berbanding 6802 pada 2013. Peningkatan trend ini turut melibatkan kanak-kanak seawal
umur

12

tahun

berkecimpung

dalam

aktiviti

jenayah,

termasuk

merokok,

penyalahgunaan dadah, perjudian dan gejala sosial. Hal ini amat membimbangkan
kepada semua lapisan masyarakat kerana semua anak-anak murid ini ialah bakal tulang
belakang yang akan memimpin rakyat negara tercinta kita, Malaysia, ke arah kemajuan.
Oleh itu, sebagai guru kaunseling, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk
mencegah masalah tersebut.
Perkembangan: Penulisan Esei
Bilangan murid sekolah rendah yang merokok semakin menular pada zaman ini dan
antara faktor utama fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar-pelajar, terutamanya
pelajar-pelajar sekolah rendah, mudah dipengaruhi oleh ahli keluarga, orang tua dan
rakan sebaya. Mereka terikut dengan amalan yang terpapar kepada mereka. Di samping
itu, pelajar-pelajar yang rasa kurang menerima kasih sayang atau kurang diawasi oleh
ibu bapa akan merokok supaya mereka akan mendapat perhatian daripada orang
dewasa, terutamanya ibu bapa. Anak murid juga melibatkan diri dalam gejala merokok
kerana mereka berasa tertekan. Mereka ingin meluahkan stres yang dihadapi tetapi
telah menggunakan cara yang salah. Pengaruh media massa seperti televisyen, laman
web sosial, majalah yang memapar iklan-iklan rokok menyebabkan anak-anak murid
rasa ingin tahu akan mencuba rasa merokok. Hal ini berlaku kerana tabiat merokok yang
ditunjuk dalam iklan nampak bergaya dan dapat meningkat kemampuan dalam bidang
akademik. Menurut Syed Kamaruzaman Syed Ali (2014), Austin dan Gortmaker (2001)

menyatakan murid-murid perempuan yang mengawal pemakanan untuk menurunkan


berat badan mempunyai risiko yang tinggi untuk memulakan tabiat merokok.

Sebagai seorang guru kaunseling, kita boleh mengadakan ceramah anti rokok agar
dapat mencegah masalah penglibatan murid-murid sekolah rendah terlibat dengan
kegiatan merokok. Mengikuti Dr. Rashidi Mohamed bin Pakri Mohamed (2014), k anak-

kanak sekolah kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya.
Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang
berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya 50% daripada
kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang
masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang
terkandung di dalam rokok. Hampir 70% daripada kanak-kanak tersebut tidak tahu
tentang ketagihan merokok. Dengan mengadakan ceramah anti dadah, murid-murid
dapat lebih sedar akan keburukan dan kesan-kesan yang didapati apabila seseorang
individu merokok. Kita boleh menjemput ahli-ahli pegawai Kementerian Kesihatan
Malaysia memberi penyampaian ilmu yang berkenaan selaras dengan buku terbitan

pihak Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Clinical Practice Guidelines: Treatment of


Tobacco Smoking and Dependence 2003. Mengikuti Syed Kamaruzaman Syed Ali
(2014), buku ini mengandungi protokol rawatan tabiat merokok yang terkini sebagai

panduan serta rujukan kepada pihak awam dan pihak kakitangan Jabatan Kesihatan. Oleh
sebab sasaran penyampaian informasi adalah kepada anak-anak murid yang berumur
dalam lingkungan 7-12 tahun, maka aktiviti-aktiviti hands on dan cara penyampaian
maklumat yang senang difahami harus diselitkan serta ditekankan supaya murid-murid
lebih tertumpu dan memahami akan ceramah yang ingin disampaikan.
Tambahan pula, selain dengan menerangkan bahan-bahan toksik yang ada dalam
rokok tersebut, penceramah boleh menyampaikan peraturan-peraturan yang akan
dilanggari apabila murid-murid mengamalkan tabiat merokok untuk memberi penegasan
bahawa merokok tidak membawa apa-apa pro kepada seseorang individu dan hanya
membawa kontra kepada inidividu tersebut,. Menurut James Ang Jit Eng (2011),
perbuatan merokok dikategorikan sebagai tingkah laku tidak sopan dalam Panduan Bagi
Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah (1982) dan sebagai kesalahan berat
dalam SPI Bil. 7/2003. Selain itu, SPI Bil. 6A/1975: Disiplin - Murid-murid Menghisap
Rokok, menggalurkan langkah-langkah menangani masalah menghisap rokok dalam

kalangan murid dan SPI Bil. 4/1997: Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok,
mengesyorkan jenis-jenis hukuman yang dapat dikenakan ke atas murid ialah pekelilingpekeliling lain bagi menangani perbuatan merokok dalam kalangan murid. Penceramah
boleh membuat penerangan akan hukuman-hukuman yang terlibat apabila melanggar
akta-akta tersebut agar murid-murid akan tertegun-tegun untuk melakukan perbuatan
tersebut. Dengan ini, masalah merokok dapat dikurangkan.
Seterusnya, mengikuti Syed Kamaruzaman Syed Ali (2014), Videmsek, Karpljuk,
dan Debeljak (2003) yang mengkaji tentang hubungan di antara tabiat merokok dengan
jantina, latar belakang sosial dan penglibatan dalam aktiviti sukan mendapati bahawa
47% pelajar lelaki dan 24% pelajar perempuan daripada seramai 141 orang sampel yang
tidak merokok menghabiskan banyak masa melakukan aktiviti sukan. Tujuan utama
mereka bersukan dan tidak mengamalkan tabiat merokok ialah untuk menjaga kesihatan.
Oleh itu, guru kaunseling boleh menganjurkan kem-kem Anti Merokok selaras dengan
kempen yang dianjuri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kempen Tak Nak
Merokok untuk memupuk minat murid-murid dalam minat bersukan dan bersenam agar
murid-murid menghindari diri daripada merokok. Untuk kem tersebut, guru kaunseling
perlu mendapat kebenaran dan bantuan kewangan daripada pihak sekolah dan
bekerjasama dengan semua ahli sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti riadah di
dalam atau di luar kawasan sekolah dengan lancar dan keselamatan murid-murid
terjamin. Aktiviti-aktiviti seperti permainan rekreasi, aktiviti riadah, aktiviti aerobik dan
sebagainya dapat menarik kecenderungan murid-murid untuk menggunakan masa dalam
mengamalkan tabiat yang membawa faedah selain daripada merokok. Hal ini secara tidak
langsung juga dapat mencungkil bakat-bakat murid-murid dan melatih kepemimpinan
pelajar-pelajar.
Untuk murid-murid yang sudah terdedah dan mula terpengaruh dalam amalan
merokok pula, guru kaunseling juga boleh merancang, melaksana, mengawal selia
perkhidmatan kaunseling kelompok secara profesional dan beretika. Mengikut Dr Khoo
Bee Lee (2014), jenis-jenis kaunseling kelompok dapat dibahagikan kepada 6 kategori
iaitu Kelompok bimbingan, Kelompok psikoterapi, Kelompok tugasan (task oriented

group), Kelompok perkembangan, Kelompok teraputik dan Kelompok membantu diri


(self help) menurut pandangan Mahler (19710), Corey (2000) dan Ida (2006). Untuk
situasi ini, kelompok teraputik merupa sesi kaunseling kelompok yang lebih efektif
kerana kelompok ini lebih kepada keadaan hidup yang sebenar sehari-harian bagi ahliahli kumpulan. Dari kelompok ini, kita dapat memulihkan tingkah laku yang positif,
menyelesaikan masalah ingin cuba merokok dan menghalang masalah yang sama muncul
semula.Kita juga boleh menggunakan antara 3 cara intervensi kanak-kanak yang berkesan
daripada 5 cara intervensi tersebut yang dinyatakan oleh Dr. Khoo Bee Lee (2014) iaitu
terapi bercerita, terapi seni dan terapi muzik. Melalui terapi bercerita, kita dapat mengajar
penyelesaian masalah merokok melalui cara yang kreatif, mengimbas semula keadaan
insan secara universal dan menunjukkan sebab serta akibat kalau murid-murid
mengamalkan tabiat merokok. Untuk terapi seni, kita dapat mengurangkan halangan
fungsi hidup dan murid-murid dapat mengekspresi emosi mereka melalui seni, lukisan,
lakaran, warna dan bentuk. Bagi terapi muzik, murid-murid dapat relaks posisi badan
keras akibat keterlaluan stres dan ia dapat mengimbangkan keadaan emosi, fizikan,
kogntif, mental dan sosial seseorang. Secara tidak langsung, terapi seni dan muzik dapat
mengurangkan stress pelajar dan murid-murid akan berasa lega serta tidak akan
melibatkan diri dalam masalah merokok untuk mengurangkan rasa tegang sematamatanya. Hal ini boleh mencegah masalah merokok dalam kalangan pelajar secara
efektif.
3.0 Kesimpulan
Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa intervensi-intervensi yang boleh
diambil bagi mencegah masalah merokok sebagai seorang guru kaunseling. Namun
begitu, kita harus membuat sebaik mungkin dan memberi kerjasama kepada yang manamana pihak untuk mengurangkan masalah ini agar masa depan negara kita cerah.
Masalah merokok ini tidak dapat ditangani kalau hanya satu pihak yang memberi
perhatian ataupun berusaha untuk menyelesaikannya. Fenomena ini perlu bantuan
daripada semua agar dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat secara akal dan
fizikal. Justeru itu, demi kesejahteraan negara kita Malaysia, marilah kita berganding
bahu untuk mencegah masalah merokok.

Rujukan Akhbar
Utusan. (2009, 10 Februari). Gejala pelajar merokok serius.
Utusan. (2009, 8 July). Banteras gejala merokok di kalangan pelajar.

Rujukan Buku
Barbara A. Lewis. (2012). Panduan Kanak-Kanak untuk Tindakan Sosial. Selangor:
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Dr. Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

James

Ang

Jit

Eng.

(2011).

Pengurusan Disiplin Murid: Edisi


Kedua. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Rujukan Jurnal

Syed Kamaruzaman Syed Ali, Syed Zulkarnain dan Shabeshan Rengasamy. (2007).
Program Pemulihan Amalan Tabiat Merokok Dalam Kalangan Remaja di Sekolah.
Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1), 92
Rujukan Laman Web
Amirsyah Oke. (2013). Alasan Pelajar Merokok. Dicapai pada 4 Ogos 2015 dari
http://www.kompasiana.com/amirsyahoke/alasan-pelajarmerokok_552884e1f17e612f5b8b4591
Dr. Rashidi Mohamed bin Parki Mohamed. (2014). Merokok Di Kalangan Pelajar
Sekolah: Realiti Depan Mata #SmokeFreeMY. Dicapai pada 4 Ogos 2015 dari
http://www.mmgazette.com/merokok-di-kalangan-pelajar-sekolah-realiti-depan-matasmokefreemy-dr-rashidi-mohamed/
Syed Kamaruzaman Syed Ali. (2014). Program Pemulihan Amalan Tabiat Merokok
dalam Kalangan Remaja di Sekolah. Dicapai pada 4 Ogos 2015 dari
http://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALA
N_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAH
Utusan Online. (2009). Gejala pelajar merokok serius. Dicapai pada 4 Ogos 2015 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm
Utusan Online. (2009). Banteras gejala merokok di kalangan pelajar. Dicapai pada 4
Ogos 2015 dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm

You might also like