You are on page 1of 11
DIA SENASIB DENGAN KERBAUNYA PANAS yang terik tidak terasa nampaknya kepada mereka, seolah-olah kulit belakang mereka yang ber- kilatkilat hitam berminyak itu mempunyai kuasa mem- balikkan panas cahaya matahari ke asalnya. Di petak sawah yang sebelah kanan di hadapannya sekali itulah Pak Ngah Amat dia lihat dengan kerbau- nya dan gadisnya hampir serupa sahaja kelihatan dari seberang. Memang pada hakikatnya bapa saudaraku itu se~ rupa sahaja nasibnya dengan kerbaunya, Sama-sama berpanas, sama-sama berlumpur, sama-sama mem- banting tulang dan sama-sama hanya kenal kepada sawah dan tempat kediamannya sahaja, lain dari itu dia tidak tahu, Tetapi baik juga nasibnya sedemikian kerana de- ngan tidak tahunya, maka dia menjadi sebati dengan kehidupannya. Tidak mengeluh, tidak menyesali na- sib, tidak merasa tidak cukup dan tidak tahu penat Ielah bahkan tidak pernah berkata bahawa penghidup- annya menderita. Kata abli-ahli tasauf di kampung aku, semacam pak ngah itulah orangnya yang dikatakan ta- wakal dan sabar, yang tidak berkata apaapa tentang nasibnya melainkan bersyukur kepada Ilahi dengan perbuatan dan fikirannya. 375 ‘CERPENCERPEN KERIS MAS Payah hendak dicari orang seperti dia Tetapi Si Mariah adik saudaraku yang comel it Jain pula fikirannya. Dia semenjak emaknya meninggal telah menjadi gadis yang pemarah, dan mengkal hati sentiasa memandang alam sekelilingnya. Mulanya pada tahun yang lalu dia telah hendak dihantar ke Melaka belajar menjadi guru tetapi tidak jadi kerana dikatakan, tidak-lulus dalam peperiksaan. ‘Mengkal benar hatinya, sebab katanya dia tahu bahawa kepandaiannya dan kebolehannya lebih daripada Si Salihah anak tuk penghulu kawannya seorang lagi yang telah berjaya. Tetapi tidaklah jadi apa-apa kepada fikirannya. Mengkal hatinya hanya tak lama, dapat dipujuk dan dilipur oleh kebijaksanaan emaknya. Emaknyalah teman yang sesuai dan sefaham dengan- nya. Sekarang orang tua itu telah meninggal. Ia tinggal seorang diri tidak sesuai dan tidak sefaham dengan ayahnya yang bersifat menyerah sabaja itu. Ttulah yang menyebabkan dia jadi pemarah dan bengis kepada alam kehidupannya. Kata bapanya, kita hidup di dunia ini hendaklah tawakal dan rajin bekerja supaya senang. Ada rumah tempat tinggal, ada pakaian penutup badan dan ada padi untuk makanan, Tetapi Mariah pula merasa kasihan kepada bapanya dan dirinya sendiri yang begitu rajin dan tawakal bekerja dengan tidak mengenal hujan dan panas, tidak mengenal lumpur dan duri namun masih menderita. Baru-baru' ini dia bersamasama beberapa orang sahabatnya pergi menghadiri kenduri kahwin. Balik dari sana dia berkata kepada bapanya tentang keadaan sifat-sifat orang yang datang. “Terasa benar hiba dan miskin kita di tempat- 376 DIA SENASIB DENGAN KERBAUNA tempat seperti itu ~ orang semua berpakaian indah- indah, berbaju sutera halus, bersolek dan berperhias- an emas intan, Kita hanya pakai baju dan kain yang kasar. Sebab itu walaupun kita berbudi pekerti yang baik namun berbeza juga. Muka orang licimticin dan bersih-bersih, muka kita menggerutu bekas dimakan panas. Kulit orang halus dan lembut kulit kita kasar dan keras sehingga hendak bersalam-salaman pun rasanya malu .. ” kata Mariah bercerita sngkau ini tak sedar diri - anak, kita bukankah, ‘orang kampung yang miskin, tidak berkepandaian dan tidak berwang, bagaimana boleh sama dengan orang yang kaya-kaya dan bangsawan itu. Lain kali janganlah engkau pergi kenduri orang, kalau balik dari sana hatimu akan rosak, akan sombong dan akan terpe- ngaruh oleh harta dunia, Hidup di dunia ini hendaklah menekur ke bawah, pandang bagaimana kesusahan orang lebih berpuluh kali daripada kita, tengok be- rapa banyak orang yang tak cukup padi dari tahun ke tahun, lihat berapa ramai orang meminta sedekah di kaki lima kedai-kedai itu dan rasa diri kita sendiri mudah-mudahan belumlah pernah tak cukup makan dan, dijauhkan Tuhan, belumlah pernah meminjam apatah lagi meminta sedekah. Tidakkah patut engkau bersyukur kepada Tuhan? Sebaliknya engkau lagilagi berasa malu, merasa tak cukup, merasa bajumu mu- rah dan kulitmu kasar kerana engkau berjalan mene- ngadah, memandang terlalu jauh ke hadapan dan mendongak terlalu tinggi ke atas sehingga engkau lupa bahawa engkau hanya pipit dan orang itu enggang ” kata ayahnya memberi nasihat. Kepada aku Mariah mengadu, katanya ayahnya itu terlalu kolot, terlalu bertawakal dan menyerah. Dia 377 CCERPEN-CERPEN KERIS MAS. tidak tahu dunia, tidak tahu peredaran masa dan tidak tahu orang sekarang sudah makan susu, mentega, membaca akhbarakhbar, mendengar radio, naik moto- kar, kereta api dan kapal terbang. “Saya bukan tak tahu untung yang malang sebagai gadis seorang tani yang miskin, tetapi salabkah kalau saya terasa mal akan diri sendiri manakala melihat orang lain lebih daripada saya dalam segala hal. Salah- kah kalau saya berkecil hati atas kemiskinan dan kemelaratan hidup manakala saya dan bapa saya yang tua itu tidak pernah berhenti-henti bekerja dari subuh hingga senja-senja berebut malam. Kalau saya me- ngeluh dengan tidak berikhtiar patutlah saya dikatakan tak sedar diri. Tetapi abang sendiri tahu kulit saya kasar dan muka saya berkilat keras ini ialah kerana bekerja, berpanas dan berhujan, tidak berhenti-henti Sepatut- nya saya merasa dengki kepada orang-orang yang senang itu yang tidak pernah kena cahaya matahari, tidak pernah berembun, tidak pernah memegang tangkai cangkul bahkan tidak tahu apa yang dikatakan bekerja mencari makan. Orang-orang inilah yang senang-senang hidupnya, yang berbaju sutera, berbe- dak gincu, makan sedapsedap tiap-tiap hari, halus- halus kulitnya dan gemuk-gemuk badannya, “Apakah kelebihan mereka dari saya? Si Salihah, Si Rajmah, Si Syarifah itu semuanya hanya tahu menulis membaca sahaja, seperti saya juga, sama-sama keluar sekolah atap. Bapanya pun dahulu tak pernah pergi ke England menuntut ilmu, Kenapa mereka mesti begitu senang dengan tidak usah bekerja? “Sebaliknya kita mesti menyerah kepada takdir, mesti rajin, bertungkuslumus, berendam lumpur dan berjemur kulit di matahari dan hasilnya hanya tak 378 DIA SENASIB DENGAN KERBAUNYA sampai seper seribu daripada kesenangan yang mereka perolehi, “Sebenarnya kita ini tak ubah seperti kerbau_me- reka yang kita pelihara dan samasama bekerja mem- buat sawah dengan kita itu, hidup hanya untuk be- kerja dan menderita. Apa yang dapat hanyalah cukup makan dan makan yang dikatakan cukup itu tidak lebih daripada jenis makanan seekor kucing orang yang senang;senang itu ~ ikan kering dan sambal belacan. Bapa saya hingga tidak tahu apa yang dikatakan men- tega, makan daging dan makan sus hanya sekali se- tahun sahaja iaitu kalau bulan puasa dan hari raya. “Ttukah yang dikatakan cukup makan ...2” kata Max riah berkali-kali mengadu kepadaku dengan rupa yang marah dan mengkal. Kepadaku Mariah bukan sahaja adik saudara teta- pi Kekasih tempat cinta. Pak Ngah Ahmad sudah tahu akan rahsia hatiku itu, barangkali diberitahu dengan rahsia oleh emak aku. Pernah dia berkata seolah-olah menyindir aku, “Si Mariah ini nampaknya ada anganangan hendak ter- bang tinggi bersama-sama anak-anak enggang di ka- yangan,” Katanya. Aku tahu dia bercakap begitu de- ngan maksud hendak memberitahu bahawa hatinya ragu kalau-kalau Mariah menolak bila aku menyam- paikan pinangan kelak. ‘Tetapi aku tidak ragu dan aku yakin bahawa Ma- riah tidak akan menolak pinangan aku walaupun dia sentiasa mengeluarkan ucapan-ucapan seolah-olah tidak tahan hidup menderita, Entah apa yang me- nyuruh aku berfikir demikian, tidaklah kuketahui te- tapi rasa yang seni dalam sanubari sentiasa memberi pengharapan yang penuh. 379 CCERPENGERPEN KERIS MAS Pak Ngah Ahmad trun ke anak sungai di tepi paya itu tatkala aku sampai di sana. Dan Mariah sedang membuka hidangan nasi panas di pondok. Aku datang kepadanya. Dia tersenyum dan menyu- rub aku naik. Angin berhembus lemah lembut berle- luasa menyegarkan tubuh yang letih kepanasan di pondok tak berdinding di tengah paya itu. Aku ber- juntai di tepinya memandang jauh ke sana ke kam- pung yang sayup mata memandang. Daun-daun nyiur nampak lambai-melambai bergerak-gerak seni diusik angin. Di sana sini orang sedang pergi ke pondok \g-masing kerana waktu. makan telah tiba. Anak- anak gadis dan perempuan-perempuan berjejal di permatang menjunjung bekas nasi untuk suami atau ayah dan abangnya. “Bolehkah kita melupakan hidup yang begini ba- hagia dan mesra sebagai orang-orang tani yang aman, dan tenteram dengan alam kita yang indah permai ini Mariah?” kata aku perlahan-lahan memecahkan kesu- nyian. Lama baru aku dengar dia menjawab, “Hidup seperti ini sudah menjadi darah daging kita bagaimana dapat kita berpisah daripadanya,” kata dia. “Tetapi engkau lebih gemar berumah di pinggir kota, berlampu elektrik, berair paip dan ke pasar dlengan bas serta ke panggung wayang sekali seminggu = bukankah selalu engkau berkata orang hidup de- mikian senang-senang?” jawab aku pula dengan tidak menoleh kepadanya. “Saya cinta kepada hidup begini. Abang tidak tahu gelora hati saya, Walaupun saya ingin berlampu elek- ik, berpaip air dan sebagainya tetapi bukanlah mesti saya peroleh di pinggir kota. Saya ingin kaum-kaum 380 DIA SENASIB DENGAN KERBAUNYA ‘ani ini semuanya hidup senang sesuai dengan tenaga yang kita tumpahkan setiap hari - tidakkeh abang sestiai dengan saya?” “Jikalau engkau tidak akan meninggalkan kaum tani i nescaya aku akan menjadi orang yang paling se- suai dengan engkau, yang akan berani ke laut api seka- lipun untuk mencapai cita-cita bersama ...." kata aku menjawab sambil berpaling kepadanya. Dia tersenyum menundukkan kepala dan berkata, “Basuhlah tangan abang, mari kita makan bersamasama. [tu ayah telah datang. Aku mengikut membasuh tangan. Dalam hati aku berkata — hari ini makan sebagai pipit sama pipit, nanti ada masanya seperti enggang sama enggang, lamun kaum-kaum tani ini termasuk Pak Ngah Ahmad telah sefaham dan secitacita dengan Mariah dan aku. Utusan Zaman, 27 Mac 1949 SURAT DARI KAKANDA ADINDA, Tatkala menulis surat ini, udara sekeliling redup dan teduh. Tandatanda hari akan hujan nampak pada awan yang hitam bergumpalan di langit Suasana hari hendak hujan itu mengingatkan aku akan peristiwa sebelum kita berpisah dahulu, di mana awan mendung menyelubungi mukamu yang diakhiri oleh hujan air mata yang jujus membasahi pipimu. Dari rumah orang kaya sebelah tempat tinggal aku, mengalun suara lemah lembut dari radio yang dibuka perlahan-lahan “Bukan hati tak kasih sayang .. bukan hati tk rindu dendam sayang, sayang seribu kali sayang .... hatiktr kini ikatan seorang.” Demikianlah mengalun di udara lemah lembut sa- yup-sayup sampai ke telingaku, irama dari lagu puspa hati, terasa-rasa bagai irama suaramu yang merdu me- nyindir-nyindir dan mengusik-usik rahsia yang terpen- dam dalam sukmaku. Memang bukan hati tak kasih sayang, bukan hati tak rindu dendam, tetapi tahukah engkau apa yang me- nyebabkan kita mesti berpisah dan apa yang memus- nahkan tali percintaan yang halus suci dalam hati kita? 382 ‘SURAT DARI KAKANDA Ingatkah engkau akan kias ibarat orang Melayu dabulu kala yang sampai sekarang menjadi falsafah hidup bangsa kita? “Kalau kail hanya sejengkal, jangan hendak menduga laut dalam,” katanya, “Janganlah terbang menyongsong angin ... enggang itu sama eng- gang, pipit sama pipit juga tarafnya.” Kalau engkau ingat pepatah ini dan engkau me- ngerti maksudnya maka tahulah engkau kiranya apa sebab kita berpisah dan apa sebab antara hati kita yang bercinta ini ternganga mulut lurah yang dalam dan lebar yang tidak akan terseberang oleh tenaga manusia yang seperti kita Jurang ini kalau masih juga tidak tertimbun, masih juga dibiarkan ternganga dalam dan sayup, nescaya tak- ‘kan sampai maksud manusia, takkan tercapai apa yang dikatakan bahagia bercinta antara sesama manusia. Engkau bukan tak tahu bahawa cinta itu buta dan lurus. Dia tidak memandang tinggi dan rendah, tidak memandang enggang dan pipit, tak tahu laut dalam dan dangkal. Sekali ia telah membuka gerbang hati maka tak ada masa akan tertutupnya lagi sehingga nyawa meninggalkan badan. Engkau dan aku telah ber nyerahkan hati dan jiwa masing-masi bersumpah setia dengan diri sendit bahagia hidup kalau tak berdua. Aku tahu ~ sebagaimana aku mengetahui rahsia hatiku sendiri bahawa engkau tidak akan terlepas dari undang-undang itu walaupun kerana enggangmu eng- kau akan terbang tinggi sama-sama enggang, dan aku tinggal melayang rendah melata sesama pipit yang kecil dan hina. ‘Akan tetapi sebenarnyakah ada enggang dan pipit nta, telah serah-me- i, telah berikrar tidak akan ber- 383 ‘CERPENCERPEN KERIS MAS dalam kehidupan manusia ini,terutama dalam falsafah cinta dan bahagia? Nanti engkau akan mengerti de- ngan sendirimu manakala engkau mengetahui bahawa lurah dalam itu digali oleh tangan manusia senditi, dibikin demikian rupa supaya ada tingkatan dan darjat, supaya kesenangan boleh dipunya oleh orang-orang yang tertentu dan kelemahan serta kemelaratan suaty ba- hagian orang-orang lainnya, boleh digunakan untuk perkakas menambah kesenangan diri sendiri di baha- gian yang lain pula. ‘Aku tidak menuduh engkau yang senang-lenang itu memeras tenaga dan kebolehan aku yang susah miskin ini tetapi masyarakat kita yang mengatakan demikian. Lihatlah diri kita ini sebagai buktinya. Sudah dua kali keturunan keluarga aku menjadi hamba kepada keluargamu, menjadi orang gajinya, un- tuk mencukupkan kesenangan dan kemewahan hidup keluargamu. Dan selama dua kali keturunan itu an- tara keluarga kita tetap baik dan damai, Keluarga aku membayar kewajipannya, membuat kerja dan se- bagainya dengan tetap dan patuh yang dengan itu keluargamu tetap pula dengan kesenangannya dan kemewahannya. Sampai kepada keturunan kita sekarang di mana dunia telah terbuka Iuas dan mata telah memandang banyak perkara yang dahulu tidak ada. Perikemanusi an telah semakin tinggi, di mana taraf dan darjat t= dak berharga lagi kalau kebolehan dan kesanggupan bekerja tidak ada. Aku tetap juga menyambung khid- mat orang tuaku yang telah laki memberikan bakti kepada orang tuamu dan kepada keluargamu. Aku telah mendapat pelajaran dari alam dan engkau jua telah mengetahui bahawa dalam falsafah hidup zaman 384 SURAT DARI KAKANDA, sekarang tidak terpakai lagi falsafah “Enggang dan Pipit” sebab itu kita telah mengikat tali_percintaan. Kita telah cuba menimbus jurang yang dalam antara dua keluarga yang dahulu merasa dirinya satu tuan dan satu hamba, Tetapi apa jadinya sekarang? Kita telah menjadi korban. Keluargamu masih berpegang kepada falsa- fahnya. Enggang dan pipit tidak setaraf Sampai bila keluargamu boleh mempertahankan falsafah hidup yang serupa itu? Kelak sejarah yang akan menjawabnya. Dan aku merasa ngeri manakala manusia hanya akan menerima pelajaran dari alam maka alam itu akan mengajarnya secara keras dan ganas. Tak siapa manusia boleh menentang tenaga alam walau ia “enggang” yang terbang tinggi sekali- pun. Sedangkan Firaun yang mengaku Tuhan di atas bumi itu pun hancur lebur, karam dan tenggelam di- telan tenaga alam, Adinda, “Bukan hati tak kasih sayang, bukan hati tak rindu dendam ...” tetapi di antara kita ternganga mulut lurah yang dalam, yang takkan terseberang oleh engkau atau aku selagi ia tak ditimbus. Yang mesti menimbusnya itu ialah engkau dan aku, kerana kita berdua yang ingin bersatu padu hidup bahagia aman damai, setaraf dan sedarjat, tidak eng- gang dan pipit lagi. Engkau dan akulah yang mesti membentuk sejarah baharu, mesti menimbun lurah dalam dari falsafah hidup yang kolot, dan di atas timbunan itu kelak kita dirikan mahligai bahagia. ‘Mastka, April 1949

You might also like