You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Bersyukur saya kepada Yang Maha Mencipta kerana memberikan peluang kepada saya untuk
melaksanakan dan menyempurnakan tugasan kali ini iaitu Portfolio Program Pembangunan Guru
Baharu 2015.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa terima kasih
saya kepada Puan Joanna selaku guru pembimbing saya kerana beliau telah memberikan khidmat
nasihat yang sangat baik dan berguna kepada saya. Selain itu, beliau banyak memberikan input
keguruan kepada saya semasa saya mula melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Abun Matu. Dengan
bantuanyang diberikan, saya dapat gunakannya untuk menyesuaikan diri dengan suasana di tempat
baru.
Jutaan terima kasih juga kepada Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan kerana telah
membantu saya dan rakan-rakan dalam menyesuaikan diri di sekolah ini. Mereka banyak memberikan
maklumat kepada saya dan tidak jemu untuk memberikan nasihat yang berguna kepada saya sepanjang
saya menjalankan minggu orientasi. Tambahan pula, merekalah guru yang mengajar saya erti
keguruan yang sebenar apabila melangkah masuk ke alam mengajar di Sekolah Kebangsaan Abun
Matu.
Ribuan terima kasih juga kepada rakan sekerja di SK Abun Matu kerana memberi bimbingan,
nasihat, serta sokongan kepada saya. Ini adalah sumber kekuatan saya untuk terus berada dalam dunia
pendidikan, mendidik anak bangsa sehingga berjaya sampai ke menara gading. Terakhir sekali jutaan
terima kasih saya rakamkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang tidak jemu untuk
mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya sepanjang saya berada di sini. Saya berharap restu
yang diberikan ini akan menjadi tonggak kekuatan kepada saya untuk terus kekal positif dan terus
mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak bangsa.

Yang benar,

..........................
( Mohamad Syamer bin Ahmad Shukri)

You might also like