You are on page 1of 16

PENGENALAN

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke


bahagian Selatan China. Sejarah awal Negara China memperlihatkan kemuculan
dan perkembangan beberapa dinasti. Peluasan kawasan ini bermula dengan
kumunculan Dinasti Chin, yang mana kelahiran empayar ini menandakan satu
peningkatan dalam tamadun China yang seterusnya membawa kepada
perkembangan tamadun China. Kerajaan Chin atau negeri Chin sebelum dinasti
merupakan sebuah negeri kecil yang muncul semasa zaman perang terletak di
Lembah Sungai Wei. Dinasti ini mendapat kekuatan dan pengalaman di negaranegara jiran seperti tentera berkuda, dan memajukan sistem pengairan. Dinasti
Chin muncul pada tahun 221 SM 206 SM. Dinasti Chin ini diasaskan oleh
Maharaja Shih Huang Ti pada tahun 221 SM. Beliau telah berjaya mengasaskan
empayar yang luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 1 Di samping itu beliau
juga telah berjaya memperluaskan empayar Dinasti Chin di mana dengan
mengadakan beberapa siri penyatuan yang mana terdapat tekanan-tekanan
yang sangat pantas ke atas pihak lawan yang seterusnya memberi kemenangan
kepada Dinasti Chin dan berjaya menakluki dan mengambil semua negeri-negeri
kecil China serta di letakkan di bawah satu pemerintahan pusat seterusnya
membawa perkembangan tamadun China.2 Dalam memerintah Dinasti Chin ini
beliau menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Chin Pertama iaitu Shih bererti
pertama manakala Huang Ti bermaksud maharaja, kerana beliau ingin
mengasaskan satu dinasti yang berlainan dari pemerintah terdahulu iaitu sistem
1

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Kursus Komprehensif Fajar
Bakti Edisi Kedua, hlmn 49.
2
Ancient China From The Beginnings To The Empire, Jacques Gernet, Translated from the French by
Raymond Rudorff, hlmn 129.

feudal. Beliau mahu dirinya di puja sebagai maharaja yang mana sebelum ini
raja dianggap sebagai wakil Raja Di Atas. 3 Selain itu, dalam masa 10 tahun
sahaja semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya. Dengan itu
disini dapat kita lihat terdapat beberapa aspek kepentingan atau sumbangan
Dinasti Chin terhadap perkembangan tamadun China yang seterusnya
membawa kepada kecemerlangan dan kegemilangan.

PERANAN SHIH HUANG TI


Sebagai yang kita ketahui Shih Huang Ti ini merupakan pengasas kepada
Dinasti Chin dan beliau menjalankan peranan yang amat penting dalam
membawa kepada tamadun China. Dalam aspek peranan ini kita dapat lihat
maharaja Shih Huang Ti menggunakan gelaran Huang Ti yang bermaksud
maharaja dalam Dinasti Chin dan seterusnya di gunakan gelaran ini sehingga
ke Dinasti Manchu. Peranan beliau yang membawa masuk gelaran Huang Ti ini
merupakan sumbangan yang amat penting dalam perkembangan tamadun
China. Beliau juga berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah satu
pemerintahan pusat pada tahun 221 SM. Selain itu beliau juga telah menyusun
semula pentadbirannya, yang mana sebelum ini pentadbirannya adalah
berbentuk sistem feudal. Namun apabila Shih Huang Ti menaiki tahkta beliau
telah menukar pentadbiran tersebut kepada pemerintahan pusat. Dalam usaha
penyatuan tersebut usaha dilakukan untuk menyatukan negeri-negeri berperang
3

URL: http: //member.tripod.com / ~ nurlie / Tema2.html

iaitu antara 230 221 SM dan usaha tersebut telah berjaya menguasai negerinegeri kecil seperti Han (233 sm), Chan (228 sm), Wei (225 sm), Chou (223 sm),
Yen (222 sm), dan Chi (221 sm). Dengan menguasai negeri-negeri kecil ini, raja
Chin telah membentuk empayar yang luas dan bermulalah Dinasti Chin. Dasar
peluasan negara ini secara tidak langsung bukan sahaja meluaskan empayar
tetapi juga telah meluaskan Negara China hingga ke Selatan Sungai Yangtze.
Selain itu, Shih Huang Ti turut membahagikan wilayah-wilayah ini daripada 36
provinsi yang kemudiannya kepada 42 provinsi. 4 Malahan Shih Huang Ti turut
membawa perkataan Chin itu kepada perkembangan tamadun China di mana
perkataan Chin adalah nama asal kepada China di mana Chin merupakan
pemula nama kepada China. Disini dapat dilihat peranan Shih Huang Ti ini telah
membawa kepada perkembangan tamadun China.

POLITIK & PENTADBIRAN


Sebelum Dinasti Chin, pemerintahan provinsi China bersifat feudal dalam
mana para pembesarnya memberi kesetiaan secara terus kepada maharaja dan
bukan kepada cabang-cabang kerajaan pusat. Dalam pemerintahan feudal
4

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia, Kursus Komprehensif Fajar
Bakti Edisi Kedua, hlmn 149.

terdapat dasar pemberian penghormatan kepada maharaja bersama dengna


persembahan. Apabila seseorang pembesar meninggal dunia, tanggungjawab
terhadap tanah bertukar tangan kepada anak sulungnya. Cara feudal iaitu
memberi kekuasaan wilayah kepada seseorang individu, sebenarnya membantu
dalam organisasi kehidupan masyarakat wilayah berkenaan. Penduduk di
kawasan berkenaan bersama dengan pemerintahnya akan memberi kesetiaan
kepada kerajaan pusat.5 Namun demikian, semasa pemerintahan Dinasti Chin
Shih Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat dengan menubuhkan
ibu kota di Hsien Yang. Semua kuasa kerajaan adalah dibawah kuasa maharaja
yang memerintah terus dari ibu kota. Beliau telah menghapuskan sistem feudal
dengan menghapuskan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawaipegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah. Beliau telah menghapuskan
kuasa golongan bangsawan melalui kenaikan jawatan

dalam kerajaan

berdasarkan kemahiran ketenteraan dan ia adalah terbuka kepada semua kaum


lelaki serta bukan lagi berdasarkan keturunan. Untuk melicinkan pentadbiran di
seluruh empayarnya, Shih Huang Ti telah memperkenalkan scholar system.
Melalui sistem ini, sekumpulan kakitangan awam telah di latih untuk untuk
menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya. Setiap
daripada mereka dilatih selama 15 tahun untuk menjadi anggota kakitangan
awam. Pemerintah dinasti ini dalah bercorak autokratik dan mengamalkan unsurunsur legalisme yakni beranggapanbahawa rakyat perlu diperintah dengan
menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan tegas. Beliau mahu
mewujudkan perpaduan dan pemusatan kuasa. Matlamat dan motif ini
5

Ibid hlmn 225

disimbolkan dengan gelaran maharaja pertama yang beliau gunakan. Gelaran ini
membawa maksud bahawa beliaulah raja bagi semua raj di China. Penasihat
utama maharaja dikenali sebagai Canselor, manakala Marshall pula menjadi
setiausaha maharaja dan bertanggungjawab dalam hal-hal ketenteraan. Shih
Huang Ti turut membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah kemidian 42
dan diperintah oleh keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa
kepadanya. Dimana setiap wilayah diletakkan dibawah 3 orang pegawai penting
iaitu gabenor sivil, tentera dan pengawas. Seorang gabenor awam dan gabenor
tentera dilantik disetiap wilayah. Gabenor-gabenor yang dilantik mengetuai
wilayah ini dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. Justeru, seorang
pemerhati telah dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenorwilayah
tadi. Pegawai-pegawai ini akan melapor kepada kerajan pusat, dan dengan ini
kerajaan pusat boleh mengawasi semua wilayah dalam empayarnya. Bagi
mengelakkan pemberontakan berlaku, usaha merampas senjata dilakukan.
Sementara itu, lebih 120 000 orang keluarga aristokrat telah dibawa ke ibu
negeri Hsien Yang, yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Chin. 6 Bentuk ini
dikekalkan hingga ke dinasti lain, yang mana pada ketika itu semua tanah adalah
milik Shih Huang Ti. Bentuk pentadbiran provinsi zaman Chin ini telah membawa
kepada perkembangan tamadun China.

KETENTERAAN
6

Azhar Mad Aros dan rakan-rakan, TITAS 1, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 2000, hlmn.

Aspek ketenteraan yang membawa kepada perkembangan tamadun


China adalah dalam aspek ketenteraan. Dinasti Chin telah menjalankan kempen
ketenteraan ke negeri-negeri jiran dan tentera Chin adalah tentera terkuat di Asia
Timur yang dimiliki oleh tentera dari petani dan diberi latihan ketenteraan
disampng

melancarkan

kempin-kemoin

ketenteraan

dalam

usaha-usaha

kuatkuasakan Dinasti Chin. Tentera dari golongan petani ini diberi latihan oleh
Jeneral professional. Selain itu, uasaha untuk meluaskan empayar Chin ini
dijalankan dengan beberapa siri kempin ketenteraan. Di selatan China, satu
kempin ketenteraan dibawah pimpinan Jeneral Mein Tien dilancarkan pada 213
SM yang melibatkan lebih kurang 100 000 ribu tentera. Kempin ini berjaya
meluaaskan empayar Chin sehingga ke kawasan utara Vietnam. Sementara itu
di sempadan barat laut pula, Tentera Chin berjaya menguasai tentera atau puak
orang gasar dan menewaskan puak Hsiung-Nu. Selain itu, Shin Huang Ti juga
telah mengarahkan askar-askarnya mencari alat-alat perang dalam setiap rumah
di China. Semuja alat itu dirampas dan dileburkan menjadi loceng besar dan
patung besi. Melalui cara itu, Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil
lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya. Selain
itu beliau juga mantapkan sistem monopoli dalam kuasa tentera-tentera China
pada zaman Chin. Oleh kerana beliau ada darah Tartar, beliau banyak dibantu
oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha neluaskan Wilayah China. Belau juga
melatih kumpulan penjahat menjadi askar. Beliau juga telah membuna rangkaian
jalan tentera dan terusan untuk memudahkan pergerakan tentera, penghantaran
belakan makanan dan senjata serta melancarkan serangan. 7 Sementara itu, Shih
7

URL: http: // member.tripod .com / ~ nurlie / Tema2.html

Huang Ti turut mengadakan beberapa strategi peperangan dalam tradisi


peperangan China. Antaranya termasuklah membina kubu pertahanan untuk
mempertahankan kota daripada diserang musuh. Pada masa pemerintahannya
Shih Huan Ti menghadapi ancaman daripada orang-orang Hsiung Nu. Dalam
usaha mengekang serangan orang-orang Gasar itu, Shih Huang Ti telah
menyambung usaha membina Tembok Besar China sehingga menjadi 5000
KM.8 Tembok Besar China ini memisahkan sempadan China dengan kuasa
orang Gasar (Hsiung Nu). Tentera China boleh menggunakan panah dengan
selesa dan berkesan dari atas tembok. Terdapat juga menara kawalan dari atas
tembok tersebut untuk memerhatikan gerak geri musuh. 9 Dinasti Chin lah yang
merupakan pemula menyusun semula tempok yang tersusun yang seterusnya
membawa kepada perkembangan tamadun China yang mana dapat dilihat
hingga ke hari ini.

EKONOMI
Wujud undang-undang tanah pada 216 SM yang dipekenalkan oleh Shih
Huang Ti yang mana melalui undang-undang ini petani diberi hak milik tanah,
boleh memiliki tanah dan menjadi tuan tanah. Dari segi ekomomi pada zaman
Dinasti Chin, cirri yang nyata ialah pemilikan tanah persendirian yang telah
diperluaskan ke seluruh Negara dan dengan itu telah terhapus pemilikan
golongan bangsawan dan pemilikan kawasan desa. Dari segi ekomomi matlamat
kerajaan pada zaman ini adalah untuk memaksimumkan pengeluaran, melalui
dua cabang asas ekomomi, iaitu penernakan dan pengeluaran kain. Setiap ekar
8

Mahdi Shuid & Saliza Saad, Teks Pra-U Tamadun Dunia, Penerbit Rasmi 1999 2004 Pearson Longman,
Hlmn 76.
9
Ibid, hlmn 116

tanah akan dibajak. Mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan yang berguna
dan hidup terseksa kerana kemiskinan dan malas bekerja, mereka ini akan
dijadikan hamba. Kerajaan Chin juga menggalakkan kemasukan imigran dari
timur dan mereka dikecualikan dari perhidmatan tentera dan ini memungkinkan
mereka memberi tumpuan kepada pembukaan tanah dan hutan. Untuk memberi
insentif yang lebih sistem tanah feudal dihapuskan dan transaksi tanah antara
individu disahkan dan pemagaran tanah digalakkan untuk menyediakan
penanaman yang lebih efisien.10 Selain itu dalam bidang ukuran dan timbangan
usaha dibuat untuk satukan unit-unit timbangan da sukat dengan tujuan untuk
mengelakkan penipuan serta penindasan apabila berniaga. Tambahan itu
penggunaan sistem matawang diseragamkan yang mana matawang ini
bentuknya bulat dan ada lubang ditengah-tengahnya diperkenalkan. Tujuanya
adalah untuk memastikan
kepesatan ekomomi dapat diseragamkan dan berjalan lancar dan seterusnya
membawa kepada perkembangan tamadun China. Sementara itu Dinasti Chin
mempunyai kuasa ekonomi yang mana terdapat dua pencapaian dalam
ekonomi. Pertamanya dalam Dinasti Chin berjaya melakukan penaklukan
Lembah Sungai Merah yang subur dan mempunyai daya yang tinnggi untuk
kegiatan eknomi. Kawasannya yang jelas dan lapang di Szechuan dalam 316
dan mempunyai pengairan atau tali air yang besar serta banyak memudahkan
pekerjaan lebih kurang pada tahun 300 SM. Keduanya pula iaitu apa yang lebih
penting ialah pembinaan terusan yang panjangnya adalah 100 batu panjang di

10

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia Kursus Komprehensif
Fajar Bakti Edisi Kedua, hlmn 310 - 311

utara Sungai Lo yang mana mengalir selari dan sejajar terus ke Lembah Wei dan
meningkatkan penghasilan yang sangat meluas di kawasan penanaman padi
yang seterusnya membawa kepada perkembagan Tamadun China. 11 Selain itu
berlaku pengkhususan ekonomi misalnya di Wilayah Shang Tong menghasilkan
ikan, garam, sutera dan alat-alat muzik. Sementara itu di Wilayah Shangzi
mengkhususkan pengeluaran buluh dan batu pelbagai jenis kepluaran.
Selanjutnya Dinasti Chin memajukan sistem perhubungan dengan membina
jalan raya bagi menghubungkan satu daerah denga daerah yang lain. Dengan
adanya hubungan jalan raya ini ia mengeratkan lagi hubungan dan memberi
kemudahan kepada perjalanan tentera jika berlaku peperangan. Selain itu ia jua
memudahkan lagi pengendalian ekonomi masyakat China. Dinasti Chin juga
menegakan cukai dalam perdagangan iaitu ketika di bawah pemerintahan Shih
Huang Ti. Adanya monopoli kerajaan atau sistem lesan keatas pembuatan dan
penjualan barang-barang tertentu yang dipraktikkan dalam Dinasti Chin yang
membawa pada perkembangan Tamadun China. 12

SOSIAL
Aspek seterusnya yang membawa kepada perkembangan tamadun China
iaitu dari segi sosial. Dalam aspek ini sistem tulisan telah diseragamkan dan
dikenali sebagai tulisan kaligrafi. Dimana ia memperkenalakan gaya tulisan iaitu
Lesser Seal iaitu gaya tulisan yang lebih halus bagi menggantikan gaya tulisan
11

Ancient China From The Beginnings To The Empire, Jacques Gernet, Translated From The French By
Raymond Rudorff, hlmn 130.
12
URL: http: // member.tripod .com / ~ nurlie / Tema4.html

lama Big Seal yang mana menggunakan unsur-unsur simbol. Bahan tulisan ini
diperhaliskan oleh Jeneral Mein Tien. Selain itu berus juga dicipta dan ia
digunakan untuk menulis yang mana ianya membawa perkembangan Tamadun
China. Berlaku juga penciptaan kertas yang mana kertas yang digunakan
diperbuat daripada sutera an buluh. Maharaja Shih Huang Ti juga telah
menghapuskan sistem perhambaan. Sistem cukai juga diperbaharui dan
diletakkan dibawah pentadbiran hal ehwal keluarga bagi mengelakkan
permusuhan dan penyelewengan keatas hasil cukai. Malahan beliau turut
merampas semua alat senjata kecuali yang dimiliki oleh tentera kerajaan,
dimana sejata-senjata yang dirampas ini dileburkan dan dijadikan patung dan
loceng-loceng di istana dimana ia bertujuan mengelakkan berlaku penentangan
di kalangan rakyat.

AJARAN FALSAFAH
Aspek yang terakhir dalam Dinasti Chin yang membawa kepada
pekembangan Tamadun China adalah ajaran falsafah Legalisme. Aliran ini
muncul

dengan

berlandaskan

kepada

penguatkuasaan

undang-undang.

Kemunculan aliran ini disebabkan kepentingan undang-undang yang dianggap


sebagai satu-satunya kaedah untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan
ketertiban dalam masyarakat. Pengasasnya ialah Han Fei yang menghasilkan
karya

Han-Fei-Tzu.13

Ketua

menteri

Dinasti

Chin,

Hsun

Ching

telah

mempraktikkan teori-teori Legalisme. Pengikut Legalisme tidak percaya tentang


13

Mahdi Shuid & Saliza Saad, Teks Pra-U Tamadun Dunia, Penerbit Rasmi 1999 2004 Pearson
Longman , hlmn 267

kasih sayang dan belas kasihan. Kuasa harus dikekalkan dan dipelihara dalam
apa jua keadaan. Walaupun ia melibatkan pembunuhan, Hsun ching percaya
kepada pendidikan sebagai alat untuk memperbaiki kejahatan manusia,
manakala Han Fei pula mencadangkan .14 Selain itu Dinasti Chin juga
mengharamkan penyebaran falsafah-falsafah lain dan menjalankan usaha
menghapuskan falsafah-falsafah lain. Ini kerana ia beranggapan bahawa
falsafah-falsafah lain dianggap ada unsur-unsur bahaya kepada keselamatan
negara. Oleh yang demikian Shih Huang Ti telah menjalankan dasarnya sendiri
iaitu dasar menghapuskan fahaman lain kecuali legalisme dengan pembakaran
buku. Pada tahun 213 SM atas arahan Maharaja Shih Huang Ti, Li Sou yang

merupakan Perdana Menteri pada ketika itu telah memulakan usaha


memusnahkan buku-buku falsafah lain dan peristiwa ini dikenali sebagai
Burning Of The Books kecuali buku-buku berguna yang berkaitan seperti
perubatan, adat istiadat, pertanian, rekod-rekod negara China dan koleksikoleksi yang terdapat di istana raja sahaja yang tidak dibakar. Malahan sarjanasarjana yang cerdik pandai yang tidak menurut arahan dihukum bunuh dan
dikatakan seramai ratusan sarjana telah ditaman hidup-hidup oleh Kerajaan
Dinasti Chin. Tindakan penguatkuasaan undang-undang yang keras ini dilakukan
bagi mengelakkan sebarang kekacauan dan huru hara daripada berlaku.

14

Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia Kursus Komprehensif
Fajar Bakti Edisi Kedua, hlmn 453

KESIMPULAN
Keenam-enam aspek ini merupakan aspek penting dalam Dinasti Chin
yang membawa kepada perkembangan Tamadun China. Pada tahu 210 SM Shih
Huang Ti telah meninggal dunia. Dalam perjalanan wilayah timur kematian
Maharaja telah dirahsiakan oleh pegawainya iaitu Li Sou dan pegawai kanannya
iaitu Chao Kao. Berita kematiannya hanya diberitahu kepada orang awam
apabila tiba di ibukota iaitu Hsien Wang. Penggantinya iaitu anak sulungnya tidak
disukai oleh pegawai-pegawai kerajaan termasuklah Li Sou dan Chao Kao. Ini
kerana beliau tidak bersungguh-sungguh menagamalkan fahaman Ligalisme ini.
Anak sulungnya juga menentang dasar keras Chin seperti menentang ideologiideologi yang bertentangan dengan legalisme. Akhirnya Li Sou dan Chao Kao

berjaya membunuhnya. Anak keduanya pula dilantik menjadi maharaja iaitu


menjadi sebagai pengganti anak sulung Shuh Huang Ti. Kejatuhan Chin jelas
dengan pertelingkahan didalam istana. Li Sou berjaya dibunuh dan Chao Kao
dihapuskan oleh pesaing-pesaing. Dalam keadaan kucar kacir kehidupan petani
semakin tertekan.

15

Berlaku pemberontakan pada 209 SM dan diketuai oleh

Chen Sheng dan Wu Kuang. Bagaimanapun pemberontakan ini dapat


ditewaskan oleh kerajaan. Dinasti Chin dijatuhkan akhirnya oleh Liu Pang pada
tahun 206 SM. Kejatuhan ini memberi laluan kepada kenaikan Dinasti Han.
Salah satu kebangkitan yang muncul di Dinasti Han iaitu kebangkitan dibawah
pimpinan Hsiang Yu. Beliau dibantu oleh Liu Pang iaitu seorang petani biasa
sebelum menyertai tentera. Liu Pang membawa tenteranya penakluki bandar
dan membakar bandar tersebut. Kejayaannya membuka jalan untuk menguasai
Sungai Wei. Secara senyap-senyap Liu Pang membuka kerajaan baru di Chang
An. Kerajaan ini dipanggil sebagai Dinasti Han. Tindakannya menimbulkan
konflik antara beliau dan Hsiang Yu. Beliau berjaya menewaskan Hsiang Yu dan
melantik diri sendiri sebagai maharaja dengan gelaran Maharaja Kao-Tsiu atau
Kao-Ti.

15

Ancient China From The Beginnings To The Empire, Jacques Gernet, Translated From The French By
Raymond Rudorff, hlmn 134

BIBLIOGRAFI :
1. Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Kursus
Komprehensif Fajar Bakti Edisi Kedua.
2. Mahdi Shuid & Saliza Saad, Teks Pra-U Tamadun Dunia, Penerbit Rasmi
1999 2004 Pearson Longman.
3. Ancient China From The Beginnings To The Empire, Jacques Gernet,
Translated From The French By Raymond Rudorff.
4. URL: http: // member.tripod.com / ~ nurlie / Tema2.html
5. URL: http: // member.tripod.com / ~nurlie / Tema4.html

SOALAN : HURAIKAN KEPENTINGAN DINASTI CHIN KEPADA


PERKEMBANGAN TAMADUN CHINA.

NAMA : NOREHAN BINTI ABDUL RAHIM


NO.MATRIK : AEA060288
NAMA TUTORIAL : PUAN NORAINI BT MOHAMED HASSAN
MASA : 2.00 3.00

You might also like