You are on page 1of 27

TOPIK 3

KONSEP DAN PEMBENTUKAN


KURIKULUM

3.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT


3.1.1
-

Konsep dan definisi kurikulum


sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan
atau satu dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang di hajati.

- dokumen yang mengandungi rancangan


pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai
objektif prikomotor, afektif dan kognitif bagi satu
matapelajaran. Dalam merekabentuk kurikulum,
Falsafah Pendidikan, budaya serta masyarakat
merupakan komponen yang penting. Kurikulum
juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada
generasi kepada satu generasi lain.

3.1.1 Konsep dan definisi kurikulum

Konsep kurikulum dikategorikan kepada lima, iaitu:


(i) menjadi dokumentasi khas dan panduan,
(ii) memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian
yang lebih menarik,
(iii) merupakan program pengajian yang merujuk
kepada matapelajaran yang diajar mengikut
aliran atau jurusan yang ditetapkan,
(iv) membentuk pengalaman pembelajaran yang
terancang,
(v) mempunyai konsep tersirat dan memperoleh
nilai-nilai sampingan. Contohnya interaksi dan
komunikasi memainkan peranan penting bagi
menjadikan kanak-kanak lebih matang dan
dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam
kehidupan bermasyarakat.

3.1.2 Matlamat dan Objektif

Berperanan sebagai garis panduan dan penentu


sempadan ilmu yang hendak disampaikan, perlulah
dirancang.
Kurikulum perlu mengutamakan kepimpinan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum.
Dapat melahirkan insan yang seimbang, beretika dan
bermoral.
Bermatlamat untuk menguatkan lagi hubungan
kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.
Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyarakat
Malaysia yang bersatu di bawah satu negara yang
berdaulat kerana akan menyingkirkan sikap prejudis
sesuatu kaum.
Dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat sayangkan
dan cintakan tanah air. Semangat cintakan dan
sayangkan negara perlu dipupuk melalui semua
matapelajaran. Aktiviti kokurikulum cara terbaik untuk
memupuk rasa sayangkan dan cintakan tanah air.

3.2 HALA TUJU KURIKULUM


Berlandaskan

dasar pendidikan, falsafah


pendidikan, hala tuju dasar kerajaan serta
masyarakat.
Bertujuan membangunkan modal insan yang
cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.
Kualiti pendidikan akan diutamakan
Dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai murni untuk menjadi tenaga kerja yang
menghayati budaya kerja berprestasi tinggi
relevan dengan kehendak pasaran semasa.

3.2 HALA TUJU KURIKULUM

Jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada


tahap pembangunan modal insan harus diutamakan.
Insan bermutu tinggi adalah satu keperluan.
Perlu memperkembang potensi individu secara
menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
Melahirkan insan yang berketrampilan dan mempu
berfikir secara kritis.
Memenuhi keperluan negara untuk mencapai
kecemerlangan dari segi ekonomi dan pembangunan
modal insan.
Perlu memberi penekanan kepada perkembangan
kemahiran belajar dan generik.

3.2 HALA TUJU KURIKULUM

Insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai


perubahan yang mencabar seperti k-ekonomi dan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembangunan intelek tidak mencukupi.
Juga perlu menekan aspek jasmani, emosi dan rohani.
Jika dilaksanakan mengikut rancangan dan kurikulum
yang tersusun akan melahirkan insan yang memiliki
kesedaran, jujur dan b ertanggung jawap terhadap tugas
yang diberikan.
Perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa
Malaysia.
Dapat menangani cabaran yang dibawa arus.
Ledakan ilmu dan maklumat.

3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar

Pendidikan Kebangsaan mendefinisikan:


- satu program pendidikan termasuk kurikulum
dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani
dan emosi serta meningkatkan nilai moral
yang diingini untuk mencapai pengetahuan.

3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Akta

Pendidikan 1996 ialah:


- sistem pendidikan kebangsaan merangkumi
pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah
menengah, pendidikan lepas menengah dan
pendidikan tinggi. Kurikulum pendidikan pra
sekolah digubal dan diseragamkan.
- Seksyen 18 wajib menggunakan satu
kurikulum piawai iaitu kurikulum kebangsaan.

3.2.2 Laporan Kabinet 1979

Laporan Kabinet 1979 bertujuan untuk memenuhi


keperluan individu dan negara.
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk
membina perkembangan murid yang lengkap dari segi
jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai,
menanam dan mempuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di
samping menyampaikan ilmu pengetahuan.
Implikasi Laporan Kabinet 1979 ialah:
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) digubal
dengan menekankan perkembangan individu secara
menyeluruh yang merangkumi pendidikan asas dan
perkembangan bakat.
- Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) digubal
dengan menekankan konsep pembelajaran secara
menyeluruh dan bersepadu dengan mengambilkira
aspek kemahiran berfikir dan belajar.

3.2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah

menjadi garis panduan dan arah


tuju utama dalam merancang dan
membina kurikulum.

3.3 PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM


Sebelum

merekabentuk kurikulum, pembangun


kurikulum amat perlu mengkaji, menganalisis
serta memilih:
- Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
- Falsafah pembentukan kurikulum
- Kriteria Pembentukan Kurikulum

3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum


Teori Tradisional
Lebih

berfokus kepada pendekatan tingkahlaku.

Objektif

pembelajaran kurikulum ini boleh


ditentukan, sama ada tercapai ataupun tidak.

Mementingkan

pengetahuan.

proses pemindahan

3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum

Teori Konseptual
Berpendapat

ilmu pengetahuan
distrukturkan mengikut konsep utama.

Memberi

fokus kepada analisis situasi


semasa dan mencadangkan pilihan pada
kandungan kurikulum.

3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum


Teori Rekonseptualis

Berpendapat kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat


membekalkan pedoman dan garis panduan ketika
membuat keputusan.

Menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang


boleh membawa kesedaran dan perubahan kepada
masyarakat.

Menwujudkan golongan pelajar yang mempunyai


kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat.

3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum

Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi


rekabentuk kurikulum:
(a) Idealisme
- mengganggap ilmu diperolehi dari kebolehan
berfikir. Menurut Plato ilmu diperolehi melalui
deria amat kekal dan lengkap.
(b) Realisme
- menolak pandangan idealime dan menganggap
kebenaran adalah apa yang dapat dilihat dan ilmu
yang terhasil dari penaakulan tidak lengkap. Ilmu
harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal
dan pemikiran manusia.

3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum


(c) Paramatism
- berpendapat sekiranya satu idea itu dapat dipraktikkan
maka idea itu benar. Dengan kata lain idea yang sah adalah
idea yang dapat dibuktikan.
- menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi
pengetahuan ialah keperlu mengaplikasikan ilmu sebagai
panduan dan pedoman hidup. Pendidikan bukan sematamata mengajar manusia menghafalkan ilmu tetapi
menggunakan ilmu.
(d) Perianelisme
- falsafah konservatif, tradisonal dan tidak fleksibel,
menganggap manusia dan pendidikan berada dalam
keadaan tetap, keupayaan manusia berfikir, pendidikan ialah
keperluan untuk hidup.
- dalam falsafah ini kurikulum perlu mempunyai disiplin, latih
tubi dan latihan yang ketat.

3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum


(e) Essentialisme

- menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting


dalam pembelajaran.
- kurikulum perlu dibina memenuhi kehendak masyarakat
semasa dan pada masa yang sama mengutamakan
tamadun ilmu yang lampau serta merangsang
kebijaksanaan akan datang.
(f) Progressivesme
- menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan,
kemajuan dan bukan ketekalan.
- memberi fokus kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran
berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar.
- lebih memberi penekanan pada demokrasi.
- sekolah perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara
pelajar bukan mewujudkan persaingan. Guru berperanan sebagai
fasilitator bukan sebagai guru tradisional.

3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum


(g) Rekonstrutionalisme
- menyatakan peranan pendidikan perlu
menerapkan tanggungjawab sosial serta
melahirkan masyarakat berilmu.
- percaya manusia berupaya membina masyarakat
baru melalui perubahan yang berkesan dalam
pendidikan dan masyarakat.
(h) Eksistensialisme
- mementingkan pendidikan melalui persekitaran.
- membantu murid dalam proses penerokaan.
- sekitaran memainkan peranan penting dalam
membina pendidikan.

3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum

Boleh dikategorikan kepada 3:


Berpusatkan

Subjek

Berpusatkan

Pelajar

Berpusatkan

Masalah

3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum


Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Adalah

berpaksikan ilmu dan isi kandungan


pelajaran; terdiri daripada:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Reka Bentuk Matapelajaran


Reka Bentuk Disiplin
Reka Bentuk Bersepadu
Reka Bentuk Korelasi

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek


(a)

Reka Bentuk Matapelajaran


- berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang
terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi
teratur seterusnya berperanan sebagai
matapalajaran.

(b)

Reka Bentuk Disiplin


- setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu
tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu
matapelajaran.
- menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu
ilmu. Contohnya Pendidikan Jasmani selain daripada
kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu
kemahiran atau permainan.

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek


(c)

Reka Bentuk Bersepadu


- menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi
satu matapelajaran yang bersepadu.
- contohnya matapelajaran sains terdiri daripada
biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah
menengah rendah sebagai sains.

(d)

Reka Bentuk Korelasi


- mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan
subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara
subjek.
- contohnya guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama
dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang
bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajah
hingga ke sekarang.

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar


Menganggap

pelajar merupakan elemen


yang penting dalam bidang pendidikan.
Terbahagi kepada 3 kategori:
(i)
(ii)
(iii)

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar


Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar


(a)

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar


- berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika
belajar.
- menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka
diberi peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan
pelajar.

(b)

Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman


- memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika
membina kurikulum.

(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik


- mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan
membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.
- menyepadukan unsur kognitif dan afektif.
- memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan
perasaan.
- menekanan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.


(a) Reka Bentuk Situasi Kehidupan
- berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika
pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan
secara terus.
- berfikir dalam menyelesaikan masalah.
- akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang
masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang
sebenar.
(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat
- berorientasikan masyarakat.
- mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan
masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi.
- kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam
masyarakat.
- menyerapkan nilai-nilai dan etika.

3.3.4 Kurikulum dan Hubungkaitnya dengan


Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif


dan kognitif.
Merupakan keperluan utama negara dalam membangunkan modal insan.
Merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini.
Dalam kurikulum Pendidikan Jasmani unsur psikomotor, afektif dan kognitif
menjadi keutamaan.
Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani telah menyelit unsur sains dalam
matapelajarannya.
Selain matapelajaran sains matapelajaran seperti matematik, sejajarah dan
lain-lain juga dapat disepadukan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar,
contohnya permainan merupakan kegemaran semulajari pelajar dengan
sukatan Pendidikan Jasmani.
Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani kerjasama, kepimpinan dan
perpaduan dapat digabungkan dengan mudah.
Berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.

You might also like