You are on page 1of 13

JURNAL

1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisarkan kepada gangguan semasa sesi p & p
berjalan di mana terdapat segelintir murid yang suka keluar masuk bilik
darjah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu
meminta izin dengan saya untuk bertemu guru, menghantar buku dan juga
mahu ke koperasi

sekolah

untuk

membeli

peralatan

alat tulis

dan

sebagainya. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saya kurang tegas


dengan murid-murid semasa mengajar dan juga ketika berada di dalam
kelas. Oleh sebab itulah murid-murid mengambil kesempatan ke atas
ketidaktegasan saya semasa berada di bilik darjah.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat

beberapa

cadangan

boleh

dilaksanakan

untuk

memperbaiki

masalah yang wujud iaitu:(a) Saya akan lebih tegas dengan murid-murid semasa sesi p & p
berjalan.
(b) Saya juga perlu lebih prihatin dengan tingkah laku murid-murid.

4. Tempoh masa
Saya akan mengatasi masalah ini secepat yang mungkin dalam masa 1
minggu. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses p & p saya nanti.

5. Penilaian kejayaan

Di dapati beberapa hari ini kelihatan tingkah laku murid yang kerap meminta
izin untuk keluar telah berkurangan semasa saya sedang menjalankan sesi p
& p.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguhsungguh. Diharapkan segala masalah seperti gangguan yang timbul semasa
sesi p & p berlangsung akan dapat saya atasi dengan sepenuhnya.

1. Masalah
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana muridmurid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di
dalam bilik darjah.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa
berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini
mungkin juga berpunca dari p & p yang saya rancangkan di dalam bilik
darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak
menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu
faktor

persekitaran

kelas

juga

mungkin

memainkan

peranan

dalam

mempengaruhi murid-murid seperti keadaan murid yang terlalu ramai di


dalam sesebuah bilik darjah menyebabkan murid bertambah bising kerana
meraka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan
menggangu proses pembelajaran mereka.
3. Cadangan untuk memperbaiki
Terdapat

beberapa

cadangan

boleh

dilaksanakan

untuk

memperbaiki

masalah yang wujud iaitu:


(a) Strategi p & p akan saya rangka sejajar dengan minat dan kebolehan murid
di dalam sesebuah bilik darjah.
(b) Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p
berjalan.

(c) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik
agar dapat menarik minat murid-murid belajar dan terus seronok mengikuti
sesi p & p sehingga ke akhir pembelajaran.
(d) Saya juga akan mmeberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap
kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam
bilik darjah.
4. Tempoh masa
Saya akan berusaha mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. Hal ini
penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses P & P saya pada
minggu-minggu yang seterusnya.

5. Penilaian kejayaan
Saya telah berjaya mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah
dan juga melaksanakan aktiviti p & p dengan lebih menarik minat muridmurid dari sebelumnya.

6. Tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dengan bersungguhsungguh. Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk
mendapatkan ide yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik
darjah agar pengajaran saya akan jadi lebih menarik lagi. Di harapkan saya
akan berjaya mengatasi masalah ini.

Perjalanan praktikum saya melalui minggu-minggu terakhir. Semakin banyak pengalaman yang
ditimba semakin banyak kekurangan yang saya rasakan. Namun ia sedikit pun tidak
mematahkan semangat saya untuk menimba seberapa banyak ilmu di dada. Pengalaman akan
mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Sepanjang
lapan minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh dengan cabaran dan
rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak pengetahuan baru,
baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa. Setiap hari
berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk menyelami
dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai bermasalah
baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji masalah ini
dengan lebih mendalam lagi. Jika minggu sebelumnya saya memilih masalah disiplin di
kalangan pelajar sebagai isu fokus, isu tingkah laku guru terhadap pelajar sebagai satu
kesinambungan kepada permsalahan yang melanda institusi pendidikan terutamanya sekolah.
1. Tingkah Laku Guru Mempengaruhi sikap Pelajar.

Hubungan peribadi (inter-personal) yang wujud antara guru dan pelajar sewaktu di dalam kelas
boleh memberi kesan tertentu kepada anak didiknya. Kajian yang pernah dijalankan mendapati
tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar serta sikap mereka
terhadap mata pelajaran, guru dan sekolah. Menurut Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad
Mahdzan Ayob dalam buku mereka, Guru dan Perguruan menyatakan dari segi hubungan
dengan pelajar, terdapat lapan tingkah laku negative guru yang boleh memjejaskan pencapaian
akademik dan sikap anak didik mereka. Tingkah laku tersebut adalah seperti berikut :
1. Tidak menyukai pelajar
Menyukai pelajar adalah rahsia untuk menjadi guru yang berkesan kerana mereka adalah klien
guru. Jawatan guru diwujudkan kerana ada kanak-kanak yang menunggu untuk dididik dan
diajar. Oleh itu, guru perlu memikirkan mengenai kliennya iaitu pelajarnya. Menyukai pelajar
sudah tentu tidak boleh dibuat-buat sebaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi
dalam diri guru.
2. Tidak Mengetahui atau mengenali pelajar
Selain memahami tingkah laku pelajarnya, guru juga sepatutnya mengetahui nama dan
mengenali rupa mereka. Memang ada guru yang merasakan begitu sukar untuk berbuat
demikian, apatah lagi jika bilangannya ramai. Walau apapun guru mesti berusaha mengatasi
perkara itu.
3. Melabel pelajar
Setiap pelajar berbeza antara satu sama lain bukan saja dari segi fizikalnya tetapi juga dalam
hal-hal lain seperti emosi, personaliti, kecerdasan serta penguasaan ilmu dan kemahiran.
Mungkin disebabkan perbezaan itu, sesetengah guru suka melabelkan atau memberi nama dan
gekarab tertentu kepada pelajar mereka. Jika label atau nama gelaran itu baik mungkin ia tidak
menjadi masalah, bagaimana pula jika sebaliknya/ pelajar akan merasakan guru seolah-olah
menyindir dan mempermainkan dirinya. Secara tak lansung pelajar akan berasa kurang hormat
dengan guru mereka.
4. Menyindir dan memperkecilkan pelajar
Guru yang sering menyindir dan memalukan pelajar dihadapan pelajar lain akan dibenci pelajar
terbabit kerana tindakan itu akan menjatuhkan maruahnya.
5. Mendera pelajar secara keterlaluan

Tingkah laku guru yang bertindak mendenda pelajar melampau batasan disiplin sedia ada
memberi kesan negative kepada pelajar. Oleh yang demikian untuk mestilah berwaspada dalam
memberi denda yang keterlaluan keppada pelajar. Disiplin diwujudkan adalah untuk membentuk
peribadi pelajar bukan untuk merosakkan pelajar.
6. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Guru bukan saja diamanahkan untuk mendidik pelajar tetapi juga menjaga maruah pelajar serta
keselamatan mereka apabila berada di kawasan sekolah. Perbuatan guru menodai pelajar
boleh menyebabkan masyarakat sangsi terhadap profession perguruan. Bak kata pepatah
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
7. Terlalu garang
Guru yang garang memang menakutkan pelajar. Tetapi guru mestilah memastikan ketegasan
itu bertetapan dengan masa dan sesuai dengan keadaan supaya rasa hormat dan rendah diri
terhadap guru tidak hilang di mata pelajar.
8. Pilih kasih
Pelajar tidak akan menghormati guru yang bersikap pilih kasih kerana mereka menganggapnya
tidak berlaku adil .

Refleksi
Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang.
Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita
bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor
persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya.
Tingkah laku guru memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan pelajar. Sebagai
guru kita mestilah menjauhi perkara yang dibincangkan seperti di atas.
Seorang pendidik dari Barat, Gilbert Highet (1965) pernah menasihatkan orang yang tidak
menyukai kanak-kanak dan golongan remaja supaya tidak memilih profession perguruan.
Highet berkata, guru bukan saja mesti menyukai kanak-kanak, tetapi juga mesti selesa dan
seronok bergaul mesra dengan mereka. Menyukai kanak-kanak sudah tentu tidak boleh dibuat-

buat sbaliknya ia perlu lahir secara spontan dan semulajadi dalam diri seorang guru. Guru yang
bersedia meluangkan masa berbual dengan pelajar di luar waktu mengajar akan dapat banyak
maklumat mengenai mereka. Dengan itu dia akan mengetahui kebolehan pelajarnya dalam
bidang akademik, minat, kebencian atau emosi mereka.
Guru yang menyukai pelajar beerti menyukai profession perguruan, sebaliknya guru yang benci
kepada pelajarnya bermakna dia kurang penghayatan terhadap professionnya. Sebagai guru
kita mestilah menerima seadanya anak didik kita. Elakkan daripa memberi label, pilih kasih dan
mendera emosi dan mental mereka dengan tingkah laku kita yang meletakkan emosi di
hadapan. Sebaliknya bertindak positif dengan menanggap setiap orang mempunyai potensi diri
untuk berjaya dalam jua bidang yang diceburi. Pencapaian cemerlang dalam akademik bukan
ukuran semata-mata. Jajdilah kita seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang bukan
saja seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan.

MASALAH DISIPLIn
Pengalaman akan mendewasakan seseorang. Itulah hakikat yang sering berlaku dalam
kehidupan kita. Sepanjang enam minggu mengikuti praktikum, hari-hari yang saya lalui penuh
dengan cabaran dan rintangan. Ini membuatkan saya bertambah matang dan mendapat banyak
pengetahuan baru, baik melalui persekitaran sekolah dan perkembangan pendidikan semasa.
Setiap hari berhadapan dengan karenah pelajar membuatkan saya merasa terpanggil untuk
menyelami dan menjiwai hati mereka. Situasi berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
bermasalah baik dari segi akhlak mahupun disiplin membuatkan saya terpanggil untuk mengkaji
masalah ini dengan lebih mendalam lagi. Seperti minggu sebelumnya, saya telah memilih
masalah disiplin di kalangan pelajar jika tidak di atasi beolh menjejaskan pengajaran dan
pembelajaran sebagai isu yang perlu diketengahkan untuk menjamin kesinambungan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Isu yang akan dibincangkan pada minggu ini adalah :
1. Masalah Disiplin di kalangan Pelajar Boleh Menjejaskan Proses Pengajaran dan
Pembelajaran.

Setiap manusia yang lahir di muka bumi mempunyai potensi diri untuk berjaya dan cemerlang.
Begitu juga dengan para pelajar kita yang berada di sekolah. Sebagai guru, kita
bertanggungjawab dalam meransang minat dan mendidik mereka sehingga berjaya. Faktor
persekitaran juga menjadi faktor penyumbang dalam memastikan anak-anak didik kita berjaya.
Dewasa ini, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat mendedahkan anak-anak kita kita
kepada pelbagai perkara negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Golongan remaja
adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan budaya dan anasir yang dibawa oleh
barat. Kajian psikologi mendapati dalam usia 12 hingga 18 tahun, remaja lebih mempercayai
rakan sebaya daripada ibu apa mereka. Situasi ini jika tidak dikawal ia akan merosakkan minda
mereka. Mereka akan mudah terjebak kepada gejala yang tidak siat seterusnya membawa
kepada berlakunya masalah disiplin.
Walaupun Sekolah Kebangsaan Jelutong mempunyai bilangan pelajar yang tidak ramai, iaitu
kira-kira 384 orang, sekolah ini tidak terlepas daripada dibelenggu oleh pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah disiplin. Masalah disiplin di kalangan pelajar harus dibendung dan
dikekang supaya ia tidak menular sejak dari awal lagi. Ia akan mengundang pelbagai masalah
yang tidak dingini dan boleh menjejaskan tumpuan dan perhatian pelajar kepada pelajaran.
Antara masalah disiplin yang biasa berlaku di sekolah ini ialah gejala ponteng sekolah, pelajar
merokok, mengambil barang orang lain, bersikap kurang ajar terhadap guru, bergaduh dengan
rakan dan membawa benda-benda tajam di sekolah. Walaupun jumlah kes yang dilaporkan
adalah kecil, tetapi ia tidak boleh dipandang mudah. Ini adalah kerana gejala yang tidak sihat ini
begitu mudah untuk diikuti dan mempengaruhi orang lain.
Daripada soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan, didapati kebanyakkan pelajar yang
mempunyai masalah disiplin banyak dipengaruhi faktor persekitaran, sosioekonomi keluarga
dan pengaruh rakan sebaya. Kajian mendapati pelajar-pelajar daripada keluarga yang
berpendapatan rendah dan sederhana, kurang mendapat perhatian dan kawalan ibu bapa
mereka . ini berlaku kerana ibu bapa mereka sibuk bekerja siang dan malam untuk mencari
nafkah keluarga. Tumpuan yang kurang ini mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala
yang tidak sihat seperti merokok dan mencuri. Kesannya pencapaian mereka merosot dan jauh
ketinggalan di belakang. Berbeza dengan pelajar yang mempunyai motivasi tinggi, mereka lebih
cenderung untuk belajar dan minat kepada pelajaran yang tinggi di samping dorongan yang
kuat daripada ibu bapa untuk menjadi cemerlang dan terbaik.

Pelajar yang bermasalah boleh bertindak agresif dan kurang ajar terhadap guru. Mereka
sentiasa mereka dipihak yang benar dan orang sekeliling yang mengambil berat terhadap
mereka sebagai masalah kepada mereka. Apabila di sekolah mereka tidak dapat memberi
tumpuan yang sewajarnya. Mereka merasa bosan dan mengantuk. Apabila ditegur mereaka
melenting dan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru. Lebih menyedihkan
mereka sudah hilang rasa hormat kepada guru-guru yang membimbing mereka. Justeru itu,
semua pihak harus memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi masalah ini daripada
terus berleluasa.
Refleksi
Antara pendekatan yang boleh diambil oleh pihak sekolah daam menagani masalah disiplin di
kalangan pelajar ialah melalui tindakan disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling yang
diwujudkan di sekolah-sekolah. Pemataun dari masa ke semasa terhadap perkembangan
pelajar berjaya mengelakkan gejala tidak sihat mempengaruhi mida dan fikiran pelajar. Guru
kelas haruslah memainkan peranan dengan melaporkan pelajar yang tidak hadir ke sekolah ke
pada Guru Penolong Kanan Hal Murid untuk diambil tindakan selanjutnya. Selain daripada itu,
tindakan tegas juga perlu dikenakan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah dalam
usaha mendidik mereka menjadi pelajar yang beretika tinggi dan mendidik mereka menjadi
insan yang berguna pada agama bangsa dan negara.
Pelajar-pelajar bermasalah juga tidak harus dipinggirkan. Sebaliknya kita mesti membimbing
pelajar-pelajar berkenaan untuk kembali kepangkal jalan melalui program bimbingan dan sesi
kaunseling oleh guru yang bertanggungjawab. Membiarkan mereka terus sesat seolah-olah kita
telah memusnahkan kehidupan mereka. Sebagai contoh, saya selalu menerapkan nilai-nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagai satu pendedahan kepada pelajar saya.
Selain daripada itu, saya sentiasa memberi teguran kepada pelajar yang melanggar undangundang sekolah dalam bentuk nasihat. Sekiranya masih berulang, saya akanmembawa
masalah ini kepada guru yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan susulan.
Ceramah dan kursus motivasi mestilah diadakan secara kerap supaya pelajar-pelajar kita
sentiasa mendapat input baru dan diberi peringatan, dari masa ke semasa. Penglibatan dalam
aktiviti ko-kurikulum juga mampu mengelakkan mereka daripada terjebak kepada masalah
social. Masa lapang mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Melalui pembelajaran
merentas kurikulum dalam mata pelajaran seperti pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga

boleh diterapkan mengenai akhlak dan sahsiah seorang pelajar, tanggungjawab dan peranan
kita sebagai manusia, anak dan juga warga mampu menyedarkan mereka untuk tidak terus
hanyut dalam dunia ciptaan dan mengkhayal mereka. Sebagai guru, kita bertanggungjawab
mencorakkan masa depan anak bangsa kita. Tugas dan peranan kita terlalu mulia. Jatuh
bangun

generasi

akan

datang

terletak

dibahu

kita.

Terpulang

kepada

kita

untuk

mencorakkannya.

Minggu 12 (5hb - 9hb April 2010)


MINGGU KEDUA BELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH
Pada minggu kedua belas P&P dijalankan, saya telah menghadapi masalah dari sudut
kekurangan pengalaman / pengetahuan sedia ada (tentang teknik).
ANALISIS
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik
yang ada dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar
mengenali dan menerokai teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan teknik
yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya didapati murid agak sukar
(lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah dengan
terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya juga
kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap pembelajaran
murid.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada
pada murid.
2. Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan
karya. Pada P&P saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan
karya bagi satu per satu teknik dengan terang, jelas dan dapat difahami oleh murid.
Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid
menghasilkan teknik dengan betul.
3. Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih
menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan
menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid
menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama daripada guru pembimbing untuk member penilaian
tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dan pendapat dari rakan guru
pelatih yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses penerangan aktiviti, guru akan memastikan murid memberi perhatian
dan tumpuan sepenuhnya. Guru menggalakkan sesi soal jawab bagi membantu
kekeliruan yang dihadapi oleh muird. Guru juga bercadang untuk meminta murid
mengadakan sebuah buku seni bagi mendokumentasikan segala aktiviti seni yang telah
dipelajari (sebagai rujukan di masa hadapan).

You might also like