You are on page 1of 8

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN

PGD 140024
PXGM 6101
PEMILIHAN TAJUK
Keberkesanan Pengurusan Disiplin terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di daerah
Petaling Jaya
Pengurusan disiplin yang berkesan memberi impak yang positif secara langsung

terhadap

terhadap tahap disiplin pelajar di sekolah.Namun masih sedikit kajian yang dijalankan untuk mengkaji
hubungan terus diantara keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik berbanding
hubungan diantara tahap disiplin pelajar dengan pencapaian akademik pelajar.Oleh itu wajar satu kajian
dijalankan bagi mengkaji hubungan keberkesanan pengurusan disiplin terhadap pencapaian akademik di
daerah Petaling jaya kerana kedudukan sekolah-sekolah di dalam daerah ini yang terletak berhampiran
pusat bandar lebih terdedah dengan gejala-gejala negatif dari luar.
PENGENALAN
Disiplin dan pencapaian akademik pelajar adalah antara aspek yang begitu mendapat perhatian
daripada pelbagai pihak seperti sekolah, guru, ibubapa, masyarakat setempat, media mahupun pihak
kerajaan. Kedua-dua aspek ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dan mempunyai hubungan
yang sangat akrab. Menurut Laporan Kabinet 1979, salah satu daripada matlamat pendidikan ialah
membentuk masyarakat yang berdisiplin. (Abdullah Sani Yahaya ,2005)
Hakikatnya, kualiti disiplin dan pencapaian akademik di kalangan pelajar adalah dua aspek yang
begitu sinonim. Lazimnya pelajar yang memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang mempunyai
rekod disiplin yang baik. Dalam situasi yang lain, pelajar yang gagal mencapai pencapaian akademik
yang baik pula seringkali terlibat dalam kes dan masalah salah laku disiplin.
Justeru pengurusan disiplin yang baik menyumbang ke arah meningkatkan kecemerlangan
pencapaian akademik pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut kajian,
pelajar yang berdisiplin tinggi lebih bermotivasi, proaktif, konsisten dan komited terhadap pembelajaran.
(Wan Rafaei,1999 dalam Abdullah Sani Yahaya, 2005) Keupayaan guru mengurus disiplin pelajar dalam
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung akan menghindarkan gangguan yang
tidak perlu dan memberikan ruang waktu instruksional yang optimum. Sebaliknya kegagalan guru
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah akan membenihkan
masalah disiplin (Mohd. Salleh Lebar, 2000)

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024
Keberkesanan Pengurusan Disiplin
Keberkesanan pengurusan disiplin dalam penulisan ini merujuk kepada keupayaan pihak sekolah
termasuk guru untuk mengawalselia disiplin pelajar di sekolah secara efektif dan efisien. Kawalan
disiplin pelajar adalah bermula dalam bilik darjah. Dalam hal ini, bilik darjah dilihat sebagai suatu
organisasi yang penting untuk mewujudkan iklim sekolah yang berdisiplin sesuai dengan peranan bilik
darjah sebagai nuklues kepada institusi sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005) Justeru guru memainkan
peranan penting dalam menjamin keberkesanan pengurusan disiplin pelajar dalam sesebuah sekolah.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Educational Research Information Centre (ERIC) di
Amerika Syarikat pada tahun 2005, kriteria sekolah yang gagal mewujudkan pengurusan disiplin pelajar
yang berkesan termasuklah tidak ada peraturan yang jelas, pelaksanaan hukuman yang tidak konsisten,
kelonggaran kerjasama antara pengurus sekolah dan para guru, saiz sekolah yang besar, kekurangan
sumber pengajaran dan pembelajaran. Kriteria ini memberikan gambaran bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan merupakan manifestasi kewujudan pengurusan disiplin yang berkesan di
sekolah. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula merupakan faktor penting yang
menyumbang ke arah kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.
Antara indikator yang dapat dijadikan kayu ukur keberkesanan pengurusan pengurusan disiplin
pelajar di sesebuah sekolah ialah kualiti pencapaian akademik pelajar penglibatan pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum, kewujudan budaya ilmu, iklim sekolah yang kondusif dan sosio emosi pelajar yang tenang.
Kecemerlangan Pencapaian Akademik
Secara umum kecemerlangan pencapaian akademik merujuk kepada suatu tahap pemerolehan
hasil yang amat membanggakan dalam bidang pembelajaran.Secara saintifik, kecemerlangan ditakrifkan
sebagai keupayaan seseorang untuk melonjakkan tahap kemampuannya untuk berjaya pada tahap yang
paling maksimum bagi dirinya berdasarkan kayu ukur yang telah ditentukan bagi kelompok atau
kumpulan.(Abdullah Sani Yahaya,2005) Usaha meningkatkan kualiti pencapaian akademik merupakan
suatu proses yang dijalankan atau dorongan persekitaran bagi meningkatkan tahap akademik kepada yang
lebih cemerlang.

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pencapaian dalam peperiksaan, khususnya dalam
peperiksaan umum; UPSR, PMR, SPM atau STPM merupakan instrumen pengukuran terhadap
kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Selain pencapaian peperiksaan, kecemerlangan pencapaian
akademik seseorang pelajar juga dicirikan oleh beberapa aspek lain seperti minat membaca yang tinggi,
keupayaan menulis, tahap pemikiran dan kematangan, proaktif dan mempunyai disiplin diri yang baik.
(Abdullah Sani Yahaya, 2003)
PENYATAAN MASALAH
Sonia Blanford(1998) me ya takan bahawa pengurusan disiplin sekolah ya ng
berkesan perlu di mulakan dengan me nubuhkan satu organisasi khas ya ng me netapkan
polisi dan peraturan sekolah dan melaksanakan polisi dan perturan tersebut.Dala m
ma sa ya ng sa ma Ke menterian Pendidikan Mala ysia ( KPM) juga men yuarakan
cadangan ya ng sa ma dala m Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986 Langkah-langkah
Keberkesanan Disiplin Sekolah iaitu pihak sekolah perlu me wujudkan Hal Ehwal
Murid

Peringkat

Sekolah

dan

me nentukan

sendiri

fungsi

jawatankuasa

ini

dijalankan.Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8.2001 Pemantapan Pengurusan


Disiplin di Sekolah Ke menterian Pendidikan Mala ys ia me netapkan bahawa setiap
sekolah perlu me mpun yai jawatankuasa disiplin berfungsi untuk me rancang dan
me nguruskan hal-hal berkaitan ma salah disiplin di kalangan pelajar sekolah.
Na mun begitu terdapat sebilangan sekolah ya ng masih dapat menubuhakn
jawatankuasa ini dan jawatankuasa ini tidak berfungsi seperti ya ng dikehendaki untuk
me ningkatkan keberkesanan pengurusan disiplin ( Abdullah Sani, 2005).Keberkesanan
pengurusan disiplin me mberi kesan langsung kepada tahap disiplin pelajar,Na mun
sejauh manakah keberkesanan pengurusan disiplin me mber kesan terhadap pencapaian
akade mik pelajar? Oleh ya ng de mikian wajar kajian ini dijalankan untuk mengkaji
keberkesanan pegurusan disiplin terhadap pencapaian akade mik pelajar.

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024
OBJEKTIF KERANGKA
Objektif kajian ini adalah :
(a)

Mengenalpasti keberkesanan pegurusan disiplin sekolah menengah di Petaling Jaya

(b)

Mengenalpasti kecemerlangan akademik sekolah menengah di daerah Petaling Jaya

(c)

Melihat hubungan di antara keberkesanan pengurusan disiplin dengan pencapaian akademik


sekolah di daerah Petaling Jaya.

PENENTUAN KOMPONEN KERANGKA KAJIAN


Dalam organisasi sekolah Guru Besar atau pengetua merupakan pihak yang paling
bertanggungjawab dalam hal-hal disiplin pelajar. Satu daripada tindakan ya ng dia mbil oleh
guru besar atau pengetua untuk melancarkan pengurusan disiplin sekolah adalah
dengan

penubuhan

Jawatankuasa

Hal

Ehwal-Murid

Peringkat

Sekolah

KPM,

1988).Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk me ningkatkan penglibatan guru dala m


perbincangan penggubalan peraturan-peraturan sekolah dan penetapan keputusan
mukta mad terhadap pelajar ya ng melakukan kesalahan.
Ken ya taan ini turut disokong oleh (Sonia Blanford ,1998) ya ng

me n ya takan

bahawa penurunan kuasa melalui pentadbir sekolah meningkatkan penglibatan guru


ya ng tinggi dala m proses me mbuat keputusan. Beliau turut men yatakan perlun ya ada
satu bentuk struktur pengurusan disiplin ya ng dianggotai oleh sebahagian pentadbir
sekolah dan guru sekolah.
Dala m pada itu,dengan nada ya ng sa ma di atas, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 8/2001 , Ke menterian Pendidikan Mala ysia ( KPM ) telah menetapkan bahawa
setiap sekolah perlu me mpun yai jawatankuasa disiplin ya ng berfungsi merancang dan
me ngurushal-hal berkaitan masalah disiplin dikalangan murid.Dapat disi mpulkan
me lalui pandangan literatur diatas bahawa penubuhan satu jawatankuasa disiplin
peringkat sekolah adalah perlu bagi menguruskan disiplin secara berkesan.
Setelah satu jawatan kuasa disiplin dibentuk,adalah penting untuk jawatankuasa ini membuat
penetapan polisi dan peraturan-peraturan disiplin sekolah melalui perbincangan. Polisi disiplin yang
ditetapkan perlulah menyeluruh ( Lowe and Stance 1989 ).Meyeluruh disini merujuk kepada ketetapan

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024
polisi

yang

sejajar

dengan

garis

panduan

pihak

berkuasa,dibincangkan

bersama

melalui

mesyuarat,melibatkan kerjasama ibu bapa,dan memenuhi keperluan pelajar. Senada dengan itu juga
Johnson

et al. (1994)

menyatakan bahawa polisi disiplin yang dibentuk seharusnya bersifat

komprehensif dan asertif dan keputusan tersebut terhasil dari satu mesyuarat yang melibatkan ahli
daripada komuniti sekolah. Dalam masa yang sama, polisi yang efektif memerlukan perancangan yang
rapi, boleh guna pakai dan boleh dinilai ( Sonia Blanford 1998).Polisi disiplin yang dibentuk seharusnya
tidak bersifat zero tolerance di mana ia terbukti tidak efektif dalam pengurusan disiplin pelajar.Polisi
bersifat zero toleranace lebih bergantung kepada penggantungan dan pembuangan pelajar dan tidak
menumpu kepada keberkesanan sekolah amnya dan keberkesanan disiplin khasnya ( National
Assiociation of School Psychologist , 2002).
Setelah penetapan polisi disiplin dilakukan yakni peraturan sekolah,Jawatankuasa Disiplin
Sekolah perlu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.Dalam konteks sekolah semua guru
merupakan guru disiplin yang perlu membantu pihak pentadbir dalam membendung masalah disiplin
pelajar, Oleh yang demikian ahli jawatankuasa disiplin sekolah, guru-guru yang dilantik sebagai guru
disiplin dan para pentadbir yang diberi tugas khas untuk menangani masalah disiplin pelajar seharusnya
perlu memiliki pengetahuan yang sempurna tentang masalah- masalah disiplin pelajar, jenis-jenis
tindakan serta prosedur-prosedur pelaksanaannya sepertimana termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957,
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959,

panduan tatacara disiplin sekolah serta

pekeliling-pekeliling yang diedar dari semasa ke semasa dan seterusnya melaksanakan tugasnya dengan
cekap dan sistematik ( Ang Jit Eng 2007). Bagi meningkatkan keberkesanan pegurusan disiplin secara
optimum pendekatan Strategi Postif perlu diamalkan dalam melaksanakan tindakan disiplin ( National
Assiociation of School Psychologist , 2002).Pendekatan ini lebih bersifat kepada pemulihan
(corrective).Melalui pendekatan ini tindakan pemulihan dapat dilaksanakan dan konsep pengasingan
dapat dikurangkan.Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keberkesanan dan pencapaian sekolah
( National Assiociation of School Psychologist , 2002).Dapat disimpulkan disini bahawa Jawatan kuasa
Disiplin sekolah berfungsi untuk menetapkan polisi dan peraturan sekolah serta menjalankan
penguatkuasaan peraturan sekolah berdasarkan pekeliling dan panduan semasa yang diedarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selepas penguatkuasaan dilakukan,berlakunya penurunan dari segi masalah disiplin pelajar
impaknya dapat dilihat dari segi pencapaian akademik pelajar.Kecemerlangan pencapaian akademik
pelajar banyak dipengaruhi oleh kewujudan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
berkesan. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula berkait rapat dengan kecekapan

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024
pengurusan bilik darjah.(Abdullah Sani Yahaya, 2005; Abdul Rahim Abdul Rashid, 2002). Pengurusan
bilik darjah merangkumi pembentukan disiplin pelajar melalui penggunaan rutin, penyediaan dan
penguatkuasaan undang-undang.Dapat disimpulkan disini bahawa pengurusan disiplin yang berkesan
member impak yang besar terhadap disiplin pelajar dan seterusnya secara tidak langsung mempengaruhi
pencapaian pelajar di sekolah.

PENENTUAN MODEL KERANGKA KAJIAN


(a)

Model Sumber Input ( Resourse-Input Model)


Model ini memberi penekanan terhadap kecukupan sumber sebagai penentuan keberkesanan

sesebuah sekolah.Sekolah tersebut dikatakan berkesan sekiranya berjaya memperoleh sumber yang
diperlukan secukupnya.Sebagai contoh, kualiti pengambilan pelajar,fasiliti dan sokongan kewangan boleh
dijadikan indikator penentuan keberkesanan sekolah melalui model ini.Namun kelemahan model ini dapat
dilihat dari segi berlebihan tumpuan diberikan kepada input sehingga sekolah mengabaikan usaha yakni
proses pendidikan dan output sekolah.Dalam penulisan ini terdapat dua komponen utama bagi model ini
iaitu Jawatan Kuasa Disiplin Sekolah yang akan melaksanakan tindakan dan prosedur disiplin yang
berkesan di sekolah.
(b)

Model Proces ( Process Model )


Secara umumnya input di sekolah akan ditukar kepada output atau prestasi sekolah melalui

proses transformasi.Lazimnya kualiti sesuatu output itu bergantung kepda kualiti proses pada peringkat
sebelumnya.Sehubungan dengan itu model ini menyatakan bahawa sesebuah sekolah atau intitusi
pendidikan dikatakan berkesan apabila fungsi dalaman berjalan dengan baik dan lancar.Oleh itu segala
bentuk tindakan dan amalan dalaman pihak sekolah akan dijadikan kriteria untuk menentukan
keberkesanan sekolah tersebut ( Cheng, 1996) .Indikator umum dalam menentukan keberkesanan sekolah
bagi model proces ini adalah proses pengurusan,proses pengajaran dan proses pembelajaran.Dalam kajian
ini, berdasarkan kajian terdahulu, proses pengurusan disiplin yang yang berkesan

melibatkan dua

domainiaitu perancangan pelan disiplin sekolah dan juga penguatkasaan peraturan sekolah.

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024

(c)

Model Bermatlamat ( Goal Model)


Model ini sering digunakan dalam menilai dan mengkaji keberkesanan sekolah.Melalui model

ini,sasaran dan matlamat yang ditetapkan secara rasmi menjadi keutamaan untuk dicapai dan dijadikan
kayu pengukur dalam menentukan keberkesanan sekolah tersebut.Walaupun terdapat pelbagai bentuk
matlamat yang hendak dicapai namun (Cheng ,1996) menyatakan pencapaian dalam peperiksaan awam
sering menjadi kayu pengukur dalam kajian keberkesanan sekolah.Dalam penulisan ini,pencapaian
akademik pelajar yang baik menjadi matlamat utama pihak sekolah hasil daripada pengurusan disiplin
yang berkesan.Model ini terhad untuk melihat kejayaan secara kualitatif kerana ia bergantung kepada
matlamat yang boleh dikira dan diukur seperti gred dan peratusan peperiksaan (Cheng ,1996).

PEMBENTUKAN KERANGKA KAJIAN

850312035757

NOR AZRUL IKWAN BIN NOR AZMAN


PGD 140024

PENERANGAN KERANGKA KAJIAN

INPUT

PROSES

OUTPUT

.
1.

Jawatankuasa Disiplin sekolah

1.

yang

dibentuk

bermesyuarat

dianggotai

oleh

Jawatankuasa Disiplin Sekolah


secara

kolabratif

dan

1.

Polisi disiplin dan peraturan

sekolah

yang

dibentuk

pentadbir sekolah iaitu Pengetua atau

membentuk polisi disiplin dan peraturan

dikuatkuasakan oleh Jawatankuasa

Guru

sekolah.

Disiplin Sekolah member kesan

Besar,

Penolong

Kanan

1,Penolong Kanan HEM, Penolong


Kanan

Kokurikulum,Ketua

langsung terhadap penurunan kadar

Guru

Disiplin,dan Guru Disiplin Biasa.

salahlaku disiplin dan secara tidak


2.

Jawatankuasa Disiplin Sekolah

menguatkuasakan peraturan sekolah dan


polisi

disiplin

dari

segi

tatacara

mengendalikan kes pelajar dan penetapan


hukumkan terdahap pelajar.

850312035757

langsung memberi kesan terhadap


kecemerlangan

pencapaian

akademik pelajar sekolah.

You might also like